Sunday, June 21, 2015

Early Christmas Dinner With Wells Family

Assalamualaikum and selamat sejahtera ! 

Pada 8 December 2014, satu lagi dinner telah diadakan. Tapi dinner kali nie diadakan oleh hall tempat yang aku tinggal, iaitu Wells Hall. I've been staying there during my exchange program. It's such a nice hall. During the period, i am glad to be placed at Wells Hall as the people that lives in the dorm were very friendly and funny.

Kalau sesape yang belum baca entri Jelajah Bilik, korang better baca lah untuk melihat keindahan dorm tempat tinggal pelajar-pelajar di sana. Sangat cantik weyh. Environment dia macam hotel pon ada. Boleh klik SINI untuk baca.


Makanan semua sendirian berhad tau. Dorang semua masak sendiri dekat kitchen Wells hall tu. Dorang nie semua pandai masak kot. One thing yang orang America pandai buat khususnya perempuan ialah baking. Tak kesah lah baking cakes ke, cookies ke, anything yang sewaktu dengannya.


Pavlova nie di masak oleh Kaitlin. Budak Australia yang aku cakap berjiran dengan aku tu kat entri sebelum nie. Haishhh korang nie, nie mesti kes cuma tengok gambar je. Tak baca letewww. Tau dah.

Selain pavlova nie, ada juga creamcheese cake, ayam trukey, cookies, macaroni cheese and macam-macam lagi lah. As usual, aku cuma bawak candy canes je. Murah kan. Hihi


Tengok candy canes aku disangkut sedemikian dekat pokok krismas kecik. Comel je kan. Berguna jugak lah candy canes yang aku bawak tu. BTW, this dinner is an early christmas dinner. Christmas nanti kan tak dapat jumpa as everyone will be going home. So dorang buat awal-awal untuk sambut dengan kengkawan.


So sebelum majlis makan malam tu mula, ada sesi taklimat ringkas untuk mengucapkan selamat bercuti and some others thing, can't remember really. Then ada sesi membaca doa. Yang kita nie baca doa dalam hati jelah yerp.

Tu Kaitlin tengah berdiri atas kerusi 

As i promised from previous post about the story that i want to tell you guys tentang budak Australia tu, so dengarkan lah cerita nie. Al-kisahnya begini, aku lambat beratur so lambat lah ambik makanan. Time aku nak ambik makanan nie, mostly semua orang dah ambik tempat masing-masing. Ada lah beberapa ketul lagi orang belakang aku.

Then time aku tengah belek-belek makanan tu semua sambil pegang pinggan, kawan aku si Kaitlin tu berlari dari tempat dia duduk and datang dekat tempat makanan nie. Dia bagi tahu lah yang mana aku tak boleh makan and yang mana aku boleh makan. Masih lagi terngiang-ngiang apa yang dia cakap dekat aku dengan accent Aussie dia.

So ini jelah makanan yang aku makan malam tu

That was a very thoughtful of her to come and told me what i can have and what i can't. She is so nice. So so nice. Tak sangka kot dia boleh terfikir pasal hal makanan aku nie. Itu menunjukkan dia betul-betul concern terhadap aku.

Austin was serving the famous grandma Paige's cheese cake

Seriously, that cheesecake was sooo delicious. It was sweet, creamy and finger lickin' good. I'm craving for the cheesecake right now. Nasib baik tengah puasa. Kuss semangat.

So macam post sebelum nie, adalah lebih afdhal aku perkenalkan penduduk-penduduk Wells Hall dan kawan-kawan America aku. Some of them are not living at the hall but they are close with my roommate and my suitemate. So they always come to the Wells hall to studying, watching movies dan macam-macam lagi. Ibarat macam dorang tak asing lagi dekat Wells hall tu lah.

Mari berkenalan dengan penduduk Wells hall dulu.


This is Kaitlin, we call her Kaity. She was also leaving the semester. Mula-mula tak kenal sangat dia nie and aku tak tahu pon ada pelajar perempuan Australia dekat GCSU nie. Sebab masa orientasi aku cuma perasan sorang je pelajar lelaki dari Australia. Aku kenal dia masa aku buat video kemerdekaan. Dari situlah baru aku tahu ada pelajar perempuan dari Australia. Dah tengok belum video kemerdekaan tu ? Kalau belum tengok, better tengok lah sekarang. Boleh klik SINI . Jijik pulak tengok diri sendiri dekat video nie. Ishh >__<

Kaity nie seronok lah dibuat kawan. Her accent is to die for. I love her accent. Dia nie friendly, pandai berborak, pandai masak, kreatif (sebab kos dia related to education so dia banyak buat benda-benda untuk menarik minat belajar), pandai bergaya and yang penting sekali kaya orang nya. Kalau tengok dia berbelanja, fuhh menangis. Sabtu ahad fly pergi New York. Ko mampu ? And masa kitorang semua dah check out, satu keluarga dia dari Australia datang US and jelajah satu US tu. Sebulan dorang jelajah. Banyak kan duit keluarga dia. Negara kaya, nilai mata wang pon kaya. Kita nie kena sedar diri lah. Dengar cerita sekarang 1 dollar dah jatuh pada harga 4 ringgit. Sedih.

Penduduk Wells hall nie kaki prank orang tau. Kepala nya tu si Austin dengan si Tavaris. Dorang lah yang mencetuskan prank-prank nie semua. Si Kaity nie pon join sekaki. Nanti aku tunjukkan video-video nya yerp. Tapi lain entri lah. Hikhik


This is Paige, and Austin calls her Grandma Paige. Since then, i call her Grandma Paige. Nak tahu sebab apa panggil dia grandma ? Sebab dia nie 18 tahun, muda lah kiranya. Tapi dia berperangai ala-ala grandma sikit di mana dia ada waktu tidur yang tetap. Jam 10 malam mesti dah kena tidur. Dia jenis tak berparti semua. So lifestyle dia ala-ala grandma sikit sebab tu Austin panggil dia Grandma Paige.

Paige nie seorang yang sangat kelakar. She will always smile no matter what condition she is in. She is so positive about everything, she is someone that you can't hate. You just can't. She is so lovely. I bet, if you meet her and know her, you also want to be friend with her. I love to be friend with her. Ada something dia buat untuk aku masa hari last day which was so nice. I will tell later after this post. Nie pon kena tunggu, sabar naa.

Btw, Paige is Kaity's suitemate. Kalau tak faham suitemate-suitemate nie semua, ko better baca entri pasal dorm aku tu. Aku ada bubuh link dekat perenggan kedua atas tu. Klik sekarang. Then baru ko faham konsep dorm aku nie macam mana. Barulah nak baca pon smooth je sebab dah faham konsepnya.


This is Kasey, Paige's roommate. Dia nie boleh tahan kelakar lah, sama macam Paige. Dia nie pon orang kaya weyh. Siap ada kuda sendiri. Koleksi kereta pulak banyak gila. Semua jenis yang antik-antik pulak tu. Perghhh.  Aku tak ada lah rapat sangat dia nie, cuma ala-ala je.


Ini Rachel. Dia nie dekat-dekat nak hujung sem baru pindah masuk Wells hall. Kat sana, boleh kot tukar-tukar hall pertengahan semester. Pelik pon ada. Dia nie kreatif sangat. Dia suka mengait. Bila ada waktu lapang je, dia akan mengait. Comel-comel je barang-barang yang dia kait. Dia nie makwe si Hayden. Hayden dah balik dah masa nie. Tapi dekat gambar first tu, ada Hayden, dia duduk sebelah Rachel. Hayden nie gang dengan si Tavaris.


Okey, yang ini adalah Blake. Jiran depan bilik. Betul-betul depan bilik aku. Blake nie sesuatu sangat lah. Dia nie lain macam sikit. Dia nie baik je, cuma disebabkan kelainan itu buatkan aku jadi tkot. Tapi kesian kot dekat dia nie, roommate dia pon tak tahan. Nak pindah tak nak duduk dengan dia semester hadapannya. Kalau nak tahu lebih lanjut secara terperinci, nanti pm aku erk. Tak leh lah nak cerita details kat sini, bahaya.

Cerita nie habis kat sini je yerp. Jangan sampai-menyampai pulak. Eh eh.

Sekarang mari berkenalan dengan students yang bukan duduk dekat Wells hall tapi selalu lepak kat sini. All of them are the friends of my suitemate and my roommate.


Yang nie lah Maria. Dia nie sangat baik, sangat sopan santun dan sangat cantik. Suara dia lembut je. Remind me of my senior that has voice like that. Dia nie kuat lah agamanya. Selalu setiap hari ahad, dia dengan suitemate and roommate aku akan pergi gereja. Selain itu juga, dia nie pandai tau. Dia selalu motivate orang lain, always being positive about everything. Selalu nampak dia pakai baju biasa-biasa je, tapi kalau dah dress up, puffff terus bertukar menjadi seorang yang sangat cantik.

Banyak lah kenangan dengan dia since dia selalu keluar and makan dengan Tavaris and Austin tu.


Yang ini pulak nama dia Ally. I love seeing her telling a story because you can laugh by just looking at her while she was talking. She is so funny. Dia nie kawan baik si Tavaris tu. Satu sekolah.


Yang nie pulak, nama dia Hans. Dia nie kacukan German sikit. Kenal dia pon macam tu macam tu je. Selalu lepak dekat bilik Tavaris, main game and tengok movie semua. Kenal dia dari situ.


Now mari lah perkenalkan roommate dan suitemate aku. Actually ada lagi sorang suitemate aku, tapi since dia jarang ada dekat bilik, plus dia busy dengan dia punya fraternity dia. So tak berapa rapat dengan sorang lagi tu.


Ini lah roommate aku. Nama dia Austin. Ye, memang dia handsome. He got blue eyes, sharp nose, dirty blonde hair, well built, tall, gigi cantik, senyuman manis, apa lagi nak ? Dia nie agak religious. Rajin pergi bible study. Jangan terkejut kalau aku cakap dia nie masih teruna lagi. Yes, he is. Aku pon tak sangka masa dapat tahu tu. Mana aku tahu ? Aku tanya lah. Aku memang rajin sikit selidik benda-benda nie. Bhahahaha.

Alhamdulillah lah, aku dapat dia sebagai roommate. Aku bersyukur sangat weyh. Sebelum aku nak datang America lagi dia dah email aku untuk perkenalkan diri.

Dekat-dekat nak habis semester, dia ada bagi mesej kat facebook pagi-pagi buta. Masa tu aku tengah duduk dekat study room buat kerja. Sebab dia nie jenis tidur awal. Pukul 12 dah kena tutup lampu. So aku kan roommate yang prihatin, mestilah tak nak ganggu waktu tidur dia. Tengah dok study tu, tetibe mesej masuk. Dia bagi mesej panjang sangat weyh. Banyak lah benda dia cakap.

Serious aku terharu baca mesej tu. Tak sangka pon ada. Aku ingat dia dah tidur. 3 pagi dah kot masa tu. Ingat nak tunjuk mesej tu kat sini, tapi macam personal pulak mesej tu, takut dia tak selesa bila semua orang baca. So biar lah aku je yang tahu isi kandungan mesej tu. Agak-agak korang tak boleh tidur malam memikirkan isi kandungan mesej tu, pm lah aku, nanti aku bagi baca naa =P Ibarat baca sambil hiris bawang weyh. Tskk tskkk.

Btw, dia nie sangat berbakat dalam menulis. Dia menulis dialog drama. Seriously best. Memang talented lah. Aku suka jalan cerita dia. Cara dia berfikir sangat berbeza.

Btw, aku yang ikatkan tali leher dia tu. Dia tak tahu ikat. Hihi


Now let me introduce my suitemate. His name is Tavaris. Dia nie pon jenis kelakar. His sassy-ness is to die for. Hopefully yall know what sassy is. This word does not exist in dictionary by the way. Lol

Rapat sangat dengan dia nie. Banyak kali keluar sama, makan sama. Seronok dapat suitemate macam Tavaris nie. Seorang yang sangat ceria. Whenever he passed by someone, they all say hi Tavaris and macam-macam lagi. I was quite impress with him, he makes me wonder, is he friends with everyone on campus ? Seems like everybody knows him. So i assume that he is popular.

And one more thing, he speaks so fast, he suits to be a rapper i think.

Forgot to mention, Austin got southern accent so his English quite hard for me to understand as i need to really pay attention to what he was trying to say. There was one time he shared a story about his love at someone's house, he wanted to say height but we heard it hot. Quite confusing but it's cute tho. I love to hear his accent. I have a lot videos of him, later i'll show ya.

Okey tak explanation pasal dorang nie ? Ke nak lagi ? Nanti aku update cerita pasal depa lebih mendalam lagi. Banyak gambar-gambar dorang dalam hard disk aku nie. Malas sebenarnya nak describe lebih lanjut pasal roommate and suitemates aku kat sini, sebab nya aku nak update entri khas untuk benda nie. Tapi tak apa lah, kita bagi teaser sikit. Ecewahhhhh !


Last but not least, they are all my CA, community adviser. Dalam bahasa mudahnya adalah ketua aras. Any problems you faced, you may tell them and they will help you to solve it. Regarding to the hall thing lah of course. They are all very friendly and sporting. Seronok ada CA macam dorang. CA aku yang lelaki tu.

Pernah kitorang main game dekat ground floor, then dorang nak tetapkan giliran siapa yang mula tu semua. So ada lah orang cadang ikut umur. Yang paling tua, dia lah mula dulu. And guess what, i was the oldest one -___- Aku rasa terkejut kot sebab aku tak pernah rasa aku yang paling tua. Orang-orang sana banyak yang muka matang tapi hakikatnya baru belas-belas tahun. Kita nie walaupon umur tua, tapi feeling muda pulak. Atau mungkin aku patut cakap itu merupakan satu fakta. Bhahahaha

Now let me serve you with the rest of the photos inside my camera. Enjoy !


Penduduk Wells Hall


Alahai comel je yang belakang tu

Hah nie lah gang-gang dorang. Selalu study sama and makan sama.

Photobombed by Kaity, lol

The perfect trio, aku selalu kenen kan Austin dengan Maria. Secocok kan ?

Now giliran dia pulak kene photobomb


Nasib kami sama. Sering bertiga. Bukan berempat. Yang atas nie selalu bertiga, kitorang pon selalu bertiga.



I am sooo miss this ! >___<


So itu lah cerita nya. Early Christmas dinner with Wells family. Rindu sangat-sangat dekat semua orang, mostly the people that i always hang out with. Semoga dapat berjumpa lagi di masa hadapan. Rindu dekat roommate and suitemate aku.

Nantikan post akan datang. Sesi untuk check out daripada dorm. It was time to leave Milledgeville.

8 comments:

  1. Virginity memang benda rare dekat negara-negara Barat ni. *dalam banyak benda yang kau cerita, itu juga yang aku pilih*

    ReplyDelete
    Replies
    1. right ! sebab tu rasa maca terkesima sat bila dia cakap dia tu virgin. sebab masa tu dia ada makwa. hahahhaa

      Delete
  2. curious ni nak tahu mesej apa yang austin bagi tu.. hehe

    ReplyDelete

Home