Thursday, May 21, 2015

Betul ke nak jadi psychologist ?

Assalamualaikum and good day everyone !

Seperti yang korang tahu, aku sekarang sedang menuntut di UPSI dalam jurusan psikologi. Tahu kah kalian apakah itu psikologi ? Aku tak tahu lah macam mana nak terangkan psikologi nie macam mana tapi yang pasti psikologi nie macam ada related dengan psikiatrik cuma bezanya kami tak sentuh bab medication lah, coz we are not in a medical field. Aku pon tak tahu nak terang macam mana.

InsyaAllah bakal Clinical Psychologist batch RAPAT 
Apa yang aku faham, menjadi seorang psikologi nie kena lah bersedia berjumpa dengan klien yang "pelik-pelik". Definisi pelik-pelik kat sini banyak tau. Segala yang di luar norma manusia, itu lah pelik-pelik. Tambah pula pengkhususan aku adalah clinical, so cuba google skop pekerjaan clinical psychologist nie macam mana. Mungkin korang boleh lebih faham.

Orang yang ada masalah psikologi ni sangat pelik tau. Aku bukan lah apa, aku nie actually tak boleh jumpa orang pelik-pelik. Aku akan jadi takut dan fikir yang dia nak bunuh aku. Itu yang buat aku tak nak dekat dengan dorang. Tapi sekarang nie, aku ambik kos yang berkemungkinan besar akan interact with these kind of people. So how T___T

Meyh saya nak share satu cerita yang berkaitan dengan orang pelik-pelik.

I'm not sure if I've ever tell this story in my blog or not, if i did, i hope you are still interested in listening to the story again. Benda nie berlaku sewaktu aku berumur 13 atau 14 tahun macam tu. I am very sure it happened when i was 14.

Siapa duduk area Kuala Langat mungkin familiar lah with this one place name Johan Setia. Jalan menuju ke Klang dari Banting akan jumpa Johan Setia dulu sebelum ke Klang. Okay apa yang ada dekat Johan Setia nie ialah sebuah masjid tepi jalan besar. Masjid yang ada longkang besar tu.

Source : Google Image
Ini lah masjid Johan Setia tu. Nak masuk masjid nie ada parit besar memisahkan ia dengan jalan raya

Ayah aku nie suka solat di awal waktu, jadinya setiap kali waktu solat masuk, kalau kami lalu situ, ayah akan berhenti solat dekat masjid tu. Dan masjid tu pulak, ada seorang hamba Allah nie. Dia agak kurang siuman sikit. Maaf. Memang betul dia macam tak betul sikit.

Tapi yang bagusnya, walaupon dia kurang dari segi mental, dia tetap tak lupa tunaikan kewajipan seorang muslim yang mana dah menjadi tak wajib pon bagi dia. But still, dia perform solat tu kat masjid. Itu aku bagi 10 bintang lah kat dia.

Tapi dia buat aku rasa macam nak bagi taik bintang kat dia bila dia senyum-senyum tengokkan aku time tengah solat. Eeeee sape yang tak seriau weyhh orang macam tu senyum-senyum kat kau time tengah solat. Aku memang masa nie tak khusyuk dah solat. Asyik dok pandang dia je.

Once i finished solat, i went out lah from the mosque. Then he followed me. OMG !!!!!!!!!!! I quickly walked out from the mosque and put my shoes on. I ran and he started to chase me okay. RUN FOR YOUR LIFE ZHARIF !!!!

Ilustrasi gambar menunjukkan arah aku berlari dan sekaligus peta kedudukan masjid itu

And the most tak boleh blah part was, he took his friend's bicycle and cycled it to chase me. In my mind, i kept telling to myself he is going to kill me, you better run zarep. I ran and i managed to get into my father's car. I locked it. Thank God he did not tried to broke the car. Or else i will be crying to death and had heart attack.

I told my father about this, but my father scolded me instead. He said why i ran, if i ran it means that i'm interested to play with him. That kind of people if you show something that trigger them, you will be targeted. What my father wants me to do ? Stand still and wait for being killed ? Naah. I better run.

Since that day, I'm phobia to perform solat at that mosque. I told my father not to solat at the mosque again. Choose other mosque instead of that Johan Setia mosque. Coz i know that he always performs solat there.

Same thing happened AGAIN when i was in form 3, but this time didn't run. There was a trip to KL. If i'm not mistaken it was a book fair trip. Then on our way back home, we stopped by at the mosque to perform maghrib prayer. I was like "oh shitzz" and yeah, the abnormal guy was there. He recognized me and planning to chase me again. But this time i didn't run. I stayed there with my friend. We went out from the mosque together so he did not chased me.

15 years old me, book fair trip. 
Oversize clothes and pants was soooo me back then. 
Zaman-zaman masih lagi bergelut dengan keyakinan diri.

Even sekarang pon, kalau aku solat kat situ, mamat tu still ada kat situ. Panjang umur dia. Sekarang aku nie macam dah matang sikit and pandai kawal emosi, so aku tak lari. Walaupon dalam hati memang rasa nak cabut je bila nampak dia. Aku tak tahu lah apa masalah dia sampai aim aku macam tu. Dia cam aku kot. Adakah aku mempunyai daya tarikan seksual yang sangat kuat ? Oke bai. Yang nie aku lari dulu walaupon tak dikejar.

I wonder, what if he gets me ? Apa yang dia akan buat ? Unsolved question until now.

Berbalik kepada nak jadi clinical psychologist tadi. Walaupon skop pekerjaan untuk para psychologist nie besar, but still dia cenderung kepada kes pelik-pelik.

I went to Cure & Care Sungai Besi last month, on 23rd April. It was a field trip for our subject, Substance Abuse. So we went there to know how Drug addicts get treatment from CnC. Sebab kami pon banyak kemungkinan akan menghadapi klien-klien sebegini di waktu akan datang.


Bagi aku, drug addicts juga tergolong dalam definisi orang pelik-pelik. Ada satu masa tu, masa kitorang dekat tempat di mana mereka yang mendapatkan treatment untuk menghilangkan gian, dorang diletak dalam satu bilik khas nie, dikurung selama dua minggu untuk hilangkan gian dorang tu. So memang banyak lah orang pelik-pelik kat situ.

Cara cakap pon aduhai menakutkan sangat. Aku tak faham macam mana some of my friends, berdiri betul-betul sebelah grill bilik tu. Dah lah orang-orang tu dok tersadai kat situ. Buat nya dia tarik tudung korang ke, baju korang ke, then gigit korang, perghhhh. Naye je. Macam-macam dok bermain dekat dalam fikiran aku masa nie. Aku selamat, sebab aku berdiri sangat jauh dari situ. Kan dah cakap aku nie takut dengan orang pelik-pelik.


Kitorang juga ada sesi temubual dengan bekas penagih. Alhamdulillah mereka dah pulih sepenuhnya. Aku dapat klien yang dah 20 tahun lebih bebas dadah. Syabas Encik. Saya sangat bangga sama encik.

Based on his sharing, pengaruh kawan tu sangat kuat. Jadi berhati-hati lah pilih kawan. Lepas nie aku nak screening semua kawan aku. Yang tak elok nak buang, yang elok semua aku nak buat pekasam.

Bercakap soal kawan, aku ada benda nak share nie. Aku ada sorang kawan nie, aku tak nak bagi tahu demographic feature beliau, pecah lobang lah nanti.


Everytime i saw dia. Terpaksa guna dia, kalau guna english kantoi lah korang tahu jantina dia nanti. Dia nie normal je. But somehow aku tengok dia nie menakutkan sangat. Kalau dia senyum, perghhhhh ! Seriau weyhh. Senyuman dia buat aku terbayang yang dia tengah rancang untuk membunuh aku. I believe if you saw dia smile, korang juga akan berfikiran benda yang sama. Ke aku je yang suka fikir bukan-bukan ?

Minta dijauhkan lah orang-orang yang seperti merancang pembunuhan ini dari aku. Aku takut.

Apa-apa pon, nie aku ada menyediakan sebuah video mengenai apa yang pelajar psikologi UPSI rasa dan tempuhi on our daily basis. Video nie aku buat untuk dinner PSYCH UPSI awal bulan Mei hari tu. Tapi since entri untuk dinner tu akan siap dua bulan dari sekarang, so aku bubuh je kat sini. Macam related pon ada dengan topik yang dibincangkan sekarang nie. Hope you guys enjoy it !


Whatever Allah plans for me in the future, i will accept it. He knows what is best for me. Looking forward what Allah has in store for me in the future. See ya !

10 comments:

  1. oh hi. Zharif. Seriously psychology interesting gila. Saya br belajar sampai A-level tp setakat apa yg kitorg blaja ni pun sgt interesting. Myb you and your friends can do our society a favour. Ubah persepsi masyarakat yg psychology ni bkn kaunseling je. And masalah mental illnesses bukan ada schizo je tp banyak lagi. I like psychology sbb you boleh faham dlm perspektif lain. Lain dr apa orang biasa tgk. Anyways goodluck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Nur Aimi. your comment really made my day. That is a very nice thing to say.
      Good luck in your life too =) Thank you once again. really appreciate it.

      Delete
  2. Hi Adik Zarep..
    Akak rasa kau mmg ada daya tarikan seksual yang sangat kuat.. hahaha (joking) akak yg x belajar mcm kau pn akak rasa takut nak dekat ngan org saiko mcm tu.. apa2 pn all the best to you ya.. cari kawan yg betul2 bleh buat kawan.. silap langkah buruk padahnya.. wah! Bukan main bermadah akak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak Zaza =)
      ewahhnyaaa bermadaha gitu. Terim akasih kak atas nasihatnya, insyaAllah sy akan jadi orang yang berguna pada bangsa dan negara kelak. Wahh ikut bermadah jugak =D hahahaha

      Delete
  3. Gambar lama menggamit kenangan. Eh tetiba je. Maaf komen benda yang tak berkaitan dengan entri sangat.

    Rasa happy tak belajar psychology ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulz =D
      happy sebab dah tak de pening kepala macam kat matrik dulu. happy dengan kos sekarang =) hihi

      Delete
  4. Zariff....memang bergambar suka berdiri dekat hujung sekali ker? ahhahahah...kesian nya kena kejar dengan orang tuh dekat masjid tuh.... nasib baik sekarang dah matang, xlari2 dah...kang lagi semanagt org tuh kejar zarif.... all the best tau :D dengan study :D akk doakan yg baik2 semua untuk zarif yer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sy kena serahkan kamera kat orang yg ambik gambar tu, jadi kat tepi jelah mampu menyelit. hihi
      terima aksih akak =) Semoga akak terus sukses dan dipermudahkan urusan ^__^

      Delete
  5. Hi hi! Nak kena panggil abang ke ek? Hahaha. Okaylah, mcm ni, saya baru je habis SPM *Result dapat semalam* and I'm really interested in clinical psychology ni. So, nak tanya, macam mana ek, nak ambil course tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk lepasan SPM, tak pasti ada ke tak untuk subjek psikologi nie di ipta kerajaan. Kalau di ipts ada rasanya. Psikologi yg sy ambik nie di peringkat degree. Right after i finished my matriculation programme, i got this course. So tak tahulah qualification dia macam mana.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...