Tuesday, June 30, 2015

The Max

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie nak cerita macam mana aku makan dekat America dulu. Segala teka-teki akan terjawab dalam entri nie. Mohon beri perhatian. Disamping itu, aku akan selang selikan gambar-gambar makanan yang aku makan dekat sana. Sebab everytime i eat, i took picture of it and sent to my parents. Because they were worrying about me not eating anything. lol. I have tons of food pictures in my hard disk.


Nama kafe GCSU tu dipanggil The Max. The Max nie lah tempat semua staff-staff mahupon pelajar-pelajar untuk menikmati sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Do i have to pay ?

Tak pon. Seperti yang aku pernah mention before, kad matrik kat sana sangat banyak fungsinya. Salah satunya adalah untuk dine in dekat Max nie lah. Masa daftar awal-awal dulu, korang boleh pilih meal plan. Ada pelbagai jenis meal plan. Boleh rujuk dekat gambar bawah nie. Ini yang paling latest punya harga. Tapi rasanya macam tak berubah, just like masa aku pergi dulu.

Klik untuk tumbesaran

Meal plan aku nie, ditanggung sepenuhnya oleh pihak ISEP. Tak pasti pihak ISEP ataupon UPSI. Aku rasa macam UPSI. Sebab kawan aku yang dari Sweden pon dari program ISEP jugak tapi meal plan, tiket kapal terbang, visa, tempat tinggal semua kena bayar sendiri. Yuran je tak kena bayar. Yang aku pulak, semua free. Macam mana tu ?

Kawan-kawan aku kat sana semua rasa wow gila lah bila aku cakap aku datang sana semua ditanggung. Dorang ingat aku nie budak pandai gila sebab semua ditanggung oleh universiti. Aku pon iya kan jelah. Ko gila aku nak menidakkan benda macam nie ? Haruslah tidak. Kbai.

 

UPSI taja aku yang unlimited tau. Unlimited nie maksudnya aku boleh swipe banyak kali. So suka hati lah nak swipe berapa banyak kali dekat Max tu as long as cafe tu bukak. Kalau macam 14 meals per week tu, hanya boleh swipe 14 kali je untuk seminggu. Kalau dah swipe 14 kali, ko tak boleh nak swipe lagi, and kalau ko swipe kurang 14 kali, benda tu tak dibawa minggu hadapan, kira burn macam tu je. Dah jelas dah macam mana benda nie beroperasi ?

Once dah swipe, ko nak melantak segala jadah makanan apa dalam tu, suka hati lah. Sampai senak perut pon tak apa. Dah lah unlimited, dapat pulak 150 dollar dining dollar dengan 50 dollar catcash. Dining dollar nie boleh digunakan dekat mana-mana kedai makan sekitar kampus. Sekitar campus ada banyak restoran fast food. Ada Chick Fill A, Subway dan banyak lagi. Yang paling penting, Starbucks dekat library. Universiti ko ada ?


Cat cash pulak boleh digunakan untuk beli apa sahaja dekat mana-mana kedai yang terima cat cash. Contoh macam nak print something ke, nak guna mesin basuh ke and banyak lagi lah.

At the end of the semester, aku cash out kan 175 dollar. Sebab aku tak guna. Yelah, makan dah free, ko nak beli apa lagi ? Dining dollars tu memang aku tak sentuh satu sen pon. Cat cash tu je aku guna buat print and basuh baju.

So dah faham dah ? Lepas nie jangan tanya aku kena bayar ke tak erk.

Is it Halal ? 

Sensitif lah tanya hal nie.


Meyh aku cerita. Sebelum aku nak datang America, aku dah email ketua chef kat sana. Dia kata dia boleh sediakan kot. Tak ingat. So first week aku kat sana, aku jumpa dia terus. Dah terang panjang lebar, then dia kata bagi dia masa untuk dia bincang dengan supplier. After 2 days, dia bagi tahu aku, yang dia tak dapat sediakan sebab kos makanan halal mahal. Plus baru aku sorang yang request makanan halal. So macam tak berbaloi. Lagipula tak ramai pelajar Muslim di sana. lebih kurang 5 orang je kot termasuk aku (setakat mana yang aku discover lah).

Plus banyak benda lain aku boleh makan. So i think i will be fine kot for 5 months no meat. I think. Masa first month dulu, semua benda aku ragu tau. Even i took food at vegetarian side. Tertanya-tanya, halal kah minyak yang digunakan, halal ke sos yang digunakan and banyak lagi lah. Nak guna cili sos pon google dulu tau.


Masa awal-awal dulu, aku selalu buat air sirap dalam bilik then bawak ke kafe. Aku takut nak minum air kat kafe. Even air-air tu ada kat Malaysia like Coca cola. Aku tak tahu kenapa aku takut sangat nak minum air gas kat sana padahal kat Malaysia ada. Aku risau yang cara pembuatan di Malaysia dengan dekat sana lain, sebab tu aku tak minum.

Then one day i slapped my face (literally). What am i thinking ? I was not in Islamic country so how could i ask all that things to have halal symbol. It was a wake up call for me.


Aku guna konsep, as long as i am sure with what i eat is halal and no non halal products used, then i will be fine. Alhamdulillah lah, although i did not eat meat there, but i gained 6kg. Mohon jeles.

Aku siap pernah tanya macam nie tau dekat pekerja cafe tu,

"Do you use alcohol in seasoning the food or not ? I am Muslim and i can't consume alcohol, 
so i just want to make sure that"

Then dia balas,

"This is students cafetaria. As far as i concern, 
we do not use any alcohol for seasoning the foods so you are fine"

I was soooooooo freaking relief to hear that.

Since then kan, aku makan jelah makanan yang tersedia dekat vegetarian side. And kalau tempat menggoreng, aku mintak dia asingkan tempat masak. Sebab tempat masak dia sekali. Refer gambar bawah nie.

Macam tu lah cara dorang masak. Besar punya tempat masak

Tiap kali beratur situ, bila dorang nampak aku, dorang akan cakap one second then dorang ambik kuali baru. Tak payah cakap dorang dah cam dengan muka aku nie. Hihi.

Satu yang best tempat nie ialah makanan dia panas. Sebab dia goreng on the spot. Before goreng tu, dia ada sediakan pelbagai jenis sayur then korang pilih lah nak letak apa dekat dalam hidangan korang tu. Lepastu boleh pilih sama ada nak nasi, spaghetti or noodles. Untuk protein pulak, depends hari tu hidang apa. Ada daging, pork, ayam and udang. Akan silih berganti. Udang 2 minggu sekali T__T Kalau udang dihidangkan hari tu, aku lah orang yang paling lahap sekali kat situ. Lepas dah habis, beratur lagi, beratur lagi. Boleh sampai 5 pinggan. Acano tu ?


Penat weyh explain dekat sana pasal halal nie. They taught that i'm a vegetarian and they confused when i asked for shrimps. I said to them that i'm not a vegetarian and in my country i can eat everything except for pork. As long as the meat halal, i can eat that. Most of them never heard about halal before so i explained to them what halal is. Ringkas nya aku cakap, there is a specific way to slaughter the meat to make it halal, only then i can consume it. Benda nie jugak aku kena explain dekat kawan-kawan aku kat sana, takut kang dorang kata aku nie hipokrit sebab kat Malaysia makan daging kat US je jet-jet tak makan daging.

Ada lah dalil satu nie yang mengatakan dengan baca je bismillah, kita boleh makan daging-daging tu although tidak mengikut cara penyembelihan yang betul. I did asked about that dalil to my ustazah then my ustazah said that i am not in a terdesak state, so i can't use the dalil to make it halal.


Masa raya aidiladha, kan aku celebrate aidiladha kat sana. Habis solat raya, aku terjumpa dengan alumni GCSU nie lah. Dia nie dari Arab, can't remember which site of Arab he is in. Dia kata, masa first semester je dia tahan tak makan tu semua. Masuk second semester semua dia makan. Dia kata kena yakin and dia pon ada mention pasal dalil tu. Terus aku rasa macam nak gunakan konsep tulah. Tapi aku tak guna pon. Aku fikir, apa lah sangat satu semester tu dengan daging yang bakal jadi darah daging nanti. Eceyhh. Tapi terseksa jugak lah. Makanan seriously sedap-sedap. Bergetar iman satu badan tengok makanan-makanan yang dihidangkan. Sabor jelah.

Lagi satu, ikan pon jarang sangat dorang sediakan. Ada sandwich tuna setiap hari, tapi tekak aku nie pulak tak berkenan makan tuna banyak-banyak, aku akan muntah. If Max served fish or shrimps on that day, Takafumi will text me and said today they have fish, you can eat, yeay !! He always showed his happiness when i got to eat some meat. Dia pernah cakap, makan jelah daging-daging tu, dia takkan judge or takkan bagi tahu orang tua aku. I was lol at that. Hahahaha


Aku syak yang orang sana tak suka seafood. Some of them even said euuuuuu when they find out the Max served shrimps for that day. What's wrong with shrimps anyway ? It's crazily delicious, isn't it ? Maybe they have allergies towards it kot.

How big is the cafe ?

I would not say it is huge but i rather said it is complete. Semua benda ada. From pizza to salad, to sandwich, to fruits, to any kind of coffees, burgers, fries, you name it. I felt like i am in fast food restaurants that combine together.


Nie aku ada sediakan satu video, suasana di kafe GCSU. Hopefully korang boleh nampak betapa ewahh nya kafe kat US nie. Sorry agak bergoyang-goyang, maklumlah rakam sorok-sorok. Tak rasa ke aku nie sangat baik dan very thoughtful untuk sediakan video suasana kafe di sana untuk pembaca-pembaca di Malaysia ? Tolong lah notice benda nie erk. Hahahaha


The Max nie terbahagi beberapa section. Ada 9 section kalau tak silap. Section pizza, salad, dessert, makanan panas, sandwiches, vegetarian, breakfast, fried section, and main course meal. Tengok lah video tu dulu. Ia merangkumi macam mana the Max nie beroperasi.

Benda yang aku selalu makan adalah, cheese pizza and fries. Menu wajib setiap kali datang Max nie. Mesti tambah banyak kali. Untuk makanan pulak aku selalu ambik dekat tempat goreng-goreng tu, and tempat main course meal. Segala jadah yang ada dekat main course meal yang aku boleh makan, aku ambik. Vegetarian side pon aku ambik jugak tapi depends lah pada makanan yang dia hidang. Kadang tu rasa dia sangat lah tak sedap.


Tak ada lah aku makan sayur je setiap hari. Banyak benda aku boleh makan. So sesape lepas nie nak pergi luar negara tu, jangan lah mati kutu kalau tak ada daging halal, mesti ada jugak benda yang kita boleh makan.

What i like the most about The Max ?

Actually ada banyak. But the most is I love having breakfast at Max. I really really love it ! The breakfast meal always makes me wants more and more. Kalau balik kelas pagi tu, singgah Max untuk breakfast, memang akan sangkut lebih kurang 1-2 jam dalam tu. Punya lah lahap semua benda tambah 2-3 kali.

Selalu breakfast dorang serve scramble eggs, omelette, french toast dan banyak lagi lah. Waffle pon dorang sediakan. Waffle nie ada dua jenis, kalau yang breakfast tu dia buat yang empat segi. Kalau waffle bulat, tiap-tiap hari ada, waktu lunch pon ada. Depends lah kalau adunan tepung tu ada lagi. Waffle nie self-service, kita buat sendiri. Ada mesin waffle dekat sana. So boleh lah nak buat waffle berapa banyak pon. Yang nie aku rasa awesome sangat !


Gambar atas nie The Breakfast Nook. Kat dalam video tu ada aku tunjukkan tempat nie. Dalam nie tempat yang menyediakan makanan-makanan breakfast self-service. Ada waffle, cereals, bagels, coffee maker, tea spot, fruits, microwave dan banyak lagi lah ada dalam nie.

Waffle maker and the tepung, coffee maker just push the button which one you like
Mine cappucino and mocha =)

Kalau hidangan breakfast selain daripada yang aku nyatakan tu, dorang buat dekat tempat main course meal. Main course meal nie berbubah mengikut waktu makan. Pagi hidang breakfast meal, tengahari hidang lunch meal dan begitulah seterusnya.

Ini antara makanan-makanan breakfast yang ada dalam hard disk aku nie. Yang pasti gambar waffle banyak sangat, sebab itu menu wajib breakfast aku. Hihi







And now, i have one video that showed how to make waffle using the waffle maker.


Awesome kan ? Buatlah banyak banyak mana pon nak. Tak ada sape nak halang. 



Banyak lagi gambar sebenarnya, mostly benda yang sama lah. So how was it ? Does all that look tasty ? It was tasty. I bet you will love it. Breakfast meals are the best at the Max ! I always look forward for it everyday.




Yang pasti, The Max nie memang bersih dan teratur. Pekerja dia pantang nampak benda kotor sikit, dorang cepat-cepat bersihkan. Atas meja pulak, tisu tak pernah habis. Sebab pekerja dia alert, dah nak habis, terus topup.

Selalu makan dengan siapa ? 

Masa awal-awal dulu, memang kera sendep. Aku suka makan sorang-sorang. Bila Takafumi datang, baru lah ada partner nak makan. Since then aku tidak keseorangan lagi. Kadang aku makan dengan budak-budak international students, kadang dengan roommate and suitemate aku and their friends.




Satu meja boleh ada up to 5 different countries tau. Selalu nya, time makan nie lah kami bertukar-tukar bahasa. Borak pasal culture masing-masing. Bertukar-tukar pendapat on certain topics. Compare kan makanan-makanan daripada negara masing-masing. Waktu makan nie lah waktu paling best untuk kitorang luangkan masa.

Yelah, kelas lain-lain. So bila waktu makan nie lah kitorang dapat berkumpul ramai-ramai.



Jarang lah aku makan sorang-sorang. Sebab bila masuk je cafe tu, mesti terserempak dengan orang-orang yang aku kenal so dorang mesti pelawa duduk sama.

More food pictures

Untuk gambar bawah nie, aku ambik dekat main course meal. So korang boleh tengoklah aku makan ape je kat sana. Agak-agak korang, korang boleh survive ke makan macam nie je untuk tempoh 6 bulan ?




Kat tempat nie selalu hidang makanan sedap-sedap. Ayam dan daging dia selalu masak buat aku terliur sangat. Tak tahu macam mana aku boleh kuat sangat lawan godaan-godaan itu. Agaknya, kalau aku boleh makan daging dengan ayam tu, bukan takat 6kg je naik, 12kg pon boleh agaknya.




Btw kan, dekat US nie, nasi dia bukan macam jenis nasi kita. Nasi kita lain, nasi depa lain. Kami yang pelajar-pelajar Asia nie semua tak suka nasi yang ada dekat US. Kalau pergi grocery shopping, budak-budak tu semua beli nasi Asia. Nasi kat US nie rasa dia lain kot. Baru aku tahu banyak gila jenis beras dekat dunia nie and beras Asia paling terbaik !






Okey, section nie pulak aku ambik dekat bahagian goreng-goreng. Tempat nie memang aku selalu singgah lepas habis semua makanan. Aku selalu ambik kentang goreng tu. Memang banyak sangat aku melantak. Siap boleh ambik 3-4 kali lagi. Since aku banyak makan makanan untuk section nie, so gambar pon banyak lah. Jadi aku upload mana yang perlu je. In fact, banyak lagi gambar-gambar nya.



Kat tempat nie selalu hidangkan burger. Tapi malang sekali, aku tak boleh makan. Kalau aku teringin sangat burger, aku ambik burger kosong, bubuh keju, bubuh bawang sikit and letak sos. Itu je. Memang tak rasa apa lah.


Dua gambar bawah nie merupakan menu yang paling jarang teramat sangat dihidangkan. Sekali je kot aku rasa. Lepastu dah tak ada hidang. Mungkin tak ramai yang suka. Gambar kiri merupakan burger fillet ikan. Yang kanan pulak mini burger ketam. Mini burger ketam tu sedap sangat weyh !! Banyak kali aku ambik. Seriously memang sedap. Tapi tulah sayang nya, dorang jarang hidang.


Gambar kat bawah nie pulak, aku ambik dekat section pizza. Kat section nie semua makanan-makanan yang ala-ala italian gitue. Pizza juga merupakan menu wajib setiap kali aku datang the Max nie. Memang cheese pizza tu menjadi sajian untuk diriku. Topping lain tak boleh makan so yang cheese nie jelah yang aku boleh makan.



Satu yang best kat section nie ialah roti dia. Empuk. Sedap sangat bila makan panas-panas.


Okey, makanan bawah nie pulak, aku ambik dekat vegetarian sides. Some of the dishes do taste good and some don't. Maybe i'm not used to the flavor kot sebab tu aku rasa lain.





Most of the time, selalu dorang bubuh tofu. Tofu ke tauhu ke entahlah. Confuse aku dengan dua benda nie. Yang pasti, i'm not a big fan of it. I can eat it but not in a large quantity.





Then bila aku rasa macam nak jaga badan ala-ala perempuan gituee, aku ambik salad dekat salad bar. Salad dia semua segar-segar. Sebab budak-budak sana suka complain tau jangan main-main. Salad tak segar terus report.



Pelajar-pelajar international lain suka makan benda alah salad nie. Some of them even complained about not so healthy American food compared to their countries. For me, i love american food !! All is good. I just missed Asian rice at this time. As i mentioned before, Asian rice and American rice are different. If i can eat the chicken and the meat, i will like American food even more.

Every country has different taste when it comes to food. So if you go to others country and the foods do not suit or different with what you used to have, you cant blame the food for that. You just have to accept that you are not in your country. Try to adapt to it instead of complaining about the unhealthiness. Every country has their own unique taste.

The food is something that you need to treasure when you visit other people's country. The uniqueness of the foods represent the country and of course it has different taste. You might not agree with the taste, but that is how the citizens like to have it. The food is something that i always look forward to treasure besides the culture.

PESANAN PENAJA


THIS. HAPPENNED. EVERY. SINGLE. TIME. "

And another thing that amazed me is the system on how they manage the used plates. I prepared one video for ya so that you can said wow with me.


Semua dah cakap wow dah ? Kalau belum, cepat cakap.

Ohh lupa satu lagi benda. Setiap kali habis makan je, aku akan pastikan aku ambik buah-buahan dekat Max nie. Yelah, kan free. Aku guna konsep, never ever leave Max with empty hands. Lol

My guilty pleasure

And pernah jugak dapat buah yang aku tak pernah nampak pon sebelum nie. For example macam pear kaler merah tu. Rasa jakun gila bila nampak tu. Terus sambar dua bubuh dalam beg.


Georgia merupakan peach state. So memang banyak lah ladang yang tanam buah peach nie. Masa awal-awal datang dulu, dapat lah merasa peach nie hari-hari. Peach nie sedap sangat rasa dia. Rasanya itu merupakan first time aku makan buah peach segar. Lama-lama, yang ada cuma pisang, orange, pelbagai jenis apple dan buah pear. Anything else that i missed ?

And i never forgot to take ice cream with me. Ice cream dia sedap sangat. Topping nak bubuh apa pon boleh. Aku selalu bubuh chocolate sauce. Omnomnom !!

Also my guilty pleasure. Look how sexy the chocolate sauce is >__<

I think that is all about The Max. I hope i explained everything about it to my Malaysian friends about the system, how it works and the food that i ate during my exchange program at Georgia College and State University.

I hope you guys enjoyed it, see ya on next post !

4 comments:

  1. Sekolah aku pun ada Starbucks dekat library apa. hahahahahahahaha :p

    Baguslah kau up kan entri ni Zharif. Bolehlah aku tunjuk dekat manusia-manusia yang selalu tertanya-tanya kenapa aku makin gemuk masa aku balik during my first summer break. They really have to see this.

    Btw tofu = tauhu. Tofu English, tauhu Melayu.

    And yes, I totally agree yang nasi dekat sini (US & Canada) tak sedap! They used instant rice.Tengok bentuk nasi dekat gambar kau ni pun dah boleh nampak yang tu instant rice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi aku tak pernah beli pon starbucks kat situ sebab ada coffee free kat kafe, tinggal swipe je, jimat =D

      kann bagus kalau aku stay lama sikit kat sana, boleh tambah lagi berat. hihi

      i see. Aku bru tahu pasal benda tofu tu. Not a big fan of it >__<

      instant rice ? really ? erghhh patut tak sedap.

      Delete
  2. I shouldn't have read your blog -,-

    ReplyDelete

Home