Sunday, September 20, 2015

Homeless Tourist in USA : Day 3 (Washington DC)

Assalamualaikum and good day everyone !


Day 1 (Georgia) : Klik SINI
Day 2 (Georgia) : Klik SINI

It's day 3 everyone ! Bares with me guys, it's gonna be a very long post. I bet you won't be surprised anymore coz seorang Zharif never updated short post. So lets proceed.

Gambar pendahuluan

Aku sampai sana around 11 pagi. Sakit bontot aku duduk dalam bas lama-lama. But it's okay, demi penjimatan yang berleluasa, seorang Zharif tabahkan jua. But it was not that bad after all. The seat was quite comfy. So no worries if you plan to take bus to travel in America.


Bas berhenti dekat Union Station. Ini lah Union Station. Sangat besar tempat nie. Macam-macam kedai ada dekat sini. Even Victoria's Secret punya franchise pon ada dekat sini tau. Eh motip dalam banyak-banyak, Victoria's Secret yang kau highlight kan ?




I had my breakfast there at McD. The only thing that i can eat was the fillet burger. So i ordered two fillet burgers to stuff my stomach. Selama duduk dekat Malaysia, tak pernah pulak beli fillet burger McD, malah tak hingin pon nak rasa. Dekat US barulah first time merasa fillet burgers tu.

Masa tengah sarapan nie lah aku dok godek-godek cari tiket bas. Yelahh ada wifi kan. Itu jelah tempat bergantungan aku untuk travel. Without internet, my life would be miserable. BTW, dekat Union Station itu sendiri ada wifi nya tersendiri so tak perlu lah rely on McD punya wifi je.

Aku guna perkhidmatan Megabus pulak untuk ke New York sebab ia jauh lebih murah berbanding tiket Greyhound Bus

Once i found the cheapest one, i booked it and paid it. All payment through online. Memang masa nie hati kering dah. All this while takut gila kot nak buat transaksi online di sana. Yelahh, takut salah buat ke, rugi pulak nanti. Tapi Alhamdulillah, bagi aku order-order online kat sana amat senang selepas aku dah "pakar" dalam selok-belok membeli benda-benda online di sana. Agak berlainan lah kaedah dia dengan dekat Malaysia but it's way better and easy.

Gambar atas tu, tiket dari Washington DC ke New York. 20 dollar je weyh. Murah kot. Bawah nie pulak harga tiket dari New York, nak berpatah balik ke Atlanta Georgia. That was the cheapest one that i can get. Masa nie kan tengah musim cuti nak dekat Christmas, so agak mahal lah harga tiket-tiket tu. Dan cerita dia, tiket New York nak balik ke Georgia tu aku salah pilih tarikh. Nanti aku cerita pasal hal nie dekat last entri untuk percutian aku nie yerp. Mereput lah korang nak tunggu kan. Bhahahaha

And i used Greyhound Bus again from New York to Atlanta GA

Then, sesi jelajah Washington DC aku pon officailly bermula. First, i was searching a place that i can print my itineraries. Mulut kita nie bila dekat tempat orang kena rajin bertanya. Alhamdulillah dapat print secara percuma. There is one hotel that provide this service, for free. Awesome isn't ?


Seronok aku tengok jalan-jalan dekat US nie, rasa tenang, bersih dan indah. 

I can't remember what is the name for the hotel but for sure it doesn't take me so much time to get there. It was just walking distance only. Memang aku sentiasa berjalan kaki pon masa travel nie. Jarang teramat sangat aku guna public transport unless i really have to.

This is the hotel. Kalau boleh baca nama hotel tu korang memang hebat lah.


To be safe, korang print lah. Sebab nya, masa aku naik Greyhound bas dari Atlanta nak ke Washington DC, ada sorang penumpang tu tak print tiket dia. Dia just show lalu phone je, and the bus driver tak nak terima. Eh silap, bukan tak nak terima tapi tak boleh terima. Sebab nya kan banyak persinggahan dan setiap persinggahan tu ada tiket dia yang kita kena bagi dekat driver tu. Kalau tunjuk lalu phone, macam mana bus driver tu nak tahu and buat semakan semua. Lagipon dalam itinerary tu dah jelas-jelas tulis kena print. So mamat tu ditinggalkan macam tu je. Dahsyat kan ?

But it depends lah perkhidmatan bas mana yang korang ambik. Ada yang boleh terima kalau just tunjuk lalu phone je. Tapi macam yang aku cakap tadi, to be safe, print lah. Puas hati, jelas depan mata korang boleh baca waktu perjalanan bas tu. Tak ada lah terlepas or tersilap.

At this moment, i really can't wait to get there. Monument yang sebatang je tu. 
Excited kot bila nampak.


Destinasi pertama aku ialah tempat dalam gambar atas nie. On my way there, i came across this capital building state. Bangunan yang selalu aku tengok dalam tv, kini ada dekat depan mata aku. Excited aku masa nie macam ada orang belikan Big Apple 12 ketul untuk aku. So boleh bayangkan tak betapa excitednya aku ?


Too bad, by the time i was there, there was a construction going on. Anyways, i was still happy that i got to see the building. I toured the building on Day 4, so wait for it guys. I'll show you around.


Banyak gila aku selfie dekat sini. Video pon ada aku record dekat sini. Keep on reading, i'll show you later.


Sebelum tu, aku nak korang fahamkan dulu map Washington DC nie. So that korang boleh dapat gambaran dia macam mana. I started from the Union Station. Refer to the picture above where i marked it with the yellow emoticon. That was the place where i arrived that morning. For the place that i visited for day 3, refer to the picture below. That was the places that i had visited.


1. Thomas Jefferson Building (Library of Congress)

My first stop was this museum. Aku actually macam keliru nak pergi tempat yang mana satu dulu sebab nya banyak kot tempat yang boleh dilawati dekat Washington DC nie. Dan yang paling penting, most of the places are free entrance.

Awesome isn't ?


So for those yang budget dia macam ala-ala tu tapi gigih nak melancong, datang lah Washington DC nie. Penjimatan yang sangat berleluasa. Ko terjah lah tempat-tempat dekat sini. Free je. Tapi for those yang tak minat museum-museum nie, yang tu ada masalah sikit lah. Sebab most of the free places here are museums. But no worries, all the museums are very interesting to explore. Trust me. I'm not museum oriented person myself, but i love being in Washington DC. Ambiance dia sangat nyaman. I don't know why, i just love it.


From the Capitol, i was seeing this building. It is located in front of the Capitol. The architecture of every buildings in Washington DC are unique and beautiful. Every buildings has their own unique design. I was amazed with all of em.



A selfie is a must. So that ko boleh canang dekat orang kampung. Nama bangunan nie ialah Thomas Jefferson Building. Dalam nie ada Library of Congress. Aku pon tak tahu nak describe apa pasal bangunan nie as i don't really read the infos what this building offers for the tourist. I was too damn lazy to read the info.



Ko tengok, belum masuk bangunan lagi gambar dah bertimbun. Ini baru yang aku upload tau, yang tak upload toksah cerita, bersepah dalam hardisk. Time menapis gambar-gambar yang nak dimasukkan dalam blog, jadi keliru nak bubuh yang mana satu. End up semuanya di upload. Tu yang jadi banyak tu. So maaf naa.



Dah cukup, now jom masuk ke muzium ni. Korang pasti sudah penasaran nak tahu isi kandungan muzium nie kan. Meyh aku tunjuk. But time nak masuk tu, ada inspection dulu. Apa yang aku tak suka masa sesi percutian aku nie ialah, sesi pemeriksaan diri dan barang-barang sebelum nak masuk sesuatu tempat tu. Semua tempat ada pemeriksaan tau. Menci betul. Dah lah rumit, tanggal itu tanggal ini. Tak boleh bawak itu tak boleh bawak ini.

Mostly, the places are not allowed visitors to bring any foods or drinks inside. So for those yang ada air or makanan, you have to leave em outside, atau erti kata lain, ko kena buang. Tak boleh tolerate langsung tau bab nie.


As i took my first step inside, my jaw literally dropped and my eyes got bigger. MasyaAllah, it was really beautiful inside. First, i was amazed with the ceiling and every details on it. I wonder how long does it takes to paint that ceiling with that attention to details. OMG. Sangat cantik !!




Cantik kan ? Tengok lah ukiran-ukiran kat dinding tu. Mesti susah nak buat and ambil masa yang lama untuk disiapkan. I think this is an old building. I'm not sure about it, you may google to get the answer. Maintenance mesti tinggi nie.



Owh lupa. Lagi satu, i was amazed with this christmas tree. It was huge. Almost or over 10 ft i guess.



Okey nangis kejap nampak tulisan Islam tu. Tak sangka boleh ada dekat salah satu ruangan siling dalam bangunan tu. Aku tak tahu lah, bila aku dekat luar negara nie, rasa syahdu sangat bila nampak something yang macam nie. Yelah, dekat negara bukan Islam kan, jadi tak expect lah akan ada benda-benda macam nie. And lagi satu, semangat patriotik sayangkan Malaysia time aku kat luar negara nie sangat membuak-buak. Seriously, nampak bendera Malaysia je boleh nangis weyh. Ke sebab aku rindu Malaysia ? Tak tahu lah.

I think, I've told you about this syahdu thing everytime when i see bendera Malaysia in my previous entry.



Okay, this is the library of congress tu. We, the tourists, can't enter this area. Jadi kami mampu boleh tengok daripada deck yang disediakan je. Deck tu siap ada kaca lagi tau. Memang tak boleh ganggu langsung lah dalam area tu. BTW, masa dekat dalam bangunan nie, dia ada tourist guide yang akan terangkan whatever function or history yang tersimpan dalam muzium nie.


Tapi aku follow sekejap je tourist guide tu. Malas aku nak habiskan masa lama-lama mendengar benda alah fakta-fakta tu semua. Iols tak ada masa hokey. Selesai je explore Thomas Jefferson building nie, aku pon keluar lah untuk ke destinasi seterusnya.


Dah keluar tu, sekali aku salah jalan daa. Aku sepatutnya perlu maju kehadapan untuk pergi tengok museum-museum lain. Tapi aku makin terkebelakang. So memang rasa lain lah.

Ouhh yerp, once ko dah dekat Washington DC nie, satu benda yang aku perasan, once tempat tu ko rasa macam "berbeza", ko akan perasan. It means that ko dah terkeluar daripada kawasan pelancongan di Washington DC. Aku tak faham macam mana nak terangkan tapi macam tulah. Aku perasan bila aku dah tersesat kebelakang and i stopped. Aku tengok map balik then aku sedar yang aku dah silap jalan. Suasana dia lain sangat. Korang mesti boleh dapat rasa benda nie kalau korang tersesat dekat Washington DC.


Anyway, i found this Thai restaurant masa tengah salah jalan tu. Ingat nak makan dekat situ, kot-kot dapat makan tomyam ke, kan bagus. Rindu dekat tomyam. Tapi aku batalkan niat aku lepas tengok harga. Actually dia tak mahal cumanya bila convert tu terkenang akan ringgit Malaysia yang agak menyedihkan. So telan air liur je.

BTW, boleh tengok video di sekitar dalam bangunan Thomas Jefferson Building tu dekat sini.


Jom ke destinasi kedua pulak. Tak payah nak sedih sangat tak dapat makan tomyam. Banyak lagi benda lain aku boleh makan and jauh lebih murah.

2. United States Botanic Garden

As i stated earlier yang aku memang tak rancang langsung tempat yang aku nak pergi masa dekat Washington DC nie. Aku cuma tahu yang dekat sini banyak muzium free untuk masuk semasa buat research sebelum datang ke sini. Itu je. So whatever building yang menarik perhatian aku, aku terjah masuk dalam tu. Muzium dekat DC nie ada lebih kurang dua ratus lebih tau. Ko ghase ? So kita pergi mana yang sempat and yang mana menarik je yerp.


Time tengah berjalan tu ternampak bangunan nie. Sangat cantik dan unik. Maybe sebab bumbung dia. So aku pon try lah tengok. And yes, it is a very fascinating and such an interesting place to visit. So, aku recommend korang datang ke tempat nie kalau korang datang ke DC nie,


Time nie ada pakcik yang tengah bersihkan tanaman-tanaman dekat tempat nie. Aku tunggu lah dia habis bersihkan tempat tu untuk ambik gambar dekat signboard tu. Sekali lama daa dia dekat situ tak siap-siap. Aku pon pakai terjah je. And dia pon agak amaze lah dengan selfie stick aku tu.


I should have asked that pakcik to selfie with me. Unfortunately, i didn't. That pakcik mesti menyesal sebab tak dapat bergambar bersama seorang Zharif. Kah.


And again, once i stepped in, i was amazed. OMG sangat cantik okay !! A jungle in a building. Who thought to build this place is a genius. Good job people ! 





Cantik-cantik kan ?

Dalam bangunan nie, terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Dan ianya terbahagi kepada beberapa section. Ada tumbuhan untuk hutan nie, hutan itu. I will show you around. Keep on reading.





BTW kan, dekat luar seriously sangat sejuk. Memang menggigil lah. Plus, aku pakai baju tak tebal mana. Sebab tu boleh menggigil. But once you stepped inside this building, it was quite hot lah. I guess dia cuba untuk dapatkan temperature yang sesuai untuk tumbuhan-tumbuhan tu hidup. Kan setiap tumbuhan ada temperature dia yang tersendiri. So, aku rasa agak panas lah bila berada dalam bangunan nie.



And again, aku rasa macam nak nangis lagi. Ada nama Malaysia kot dalam bangunan nie. Terkesima sekejap. Curlasss makcik-makcik dalam gambar tu. Popular ko makcik. Mesti makcik-makcik tu dok canang kat orang kampung yang gambar dia digunakan dekat US. Mesti punya lah.

Buah koko pon ada okay !

Tak tahu nie pokok buah apa, i guess it's a lemon tree.


Pokok-pokok yang ditanam dekat dalam nie, ditanam mengikut section-section dia. Ada beberapa section yang terdapat dalam US Botanic Garden nie. Salah satunya adalah section jungle nie.



Pokok-pokok yang biasa nampak dekat Malaysia, ada dekat sini. Banyaklah pokok yang familiar dalam section nie. Rasa macam berada dalam hutan hujan tropika kita pulak. Padahal dalam sebuah bangunan.





Zharif, kok ye pon excited takkan lah tak perasan bendera tu ko pegang terbalik. 

I was actually very tired and i really need a good sleep at this time. I mean a proper sleep on comfy bed. Not like what i had during this vacation. But still, i kept going to fulfill my day visiting beautiful places in DC coz i had not much time. Aku banyak duduk-duduk kot dekat dalam nie. Penat and mengantuk.


Pokok kelapa sawit kan tu ?



Next, i moved to World Deserts section. In this section, you can see many types of desert's trees, cactus and so many others. Kat dalam section nie agak panas jugak lah. Well, desert kan. Mestilah temperature dia macam tu.



With all the trees and cactus, its really made me feel like i'm in the real desert. Just look at those trees, isn't it beautiful ?






Sedap nie kalau terjatuh atas pokok-pokok cactus tu. Mahu 2 bulan duduk hospital. Quite tajam jugak tau dia punya duri-duri. Well memang lah tajam, aiyoo apa lah.



Next section was Hawai. Pon cantik jugak dalam nie. Tumbuhan-tumbuhan dia banyak yang rare and tak pernah nampak di Malaysia. But some of them familiar lah jugak.









Semua tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam section ini adalah medical plants. Tumbuhan yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Dan di sini juga dia akan tulis panduan macam mana nak gunakan tumbuhan itu untuk menyembuhkan penyakit.







Nie section yang paling aku suka after the deserts section. Maybe because i love orchids kot. Terdapat banyak pokok-pokok orkid ada dekat dalam nie. Semuanya cantik-cantik belaka. Setahu aku lah, orkid nie susah nak jaga. Malah susah nak hidup subur pon.



Cantik-cantik kan ? 




Untuk section nie biasa-biasa je. Tak ada apa sangat lah. Tapi still cantik-cantik jugak pokok-pokok dalam section nie.







Kat sini untuk spesis yang dalam bahaya atau erti kata lain diancam kepupusan. Memang nampak lah betapa rare nya tumbuh-tumbuhan dalam section nie. I hope it will stay longer so that our future generation can see this species.


Cantik pokok nie. Look like one of the orchid's family. Is it an orchid's family ?



Pokok-pokok yang ada dekat desert pon ada yang diancam kepupusan tau. Pokok-pokok nie salah satu nya.


Maka tamat lah sesi meneroka tumbuh-tumbuhan dalam Botanic Garden US nie. Sebelum nak keluar tu, kita akan lalu satu section nie di mana terdapat pelbagai decoration yang dibuat untuk menarik para pengunjung datang ke sini.


Salah satu tarikan dekat section nie adalah, herba-herba atau rempah ratus yang dia sediakan untuk pengunjung lihat dan "rasa". By rasa bukan lah semestinya ko kena makan, Just untuk dihidu sahaja. But be aware, some of them smells awfully and ada yang akan buat ko rasa nak bersin. Hahahaha

Dorang bubuh dalam dekorasi bunga-bunga nie. Unik kan =)


African berbere. Yang habuk-habuk ala-ala serbuk kari babas tu jangan lah ko dok menggedik nak hidu. Gatal hidung kot. Asyik rasa nak terbersin je. Menusuk gila rempah dia.


Yang nie best. Bau dia wangi. Maybe sebab ada jintan kot. Eh jintan ke tu, aku tak ingat lah apa nama dia.



Asian curry section. Ini pon jangan lah dok tergedik nak hidu. Orang Asia takkan tak tahu serbuk-serbuk kari nie ? Tapi kalau korang curious jugak, sila lah bau. Kesan sampingan lepas tu tanggung sendiri. Hihi.


Selain itu juga, kat sini dia ada sediakan dekorasi di mana terletaknya laluan train mainan terpanjang di .... di dalam muzium nie. Hahahaha. Seriously panjang gila kot laluan dia. Dan setiap laluan dia tu dorang letak dekorasi yang sangat menarik. I did record a video for this. You may watch the video here.




All the trains were Thomas and friends. Who watched that cartoon ? I did. Aku suka lagu intro dia. Sangat lucu and catchy. Siap boleh hafal lagi. Even dah tua nie pon still ingat lagi tau.




Berakhir sudah jelajah dalam Botanic Garden nie. Aku masuk tempat nie jam 2.50 petang macam tu. Habis jelajah satu Botanic Garden nie jam 4 petang. I guess there was still a time for me to visit the last place for the day.


Good bye US Botanic Garden !


I was rushing to go to the next place as the time was almost 5 o'clock at that time. I don't know the closing time for all the museums here so i just guessing it close at 5 pm. So my next destination was National Museum of American Indian.

3. National Museum of American Indian

It was not really far from the Botanic Garden as you can see in the map that i provided above. But still, it was tiring lah. Dengan keadaan yang semakin menyejuk masa nie. Seriously tak tahan.


This is the building. Cantik kan ? Dah cakap tadi, bangunan-bangunan kat sini semuanya cantik-cantik dan unik. All the architecture of every buildings has it owns style. This is one of the example.



Forever alone. Since tak ramai orang masa nie aku pon set timer 10 saat then berlari-lari anak and posing like there's no tomorrow.. Orang sana mana nak datang tempat-tempat macam nie. Pelancong-pelancong luar je yang gigih teroka muzium-muzium nie. And i was one of them.



After getting through the inspection, aku pon masuk. MasyaAllah, sungguh cantik bangunan nie. Lihat saja syiling dia. Sangat unik dan sangat artistik.



Dekat ground floor lagi ko dah dapat tengok pengangkutan yang digunakan oleh American Indian zaman dahulu kala. Unik-unik sampan-sampan dorang.




BTW kan, korang aware tak pasal history American Indian nie ? Kalau tak aware, meyh aku cerita sikit. Aku pon tak ada lah arif sangat dalam sejarah American Indian nie tapi tahu lah sikit-sikit.

Macam nie, sebelum America nie dimiliki oleh mat salleh-mat salleh yang ada sekarang nie, dulunya dimiliki oleh puak yang diberi nama The Red Indian. Dulu, orang yang discover America nie, halau mereka yang menetap dekat situ dan menjadikan tanah tu milik dia. Orang tu adalah the founder of America. Padahal, sebelum dia jumpa America nie, orang lain dah jumpa dan menetap dulu. Sedap hati dia je claim tanah tu dia punya.


And somehow, issue nie sangat sensitif to be talk in public. So you better not. Hak puak-puak Indian nie masih lagi ada dan diberi keutamaan. Tapi tak ada lah keutamaan mana pon. So macam tu lah cerita dia. Kalau aku silap, mohon betulkan. Aku dah tak berapa nak ingat apa yang aku baca and tonton dalam tayangan video yang ada dalam muzium nie. Itu takat apa yang aku ingat je. Hahahahaa



Cantik kan artifak-artifak yang ada dalam muzium nie. Dipercayai artifak-artifak nie sudah berusia beratusan tahun. Aku suka corak-corak tribal yang ada dekat setiap perincian anrtifak-artifak puak Red Indian nie. Sngat cantik.




Kalau korang perasan kan, muka untuk native american nie, muka dorang semua spesen. Korang boleh tahu yang dorang tu native american. Red Indian juga dikenali sebagai native american. Sekian.







This is the coolest thing that has in this museum. Dipercayai ini pengangkutan yang digunakan di atas ais. Orang yang tinggal dalam igloo tu. Dorang guna nie lah. Mesti best naik benda alah nie.




Red Indian masih lagi wujud dekat dunia nie. Mereka bukan sahaja berada di America malah dekat negara Europe pon ada tau. Most of them dah banyak yang civilise lah. Small group of them je yang tak nak terima dunia moden nie. So they still di takuk yang lama, tak nak terima apa yang kerajaan offer dekat dorang.



Actually kan, aku sempat tertidur dalam muzium nie. Tengah dok duduk-duduk boleh terlelap. Perangai desa seorang Zharif memang tak akan berubah even berada di tempat mat salleh. Desa tetap desa. Hidup orang desa !


Masuk sini dalam jam 4 petang macam tu, habis je jelajah dalam jam 5.30 petang macam tu.

So itu sajalah tempat-tempat yang aku lawat sepanjang hari ketiga bergelar gelandangan first class. Habis je dari melawat muzium nie, aku terus pergi downtown dia untuk cari makanan and tempat untuk aku bermalam.


Aku terpusing-pusing jugak lah dekat area Washington DC nie untuk ke downtown. First day kat sini so memang tak berapa nak mahir dengan peta area situ. And Alhamdulillah, i managed to go to the downtown. I tried to find a Halal restaurant at the downtown. I do find some restaurants that served halal cuisines but the price are way expensive than the normal dishes. So i decided to just eat at McDonalds since i can just eat their fillet burgers and it's cheap.

Aku selalu beli sekali dua fillet burgers. Satu aku makan, satu lagi aku simpan dalam beg. Kot-kot rasa lapar lagi nanti, boleh aku makan. Habis je makan, aku pergi teroka downtown tu. Saja nak tengok suasana malam dekat America nie. Walaupon dalam hati takut sangat sebab tak biasa and takut aku bertukar menjadi liar. Hahaha.

Sejuk woi, aku tak tahan duduk luar. So aku patah balik ke McD tu. Duduk dalam bangunan, panas sikit since dorang ada heater. Aku still ada lagi satu fillet burger tadi, so dapat lah aku duduk dalam tu lagi. Kalau tak ada makanan yang berkaitan dengan restoran yang kau duduk tu, korang mungkin akan dihalau dengan pihak polis.


Kenapa pulak kena halau, tak boleh ke duduk situ ? Ingat erk, dekat Amerika nie banyak sangat homeless. Every 1 hour or 30 minutes, akan ada polis cek dalam francais-francais restoran nie untuk halau gelandangan-gelandangan tadi. Sebab tu, ko tak boleh saja-saja duduk dalam tu lama-lama unless ko ada makanan yang ko beli.

Kan dekat luar sejuk, so dalam restoran-restoran nie lah tempat para homeless nak dapatkan haba. Memang bersepah lah dorang dalam restoran-restoran macam McD nie. Kalau dah terlampau banyak, the manager yang akan call polis itu sendiri untuk halau dorang. Since aku nie berpakaian tidak seperti gelandangan, malah berbau harum semerbak ros merah dan tidaklah berwajah desa sangat, jadi polis tak halau aku. Walaupon sebenarnya, aku merupakan salah seorang daripada gelandangan itu. Hihi.

So untuk stay dalam tu, ko mesti ada makanan atau paling cikai pon ada air dia. Air kat sana boleh refill banyak kali, dekat Malaysia dah kena bayar dah. Sedih. Since McD nie beroperasi 24 jam, so aku memang bercadang untuk bermalam dekat McD je. Tengok jelah McD dekat Malaysia. kalau malam, tak ramai sangat orang kan ? Dan tempat pon selesa. Ada internet, ada plug, ada toilet. Cukuplah untuk berteduh untuk satu malam.

Tapi silap lah kalau korang berfikir yang McD di Amerika sama macam McD Malaysia. As i said just now, dekat Amerika nie banyak sangat homeless. So memang tak akan ada orang yang boleh bermalam dalam McD tu. Mesti kena halau punya lah. Plus, McD dekat Amerika tak seindah McD dekat Malaysia. Even toilet pon dia tak provide tau. Acano tu ?

Nak tahu kenapa dorang tak provide toilet ? Dorang tak provide toilet disebabkan wujudnya gelandangan-gelandangan tulah. Kalau ada toilet, memang itu lah port untuk orang-orang homeless nie tidur. Jadi sebab tu tak ada toilet dekat kebanyakkan restoran-restoran francais nie. Kalau ada pon, korang hanya boleh access toilet tu, kalau ada resit pembelian makanan di situ. Dalam resit tu akan ada password untuk access toilet. Dahsyat kan siap install password demi mencegah homeless tidur dalam tu.

_________________________________________________________

Rasa macam kosong pulak bila tak ada gambar. Bila hari dah malam, aku tak keluarkan handphone and camera aku sangat. Takut kena rompak so aku bubuh dalam beg je. Sebab tu tak ada gambar apa-apa. Teruskan membaca, harap korang tak bosan.
_________________________________________________________

But still, i sat there while charging my phone so that i can connect to the internet to find a new place to stay. But i didn't find any. Uwaaa. So memang pasrah sangat masa tu. Nekad nak duduk McD tu jugak. Tak nak keluar. Sejuk and takut sebab nya dah malam sangat.

Kebetulan, dekat sebelah McD tu ada macam kelab atau studio tertutup untuk para artis buat show. Malam tu ada show dekat situ. Ada Iggy Azalea, Rita Ora, Jason Derulo, Ariana Grande and banyak lagi lah. Dari luar pon boleh dengar suara dorang menyanyi. Dalam jam 1 pagi macam tu baru show tu habis.

So para penonton yang hadir konsert tu pon keluar dari situ seramai-ramainya. Singgah McD untuk beli makanan. Yelah, mestilah dorang lapar kan. Sesak McD tu dengan orang ramai. Then salah seorang penonton yang pergi konsert tu duduk satu meja dengan aku lepas beli 2 set McD. Maka berborak-borak lah kami. Dia nie sangat peramah tau. Dia siap ajak aku pergi ke rumah dia kot. Dia tu student dari luar negara. Dah kahwin, isteri dia cantik sangat. And dia selalu berparty. So dia ajak lah aku lepak-lepak sama kalau aku free in case kalau nak berparti and nak "berseronok". Memang tak lah. Lagipon aku bukan stay situ, dia ingat aku student area situ jugak. Tapi orang tu baik sangat tau. Dia belikan satu set McD untuk satu orang homeless nie. Seriously baik gila kot.

Photo Courtesy goes to Google Images.
Inilah McDonalds yang aku duduk tu, lokasi di downtown of Washington DC.
Nearby the Chinatown if i'm not mistaken.

Rasa rimas and tak tahan. Aku memang tak boleh nak go dah masa nie. Semak gila lah dengan orang-orang ramai keluar masuk. Makin malam, makin pelik-pelik orang yang datang situ. Seorang Zharif kan tak boleh dekat dengan orang pelik-pelik nie. Dia akan menjadi takut dan tak boleh nak berfikir benda lain selain daripada, lari.

Ada tu, muntah dekat pintu masuk, homeless yang tertidur dalam tu toksah cakaplah. Nak kena tunggu polis halau baru dorang nak keluar. Pekerja or manager dekat situ memang takkan buat apa-apa. Hanya polis je yang boleh deal dengan orang macam nie. Masa tu aku rasa aku dah silap besar sebab tak book hotel. Rasa menyesal gila. Sebab apa yang aku imagine kan untuk duduk dekat McD, silap sama sekali. Totally berbeza dengan suasana dekat Malaysia.

So aku pon keluar untuk cari tempat bermalam di tempat lain. Aku ingat nak patah balik ke Union Station, sebab aku rasa tempat tu pon 24 jam. Kalau tak 24 jam pon, at least tempat tu besar and ramai polis. Boleh bermalam kat situ dengan selamat. Seriously, masa nie memang dah malam sangat. Dalam jam 1.30 pagi macam tu. Bayangkan lah macam mana. Aku dah lah sorang-sorang. Homeless pulak bersepah-sepak dekat setiap jalan.

Lokasi McD yang aku duduk and tempat yang ingin aku tuju, Union Station

Aku pegang selfie stick aku, in case i need it. That's the only weapon that i had at that time. Memang tawakkal jelah masa nie. Nak dijadikan cerita, boleh tersesat pulak. Aiyooo. Then aku nampak satu pondok pengawal nie. Aku pon menuju ke situ. Sebab itu jelah tempat yang ada orang "normal". Takut weyh. Ibu aku dekat Malaysia memang risau gila masa nie lepas aku bagi tahu aku tak ada tempat nak bermalam.

Dah sampai dekat pondok pengawal tu, aku pon tanya dia. Kat mana tempat yang beroperasi 24 jam untuk aku stay. Dia cakap lah Union Station. Tempat di mana aku sampai pagi tadi nya tu. Orang tu siap tunjukkan jalan mana yang selamat untuk aku lalu. Dia tunjuk lah jalan mana yang terang and mudah untuk sampai ke Union Station tu. Aku actually nak duduk situ je sebab kat situ ada heater and ada lah kawan untuk berborak. Hahahaha.

BTW, itu rupanya pejabat polis Washington DC. Memang banyak polis keluar masuk malam tu. Aku ingat depa nak tumpangkan aku pergi Union Station tu, tapi tidak. But seriously pengawal tu baik sangat. And dia seorang perempuan berkulit hitam. Kami ada kan sesi perkenalan and aku start menjual cerita bahawasanya aku dari Malaysia and keseorangan dengan harapan dia bagi stay situ. Kahkah.

Di emoticon tu lah tempat yang aku sesat jalan and bertemu dengan pengawal perempuan yang baik hati tu

By hook or by crook aku kena jugak berjalan untuk pergi Union Station tu sebab aku tak boleh ganggu dia bekerja. Makin aku tangguh makin malam lah jadinya. Aku pon beransur pergi daripada pondok pengawal tadi menuju ke Union Station berpandukan jalan yang diberi. Jalan tengok kiri kanan, depan belakang. Takut ada orang ikut.

BTW, The guard told me that i don't have to worry about the homeless because they will not disturb people. Once they touch you, they could be in the jail for that. That's the place that every homeless don't want to be in. They rather be a homeless and has a free life rather than stay in the jail. So they won't disturb or touch you. The gueard add some more, what you need to worry is the robbers and people that has weapon that could possibly harm you.

"I pray for your safety and may you arrive there safely"

Alhamdulillah, i managed to arrive at Union Station safely after 15 minutes of walking. Masa tu rasa bersyukur tak terhingga. Tak tahu pulak yang Union Station tu 24 jam. Kalau tahu dari awal, tak ada lah aku aim McD dekat downtown tu. Since then memang aku bertekad tak nak balik lewat-lewat malam lagi.

Before langit gelap mesti dah ada dekat Union Station.

Sampai Union Station, aku basah-basahkan badan sikit, gosok gigi and ambik wudhu. Then cari corner yang sesuai and kerjakan apa yang patut pada malam tu. Lepastu tidur. Tidur bukan lah tidur mati. Tidur duduk, so boleh bayangkan lah rasa dia macam mana. Memang tak selesa. Plus, polis pulak asyik meronda, dihalaunya mereka-mereka yang tidur dekat tepi-tepi tu. Kuasam betul. Memang asyik berpindah randah je aku dekat dalam tu.

Sangat penat dan tak cukup tidur.

BTW, dalam Union Station nie pon ada McD, tapi dia tak beroperasi 24 jam. And Kawasan McD tu terbuka, so ingat boleh lah tidur dalam tu. Tapi silap, polis memang dah jangka pasti akan ada gelandangan melepak dekat situ untuk tidur. So sebab tu dorang akan meronda dengan kerap and halau sesiapa sahaja yang ada dalam kawasan McD tu.

Tu McDonalds dalam Union Station

Even dalam toilet pon, ko pasti akan nampak ada orang bentang kotak or anything sebagai alas lantai, untuk tidur dalam tu. Bayangkan lah ko tidur dalam toilet yang ruangnya hanya muat-muat untuk poo-poo. Dekat dengan toilet bowl pulak. Euuuu kan ? Nak buat macam mana, dah itu nasib mereka. And polis pon ada menjalankan sesi meronda dalam tandas. Kau jangan ingat tak ada.

Payah betul berada dalam negara yang banyak homeless nie. Asyik ada polis meronda je. Kalau kat Malaysia, dah lama aku boleh tidur dalam McD tau. So for those yang rasa-rasa nak aim McD sebagai tempat tidur semasa di America nie, harap batalkan lah niat korang tu. Memang tak ada chance punya lah. Cari lah hotel or rumah tumpang.

__________________________________________________________

So itu sahaja cerita untuk hari ketiga as a homeless tourist. Nantikan cerita hari keempat, yang juga penuh onak dan liku. Tapi ada perkara yang manis berlaku semasa hari keempat. Nantikan di post akan datang. See ya !

1 comment:

  1. Assalamualaikum dik, kesian ko. Sana homeless selalu kena halau ye. Kesiannya.. pengalaman betul kan dik. Hehe nanti akak sambung marathon lagi. Cas phone kejap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...