Thursday, August 27, 2015

Homeless Tourist in USA : Day 1 (Georgia)

Assalamualaikum and good day everyone !

Right after i finished my exchange student program at GCSU on 12 December 2014, i went for a vacation for 10 days. Now I'm about to tell you where i went and what i did sepanjang 10 hari itu. Kita rasmikan jelajah seorang Zharif di US pada hari pertama dengan Bismillah. Semoga aku masih lagi ingat setiap details yang berlaku sepanjang percutian aku itu. Are you guys excited ?

*Gambar pendahuluan*

Dah baca belum entri INI ? Kalau belum baca, better baca tu dulu. Barulah boleh connect dengan entri nie. Dari Milledgeville nak ke Hartsfield International Atlanta Airport tu ambil masa dalam dua jam. Aku memang confirm tersengguk dalam shuttle tu tapi masih lagi alert supaya tidak meneteskan sebarang air liur basi. Sampai sana je, semua orang start berpisah. And i started to make my own way. 


Before that, lemme tell you something. Percutian selama 10 hari aku nie sangat mencabar untuk diri aku sebab ada banyak benda. Satu, aku pergi sorang-sorang. Dua, aku tak pernah teroka negara orang. Tiga, aku tak tempah penginapan mana-mana pon. Empat, i had no idea what to expect. So ikuti lah liku-liku percutian aku selama 10 hari nie. Banyak kisah menarik yang aku ingin kongsikan di samping menunjukkan tempat-tempat yang aku lawati. 

Kat airport tu memang aku dah terpinga-pinga. Aku tak tahu nak pergi mana. Seriously weyh, memang clueless habis. Berbekalkan semangat yang jitu, aku gagahkan jua tanya orang, tengok sign board. Time nie lah aku rasa aku betul-betul berdikari dan berpijak dengan kaki sendiri. Tak leh nak rely on sesiapa pon.

Handphone OPPO aku tulah peneman aku, dan guideline aku. First, aku buat kad untuk naik transit. Dia macam ktm kita lah. MARTA nama company dia. I lost the book that i wrote every details of my vacation on it. So i can't remember the price or the package that i took for using MARTA nie. Seingat aku, aku beli yang untuk dua hari. Means suka hati lah ko nak kehulu-kehilir berapa banyak kali. Kad tu hanya valid untuk dua hari saja. Lebih kurang begitu. 

Before aku bercuti nie, aku memang plan betul-betul percutian aku nie. Aku dah book semua tiket-tiket tempat yang aku nak pergi. So senang cerita, aku beli citypass.


Citypass nie senang. Harga dia jauh lebih murah instead of walk in to the place you want to visit and buy ticket from one place to another place. By buying this citypass, you have nothing to worry. Dalam citypass Atlanta nie, aku berpeluang melawat 5 tempat menarik yang menjadi tumpuan para tourist like me. Eceyhh.


Nampak tak senarai tempat-tempat tu ? Itulah tempat-tempat yang bakal aku tayangkan dekat korang. Beli online mudah, just print then bring it to the first place yang korang nak visit tu, out of 5 places yang disenaraikan, and turns it into a real ticket. 

First up, i went to Georgia Aquarium. 


Georgia Aquarium nie, berdekatan dengan beberapa tempat yang aku boleh pergi dalam tiket tu. So aku ingat nak habiskan satu hari nie dekat tempat-tempat yang berhampiran je dulu. 


Ko tengok berapa tinggi dia punya escalator. Rasa macam nak menjunam ke bawah kot. Serious tinggi and curam gila. Nasib baik masa nie kes yang terjadi kat China tu tak berlaku lagi, kalau tak, memang tak lah aku nak berpijak dekat situ. Ngeri kot. I got dizzy when i was at the escalator.

1. Georgia Aquarium

Aku pergi masa nie dalam jam 2.30 pm. Habis tawaf satu aquarium nie jam 5.30 pm.

Inilah Gerogia Aquarium. Besar tempat nie. 


This was the ticket

Macam-macam ada dalam Georgia Aquarium nie. Banyak lah spesis-spesis yang jarang nampak ada dekat sini. I guess kat Malaysia pon ada rasanya. Entah lah, aku pon bukan lah aware sangat kalau pergi aquarium-aquarium nie. I never been to Aquaria KLCC yet, so i don't know what they have.




Tempat nie sangat besar. Seriously, aku rasa satu hari pon ko tak habis nak tawaf and tengok semua spesis yang ada dalam nie. But i made it anyway, coz i was running out of time. I needed to go to other places. So aku pon tengok ala kadar and asal dah masuk je. Tak ada lah khusyuk sangat macam orang lain siap semua info dia baca. Only on certain species yang menarik perhatian aku jelah yang aku baca. But still, 3 jam jugak lah habis kat sini.



Like what you can see, this place is divided into several sections. And each sections represents variety of sea creatures. You will be amazed with what they offer. It was really lovely and beautiful. Indah sungguh ciptaan Allah. Kalau manusia tak invent aquarium macam nie, kita mungkin tak dapat nak tengok secara dekat ciptaan-ciptaan yang menakjubkan macam nie.



Sorry lah, the pictures don't do the favor. Okay lah daripada takde kan. Aku dah lah pegang banyak barang. Travel sorang-sorang. Bag nak letak kat locker, locker tak ada. Even kalau ada pon, hurmmm lebih baik duit tu buat beli makanan. Kenyang sikit. Mahal kot sewa locker.



Selain species-species yang jarang jumpa ada dekat sini, aku juga suka tengok macam mana dorang decorate aquarium tu. Cantik-cantik. Punggah-punggah folder, baru aku realize aku tak banyak ambik gambar-gambar aquarium kat sana. Ini je yang ada dalam koleksi. Jadilah nakk.



Masa tengok ketam gergasi nie, adalah segerombolan keluarga. Aku tak tahu lah dari negara mana dorang tu, seriously bising gila. Adoii nak baca info pon tak tenang. Anak-beranak pulak tu bising. Perghh.



Seriously, haiwan nie sangat pemalas. Dah tu pandai pulak dia terapung. Buat endah tak endah je orang ramai tengok dia. Comel sangat. Tak tahu apa nama binatang nie. Hahahaha

BTW, korang boleh tengok video yang aku sempat rakam semasa aku berada di Georgia Aquarium nie. Hopefully korang boleh dapat rasa kegembiraan aku masa di sana. Dan haiwan pemalas yang comel nie pon ada dalam nie.


Kindly please change the quality into 480p or 360p to get a better view. Enjoy !



Aku nak pergi ke lobang-lobang yang disediakan dekat sana tu. Nampak tak yang macam dalam gambar atas nie ? Tapi malas pulak nak kena meniarap ke tengah-tengah tu, dah lah aku bawak banyak barang. So aku tengok dari luar je. Kalau kat lobang-lobang yang disediakan tu, barulah dapat tengok dari dekat.


Sini lah tempat paling tenang dan aman je. Duduk situ untuk satu hari pon tak apa. Tenang je tengok ikan-ikan nie berenang. Dari sekecil-kecil ikan hingga sebesar-besar ikan. All live in one big aquarium happily and peacefully.


And lastly, aku pergi tengok Dolphin Tales Show. Nasib baik lah lepas aku habis tour satu aquarium tu, show tu baru nak mula. Sebab Dolphin Tales Show nie bukan setiap masa ada. Selang berapa jam entah baru ada. I guess every one hour kot. Seat pon limited. First come first serve, kalau tak dapat seat, you have to wait another hour.

I better get my seat.


Memang best sangat show nie. Seriously bijak sungguh dolphin-dolphin tu. Tapi sayang tak boleh nak ambik gambar or record time dorang tengah perform tu. Kang tak pasal kena halau pulak. So lebih baik aku ikut je. Tapi ada je yang record sorok-sorok. Cukuplah aku sajikan gambar-gambar trainer dolphin-dolphin tu yerp.


Bumped into her there. It was our third time said goodbye to each other, but still, we met again there accidentally. It is always a pleasure to meet you Kaitlin. Dan kami pon berpisah lagi. Tapi kali nie berpisah betul.


Lepastu aku pon keluar dari Georgia Aquarium nie. Selesai tawaf satu bangunan besar tu.

2. The World Of Coca-Cola

Dalam banyak-banyak tempat yang dalam senarai tiket tu, aku actually paling teruja nak pergi ke sini. Dengar budak-budak exchange students lain cerita pasal tempat nie, buat aku sangat teruja and jealous. Yelah, semua budak-budak exchange students tu dah pergi time-time hujung minggu. Dorang bolehlah, ada geng nak pergi, nak suruh-suruh kawan drive bagai. Aku mana lah ada. Ada je, tapi tak nak lah menyusahkan orang lain kan. So aku memang bertekad yang aku mesti kena pergi sini before aku balik Malaysia. Alhamdulillah dapat pon pergi.


Nie masa aku awal-awal sampai sana. Dah nampak bangunan Coca-Cola nie, aku dah start rasa excited. Macam tak percaya aku dah sampai sini. Tapi aku tahan je, aku pergi Georgia Aquarium dulu. Ini gambar dari sudut belakang bangunan.


Jangan terpedaya dengan terik matahari itu ye kengkawan. It was actually freezing. Tapi sejuk dia tu masih lagi boleh tolerate lah, tak macam sejuk masa dekat New York nanti.


Start masuk sini dalam jam 5.40 petang. Habis tawaf satu bangunan nie dalam jam 7.15 petang. Rasa macam tak percaya je aku berada dekat sini. Akhirnya kan, berkat orang sabar. Eceyhhh.



Aku suruh sorang tourist nie ambikkan gambar aku berlatar belakangkan signboard coca cola nie. Dia punya excited ambik gambar sampai banyak kot gambar aku dekat benda alah nie je. Tapi lain-lain angle lah. Aku suruh ambik satu je, jenis asal ada bukti. Dia boleh pulak mengasah skill photography dia tu kat aku. Dah lah ramai orang. Haishhh. Apa-apa pon terima kasih lah yerp. Aku tak tahu dia dari negara mana.



Maaf tiket lupa nak ambik gambar, orang tu dah ambil. Aku ingat tiket tu just scan je, tapi time nie dia pergi koyak macam tu je. Kuasam betul. Dah tak ada bukti nak tunjuk gambar tiket kat blog.


Lepas dah tunjuk tiket tu, dia masuk kena ikut kumpulan. Dia akan lepaskan beberapa orang dalam satu masa. Maybe dalam 100 orang every 15 minutes. or 30 minutes Aku tak ingat. Sebab dia akan ada sesi introduction dekat stage pertama. Stage pertama nie tempat kita dengar lah pasal asal-usul coca cola, sejarah dia, whatever artifak yang pernah ada semua dia cerita kat sini.



At this time, orang tu adalah tanya kami semua dari mana. So ramai lah bagi tahu dorang dari mana semua. Dia tanya ikut benua. Bila part Asia je, aku punya lah berharap ada orang dari Malaysia dalam group nie, rupanya takde. Aku pon jerit lah Malaysia kat dia. Ada lah jugak wakil Malaysia dekat situ. Huhu


Dah habis sesi mukadimah tu, baru lah dia bukak pintu masuk ke Coca-cola nie. Nie pintu masuk betul-betul tau. Memang aku rasa wow lah bila tengok tu. Berwarna-warni. Serious cantik sangat. Aku pon terus confuse nak pergi section mana dulu. Ada satu section yang aku betul-betul tak sabar nak pergi, but lets save that for the last.

First, jom tengok show room Coke Cola nie.



Korang akan sangat kagum lah dengan segala jadah pameran yang ada dalam The World of Coca-Cola nie. Macam-macam ada. Di bumi Atlanta Georgia nie lah, lahirnya Coca-Cola. So memang banyaklah khazanah-khazanah bersejarah dalam nie untuk tatapan pelancong.





Anything yang Coca-Cola pernah endorse, or cipta, and its campaigns, semua nya disimpan dekat sini. So korang boleh tengok how far the Coca-cola has developed all this years.





Then ada satu tempat tayangan di mana pelawat akan diberi cermin mata 3D. Aku macam tak pernah lah menyaksikan mana-mana tayangan yang menggunakan 3D nie memandangkan aku tak pernah tengok wayang dekat panggung, so macam terkesima sekejap.


Yang best nya dekat panggung tayangan dalam The World of Coca-Cola nie, kerusi dia bergerak-gerak. Ibarat macam kita betul-betul dalam video tu. Bergegar-gegar macam naik roller coaster. Bila ada percikkan air dekat video tu, kita pon akan terkena percikkan air tu sekali. Dekat kerusi tu dia ada satu lobang untuk air. So hati-hatilah dengan barang-barangan elektronik anda bila dalam nie.

Tapi tak ada bagi effect kot, sebab bukan nya dia sembur sampai lencun. Ala-ala je.



Travel sorang nie kan sebenarnya agak susah sikit lah when it comes to bab bergambar coz tak ada siapa yang nak ambikkan gambar. Takkan manjang nak suruh orang ambikkan, betul tak ? BTW, suka untuk aku ingatkan sekali lagi, selfie stick di USA adalah masih lagi "asing" so sekiranya anda menggunakan selfie stick, mereka akan rasa wow sangat. So travel jangan lupa bawak selfie stick tau.

Mula tu malu lah nak ambik gambar sorang-sorang guna selfie stick nie, but then aku dah tak kesah dah. Bukan selalu dapat peluang macam nie kan. Lantak korang lah nak fikir aku forever alone ke, asal aku ada gambar. Lagipula bukan jumpa dorang lagi pon kan. Hihi




There is one section where we can taste every Coca-Cola products around the world and it's free !! Inilah section yang aku tak sabar nak pergi tu. Huhu.


Dia ada sediakan cawan. Ko ambik cawan tu then ko guna lah untuk merasa segala jadah perisa yang dia sediakan. Aku pada mulanya sangat lah lapar and dahaga, bila dapat rasa air nie je, perghhh lega gila. Sampai kembung perut kot. Terus kenyang. Maybe sebab banyak sangat minum air bergas kan.



Banyak lah perisa-perisa yang tak pernah dengar di serve kat sini. Kalau korang boleh nampak, dia ada tulis negara mana produk tu dihasilkan. Ada yang sedap, ada yang so so, and ada rasa yang nauzzubillah. Tak ingat which one yang aku suka. Lupa, sebab dah lama sangat.

All the flavors. I tasted all of them.

But still, rasa Coca-Cola asal tetap yang terbaik. Kat situ pon ada disediakan minuman Coca-Cola percuma. Ikutkan hati, nak je isi dalam botol air. Tapi malu lah pulak nak buat macam tu. Kang tak pasal-pasal kena halau dengan security, ahh sudah. Jangan nak buat pasal.


Aku ada menyediakan satu video yang aku record semasa aku kat sana. Enjoy !


Kindly please change the quality to 360p or 480 to get a better view. 


Masa untuk keluar. Dah habis tawaf satu bangunan nie. Alhamdulillah best sangat. Tercapai hajat nak datang ke sini. BTW, setiap pengunjung akan diberi satu botol kecil Coca-Cola percuma. Yeay ! Punya sayang Coca-Cola nie, sampai sekarang tak terminum pon air nya. Ada je lagi tersimpan elok dalam almari tu. Entah bila agaknya nak minum.

Comel kan ?

Nak ke pintu keluar tu, biasalah, akan lalu dekat tempat cenderamata. Seriously banyak gila barang-barang yang cantik-cantik and sesuai untuk diberi dekat sanak-saudara mahupon rakan-rakan. Tapi sayang, agak mahal. Tak lah mahal sangat actually, tapi bila ko convert duit Malaysia yang agak menyedihkan tu, memang ko akan sedih lah.



So, aku pon mampu tengok je. Niat tu ada nak beli satu untuk diri sendiri. Tapi tak apa lah. Banyak lagi benda boleh dibeli dengan duit tu. Lagipula, kan masa nie aku risau pasal luggage takut terlebih berat. So memang aku strict sikit bab belanja masa nie. Eh ye ke ? Well, kita tengok nanti *wicked grin*




So that was it apa yang ada dalam The World of Coca-Cola nie. Memang best sangat. By the time aku keluar masa nie, langit dah start nak gelap. Yelah dah 7.15 petang masa nie.


Tapi gigih jugak nak dapatkan satu lagi tempat. Takut besok tak sempat nak jelajah semua tempat yang tersenarai dalam tiket tu. So aku pon berlari-lari anak menuju ke CNN. Tak jauh dari situ. Dalam 10 minit berjalan kaki.

Tapi malang sekali, CNN dah tutup. Dia tutup jam 8 malam rasanya. Nak masuk situ by group. Group paling last adalah jam 7 kalau tak silap. So aku dah terlambat. Later aku cerita CNN nie macam mana erk. Ye, aku pergi tempat nie keesokkan harinya. Nanti aku cerita. Jangan risau.


Tak nak lah spoil letak gambar dekat CNN banyak sangat. Nanti entri seterusnya tak ada modal pulak. Hihi. Sempat lah ambik beberapa gambar suasana dalam bangunan CNN tu. Nanti aku upload gambar-gambar tu dekat entri seterusnya. Aku bubuh banyak-banyak okay.


Perut memang lapar gila. Dari pagi kot tak makan. Just minum air je. Malam tu aku dah lapar sangat, aku cari lah restoran halal dalam CNN tu, kot-kot ada. Memang tak ada lah cerita dia kan. So aku singgah dekat restoran Fuji Express nie sebab dia menyediakan makanan-makanan laut. Makanan kat restoran nie berkonsepkan makanan Jepun lah. Memang restoran Jepun pon kan ?


So aku makan benda nie. Ya Allah sedap sangat !!! I can still feel the taste. Omnomnom. Kalau lah korang ada singgah CNN Atlanta tu, korang try okay menu nie. Seriously sedap gila. Bukan sebab lapar je aku cakap benda nie sedap, tapi memang benda nie sedap. Lupa nama makanan nie apa. Harga dalam 12 dollar macam tu. Aku pon tak ingat.



Lepas je habis makan, aku pon jalan kaki menuju ke stesen MARTA yang aku berhenti tu. Actually banyak je stesen yang  dekat dengan CNN nie, tapi aku boleh bengong pergi cari balik stesen yang aku turun masa awal pagi tu. Tak ada lah jauh sangat pon actually but still penat lah. Dengan keadaan malam tu yang sejuk. Adoii tak tahan kot.



But it was nice. I can see the beautiful of Atlanta at night. Masa nie kan dah nak dekat dengan hari krismas, so memang banyaklah dekorasi-dekorasi bertemakan krismas. Cantik sangat !



Aku actually dah berjanji dengan diri sendiri, by seven o'clock aku dah kena balik kat tempat yang aku nak bermalam tu. Untuk dekat Georgia nie, tempat untuk aku bermalam adalah Atlanta Airport tu lah. Aku takut bila dah gelap macam nie. Lagipula, aku tak biasa kat tempat nie lagi. Lagi lah tempat tu bandar kan, so memang takut lah.


Here is the video where you san see the beautiful of Atlanta Georgia at night. Enjoy ! 
Change the quality to 360p or 480 first, okay ?



Look, these two buildings are even nicer at night. So beautiful. Masa nie kan aku jalan memang takde nya nak slow dah. Laju gila aku berjalan kaki. Takut sangat weyh. To be honest, orang dekat US nie, mostly the homeless, are quite scary. Although they didn't disturb me, but i still feel scared. Kan aku mempunyai masalah untuk deal dengan manusia pelik. Tak ingat ke ?


Then i crossed upon this ice skating place. Niat dalam hati memang nak sangat main. Tapi sape yang nak jaga barang-barang aku. Kang aku letak dekat tepi-tepi, ada orang curi pulak. Naye je. So memang tak lah. Aku hanya mampu tengok je. But then when i was about to take a selfie, this man came and wanted to be in the photo together with me.

So, here is our selfie.


He is a very nice guy indeed. We had a little conversation. I can't stay any much longer there as the night semakin tua. Aku nak kena balik ke airport tu. And i had to go through this scary escalator again ? Oh noooo. Aku tak berdiri pon, aku duduk. Curam gila weyh. Rasa macam nak menjunam kebawah.


And i finally arrived at the airport. I felt so relieved. I felt safe. Yelah, airport kan 24 jam, dan dalam airport tu terang and banyak security. So tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Cuma kena alert barang-barang sendiri lah.


Ingat nak tidur dalam "surau" nie. Tapi surau nie tutup bila dah jam 12 malam. Nama tempat nie ialah Interfaith Chapel. Semua jenis agama boleh melakukan ritual agama masing-masing dalam nie. Termasuklah yang Muslim. Kat situ ada sejadah dan arah kiblat. Jadilah, asal ada tempat nak solat. Instead of solat depan orang ramai, lagi aku tak kuat kan. So memang aku elakkan benda tu daripada berlaku. Maka qada' lah segala solat-solat yang telah tertinggal.

Nasib baik lah sedang bermusafir. Ringan sikit. Dah ringan pon still tak boleh buat ye Zharif. Korang jangan lah kecam diri ini oke. Kalau aku ada partner mungkin aku kuat lah nak solat depan-depan orang ramai, bentang sejadah dekat public place, tapi aku sorang. Aku tak berani. Daripada timbulkan kebencian (Who knows kan ?), so macam nie lah.


Malam tu boleh pulak rasa lapar lagi. Ahh sudah. Aku punya nak berjimat, tapi perut tak nak bagi kerjasama. Maka terbelilah aku 6 ketul Dunkin Donuts nie. Donut yang kaler coklat gelap tu seriously sedap. DD kat Malaysia ada ke flavor nie erk ? Curious.

Aku beli donut nie bukan untuk dihabiskan malam tu je, aku nak buat bekal untuk besok sekali. Sebab besok satu hari tu aku akan gunakan untuk melawat kesemua tempat-tempat yang ada dalam tiket tu. Sebab aku kat Georgia cuma dua hari je. Destinasi selepas Georgia nie, korang kena tunggu lah nanti.


Aku tidur dekat meja-meja restoran. Kebetulan ada kerusi panjang, so dapat lah baring. Sambil tu aku peluk erat beg galas aku and ikat beg walmart aku dekat tangan. In case aku tidur mati, at least aku boleh rasa kalau ada orang tarik. Kalau tak rasa jugak, well bukan rezeki lah namanya. Redha. Tapi Alhamdulillah tak ada apa pon yang berlaku pada malam pertama menjadi seorang "Homeless Tourist".

Dalam jam 3 pagi macam tu, kawan aku dari China dengan Taiwan text aku. Dorang bagi tahu yang dorang dah sampai airport. Kitorang dah memang rancang nak berjumpa dekat airport pon. Nak bermalam bersama dekat situ. Sebab dorang besok paginya, kena catch flight ke California. Kitorang rancang untuk bertemu lagi di New York. Tapi adakah kami dapat bertemu lagi ? Tunggu kisahnya. Gitueee.


And my good friend, Thelma (yang buat simbol peace tu), she gave me this beautiful bracelet. She even asked me "Can Muslim guy wear bracelet ?", before gave me. I was laughing at that time. She is so funny. I really miss her, and everyone. I wish i can turn back time. Thank you Thelma =)

Then aku sambung tidur balik. Besok paginya nak kena bangun awal. There are a lot more to come. Jadi aku perlukan rehat and tidur yang cukup. Barulah ada tenaga. Excited kot masa pergi bercuti sorang-sorang nie.

So itu je yang berlaku pada hari pertama sebagai Homeless Tourist. Stay tuned, nantikan post akan datang. See ya !

8 comments:

  1. Aaaaaa, teringin sangat nak tengok gambar dolphins. Satu pun takde ke, Zharif?

    Btw, it's escalator. Not elevator. Elevator tu lift :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada langsung lah Farah, sorry T__T aku pon rasa menyesal tak record show dolphin tu. Takut terkantoi >__<

      OMG Farah ! Malunya aku >__< Nasib baik lah aku tak bubuh link nie lagi ke facebook. Aku dh edit balik. Hahahaha. Thanks ! =)

      Delete
  2. hye senior to be..
    selamat hari merdeka ....

    ReplyDelete
  3. ya allah...comelnyerrr gamba gambar senior kt America.. wah bestnye jd exchange student. i hope to be juz like u nti kt upsi! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. i wish you all the best. Nanti semester dua start apply ISEP. good luck junior =)

      Delete
  4. suka part ni

    " Mula tu malu lah nak ambik gambar sorang-sorang guna selfie stick nie, but then aku dah tak kesah dah. Bukan selalu dapat peluang macam nie kan. Lantak korang lah nak fikir aku forever alone ke, asal aku ada gambar. Lagipula bukan jumpa dorang lagi pon kan. Hihi"

    Hahahhaa kelakar la zhariff ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. always terapkan benda tu dalam diri when it comes to take photo. hahahahaa

      Delete

Home