Sunday, May 17, 2015

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Assalamualaikum and hi everyone !

Kali nie nak berkongsi pengalaman memohon pinjaman pelajaran negeri Selangor. Hopefully it will give benefits to those who will be applying these education loan.

Ini masa nak hantar surat perjanjian
Abaikan pakcik yang sedap tidur kat belakang tu

Saya tak ambik PTPTipu. Parents tak kasi, so bergantung dekat parents je selama aku menuntut dekat UPSI tu. Aku memang dah lama aim pinjaman Selangor nie namun baru kali nie ada rezeki. Alhamdulillah.

First and foremost of course lah kena isi segala macam details dekat website dia. Then dah isi lengkap kena hantar borang tu dekat Pejabat Negeri Selangor dekat Shah Alam or just pos je. Aku prefer hantar terus ke pejabat dia. Senang dan puas hati bahawasanya borang tu betul-betul dah sampai dekat tangan pihak sana.

Lepas tarikh tutup untuk apply tu, i have to wait for 3 weeks (14 days of work days), then senarai nama yang layak ditemuduga pon keluar. They will not send you any email or message to let you know the result. You have to check the result in the website. Or else memang terlepas lah tarikh untuk interview. Kena alert benda nie.

And you will get this once you sent the application documents.

Aku ingat aku kena balik Selangor untuk interview nie, rupa-rupanya orang pinjaman tu yang datang UPSI and interview dekat UPSI je, Baru tahu. Senang lah sikit macam tu. I was ironing my kemeja and my seluar the night before. Takut terlambat or terlepas bas besoknya. Kena ada kat sana jam 8.30 pagi. Interview tu dekat kampus lama, so bas nak ke kampus lama setiap setengah jam sekali.

But too bad, although with all the preparation, i was still late. Somehow alarm aku tak berfungsi pagi tu or maybe i was too tired sampai tak dengar alarm. I wake up at 8.45 o'clock. Oh goshhhhh !!!! I was late >__< I don't take shower pon that morning, gosok gigi terus pakai baju semua, then blah. I have to take 9am bus or else i will be later than that. What a chaotic moment, sangat-sangat kelam-kabut.

Sampai-sampai je dekat bangunan tu, dah mintak maaf semua, lepastu abang tu kata, tak apa. Sebab tak ada nombor giliran pon. Mereka menggunakan konsep first come first serve. Laaa ye ke, punya lah kelam kabut aku dibuatnya. Dan nak tahu benda paling tak leh blah tak ? Ramai yang datang interview sehelai sepinggang. Sebab apa ? Sebab dorang tak cek dekat website tu sama ada dapat panggilan temuduga ke tak. Abang tu call terus mereka datang ke situ.


Bayangkan ko nak interview, sijil or document-document penting semua tak ada. Dengan preparation untuk soalan-soalan yang bakal ditanyakan pon tak ada, so macam mana nak survive ? Memang kena tawakkal jelah. I did some preparation the night before, study a lil bit about my beloved state, Selangor. Soalan-soalan yang kemungkinan bakal ditanya, semua aku cari data dia. Macam nak jawab exam pon ada kot, siap kena study bagai.

Bilik tu besar tau, dia bilik meeting. Satu masa dua orang sekaligus di interview. Satu kat hujung sini, satu lagi dekat hujung sana. Kan dah cakap bilik meeting tu besar. Maka nombor giliran aku pon tiba.

__________________________________________________

Knock ! Knock !
Mahuku perhatian, mahuku buktikan. Eh motip sangat lagu Elizabeth Tan terselit di sini.

Macam biasa, serahkan segala jadah jenis document dia nak. Yang dia tak nak pon aku serahkan. Gigih katanya

Abang IV : Okey, boleh terangkan serba sedikit latar belakang Zharif. *Sambil tengok-tengok file yang aku bagi tu*

I'll skip my answer for this question. It's so cliche lah. Korang pon malas nak tahu. Ke korang pon berminat nak tahu latar belakang aku ? Kalau berminat, sila pm. Gituee.

Abang IV : Result semester 2 tinggi, kenapa semester 3 boleh turun sikit nie ?

Me : Aah turun sikit, mungkin subjek-subjek semester 3 susah sikit kot sebab dah start ambil subjek pengkhususan.

Eh eh abang nie, ingat nak maintain first class tu senang ke, boleh tanya kenapa. Aiyoo.

Abang IV : Nie betul ke gambar awak ?

Me : Ye betul, tu saya.

6 years old me. Puberty still didn't hit me at this moment.

Abang IV : Kenapa lain sangat ?

Eh eh abang nie, carut aku agaknya tu. Nie saya nak cakap sikit, time kecik-kecik dulu jangan suka perlekehkan kawan-kawan kita yang agak kelaut dari segi penampilannya, sebab bila dah besar nanti kita tak tahu dia berubah seperti apa. Seperti seekor rama-rama yang cantik kah atau seperti kelawar kutub selatan kah. Contoh rama-rama dah ada depan mata. Tolong alert. 

Abang IV : Kos apa tadi ? Kos psikologi ? So awak boleh baca fikiran saya lah nie. *sambil sengih*

Me : Eh tak lah sampai macam tu, psikologi nie bukan baca pemikiran orang. Kita cuma predict apa orang tu fikir based on dorang punya tingkahlaku.

Abang IV : Baca fikiran lah tu. Awak nie.

Me : Eh bukan.

Adoii aku salah bagi jawapan ke ? Maafkan saya para psychologist diluar sana. Aku seperti meng-iya-kan stereotype itu. Aku dah speechless masa nie. Nervous kan.

Abang IV : Kenapa baru sekarang mohon pinjaman ? Dah tahun ketiga kan.

Me : Saya dah pernah mohon tahun lepas bulan Februari tetapi masa tu transkrip matrikulasi saya hilang, jadi borang tak lengkap, mungkin sebab tu dia reject kot. Ini pon saya baru jumpa transkrip saya tu, terus saya mohon. Nak mohon bulan Ogos tahun lepas tak boleh pulak sebab saya pergi program pertukaran pelajar selama satu semester dekat US.

Abang IV : Ouh awak pergi pertukaran pelajar ? Best tak kat US sana ?

Me : Best sangat encik. Seronok. Banyak sangat pengalaman baru yang saya dapat and bla bla bla.

Lepastu aku canang lah macam-macam pasal kat sana, and macam mana boleh dapat semua, cakap lah susah nak dapat, konon aku nie yang terpilih, nama pon sesi kipas diri sendiri. Korang kena faham. Yang nie malas aku nak detail kan, nanti kang korang menyampah pulak.

Abang IV : Dahsyat erk. Hebat hebat. Tahniah. Sebelum nie bayar duit yuran and perbelanjaan semua tu pakai apa ?

Me : Selama nie pakai duit parents. Duit yuran tu lepas dah bayar, then claim KWSP ayah, and duit tu rotate macam tu setiap semester. Untuk perbelanjaan pulak, saya limit kan, satu hari 10 ringgit.

Abang IV : Eh cukup ke satu hari 10 ringgit ?

Me : Cukup tu tak ada lah, nak buat macam mana, kena tahan sikit lah nafsu makan tu. Biasanya permulaan sem tu agak sesak sikit sebab banyak benda nak kena bayar.

Abang IV : Owhh macam tu. Zharif memang membesar di Banting kan ? Ayah ke ibu tadi yang orang Selangor ?

Me : Ye saya membesar di Banting. Ibu yang orang Selangor, ayah orang Pahang.

Abang IV : So maksudnya Zharif tahu lah Bukit Jugra kat mana ? Boleh cerita apa sejarah Bukit Jugra tu ?

Me : Huh ? Bukit Jugra ?

Adoii celah mana pulak aku tahu sejarah Bukit Jugra nie. Yang aku tahu kat situ orang terjun-terjun guna payung tu. Apa kejadah nama dia ntah aku tak ingat, paragliding ke ?

I've only been there once. This nate, what people calls huh ?

Abang IV : Okeylah, saya besarkan sikit skop dia. Sejarah Banting lah. Apa yang Zharif tahu pasal Banting ?

Me : Apa yang saya tahu pasal Banting ialah, terdapatnya rumah tempat membesarnya pemain badminton negara, Rumah Hj Sidek. Ada simbol badminton lagi kat depan rumah dia tu. And Banting nie juga terkenal dengan perniagaan kerepek dia. Lagi satu yang saya tahu, Morib merupakan tempat di mana askar Jepun diturunkan dari udara. Ada satu tugu peringatan kat situ yang menulis fakta sejarah nie.

Aku actually ingat-ingat lupa benda nie, rasanya askar Jepun. Hope i got the facts right.

Abang IV : Okey. Agak-agak kalau saya tanya Pegawai Daerah Kuala Langat, awak boleh jawab tak ?

Me : Maaf, sejujurnya saya tak tahu. Maaf sangat *Senyum innocent dilemparkan*

Abang IV : Tahu apa nama masjid negeri Selangor ?

Me : Tahu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Itupon nasib baiklah ada seorang pelajar yang di interview sebelum aku ingatkan aku nama masjid nie

Abang IV: Nama menteri besar Selangor ?

Me : Dato' Menteri Besar Azmin Hj Ali.

Abang IV : Tuan Azmin Hj Ali je, dia belum ada pangkat Dato' lagi.

Me : Ye saya tahu, sebab tu saya sebut Dato' Menteri Besar. Saya tengok dekat laman web negeri Selangor dia tulis macam tu. *Nak menang jugak tu, tak leh bla*

Abang IV : Dah tahun ketiga kan, so tahu tak nama canselor UPSI ?

Me : Zakaria Kasa.

Maaf tidak letak pangkat sebab tak tahu. Ini pon sama jugak, budak yang di interview sebelum nie bagi tahu. Kalau tak memang tak ingat, tak expect benda nie akan di tanya.

Abang IV : Tahu tak nama Sultan Perak siapa ?

Me : Alamak, jap erk. Errr Sultan something with N, is it Nazmin ? Tak ingat lah sebab baru tukar kan.

Abang IV : Bukan, Sultan Nazrin.

Me : Ouhh ya Sultan Nazrin. Lupa sangat. *Senyum innocent lagi*

Abang IV : Apa yang saya boleh nampak kat sini, Zharif dah start gelabah bila saya tanya fakta diluar negeri Selangor. Kalau saya tanya pasal Selangor, confirm Zharif memang boleh jawab. Zharif orang Selangor and tahu pasal Selangor. Tapi bila saya soalan yang luar dari Selangor, Zharif mula goyang. So Zharif kena tahu jugak info-info di persekitaran tempat belajar Zharif. Boleh Zharif ?

Me : Boleh boleh, insyaAllah. *Tarik selimut tutup muka*

Abang IV : Ada tak apa-apa yang Zharif nak tanya pasal pinjaman nie ?

Me : Pinjaman nie boleh ditukar kepada biasiswa kan kalau kita dapat first class degree ?

Abang IV : Memang boleh tukar. Dapat transkrip terus hantar salinan ke pejabat and minta ditukar kepada biasiswa. Even tak dapat first class pon, still ada potongan mengikut CGPA yang ditetapkan lah. Dia ada potongan-potongan dia berapa.

Me : Okey-okey. Saya akan cuba dapatkan first class tu.

Abang IV : Ada apa-apa lagi ?

Me : Rasanya tak ada apa-apa Encik. Itu je.

Abang IV : Okey baiklah, bagus. Saya kagum dengan cerita pertukaran pelajar awak tadi tu, tahniah yer. Saya pon suka tengok file awak nie. Awak susun dari awak tadika sampailah sekarang nie. Cuma yang kat dalam plastik nie, lepas nie kalau ada interview mana-mana lagi, jangan letak macam nie lagi, Letak dalam file, senang lah peng-interview tu nak tengok.

__________________________________________________

Actually, document-document yang dia highlight-kan suruh bawak tu je, yang aku letak dalam plastik. Biar dia senang terus dapat tengok document tu. Yang dia tak mintak stay je dalam file aku tu. Sebab sebelum nie masa aku interview SPA dulu, dia cakap, document-document yang dia highlight-kan, dia mintak asingkan supaya senang dia nak tengok. Yang lain tu sampingan. Setiap peng-interview berbeza kan ? So bukan lah salah aku. Huhu

30 minit jugaklah aku duduk dalam bilik meeting tu. Fuhhh

P/s : Perbualan sebenar mungkin berbeza sedikit dari segi cara aku menulis blog nie, but still itulah intipati dalam interview tersebut. 
Nak ikut perbualan sebenar susah lah dik. Jenuh abang nak ingat balik satu persatu.

Alhamdulillah, aku berjaya. Aku lepas interview tu. So pada 11 April (Jumaat) result tu keluar. Dia bagi masa seminggu untuk complete kan borang-borang tu. Perghhh, dah lah aku baca mesej tu jam 3.30 petang. Memang tak sempat nak buat apa-apa lah.


Nak buat buku bank pon tak sempat. Bank yang dia nak Bank Muamalat. Bank Muamalat dah lah tak banyak cawangan. Yang paling dekat dengan tempat aku ialah dekat Klang, which is 1 hour and 15 minutes from my house. Ahad tu pulak dah kena balik UPSI balik, cuti pertengahan semester tamat. Tapi aku balik UPSI hari Isnin, pagi Isnin tu pergi buat buku bank. Skip satu kelas. Hehe

Hari Khamis malam balik lagi ke rumah, hari Jumaat dah bangun pagi-pagi mintak tanda tangan saksi kumpulan A. Aku mintak tanda tangan Penolong Guru Kanan Sekolah Menengah, sekolah lama aku dulu. Setelah sekian lama tidak datang ke sekolah form1-form3 ku, Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah (SAMUS), aku jejakkan kembali ke sekolah itu. Mengimbau kembali kenangan-kenangan sewaktu bersekolah di situ. Kenangan kena rampas handphone, itu pon sebab ada yang dengki, dia pergi report. Aku ingat lagi siapa manusia itu. Eh sakit hati pulak tetibe teringat. Aku tak tahu apa masalah dia, padahal aku tak pernah ganggu hidup dia pon. Dengki tak sudah.


Keesokkan harinya, hari Sabtu bersamaan19 April, ada majlis penyerahan surat perjanjian dekat Pejabat SUK Negeri Selangor. Alhamdulillah semua borang telah lengkap. Satu hari berkejar ke sana ke sini complete-kan borang. Dah lah hari Jumaat, hari Jumaat nie agak leceh sikit untuk urusan-urusan macam nie sebab ada gap time tengahari tu.

Cek nama sat tengok kaunter mana kita kena tuju

Masa sampai tu, dia suruh jamu selera dulu. Well, village people sejati nampak makanan free mana boleh tak terjah. Tapi masa datang nie, makan tu tak berapa nak feel sebab terburu-buru. Taklimat dah nak bermula. So makan ala kadar je.



Since aku datang awal, so dapat lah nombor giliran awal. Tak ada lah lama menunggu. Ramai jugak yang dapat pinjaman masa nie. Dalam 2 ratus lebih jugaklah. Masa nie cuma untuk serahkan borang perjanjian and nombor akaun bank. Itu je. Tapi procedure menyantak banyak.


Once i finished, i went out and ate again. Agak membazir lah tengok makanan yang disediakan tapi tak habis. Dah alang-alang tu lebih baik aku tolong habiskan. Plus, bertolak pagi-pagi okey. Tak sempat sarapan. Ini lah masanya untuk makan.

Me at events =D

And that was it perjalanan memohon pinjaman pelajaran Negeri Selangor nie. Aku sering tersilap pasal pinjaman nie dengan Yayasan Selangor. Aku selalu sebut Yayasan Selangor, rupanya bukan. Yayasan Selangor lain, and dah tak ada pon bagi pinjaman untuk pelajar IPT. Ini namanya, Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor. Ingat tu zarep.


Alhamdulillah selesai. Sekarang tinggal tunggu duit masuk je. Tapi tak tahu bila. Dah lama dah nie. Still tak dapat-dapat lagi. Jangan sampai aku call. Terus pasang lagu Rihanna "Bij better have my money"

NOTA KAKI : Any comments yang saya dah jawab dalam ruangan komen, saya tidak akan jawab lagi. Jadi, rajin-rajinlah baca komen-komen kat bawah nie. Sebarang fakta yang telah saya nyatakan dalam blogpost ini juga, saya tidak akan jawab sekiranya masih ada lagi yang bertanya. Tak kesahlah through email, instagram, facebook or anything. Rajinkan diri untuk membaca. Even if you don't like to read, but for the sake of your study, do read them. It's all about your future anyway. So think about that. Put your malas aside. Ouh ya, one thing y'all should know atau sepatutnya dah tahu ialah, saya merupakan peminjam pinjaman pelajaran negeri Selangor nie. Jadinya, saya bukanlah staf mereka. So anything yang y'all rasa keliru pasal pinjaman nie, do call them for more information. I am not working for them. I'm just a peminjam. Jadi saya tak tahu apa yang mereka nak and bakal tanya. Blogpost ini ditulis untuk saya share kan kepada anda semua tentang pengalaman saya sepanjang interview tu dan the process. Semoga ia bermanfaat. Terima kasih. Anyway, good luck to all of you ! May Allah ease everything for you.

101 comments:

  1. Tahniah la Zharif. Nanti aku nak suruh adik aku apply pinjaman ni pula la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Farah =)
      apply jangan tak apply

      Delete
  2. Good job! Kena maintainkan result juga ni. Jangan memain! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, skrg pon asyik leka je dengan blog. hahaha
      terima kasih Fauzi ^__^

      Delete
  3. i pun dah apply pinjaman ni setahun lepas dan berjaya!
    tapi u apply untuk degree eh?
    tahu tak jadual duit pinjaman tu masuk bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp, for degree.
      Masa taklimat tu, dia kata setiap bulan september dan march.
      But for the first nie, lambat sikit lah sbb even hantar surat perjanjian tu pon alst april. hopefully by this month. worst case scenario, early next month >__<

      Delete
  4. Replies
    1. will do, insyaAllah. terima kasih fareez saidin =) lama dh tak nmpk berblog

      Delete
  5. sy dah try sekali hari tu..then x dpt..rasa nak try sekali lagi.. abg zharif, for us psychology berapa ye amount pinjaman dia bagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk degree, 6500 setahun. good luck ! =)

      Delete
  6. Boleh bagi email nak tanye lagi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. email ada dekat ruangan the author on the top right side =)

      Delete
  7. Hello, can I know whether the interview is in English or Malay?

    ReplyDelete
  8. Abg zharif, dpt da ka duitnya?..esok ad interview jgok😯.cuak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat dahh. Alhamdulillah.
      Good luck okay ! Jawab dengan penuh confident jangan malu2 =)

      Delete
  9. Salam, hi masa interview kena cakap eng or malay ehh?

    ReplyDelete
  10. Nice tips and interesting to read... Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm glad that you like it. Thank you =)

      Delete
  11. Blog paling sempoi cerita pasal PINJAMAN PENDIDIKAN SELANGOR. And I was always confused too. Ingatkan yayasan selangor. Wish me luck for this upcoming interview which is isnin ni. Btw,I was from Banting too. And my makcik ada mengajar dekat sekolah unwanus saadah.okbai.haha.tq again.btw dah dpt belom duit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right, me too ! Selalu confuse pasal tu. Siapakah nama makcik tu ? Kot2 pernah mengajar sy =)

      duit untuk yang first agak lambat sikit dia masuk. Sy dapat hujung-hujung sem. So seronoklah sebab duit tu tak terusik =) Hihi.

      BTW, good luck tau ! Jangan datang lambat macam sy. hihi.

      Delete
    2. Makcik nama cg. Hafsah.haha.tak surelah sempat ke tak en.

      Btw, I just interviewed. Hurm.sekali kena provoke dgn org tu. Dia cakap 'nak bagi ke tak eh?' Sebab dia tgk gaji ayah.adoyai.tak tahu nk ckp apa sebab tak suka kena provoke. So I was like 'bagi lah puan' haha.bila fikir balik bodohnye aku jawab macam tu. Btw, ada jugak bgtau yg I spend rm10 a day.but she just said ' eh,you limit jugak expense' I replied 'of course lah,kesian mak ayah,asyik mintk duit je,kawan y amek pttipu lagi heaven spending' dia tak pulak tanya cukup ke tak en.

      So,quite frust jugak lah interview baru ni. I'm not letting all. Bila dah habis baru teringat.boleh je ckp my course byk gila guna duit sebab course tourism. Haih. Skrg tgh doa je lah moga puan tu buka hati nk bg lepas interview.

      Kenapa I cerita dekat you ni zarep??hahaha. Oklah.maybe sebab you budak banting. Haha.ada kaitan sangat~ okbai.

      Delete
    3. macam pernah dengar nama tu or mungkin silap.

      Anyways, you did great, lepas nie just berdoa and tawakkal. InsyaAllah, Allah will ease everything for you. Never lose faith on Him. Good luck orang Banting ! =)

      Delete
  12. pencerahan yang jelas terang lagi disuluh hahaha oktak. thanks for sharing your experience here, it really helps me to prepare for the interview tomorrow. cuak tu tok sah kata laa kan �� wish me luck and all the best for your studies, zharif. thanks again ✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Fathiha. Good luck for your interview. Orang Selangor boleh ! =)

      Delete
  13. salam br.zarif..saye pown dipanggil untok temuduga nie..then ad la jugak prepare dgn bace solan2 temuduga nie..ad satu solan nie yg mungkin ditanye..'kenape pilih pinjaman nie kenapa x pilih ptptipu'..so..ade idea x nk jawab ape klau aopan nie yg kuar?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Rasanya awak ada email sy pasal benda nie.

      Takpe, sy copy balik apa jawapan saya dalam email tu.

      Mungkin boleh ckp yang Ptptn nie ada riba. And cuma first class degree je dpt jadi biasiswa. Kalau pinjaman negeri selangor, even tak dapat first class utk tukar jadi biasiswa, but still ada potongan2 dia. Jadi x ada lah kena bayar full. Sebab tu sy lebih memilih pinjaman negeri selangor. Hopes it helps =)

      Good luck Farhan ! =)

      Delete
  14. Assalamualaikum...saya nak tnya...berapa lama masa antara hari di interview dgn hari dpt tahu keputusan pinjaman?? Sebulan atau lebih ??? Lagi satu nak tnya..masa sesi pertama haritu..berapa ramai yg dpt pinjaman ni??
    Tu je nk tnya..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kalau tengok tarikh interview tu pada 23 March then tarikh result keluar pada 11 April. 14 hari bekerja result tu bru keluar. quite a lot jugak lah. dalam 2 ratus lebih rasanya yang dapat. Tak ingat the exact number but they did mention about it during the send agreement letters meeting.

      Delete
  15. hye mr zharif.anywy congrats.actually 22/9 ni sy akn ditemudugakan so agak gementar n do somethng preparetion psl selangor.tgh dok google nmpk blog kamu.so bace laaa smpi hbs .mcm rse lg gementar la pulak ahhahah anywy wish me luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye Salasiah =)

      jangan takut jangan gentar. tak ada apa sangat pon. InsyaAllah everything will be fine. Good luck okay ! =)

      Delete
  16. assalamualaikum. sy dah pergi interview. hopefully dapat lah. hee. just nak share, kdg2 dia tk tnya pun psl selangor, mcm sy dia tnya pasal course, sembang biasa2. tp ada panel lain yg tnya psl singapore, thailand and bnda tk related lgsg ngn selangor/malaysia �� kalau kene cmtu jawab dgn yakin, salah ke betul lain cite haha. pape pun bila jumpa panel tu senyum, bg salam. first impression penting tau hee. btw zharif, nk tnya 6500 tu utk setahun kn? if tahun kedua dpt tk? and if cgpa 3.5 below, ada pengurangan byrn kn? lupa nk tnya. thanks ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Yupp, depends pada interviewer tu. untunglah awak. InsyaAllah dapat. Banyakkan berdoa. Yupp, 6500 setahun. mengikut apa yang saya baca dan dibagi tahu, InsyaAllah ada. Tahniah ye dah lepas interview =)

      Delete
  17. hye ..nak tanya brape amount yg diaorang bagi ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6500 setahun untuk kos biasa. untuk kos medik 7000 rasanya. not sure =)

      Delete
  18. hi zharif! nak tanya, time majlis ni you datang dgn siapa ye? bolehkan kalo datang dgn parents? means parents boleh ke join masuk dngr taklimat skali or kita je kena masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amy =)

      Boleh je bawak parents. In fact nak bawak ramai orang pon takper. Time taklimat tu ada disediakan tempat duduk parents di belakang. Dorang akan asing tempat duduk penerima pinjaman dengan parents. Bawa je satu keluarga, ada sarapan free nanti. Hahahahaha

      Delete
  19. Assalamualaikum agak2 brp lama duit akan masuk selepas penyerahan borang ? ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam. sy rasa sy ada mention about it dekat ruangan komen2 terdahulu =)

      Delete
  20. Brape lama duit nk masuk selepas penyerahan doukumen???

    ReplyDelete
    Replies
    1. i've already answered this question above on comment section.

      Delete
  21. Saya pun pun iv jugak benda around last year, for degree. Unfortunately, I get scolded sebab
    salah nama menteri besar. *grins

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas print borang, Kena dapatkan cop dari company mak ayah ke? Boleh tak tolong bantu.. Terima Kasih

      Delete
    2. lulz, poor you. Lpasnie kena alert dgn nama2 besar lah =D

      Delete
  22. Hi.. Lepas hantar submission secara online, kena print and lengkapkan borang kan? Kena hantar borang tu kat company mak ayah untuk pengesahan pendapatan? Terima Kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope. pengesahan pendapatan oleh ketua kampung, if you live in kampung. or any jawatan kerajaan kelas A kalau x siulap. hope it helps

      Delete
  23. hi. so I have a question. to which address/email address should we send our semester results eh? I know its written dekat surat syarat pinjaman tu but i lost it. emailed tkwbns but they haven't replied to it yet so thought u could help? thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i attached the adress above, the picture with "SILA HUBUNGI KAMI" . i put there also as my rujukan in case i need it =D hahahahahh

      Delete
  24. seronoknya dapat pinjaman negeri. ingatkan degree ni pun tak nak pinjam pt tapi takut pulak tak makan kang. haha. bestlah baca entry awak, siap ada dialog tu yang syok. hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinjamlah.. buat pilihan bijak. gitueeee
      thanks ! =)

      Delete
  25. nak tnya cukup ke 6500 for one year..ahaha..☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok yuran pengajian lah. mcm sy dekat upsi nie, yuran pengajian termasuk kolej kediaman je dah 1700. So baki tu buat makan utk satu sem. nak kata cukup tu xde lah sgt. tp parents sy still bagi duit tiap bulan walaupon ada pinjaman nie. so xd lah rasa sesak sangat.

      kalau belajar dekat uitm seriously best, yuran depa murah (yg bukan kos medic lah)

      Delete
  26. Nak tanya ,kalau pinjaman ni potongan dia ikut cgpa keseluruhan kita kan ? Kalau cgpa keselutuhan atas 3.0 kena bayar berapa peratus ye ?

    ReplyDelete
  27. Hi, saya nak tanya utk peruntukan pinjaman. Tabung masukkan wang terus ke akaun bank kita atau wang disalurkan ke universiti dulu, baru universiti pindah wang ke akaun kita org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course kepada bank kita. kenapa pulak dia nak masukkan ke universiti. hahaha

      Cuba bayangkan ye, kalau dia salurkan ke universiti dulu, then universiti nak kena salurkan balik ke akaun kita, kan dah jadi kerja tu. Kalau peminjam tu sorang dua je, gagah lah lagi, buatnya beribu ? ce bayangkan. hahahaaha =D

      Delete
  28. hye zharif ! sy dlu belajar kt upsi jugak amik dip :) skrg deg kt tmpt lain. hari rabu depan sy ad iv utk yayasan slgr ni, nervousnye ya ampun ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck ya ! sorry, i missed your comment. Hopefully you already get this pinjaman.

      Delete
  29. Alhamdullilah..saya dah hbs study..n tggu result final year kua...hope blh jd schlrshp..amin...Iv dia byk tanya mengenai isu semasa selangor...time saya kne iv 2 dia tnyer who s/u kerajaan selangor...WOW!!nasb dapat soalan bocor...hahaa..gud luck kepada yang bakal di intrview...inshaallah akan berjaya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah ! doakan saya juga supaya dapat dijadikan scholarship =)

      Delete
  30. Assalam, nk tnya pasal borang tuh...dia ckp kena muat naik dokumen dokumen mcm surat beranak dll. Dia kena guna scanner kan? Tp kalau snap gmbar dokumen tkpa ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. preferably with scanner lah. tak sure pasal snap gambar tu, you may call them to confirm about that =)

      Delete
  31. Assalamualaikum.. nak tanya, untuk bahagian rujukan, prefer letak lecturer atau orang-orang yang berjawatan tinggi seperti ketua kampung dan sebagainya? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Pegawai profesional kumpulan A. Tak kesah sape2 as long as kumpulan A

      Delete
  32. ASSALAMUALAIKUM, saya nak tanya bahagian rujukan tu kita kena pakai alamat rumah dia or alamat tempat kerja dia? contoh penolong kanan (nak pakai alamat rumah dia or pakai alamat sekolah je)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.
      Uishhh sampai alamat rumah, takde mcm tu. alamat kerja je.

      Delete
  33. hi, where can i get the form eh? i was looking for the form at the column "muat turun borang" but nothing regarding the loans form come out. pls i need some help here. is there anything i can do?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang tu dia online..first kena daftar dulu dkt http://tkwbns.selangor.gov.my ..lepas daftar log in id pengguna then baru dia keluar borang dia..

      Delete
  34. Satiu lagi saya nak tanua..yg kena pengesahan hanya utk borang pemaustatin dgn pengesahan akuan pendapatan je kan..yg lain mcm ic, sijil spm,sijil berhenti, sijil matrik x payah pengesahan apa apa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada pengesahan. Every sijil/slip periksa/whatever yang kita photostat, kena ada pengesahan. I think that is the basic thing you need to know in applying jobs or anything. So make sure all the sijil yang you photocopy kena ada pengesahan.

      Good luck ! =)

      Delete
  35. salam sy nk tnye, kan kite dah isi form tu online, then die suruh print borang tu. lpstu borang tu kite kne hantar ke mne2 ke sbb kat situ die just kata sila bawa borang ini mse iv nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. owh mcm tu pulak. kalau dulu masa time sy, lepas dh submit online, kne pos borang2 tu ke pejabat dia. tapi sekarang xtahu mcm mna. try call pihak sana untuk confirm kan balik.

      Good luck ! =)

      Delete
  36. apa yang perlu bawa untuk interview? perlu bawa surat beranak ori ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. Rasanya dia ada senaraikan dalam dokumen2 yang dia sertakan tu kan ?

      Delete
  37. hi saya nak tanya kalau saya punya permohonan ptptn dah dilulusakan boleh ke saya nak mohon pinjaman selangor? saya baru first sem dan tahun pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti, you may call them to confirm about that =)

      Delete
  38. salam bro..duit dia bagi tiap bulan ke camne ..sebab 26/9 kena interview ..cuak plak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. dia bagi sekali gedebuk masa awal sem. Dia tak automatik tolak duit yuran. Sendiri kena pi bayar yuran tu. So pandai-pandailah manage duit tu. Good luck !! =D

      Delete
  39. salam bro ... berapa dia kasi sebulan ..cuak plak dpt interview 26/9 ni ..btw ada tanya pasal parents kita x

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. refer my comment above.

      Yes, of course dia akan tanya latar belakang kita. Dan itu termasuklah pasal parents kita.

      anyway, good luck !! =D

      Delete
  40. interview tu mmg btul2 hbis pkul 1 ptg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mine, yupp. Yours, i have no idea. Depends lah pada mereka.

      Itu waktu interview tau, di mana mereka akan tunggu di situ sehingga waktu yang dia tetapkan. Tapi interview session tak sampai 30 minit pon. So datanglah sekitar waktu interview yang ditetapkan tu. Datang awal dapatlah giliran awal. Itu je. Good luck ! =D

      Delete
    2. Ohh first come first serve basis...tpi saya pnye dia siap tulis kne ade sana 30mins before 8..btw wish me luck 21hb ni iv hewhew

      Delete
    3. Best of luck then. You can do it ! =)

      Delete
  41. ramai eh interview 26/9 ? saya interview 21 hrbln ni. bro kalau pointer tak cantik sangat boleh lepas ke pinjaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia ada tengok pointer. By tak cantik, means under 3.0 ke ?

      Requirement dia saya tak pasti nak pointer berapa. But hopefully you will get it. Just be confident, show them that you're worth it and you really need those money for your study. InsyaAllah everything will be okay. Good luck ! May Allah ease everything for you.

      Delete
  42. salam,waktu dia tanya soalan tentang sultan perak tu adakah satu soalan sahaja atau ada soalan soalan di luar selangor lagi?
    btw cuakkkkkk temuduga selasa ni 27/9/2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya nyatakan di atas, itu sahaja yang ditanya.

      Good luck ya ! =) May Allah ease everything for you.

      Delete
    2. sakit hati gila..
      datang pukul 7.30 pagi incase terlambat last last jadi orang yang last sekali di temuduga..
      ya allah

      Delete
    3. chill bro sama ah..dia panggil ikut susunan nama and universiti aku tunggu 6 jam

      Delete
  43. salam bro , pinjaman ni memang perlukan penjamin ke .. sebab terlalu rumit prosedur dia and after we submit the akur janji form .. how long does it take for them to give us the money ..as u mentioned b4 the payment only made on march and september .. and skrg dh pun oktober tarikh serahan borang 28/10 ...selalunya time bro dulu berapa lama lepas submit borang .. any answer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. mmg perlukan penjamin. memang rumit sikitlah. untuk duit pertama tu, memang lambat sikit. Masa saya, semester seterusnya baru dapat. kiranya semester baru nanti dapat dua kali.

      Delete
  44. Salam , nak tanya . Saya dah dimaklumkan bahawa saya ditawarkan pinjaman ni , dimana ya saya boleh dapatkan surat 1.senarai semak penyerahan dokumen 2.surat akuan penerimaan tawaran 3.perjanjian pinjaman yg dimeterai(5 salinan). Sebab dkt online saya tgok di bahagian muat turun borg , tiada disediakan . Saya sudah login dan isi apa yg perlu . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. saya tak pasti akan hal itu. Boleh call pihak sana untuk maklumat lanjut =)

      Delete
  45. Assalam, sy pelajar upsi. Klu nk mintak pengesahan dari ipt tu kne mintak dekat hep ke? N prosedur dye sekejap ke lama?

    ReplyDelete
  46. Kita perlu tandatangan setiap helai surat perjanjian atau setiap set surat jee. Confius 😭

    ReplyDelete

Home