Saturday, August 15, 2015

Eid Mubarak 2015 - Episode 2

Assalamualaikum and good day everyone ! =)

Kita sambung cerita raya Episode 2 pulak. Kita berhenti pada hari raya pertama kan ? So kita cerita apa yang berlaku pada hari raya kedua pulak.

Cerita Hari Raya Kedua begini ....

Jam 1 pagi kot baru sampai Pahang. Memang tak buat apa, sampai-sampai je terus salin baju and tidur. Because that is what i'm best at, tidur. And it's everyone's favorite.

A photo posted by Zharif Azis (@zharif93) on

Macam biasalah, kat kampung tak beraya pon. Duduk jelah dekat rumah tu. Yang peliknya tahun nie, ramai pulak yang datang beraya rumah Tokki and Wek aku. Selalunya dua tiga ketul je yang datang.

Apa yang best dekat kampung aku nie ialah, pokok buah-buahan dia. Masa nie yang tengah berbuah adalah manggis, durian dan buah rambai. Tapi buah rambai masih lagi hijau-hijau. Durian pulak dah banyak habis and jenoh lah nak tunggu buah tu jatoh. So manggis jelah yang ada.


Seperti biasa, ayah akan panjat dan kami anak-anak akan sambut dari bawah. Sedapnya manggis-manggis nie. One of my favourite fruits kot. Petik tu dapat satu bungkus plastik, ingat nak bawak balik rumah. Tapi ada lah makhluk Allah yang agak tingtong pergi letak dekat dapur, memang habis lah dikerjakan sanak-saudara. Sabor jelah.

Disuruh petik lagi, ayah dah malas katanya nak panjat-panjat. Fine.

Then malam tu kami pon siap-siap nak balik Selangor. Memang selalu satu hari je balik kampung. Lama-lama kat sini macam membazir hari raya pulak sebab kat sini memang kami tak beraya pon.

Tokki dan Wek ku yang comel. 
Susah nau nak suruh dia buat simbol peace tu. Kaku semacam jari dia.

Alhamdulillah masih lagi ada kampung. Masih lagi ada Atok dan Nenek. Dorang lah yang menjadi asbab kepada kami untuk pulang ke kampung. Kalau dulu balik raya seronok sebab tak sabar nak makan ikan patin masak tempoyak buatan Wek aku nie. Tapi sekarang tak dapat dah nak merasa sebab Wek aku dah ingat-ingat lupa. Kang suruh dia masak, dia pi tinggalnya dapur tu mcm tu je, habis naya. Sedih lah tengok Wek aku mcm tu. Tapi Alhamdulillah fizikalnya masih lagi sihat dan kuat, just ingatan nya sahaja. And Alhamdulillah Tokki aku masih lagi sihat semuanya. Semoga terus diberi kesihatan kepada mereka berdua.




Baju memang baju ulang tayang ye kengkawan. Tak payah nak persoalkan. Tahun nie baju raya satu je. So Jangan tanya kenapa dok ulang and ulang. Lagipula kami nak balik Selangor time nie dah malam. So memang akan habiskan waktu dalam kereta je untuk tidur. Sampai rumah confirm-confirm jam 1 or 2 pagi. Jadi kalau pakai baju baru, tak ada sape yang tengok. Membazir macam tu je.

Bersama keluarga Ayah Tam dengan Mak Tam, adik ayah.


Yang nie baru kahwin tahun lepas. Dorang kahwin masa aku pergi Amerika. I was like, perempuan tu sapa bebo. Never seen before. Rupanya isteri abang sedara aku nie. Then pelik lah, bila pulak depa nie kahwin. Tak jemput aku pon. Lol.

Yang nie pon baru kahwin. Bulan Mei hari tu, kalau tak silap lah.

Cucu-cucu pon semuanya dah besar-besar, dah ada keluarga sendiri, jadi cucu-cucu lah yang balik ke kampung wakilkan parents dorang. Dulu meriah lah jugak bila semua nya balik ke kampung. Sekarang nie kalau hari raya, more or less ini jelah yang ada. Sedih.

Hari Raya Ketiga pulak , kami sanak saudara konvoi raya pergi ke Port Dickson, Nogori Sombilan. Beraya rumah bapa saudara aku (Anak ke-2 adib-beradik ibu) yang tak balik raya tu. So kami pon datang rumah dia hari raya ketiga nie. Seperti biasa dia akan masak macam-macam untuk kami semua.


Dan teramat malang sekali. Dia tak masak banyak. I barely ate anything. Tapi dapatlah jugak merasa nasi dengan asam pedas ikan pari dia. Tapi itupon alahai sedihnya. Ikan pari hanyalah seketul kecil. Ulang suara, seketul kecil ikan pari. Sekian.  Tahun nie semua bajet lari agaknya. Mungkin disebabkan GST.

Hurmm tak apa lah. Kita cuba dekat rumah seterusnya.


Aku dah jadi bapak saudara tau ^__^ The first ever cucu saudara belah ibu
Dah lah comel, tengok tu mukanya, memang stok untuk dicubit-cubit.

After spent 3 hours or so at my uncle's house, my family went to Jempol Negeri Sembilan. Nak beraya rumah keluarga angkat aku lah siapa lagi kan. Sebelum datang rumah Achik Piah, kami singgah dekat masjid berdekatan untuk tukar baju. Gigih sangat satu keluarga tukar baju uolss.




Dah menjadi rutin setiap tahun di mana kami sekeluarga akan tempahkan baju melayu untuk si Parisah nie sekali. So bila pakai baju nie, baru lah sedondon semuanya. Sebab nak balik tu kami kena angkut si Parisah nie balik sekali. Dia tengah berpraktikal di tempat kerja ayah aku, so buat masa sekarang dia nie stay kat rumah aku. Kesiannya hari raya keempat dah kena kerja uols. Iols simpati.

Niat di hati nak berphotoshoot beramai-ramai. Alih-alih yang ado. Nie je hah gambar yang ada.


A photo posted by Zharif Azis (@zharif93) on


Alhamdulillah, dapat makan macam-macam dekat rumah Parisah nie. Kami sekeluarga memang teramat sangat lapar. Bersyukur Achik Piah masak banyak masa tu. Datang-datang tu terus makan. Tak fikir malu apa dah. Lapar punya pasal. Gambar makanan pon lupa nak ambil. Dan yang paling penting dia masakkan sotong masak sambal kegemaranku. What a heaven.

Walaupon tahun ni Parisah beraya dengan rumah baru, tapi bajet untuk makan-makan buat tetamu tidak lari. Harus diberi contoh. Motif sangat zarep ko datang beraya rumah orang mintak dibagi makan.

So itu jelah yang berlaku untuk hari raya ketiga.

Hari Raya Keempat

Hari raya keempat aku pergi ke rumah pak sedara ku (Anak ke-8 adik-beradik ibu) yang terletak di Sijangkang. Tak jauh sangat pon dari rumah aku, around 25 minutes macam tu.


Bersama mak sedara ku yang vavavoom

That was my first time went to his house after moving out from his old house. Last year I didn't have the chance to come to his open house event as I was in America already at that time. So I was quite amaze with the decoration he made towards his halaman rumah. He is very creative when it comes to decorating halaman rumah.



Banyak sangat juadah yang disediakan. Semuanya sedap-sedap belaka. Alhamdulillah kenyang sangat.




Balik daripada situ, kami menuju ke Klang pulak untuk ke rumah kakak ibuku (Anak ke-4). Alhamdulillah tangki makanan dalam perut masih ada ruang untuk laksa yang dihidang. Ya Allah sedap sangat laksa tu. Sekarang tengah menaip teringat dekat laksa tu membuatkan aku nak laksa tu lagi. Haishhhh.


Maaf dik, habang nak ambik gambar suasana sedang beraya ketika itu. 
Bukan gambar hadikk, mohon tepi sikit. Nak crop dah tak boleh -___-



Ingat nak beraya rumah sepupu-sepapat ibu lepas tu, tapi depa semua tak ada kat rumah. So kami pon baliklah.


Since hari tu merupakan tarikh ulang tahun kelahiran ayah aku, 20 Julai, so kami pon adik-beradik pakat-pakat belikan kek. Walaupun khusus untuk meraikan ulang tahun ayah, tapi kami jamakkan sekali dengan birthday bebo and si Yin Yin busuk. Sebab tarikh semua dekat-dekat.


Gembira betul yer dapat kek

We were portraying typical Malaysian at birthday party



So itu jelah apa yang berlaku untuk hari raya keempat.

Should I stop here or continue with cerita hari raya kelima ? I think I better stop lah kot kan. Nanti aku cerita hari raya seterusnya dekat entri seterusnya. Semoga terus diberikan mood untuk mengupdate.

2 comments:

  1. Kau dah berapa lama kenal si Faris (macam ni ke ejanya?) ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut ic mcm tu lah eja nya =D
      lama jugaklah. 5 tahun ada rasanya =)

      Delete

Home