Friday, July 10, 2015

Classes

Assalamualaikum and good day everyone !

Aku tak pernah cerita lagi apa yang aku belajar kat sana. So kali nie aku nak cerita pasal hal tu.

Di GCSU, semua student kena ambik at least 12 jam kredit. Itu paling minimum lah. Rasanya semua universiti macam nie kot kan. Tapi kat sana, kami (pelajar-pelajar international) dinasihatkan ambik 12 sahaja. Takut tak boleh nak bawak or tak biasa dengan sistem sana.

Alhamdulillah aku cuma ambik 12 je. Aku ingat nak ambik lebih. Ternyata memang agak susah lah since aku tak biasa dengan sistem kat sana compared to my home university punya sistem. Itu pon jenuh tak tahu nak ambik subjek apa. Masa aku mengkaji subjek apa yang GCSU tawarkan untuk kos aku nie, banyak lah benda boleh ambil. Tapi bila dah sampai sana, either tak bukak untuk semester tu or tak memenuhi kriteria (prerequisite).

Semua kelas yang banyak kredit hour aku tu semua kat bangunan nie. 
College of Arts and Sciences (Fakulti lah kot)

I took 5 subjects in total. Research Methods (4 credits), Career Path in Psychology (3 credits), American Language and Culture (3 credits), Badminton (1 credit), Aerobic Dance (1 credit). So cukup lah 12 jam kredit. In order to graduate, we have to take all the subjects that have been listed in the guideline book. Cuma Research Method tu je yang ada dalam syllabus buku pengijazahan psikologi aku.

Itu pon kira bersyukur lah aku dapat ambil even cuma satu. Ada budak lain, tak ada langsung subjek yang ditawarkan. Acano tu ? Yang satu nie pon uishhh susah benor den nak bawaknya pon. Kira redha lah ambik satu, lepas tu balik universiti asal kena cover lah balik jam-jam kredit yang terlepas tu. Kalau ikutkan dekat universiti asal, that time i have to take 6 major subjects. Tapi aku cuma ambik satu je masa kat US tu. So kena lah cover 5 subjek yang tak terambil tu kat semester baru.

Sistem kat sini sangat teratur tau weyh. Once kau daftar untuk subjek tu, dalam portal kau terus ada senarai apa yang kau akan buat/hadapi sepanjang semester tu. Aku tak tahu lah universiti lain macam mana, i'm comparing the system with my home university, UPSI, and my course, Psychology.

1. Senarai assignments yang kena buat, kalau ada 10, maka dia akan senarai kan kat situ. Tajuk, details, cara pemarkahan, nota or rujukan untuk assignment tu semua dia bubuh situ. In case korang jenis yang rajin, so korang siapkan lah semua assignment tu masa awal-awal semester pon tak apa. Semua guideline ada kat situ. Kalau dekat UPSI, rasanya cuma bagi tahu asas je pasal assignment tu. Like one individual and one group assignment. Sometimes, tak ikut pon rancangan mengajar tu. Takat senaraikan je. So sebab tu kadang, tak tahu nak expect apa dalam sesuatu subjek tu sebab benda nie tak ada, kalau ada pon tak ikut. Boleh faham tak ?


Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau


2. Sistem pemarkahan juga berbeza. Dekat GCSU 90-100 baru dapat A. 80-89 dikira B. 70-79 dikira C. Memang tough lah nak dapat A tu. Tak tercapai akal ku untuk mendapatkan skor setinggi itu. Macam mana nak dapat A kalau tinggi macam tu kan. Rasanya kalau benda nie di apply dekat UPSI, mesti tak dapat tersenarai dalam list dekan >__< Mohon julat markah UPSI stay macam tu je, at least sampai aku graduate. Kbai.


3. Each of this assignments ada dateline dia. Semua assignment jenis hantar online. Ko lambat, so zero lah markah untuk kau. Tak ada kompromi. Tanggungjawab sendiri, semua nota and guideline dah bagi, ko nak bagi alasan apa ? Nak kata tak bagi masa, ko dah tahu dateline dari awal semester. Itu yang bahayanya sistem kat sini since aku tak biasa benda-benda strict macam nie. Sebab lecturer kat UPSI boleh lah lagi tolerate mintak extend masa semua tu.

4. Did i mentioned hantar online tadi ? Yes. Kat sana assignment semua hantar online. Menjimatkan kertas dan dakwat printer. Tak ada lah duit habis bayar print kat kedai kan (In case tak ada printer). Lagi satu pula, lecturer punya office tak ada lah semak dengan assignment-assignment pelajar. End up buang jugak rasanya assignment-assignment tu.

5. Dan masa kita daftar subjek tu, professor yang akan mengajar subjek tu akan bubuh gambar buku apa yang dia gunakan dekat dalam portal. So pelajar kena beli buku tu before masuk kelas. Depends pada professor jugak, dorang tak ada strict sangat soal kena ada buku nie. As long as kau ada buku tu, bila nak ada tu tak kesah.

Dua buku yang aku sewa. Buku kuning tu tak guna pon. Membazir je duit. 

Beli buku kat sana guna online lagi murah. Beli kat store mahal ya ampun, takpon dah habis untuk yang sewa. Tinggal hok baru je. Buku kat sana mahal-mahal hoi kalau beli baru. Aku beli yang entah dah berapa banyak hand guna ntah. Murah sikit. In case kalau tak ada, terpaksa lah sewa. Sewa nie lecehnya nak kena pulangkan balik buku tu. Tu yang malas sikit tu. Dah lah kita nie first time duduk luar negara, so nak kena fahamkan post mengepost nie ambik masa sikit. Nak beli buku nie pon takut tau. Takut tersilap. Habis lah duit dalam bank.

Kat UPSI punya liat nak beli buku even buku tu cuma 60 hengget je. Selalu gigih pergi library pinjam buku then renew date and renew date sampailah tamat semester. Kat US ambik ko zarep, 125 dollar aku habis beli buku je. Tolong jangan convertkan duit Malaysia. Nanti aku kemurungan berpanjangan. Total 6 buku semuanya kena beli.


Satu yang aku suka dekat GCSU nie ialah sistem mail dia. Awal semester pelajar akan diberi satu mail box yang terletak dekat pejabat mail box pelajar. Once ada barang sampai, depa akan email kita mengatakan ada barang sampai. So kita pergi ambil barang tu dekat sana.

PO Box aku 1796, saya rindu awak =') 


Bukak mail box akan dapat nota macam gambar kiri tu, then pergi dekat kaunter serahkan nota tu then tanda tangan maka dapatlah bungkusan kita.

Sistem nie sangat teratur. I wonder why kolej Abang Harun tak boleh wujudkan sistem nie erk ?

6. Plagiarism. Uishhh benda nie cuak woii. Kat UPSI benda nie masih lagi longgar rasanya. Nak tahu pon macam mana kan since semua assignment hantar hard copy. Unless, kalau lecturer tu kenal betul dengan pelajar tu, then tahu tahap penguasaan English dia macam mana, so mungkin boleh detect plagiat dari situ. Yelahh, nak present or cakap tak berapa mahir tuptup assignment tulis smooth je, cantik je kan bahasa Inggeris dia, kalah penulis-penulis buku antarabangsa. No offense. But still, benda nie tak di ambil berat sangat kat UPSI. Thank God ! *Kesat dahi*

Kat sana, berapa peratus ko plagiat semua tahu. Siap bagi link website yang ko curi ayat lagi tau. Aku cuma plagiat masa first assignment aku je, gila 80% something copy paste, malu weyh. Mana nak letak muka. Nasib baik lah profesor tu tahu aku nie pelajar luar. So dia pon tegur supaya paraphrase or rephrase balik ayat untuk assignment seterusnya, tak pon letak citation. Nasib baik lah dapat markah penuh. Fuhh. Since then kan, aku tak plagiat lagi. Tu jelah satu-satunya assignment yang aku banyak copy paste. Lepas dari tu semua assignment aku buat sendiri.

Ini dari kelas Career Path in Psychology
But still dia akan detect jugak kalau ada ayat sama, yang nie toksah risau lah. 
Normal lah tu kebetulan ayat sama. Kebetulan sangat tau.

English tak mantap tak apa, yang penting usaha. Lagi satu, profesor sana semua tahu aku nie pelajar antarabangsa and English is my second language so kira kalau grammar tunggang langgang tu dorang faham lah. Itulah tiket aku kat sana. Guna alasan yang aku nie bukan native speaker. Hihi

Alhamdulillah lah, bila masuk semester baru dekat UPSI, jarang sangat lah aku copy paste nie. Ada lah jugak yang aku copy paste. Mana tak nya, suruh hantar waktu final exam. Memang tak ada masa lah nak serabut kepala dengan assignment tu, nak study subjek tu lagi untuk final. Plus jawapan semua sama. Kalau buat sendiri pon tak ada beza. And nampak tak, betapa tak sistematiknya pengaturcaraan assignment kat sini ? Hopefully dapat perbaiki benda nie di masa hadapan ye. Soal copy paste nie habis kat sini je yerp. Kbai.

7. Email pelajar. Bila belajar kat GCSU nie, baru lah sedar betapa pentingnya cek email hari-hari. Semua announcement tak ada kelas ke, ada bungkusan sampai ke or anything semua bagi tahu lalu email je. Nak pergi kelas kena make sure cek email dulu. Lagi satu, dekat sana tak menggunakan facebook untuk buat group kelas pon. Semua depends dekat email.


8. Dan yang paling penting, ko dapat tahu feedback akan assignment yang ko buat. So ko boleh tahu di mana silapnya or terkurangnya markah kau. Kalau kat UPSI, once dah hantar, dah lah. Tunggu dapat markah je. Kalau nak cek pon, meet personally (Jarang berlaku). So tak tahu lah tang mana silapnya. Nak belajar dari kesilapan pon macam mana kan ? Adalah sorang dua je lecturer yang jenis cek draft so that before hantar final assignment kita dah tahu mana silap and tang mana perlu dibetulkan. Bukan sorang dua lah, sorang je aku rasa. Nanti aku tunjukkan macam mana professor kat sana bagi feedback. Aku bawak balik Malaysia semua feedback-feedback daripada professor-professor aku. Kenangan katanya.

9. Dekat sana pensyarah dipanggil professor, bukannya lecturer. So once i said professor korang faham-faham sendiri lah. And i think, why not kita latih diri panggil lecturer kita tu professor instead of lecturer. Kalau ikutkan maksud lecturer itu sendiri pon dah jelas. Macam orang yang suka mengomel tak puas hati atau orang yang super tahu semua benda. Contoh ayat "Ko nie asyik nak lecture aku je". So pelakunya dipanggil lecturer. Sebab tu bila aku bahasakan lecturer kat sana dekat kawan-kawan aku dorang macam pelik or tak faham.

Tolong fahamkan benda nie, aku tak tahu nak explain macam mana lagi dah.

10. Terus terang cakap, kat sana bukan jenis yang berkawan-kawan dalam kelas. Dah hujung-hujung semester pon still tak kenal budak kelas. Dorang bukan jenis yang berborak-borak dalam kelas. Setakat tegur-tegur macam tu je weyh. Nama pon tak tahu walaupon first day kelas kena perkenalkan diri. Cuma kelas dengan budak-budak international tu je yang aku kenal semuanya. Kelas lain tak kenal pon. Kenal satu dua je. Paling banyak pon 3.

Kat Facebook pon sesama pelajar tak friend weyh. Apatah lagi friend dengan professor dekat Facebook. I think sebab Facebook nie merupakan laman peribadi so mungkin kebanyakkan professor tak nak diganggu ruang peribadinya. Pelik kan ? Kalau kat UPSI, amboi sangat ukhuwah yang terbina. Pensyarah siap boleh bergurau senda lagi dalam facebook dengan pelajar. Bab yang nie, UPSI menang. Syabas UPSI !

11. There is no dress code for school. Ko nak pakai apa pergi kelas ko pakai lah. Kat sana memang tak kesah langsung pasal pemakaian nie. Kami yang pelajar antarabangsa nie agak terkejut lah sebab kami semua di universiti asal kena dress up a lil bit for class. Tapi kat sana, baju kau bangun dari tidur pon boleh guna pergi kelas.


I was so amazed with this guy when i saw him with pajama pants. Aku terus tegur dia and ajak bergambar bersama. Nampak tak yang kita nie lebih bertamadun sikit berbanding kat sana. Hahahaha. Ada baiknya jugak no dress code nie. Terutama sekali bila kau dah lewat ke kelas. Aku awal-awal je dulu siap gosok baju bagai setiap malam, but then dah ter-adapt dengan situasi kat sana, end up aku pon menjadi salah satu daripada mereka. Tapi tak ada lah sampai aku pakai seluar macam tu pergi kelas, even kat sana tak kesah, tapi aku sendiri yang rasa malu pakai macam tu.

Kalau aku pakai smart-smart, aku sorang jelah yang smart-smart dalam kelas tu. Yang lain dah macam apa. Part paling penting, dorang akan tanya kita nak pergi mana kalau pakai smart-smart macam tu. Bagi dorang pergi kelas smart-smart nie sangat asing lah.

Research Method

I love this class. To be honest, this subject is not really interesting, to me. I love it maybe because of my professor. Her name is Dr. Ashley Evans Taylor. We called her Dr Taylor. She is African-American. My very first class with her, i just can't believe my eyes. She really looks like Beyonce. She is so so so beautiful. What i really like about her is she's so funny. So full sense of humor. I like how the way she taught us in class. Very interesting and very energetic.


Kadang tu dia gunakan benda ABCD atas nie dalam kelas. Kitorang main soal jawab on topic yang dah dipelajari on previous kelas. Setiap pelajar dapat sorang satu. Dia bagi soalan, then semua pelajar pilih jawapan dengan tunjuk jawapan mana yang kau nak pilih. Siapa salah pergi ke sebelah kiri, yang betul ke kanan. Dan begitulah untuk soalan seterusnya. Happening gila bila main soal-soal guna benda nie sebab dorang semua ada opinion sendiri so dorang berdebat lah kenapa salah and kenapa betul. Macam tu lah. Kelakar sangat. Selalu ketawa-ketawa time nie.

Dia membuatkan sesuatu topic tu jadi sangat menarik untuk belajar. Cara pendekatan dia sangat berbeza dengan cara lecturer-lecturer aku sebelum nie ajar. Ia sangat menarik lah. I love Dr. Taylor so much. She's such a sport. She even wear bunny ear during Hallooween tau dalam kelas. Boleh tengok gambar tu dekat entri Halloween aku. Klik SINI .

Seperti yang dijanjikan, mari aku tunjukkan feedback assignment-assignment aku.

Assignment nie aku re-do balik sebab markah sikit gila compared to other students T__T


Actually aku agak bangga sikit lah dalam kelas nie. Walaupon aku nie pelajar antarabangsa yang mana English bukan first language aku but still aku perform better than pelajar kat sana. Markah assignments aku lebih tinggi daripada some of them. Agak bangga lah. Hihi


Ada satu assignment tu setiap pelajar kena cipta satu survey scale and validating the scale sama ada valid or not. Since aku nie pelajar antarabangsa kat sana, so aku pon buat lah survey yang berkaitan dengan pelajar antarabangsa. Aku buat pasal persepsi pelajar antarabangsa terhadap America. Nak dapatkan participants pon tak susah sebabnya memang aku lebih rapat dengan pelajar international berbanding pelajar America.

Tapi assignment aku yang nie dapat markah sikit gila T__T

113/150. Malas aku nak re-do. Dah pasrah je.

Sejujurnya, aku agak tak faham macam mana nak report pasal dapatan aku tu. Aku pon buat asal siap jelah. Malas aku nak fikir banyak-banyak, bab markah aku pasrah je masa nie.

Assignment untuk subjek nie ada 5 tapi assignment yang terakhir dia tak bagi komen hard copy macam nie, dia post dekat portal je. Lupa nak screenshot. Data dekat portal dah tak ada. Lol. Assignment nie je yang kena present. Present pon tak payah guna slide ke apa, just briefing kita buat experiment apa dekat depan. Memang cuak weyh nak speaking depan omputih. Assignment nie buat berdua-dua. Tapi report semua tulis sendiri-sendiri.

Senarai assignment untuk kelas nie

Partner aku pulak aduyai, sedih. Nak dapatkan data untuk assignment nie dia boleh suruh aku buat semua. Sebab dia nie jenis pemalu yang amat. Ko ghase ? Aku pon pemalu tapi bab assignment letak tepi lah kan pemalu tu. Aku memang tak berkompromi dengan dia. Aku suruh gak dia buat. Lantaklah macam mana cara sekalipon. Even nak present kat depan pon dia suruh aku yang cakap. Eh tak panas ke ? Sape yang native speaker sekarang nie ?

Selain itu juga, kelas nie ada quiz untuk APA. Kalau tak familiar dengan APA nie, you may google. Seriously takkan tak tahu APA kot ? Setiap bulan kelas nie buat exam. Ada 3 exams in total. So sebab tu lah kelas nie aku tak ada final exam sebab kitorang dah exam awal-awal. Hihi.

Masa last kelas, professor aku tu sendiri yang cadang untuk buat makan-makan. Everybody were welcomed to bring foods from home. Aku bawak candy canes je. Kan dah kata murah dan senang. Professor aku siap buat cupcakes kot. Pelajar lain buat cookies, pie and macam-macam lagi lah.


Time last kelas nie lah professor aku bagi tahu dalam kelas "I like you in person, but i give you a C. No matter how hard you study, how bad you cry, how important this subject to your course, if you can't perform on paper, that's it". So macam mana ko rasa bila ko dengar benda nie ?

Kadang bagus lah bila strict macam nie so that kita boleh tengok prestasi kita takat mana. But aku prefer professor yang baik hati. If you know what i mean. Hahahaaha

Sedap cupcakes tu =)
Americans and baking cannot be separated.

Kelas nie tak ada sesi introduction pon. Terus belajar. Sesi introduction, professor aku buat macam nie, satu hari ada dua orang kena ke depan, cabut kertas dekat dalam balang. Setiap kertas dalam balang tu ada soalan untuk kau jawab. Contoh yang aku dapat, apakah hobi aku diwaktu lapang. Before kita jawab soalan tu, kita bagi tahu nama dan tempat tinggal, then baru jawab. Menarik kan ?


BTW kan, satu benda yang korang kena tahu, pelajar-pelajar dekat America nie, dorang sangat involve tau dalam kelas. Dorang suka bertanya, bagi pendapat, suggest something dan macam-macam lagi time professor mengajar. Benda nie sangat wow bagi aku.

Kat UPSI memang benda nie digalakkan tapi kebanyakkan pelajar memang senyap membisu je. Lecturer tanya faham ke tak, semua faham. Padahal tak faham apa. Malu punya pasal. Kalau tanya pon mungkin masih tak faham so ko putuskan untuk study sendiri. Pelajar psikologi UPSI mungkin boleh faham pembelajaran dalam kelas macam mana. Yang nie malas lah nak pecah lobang.

Bila dekat Amerika nie buat aku rasa terkesima sebab aku boleh faham sesuatu subjek tu sebab professor kat sana betul-betul mengajar and bagi kita faham. Kat UPSI, certain subjects kadang buat aku rasa macam apa yang aku belajar sepanjang satu semester pon aku tak tahu. Kadang eh takkan belajar 3 benda je, exam nak jawab apa ? Sekali exam dia tanya karpet baru bau dia apa, ko ghase ? Tak ke ko jawab menggunakan perkataan Bismillah je.

Career Path in Psychology

Subjek nie berkisarkan laluan selepas tamatnya degree. Ke mana haluan yang boleh diambil oleh undergraduate student of psychology. Dalam kelas nie banyak ajar macam mana nak apply graduate school (master).


Kelas aku nie kat dalam makmal komputer. Komputer semua jenama Apple ye kengkawan. Tak main lah guna komputer jenama yang ado kat GCSU nie. Semua pakai mac products. Nama professor aku ialah Dr. Isaac. He is so warm and funny, sometime. Dia buat lawak aku tak faham. Bukan aku je, pelajar lain pon. Dia selalu ketawa sendiri dengan lawak dia. Hahahaha. He also has a good heart. Why i said so ? This is because he never scolded me if i slept in his class. To be honest, i always fall asleep in his class. Tak pernah tak tidur.

Ini contoh feedback-feedback assignments aku untuk kelas nie.




There was one time where my professor asked someone to share his experience in applying graduate school or something, i can't really remember. At the end of his speech, the speaker mentioned about me sleeping in the class. He claimed that i was not serious in this and if i happen to continue my master degree, please write him a letter. Boleh faham tak maksud tersirat dia ? He don't expect someone like me will get into graduate school because of my sleeping attitude in the class. And guess what, i will write a letter for you snobbish man ! I will prove to you.

Memang menyirap sangat weyh. Masih segar lagi peristiwa nie dalam ingatan aku. Sangat tak boleh dilupakan. Malu sangat-sangat. Masa nie dia tegur aku dengan budak lain yang main computer time dia bagi speech kat depan. Dah memang bosan gila nak mam, mana lah pelajar tak distract. Eeeee panas je. Professor aku pon tak pernah marah aku tau. Ko tetamu undangan sibuk je nak perli-perli aku.

Dah kalau guna komputer macam nie mana tak distract ye dakk

I know that i was wrong for sleeping during his speech, but the way he approached me was a lil bit too much. Sampai merendahkan and cabar aku lagi. Dia siapa ? Dah berjaya sangat kah dia sampai nak merendahkan pelajar macam tu.

Dalam kelas nie, aku kena hadir event-event yang GCSU anjurkan. At least 2 events setiap bulan. Lebih kurang 30 lebih events diadakan setiap bulan. Aku hadir yang exhibition je sebabnya bila ada exhibition nie selalunya ada barang-barang percuma. Hahaha. Banyaklah barang-barang yang aku kutip.

Hasil sambaran diriku ketika exhibition

Ada satu event tu aku datang kena pakai pakaian formal. Itu lah first time aku berbaju kemeja siap bertali leher kat sana. Gigih tau bawak banyak baju kemeja dari Malaysia. End up tak pakai pon. Buat berat luggage je.


Nahh setempek selfie dah alang-alang tu. Bila lagi kan nak upload. Hihi

Kelas nie pon tak ada final sebab markah semua based on our assignments. Assignment untuk kelas nie memang menyantak banyak. Banyak gila-gila. Banyak sangat ! Event-event yang disuruh pergi tu pon kami kena buat ulasan tau untuk menceritakan apa yang ada or berlaku dekat event tu. Perghhh.

Tengoklah senarai assignment kelas nie

Dalam kelas nie juga kena buat interview online tau. Mak ai segan nya di interview menggunakan webcam. First time.

American Language and Culture


That guy next to me in the photo is my professor for this subject. I love his class so much !! His name is Jason. We just call him Jason. Dia nie juga yang jemput aku dekat airport masa aku sampai Georgia dulu. Dia nie lah yang tolong aku angkut 2 luggage berat aku naik tingkat 3 ke dorm aku. Masa tu lif tak hidup lagi sebab pelajar international masuk dorm seminggu lebih awal berbanding pelajar lain. Sebab tu tiada elektrik. So dia nie lah yang tolong aku masa tu.

Apa yang best dalam kelas nie ialah di mana semua pelajar dalam kelas nie adalah pelajar-pelajar international. Ada pelajar daripada Brazil, Germany, France, Denmark, Spain, Sweden, South Korea, Japan, Czech Republic, China, Taiwan, dan juga seorang pelajar yang comel lagi kacak yang berasal daripada Malaysia. Kbai.

Memang seronok sangat dalam kelas nie. It was like a small reunion for us. Kelas dia setiap hari Khamis jam 8 pagi. Again, perangai tak senonoh aku sampai ke America di mana aku selalu datang lambat. Tak ada lah melampau sampai 15 minit okay. Agak-agak lah. Kelas pagi selalu aku tak mandi. Awal-awal je dulu aku mandi, lepastu roommate and suitemates macam pelik tengok aku mandi pagi-pagi. Dorang ingat aku mimpi basah. Haishhh. So selalu just gosok gigi, sarung jacket then terus pergi kelas.

Rasa bangga ada bahasa Melayu dekat situ =') 

Ini lah salah satu sebab kenapa aku suka kelas nie. Sangat international. Belajar banyak benda dalam kelas nie tentang culture masing-masing. Ada masa tu di mana professor aku suruh kami semua translate kan IN , ON , AT and AROUND mengikut language masing-masing. As you can see in both pictures. Konklusi daripada aktiviti nie adalah, disebabkan setiap satu perkataan English tadi mempunyai banyak/sama maksud or ada maksud perkataan lain bila di translatekan, menyebabkan kami selalu salah menggunakan preposition tersebut. Keliru nak letak mana satu. Korang cuba tengok Spanish, semua sama kan ?

Tengok French, banyak kan perkataan French untuk satu perkataan English tu. 

Kelas nie sangat santai je tau. Tak pernah rasa stress dalam kelas nie. Kami kena beli satu buku nie yang bertajuk "Living In The USA". We have to read the book. The book is about "basic" America culture and American lifestyle. I'm not a book oriented person but i like to read this book. Lepas dah baca buku nie, kami kena compare kan culture America dengan culture kami. Apa yang berbeza or apa yang sama based on tajuk yang dibincangkan dekat chapter tu.


Cuma kelas nie je assignment kena print. Kelas lain tak. So mari lah tengok feedback essay aku untuk kelas nie.

Klik pada gambar untuk tumbesaran melampau

Apparently "haram" is not an English word. Anyone know what word is best for haram ? 

Even buat nota kaki pon still dia respond on that. Awesome ! 



Yang menariknya, professor aku nie suka bagi pendapat or ulasan based on what we wrote. Itu yang membuatkan feedback dari dia sangat menarik. Sebab tu aku bawak balik kertas-kertas nie. 


" Yes, we tax almost everything -  even water ! " - lol. Jason is so funny

He also likes to put emoticon =)

Kelas nie pon tak ada final exam sebab kitorang exam setiap bulan. And tengok apa yang Jason tulis kat kertas aku.


He is so funny. I like to have him as my professor. And i got 86 for examination 3, and considered as B. If in UPSI, 86 is still A. Sedih sikit lah kalau ikut julad markah dekat GCSU nie.

Assignment terakhir kami, kami kena pilih satu topik yang berkaitan dengan culture dari negara masing-masing untuk dibandingkan dengan culture sana. I chose to talk about silat at first but then i changed it to Malay wedding untuk dibandingkan dengan American wedding.

Silat agak susah untuk aku buat. Siap gigih belajar teknik silat dekat youtube tau. Roommate tengok aku pelik je dalam bilik tu. Sampai sakit-sakit sendi aku. So i cancelled about silat. Malas pulak nak ingat banyak fakta pasal silat so lebih baik aku buat something yang aku tahu. So aku pilih untuk buat pasal perkahwinan orang Melayu.

Masa presentation dekat depan, aku tunjuk lah demo bersanding tu macam mana, apa yang kita buat semasa bersanding, ajar menepung tawar and juga ada mention pasal silat (Sebab biasanya sebelum pengantin ke pelamin kan ada sesi silat dengan baling gula-gula). Dan dorang sangat teruja pasal bunga telur. Dorang rasa menarik lah bila aku tunjuk gambar-gambar bunga telur. Aku nak terjemahkan ke English pon runsing. Apa bondo bunga telur in English ? Aku bubuh, eggs in decorated flower. Lol. So itulah last assignment kitorang untuk kelas nie.


Ouh pernah juga masa tu nak buat lawatan dekat satu bangunan nie. Bangunan nie merupakan bangunan kerajaan Georgia masa Milledgeville jadi ibu negeri Georgia pada zaman dahulu. Sampai sekarang bangunan nie masih ada. Kalau tak silap, semua bangunan kerajaan dibakar kecuali yang nie, disebabkan perampasan kuasa ke apa benda ntah. So tinggal ini jelah satu-satunya bangunan peninggalan semasa Milledgeville jadi ibu negeri. Tapi malangnya masa nie bangunan tu tutup so terpaksa reschedule. End up sampai aku balik kitorang tak melawat bangunan nie. Padahal dekat gila dengan dorm aku. Berdepan dengan Bone House (International Education Center).

Badminton

Kelas badminton nie cuma 1 credit hour je. Coach nya adalah lelaki. Kelas nie setiap hari Isnin dengan Rabu jam 9 pagi sampai 10 pagi. Selalu pergi kelas nie aku pakai apa yang aku pakai masa tidur. Cuma sarung jacket je. Mudah kan.


Kelas badminton nie dekat belakang dorm aku je. Nampak tak bangunan kaler coklat tu ? Itulah stadium nya. Stadium nie besar kot. Banyak gelanggang dalam tu.

Dalam kelas nie, aku di kira sebagai antara yang handal. Ada dua orang yang handal dan salah satunya adalah aku. Nampak tak riak nya tu ? So coach kami bahagikan dua kumpulan. So aku pon dapat lah anak-anak buah bawah aku. Selalu kami lawan antara kumpulan. Lepastu markah tu kitorang kumpul sampai lah akhir semester. Coach kata kumpulan mana dapat markah paling tinggi dapat baju. Tapi tak ada pon. Sedih tol.


Kelas nie, 5 minit sebelum jam 9 baru lah aku start keluar daripada bilik. Lol

Aerobic Dance

Kelas nie pon 1 credit hour je. Coach aku perempuan. Lupa nama dia apa.

Dalam kelas nie, aku sorang je lelaki tau. Pelajar lain semua nya perempuan. Mula tu aku tak tahu pon kewujudan kelas nie. Aku dapat tahu pon dari kawan aku from South Korea, BK. Dia ambik kelas nie. Aku pon dok gigih lah add kelas nie. Sekali dia drop pulak kelas nie. Ahh sudah. Dah lah aku clueless tak tahu nak ambik kelas apa lagi. End up aku stay jelah even aku sorang je lelaki.

Kelas nie dekat west campus sebab gymnasium dekat situ. So kena naik shuttle college. 15 minit dari main campus.


Nie lah shuttle college GCSU. Sabtu Ahad bawak pelajar pi Walmart and shopping complex berdekatan situ. Dan yang paling penting, shuttle nie ada wifi. Amboi tak amboi ? Mohon bas Kiffah (UPSI) wujudkan wifi. Kbai.

That is GCSU's gymnasium

Dalam gymnasium tu lengkap semua benda. Nak rock climbing ke, swimming pool ke, nak ber-gym-ba ke, gelanggang apa benda semua ada, ko nama kan je apa benda ko nak main dalam tu. Dalam tu juga terdapatnya klinik dan juga tempat untuk kaunseling. Memang serba lengkap lah tempat mat salleh nie.


Ini lah kelas aku. Dalam nie lengkap semua peralatan untuk aerobic. Seriously, kalau hari tu coach decide nak kayuh basikal nie, memang aku tak suka. Penat gila kot. Plus sakit bontot bila duduk lama-lama atas tu.

View dari cermin kelas aku nie

Aku suka kelas nie sebab aku boleh menari-nari. Aku kan suka menari, yang nie habis kat sini je tau. Jangan sampai-menyampai pulak. Time menari tu pulak pasang music kuat-kuat. Music pulak jenis music-music disco. Memang taste sangat lah kan. Tambahan pula ada cermin besar depan belakang. Aku kan mempunyai kadar narcissist yang sangat tinggi so aku suka tengok diri aku dekat cermin. Sambil menari tu sambil buat muka sexy dekat cermin. Perghhh feeling sangat. Ini pon habis kat sini je tau.

Ce taip dekat youtube Infernal-From Paris To Berlin. Dengar yang remix lagi feeling tau. Aku tahu lagu nie dekat kelas nie lah. Balik bilik terus search and download. Gigih sangat. Music dia macam tengah catwalk dekat runway. Ahh sudah. Kira kelas nie macam disco aku setiap minggu lah.

Kelas nie setiap hari Isnin dan Rabu.


Kadang tu kami berjogging dekat luar. Silap lah kalau lupa bawak jacket time nie. Sejuk woii. Kita penat berlari time panas lagi okay daripada penat berlari time sejuk. Seriusly dada sakit sangat kot kalau penat time sejuk.

So itu jelah kelas-kelas yang aku ambik masa dekat GCSU tu selama satu semester. Alhamdulillah lah result pon okay. Kalau ikut julad markah UPSI memang bertambah okay. Semua dapat transfer kredit. Tapi sampai sekarang result rasmi dari UPSI tak siap-siap lagi. Kata nya hari nie keluar sekali dengan result semester baru aku nie ? Sama-sama lah kita berdoa yerp.
__________________________________________________

Presenting about Islam

Alang-alang dah cerita pasal kelas tu, aku nak cerita lah benda lain yang berkaitan dengan kelas. Ingat lagi tak yang aku pernah mention pasal aku ada buat presentation pasal Islam dekat kelas kawan Australia aku ? Inilah kisahnya. Hayatilah. Perdengarkanlah. Semoga bermanfaat. Eh.

Berlaku pada 17 November 2014.


Jason tanya aku sama ada aku nak share tak pasal Islam nie dekat satu kelas nie. I said why not kan, i honored to do it. Masa tu tak tahu pon kelas tu merupakan kelas si Kaitlin tu. Malam sebelum nak present baru lah aku tahu bila Kaitlin tanya aku pasal benda nie.

I'm not alone presenting about Islam coz i got Yeusoff from Morocco. Thank god i had him or else mesti aku blurr gila. Dia nie pelajar doctorate degree kat GCSU nie. We divided the topic yang kitorang nak present. He presented about 5 pillars of Islam while i presented about Islamic calendar, Muslims celebration (In Malaysia), Halal food dan topic last sekali yang menjadi isu ialah pasal anjing dan babi.

Bersama professor kelas nie 
Berpakaian desa sangat Yeusoff tu, aku punya lah gigih berkemeja bertali leher bagai

Hey aku siap menyanyi lagi tau masa tengah present. Jangan main-main. Aku nyanyi lagu macam mana nak ingat bulan-bulan Islam tu. Korang tahu kot kan lagu tu ? Muharam safar rabiulawal rabiulakhir jamadilawal. Tengok korang dah terus nyanyi kan ? Hihi.

Aku juga selawat untuk maulidur rasul tu. Ingat tak rentak dia ? Walaupon menggigil present benda nie dekat depan, tapi siap boleh nyanyi tahu tak. Ini merupakan presentation pertama aku dekat America. Mana tak cuak woii.

Yeusoff dia azan dengan baca ayat al-Quran. Sedap dia baca tau. Giliran aku selepas dia. Lepas tengok dia present, aku terus rasa tak confident. Sebab English dia bagus, lancar je. Dia nie cakap banyak bahasa tau. Arabic, french, english lagi apa ntah. Yang penting, semua nya fluent.

Me and Kaitlin.

Pasal anjing dengan babi tu aku tak patut mention pon. Masa nie kan dekat Malaysia tengah hangat pasal kes nak pegang anjing kan. Aku cakap lah ada dua haiwan yang Muslim tak boleh pegang, kalau pegang kena samak. Aku cakap lah benda nie masih lagi debatable. Babi tu tak ada kesah sangat. Anjing tu yang jadi isu. Anjing kan haiwan peliharaan kebanyakkan orang kat sana. So ramailah yang sayang anjing. Bila aku bangkitkan isu nie, dorang terus banyak persoalan kenapa tak boleh lah itu lah.

And Yeusoff lah tolong aku masa nie. Dia lah yang tolong aku jawab persoalan yang timbul daripada pelajar-pelajar sana. Aku cuma cakap, lain mazhab lain caranya. Tapi still dah gelabah masa nie sebab pertanyaan semua tertumpu pada hal nie padahal aku present banyak benda kot. Dorang tak nak pulak tanya. Tapi disebabkan anjing tu dorang tertumpu kat isu tu.

Dah lah aku tak betul-betul kaji pasal isu anjing tu. Yeusoff cakap dekat aku, nak terangkan soal pegang anjing nie perlukan lebih banyak masa. Dalam tempoh satu jam untuk aku present tu, memang tak sempat nak terangkan. Lepastu dia tegur aku kenapa tak mention bahawa sembelihan cara Islam merupakan cara paling kurang sakit untuk binatang tu mati berdasarkan kajian yang dibuat. I forgot to mention about this.

Aku terus muram asyik dok terfikir pasal benda nie. Aku telah bagi tanggapan buruk pasal Islam dengan bangkitkan isu anjing tu. Itupon nasib baik Yeusoff cover balik. Fuhhh. Tapi still asyik dok terfikir je kot for the next 3 days.


Then selang berapa minggu, dapat email dari Bone House mengatakan aku ada dapat something dari kelas yang aku present pasal Islam tu. This is what i got. A full plastic of love. Thank you so much everyone in that class. I didn't expect this but thank you. I really appreciate it. Siap dapat kad ucapan tau. Terharu.

Yang paling penting, time aku tengah present tu, Kaitlin mesej dekat Austin yang aku present okay tapi nervous. Tahu tak Austin balas apa ? Dia cakap lah, dia dah agak dah, Zharif memang macam tu. Lol.

Slide show untuk presentation nie, in case kalau korang penasaran nak tengok, boleh klik SINI .

Swimming Lessons

Selain daripada tu, aku pernah masuk kelas berenang. My first swimming lesson was with Kelly. Yang nie kelas renang tak rasmi lah. It happened on 18 August 2014. At this time, Takafumi still not come to the US yet.


Masa nie baru seminggu dekat US. Masa tu masih lagi malu-malu lagi, mandi pon pakai singlet tau. Insecure sangat dengan bentuk badan. Dah lama-lama tak malu lagi dah.


I failed miserably. I can't even float my body. I hate myself. Seronok je tengok yang berenang ke sana ke sini dengan lancar sekali. Aku hanya mampu terjingkit-jingkit dekat lantai pool tu untuk bergerak. 6 kaki kedalam pool tu. Seram.


Lepas dah habis mandi masa nie, dorang pergi makan dekat restoran mana entah. Aku tak join. Aku balik dorm. Kelly ingatkan aku pasal solat Asar tau masa nie. Dia tanya aku dah solat ke belum. Sentap terus bergegas balik dorm. Hahahaha. Dia banyak tahu pasal agama lain. Dia suka belajar culture and agama.

Swimming pool yang kitorang mandi masa nie merupakan pool west campus punya kediaman. Dekat belakang dorm aku ada swimming pool tapi tak pernah mandi pon.


GCSU ada buat kelas berenang nie tau. Dia buat sekali je. So aku pon ambiklah peluang nie untuk belajar daripada yang expert. Bila aku datang tu, cuma ada 3 orang je yang datang termasuk aku. Dan 2 orang lagi tu merupakan nenek-nenek. Itupon dorang dah tahu berenang cuma nak mantapkan je lagi. Segan baq hang. Aku nie dah lah muda lagi, tak tahu berenang pulak tu. Nenek-nenek tu pon tahu berenang okay.

Aku ketepikan sifat malu itu tadi. So yang ajar aku nie lelaki. Aku rasa dia pon give up ajar aku untuk terapung. Sebab tak terapung-apung. Dia suruh aku berenang sebab dia nak tengok berapa jauh aku boleh pergi, malangnya dua langkah kaki je aku bergerak. Sedih.

Lepastu entah dia buang tebiat ke apa, suruh aku berenang dekat tempat yang super dalam. Ya Allah, cuak weyhh. Dia memang lah jaga aku. Dia ikut berenang sebelah aku. Tapi ada satu kali tu, dia lupa nak tangkap aku, cisss. Tak ke tergapai-gapai tangan aku sambil menjerit tolong tolong kat situ. Part menjerit tu aku tipu.

Kelas berenang tu diadakan dekat pool dalam gymnasium. Besar pool kat sini. Pool dia ada dua, satu yang sejuk, satu lagi yang panas. Yang panas tu cetek je kolamnya. Yang sejuk tu yang dalam.

Ini lah pool dalam gym tu. Gambar masa orientasi.

Aku ada mandi lagi dekat pool tu dengan pelajar-pelajar international lelaki. Konon dah expert lah tu lepas dah attend kelas berenang yang ala-ala tu. Masa nie aku ada sedikit culture shock sikit lah bila bilas badan dengan salin baju dalam locker room pelajar lelaki. Korang boleh agak kot apa benda kan ?

Ye benda tu lah. Uishh meriah tau, macam-macam bentuk dan saiz ada. Selamber je semua. Itulah kali pertama dan kali terakhir aku masuk situ. Tak sanggup. Dengan bau stokin nya lagi. Perghh.

_______________________

So that's about it. Masa examination week aku relaks-relaks je sebab aku tak ada final exam langsung. Mohon jeles. Orang lain dok gigih study macam-macam. Aku hanya mampu berdekah je masa nie.

Yang baik tu dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Penat aku menaip entri nie. Lepas nie nak rehat sat lah daripada update entri America. Penat kot.

See ya !

4 comments:

  1. Turnitin tu uitm dah lama buat dah . Setiap asaimen akan disubmit ke turnitin . Pastu tau la bape peratus kita meniru hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh advance nya uitm. Baguslah dah lama guna so that aktiviti plagiat dapat dibendung.
      di UPSI mungkin ada guna benda nie tapi tak stress sangat pasal benda nie. Mungkin ada, xsure =D hihi

      Delete
  2. Selama ni aku ingat semua universities dekat Malaysia guna turnitin. Dekat Malaysia, kalau hantar hard copy, korang tak hantar soft copy untuk plagiarism check ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. universiti lain aku tak tahu lah, but in UPSI for sure tak hantar soft copy. hahahaha
      what can i say, we are still "selamat" hahahahaha

      Delete

Home