Wednesday, September 30, 2015

Homeless Tourist in USA : Day 4 (Washington DC)

Assalamualaikum and good day everyone !



Day 1 (Georgia) : Klik SINI
Day 2 (Georgia) : Klik SINI
Day 3 (Washington DC) : Klik SINI

Jangan terperanjat ke apa, korang masih lagi berada di blog Jejakakaula yang menceritakan kehidupan seorang Zharif. I just did some changes towards my blog. It has been 3 years kot tak berganti baju. So here we are, the new face of blog Jejakakaula. Without further ado, lets proceed my day 4.

Gambar pendahuluan. Ini actually gambar hari ketiga, jadi lah.

Subuh-subuh gajah lagi aku dah bangun. Yelah, polis kan meronda manjang. So memang tak aman rasanya sebabnya asyik kena berpindah-randah. Benci betul. Dalam jam 5 pagi macam tu, McD dalam Union Station tu bukak. So ada chance lah aku nak duduk and terlelap dalam McD tu. Even untuk sekejap je. Jadilah. Aku bersarapan di situ.


Lepastu aku buat lah apa yang patut. Basah-basahkan badan, gosok gigi, grooming rambut sikit. then tukar baju. Asyik pakai baju yang sama je. Malu lah iols.

Aku start keluar situ dalam jam 10 pagi macam tu. My first visit for day 4 was The Capitol.

4. United States Capitol

Untuk gambar-gambar dekat depan The Capitol nie, aku ambik masa hari ketiga lagi. Tapi aku simpan, buat modal gambar untuk hari keempat nie. Sebabnya, aku masuk The Capitol nie pada hari keempat.

Too bad, by the time i was there, there was a construction going on. Sedikit sebanyak mencacatkan kecantikan yang ada pada seni bina bangunan itu. Macam kubah masjid pon ada kan bentuk dia.


Nak masuk dekat sini, perghhhh. Banyak gila prosedur. Not prosedur lah i mean banyak gila pantang-larang. Makanan dan minuman are strictly prohibited. Sebarang jenis cecair tak boleh dibawak masuk. Dah lah aku bawak losyen sunblock vaseline masa bercuti nie untuk elakkan kekeringan. Dia tak kasi bawak masuk weyh. Dia suruh buang.

Gila ke apa ? Dah lah benda tu baru beli. Mahal pulak. Gigih bawak dari Malaysia, satu botol besar lagi. Sayang lah nak buang, rasa membazir. Last-last kan, losyen vaseline yang aku gigih pertahankan masa dekat DC nie, aku tak bawak balik ke Malaysia pon, padahal banyak lagi. Sebabnya luggage tak muat. Aku redha dengan ketentuan Ilahi.


Nak tahu tak kenapa dorang tak kasi bawak sebarang cecair masuk dalam The Capitol tu ? Dikhuatiri benda tu boleh menyebabkan kebakaran. Atau orang gunakan untuk letopkan tempat tu. Sebab tu ketat gila inspection masa dekat The Capitol nie.

Aku tak jadi masuk pada mulanya. Rasa membazir lah nak buang. Banyak kot kena buang. Losyen aku, makanan-makanan aku, souvenir air coca cola masa pergi The World of Coca Cola pon ada dalam tu. Aku pon duduk lah dekat luar sambil cuba habiskan makanan aku. But still air-air tu tak boleh bawak masuk. Aku pon ambik satu plastik bersih dalam tong sampah. Aku keluarkan semua barang-barang yang terlarang tadi, aku bubuh dalam tu. Then aku sembunyikan dekat di sebalik pokok-pokok area situ.


Tapi ada masalah lagi. Kat situ, kamera ada merata kot. Ce bayangkan aku letak dekat pokok-pokok tu, confirm-confirm mencurigakan, betul tak ? Polis mesti akan tangkap aku sebab buat macam tu. Satu sebab mencurigakan, satu lagi buang sampah merata-rata.

Aku pon decide untuk bubuh dalam tong sampah je. Aku ikat elok-elok, then aku cari tong sampah yang bersih, yang tak basah. Then aku bubuh dalam tong sampah tu elok-elok. Berdoa sangat tak ada lori-lori sampah yang datang clearkan sampah-sampah area situ. Then aku pon pergi balik The Capitol tu untuk lalui inspection tu sekali lagi.

Alhamdulillah lepas.



Lepas dah bersusah payah untuk masuk dalam The Capitol nie, aku rasa tak ada mood gila nak explore tempat nie. Rasa macam menyampah sangat. Tulah, ramai sangat musuh, jadi semuanya dicurigai dan kena berhati-hati.



Dalam nie seriously besar sangat. tempat yang aku masuk nie sebenarnya dekat bawah tanah tau. Kalau ko tengok aku posing depan The Capitol tu, itu merupakan daratan dia. Nak masuk dalam nie, kena turun ke tingkat bawah, which is underground lah kan ?



Dalam nie macam tak ada apa yang menarik pon. Just banyak statue-statue je. Those yang rajin nak membaca kisah statue-statue nie mungkin rasa teruja lah kot. So aku hanya mampu ambik gambar dengan statue-statue nie je.



Then i came across this one big statue. If i'm not mistaken, this is the lady of The Statue of Liberty yang dekat New York tu. Kalau tak silap lah, sebab muka nya and baju nya sama. Aku pon macam ingat-ingat lupa.


I asked one of the tourist there, to take my photo with this big ass statue and there you go, a photo of me with that big ass statue of liberty, without the head -___-

Thanks.


I asked her to take my photo again, and thank god, this time the head is in the photo. Finally !

There was an incident happened that spoiled my mood when i was there. Since i had no place to sleep, so i brought my bags everywhere i go. I put my bags aside to take this selfie. When i was about to take this selfie, there's an officer, wearing black coat and she has this hands free thing at her ear. She seems like someone that is very important person in that building.


"Sir, please take your bags now"

"Wait, i want to take a photo"

"Sir, please take all your bags now before i call the security"

"It's not going to take long, 3 seconds. I want to take this photo"

"Okay, I call the security now" 

Seriously ? Apa masalah dia. Barang-barang aku bukannya jauh dari tempat aku nak ambik gambar nie pon. 5 langkah je kot. Dia punya berkeras suruh aku ambik barang-barang aku, macam ada bom dalam tu. Yes, tepat sekali. Those people who leave their bags somewhere, they afraid, there's a bomb inside it. That is why you can't simply leave your belongings anywhere. Any suspicious acts, they will call the security.

I said, FINE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Then i walked out from the scene.

The fuck was that. My bags were just 5 steps from me. I just wanted to take a selfie, with a timer, and it was just for 3 seconds je kot. It was not going to take hours. Paranoid dia macam apa entah.


Aku betul-betul blah dari situ. Aku memang tak ada mood langsung nak teroka selebihnya. Bosan nak mampos. Tak ada apa yang menarik pon dalam nie. Dengan inspection dia yang macam taik, then kena sound pulak dengan officer tu, bertambah-tambah taik lah aku rasa. So better aku blah je.

Aku pergi balik dekat tong sampah yang aku tinggalkan barang-barang aku tadi. Alhamdulillah, semuanya masih ada dalam tu.


Then aku decide nak pergi ke destinasi seterusnya. But then aku ternampak trak-trak makanan nie depan McDonald yang aku makan semalam. Gembira dia toksah cakap, rasa excited gila kot. Sedikit sebanyak, terubat lah rasa sakit hati dengan insiden yang berlaku dekat The Capitol tu.


Eh, korang tahu tak kenapa aku excited sangat nie ? Aku excited sebab dorang serve daging halal kot. Aku masa nie dah lama gila tak makan daging. Rindu sangat-sangat tahu. Terus beli satu untuk dibungkus. Rasa tak sabar gila nak makan masa nie.

Dah nampak dah tulisan halal tu ?

Dan yang paling penting, dekat America nie, beli benda bodoh-bodoh je pon boleh guna kad bank. Swipe je. Even benda tu cuma untuk 2 dollar je pon still boleh swipe card. Kalau kat Malaysia, kedai-kedai tepi jalan tu jangan mimpi lah boleh nak swipe kad. Kalau boleh pon, ada certain amount yang kena capai sebelum boleh swipe. Kalau tak silap, atas 50 ringgit kot.


Ya Allah sedap sangat weyh benda alah nie. Tak ingat apa nama menu nie. Tapi yang pasti sangat sedap. Satu tips yang aku nak bagi buat para Muslim di luar sana, kalau jumpa trak-trak makanan macam nie, korang bodek lah sikit dekat abang trak tu. Jual cerita atau lebih tepat, menagih simpati.

First, bagi salam dekat abang tu. Dia akan cakap, oh awak Muslim rupanya. Then start lah conversation dengan bagi tahu asal usul korang. Lepastu baru lah jual cerita bahawasanya korang dah lama tak dapat daging halal and rasa gembira sangat yang akhirnya jumpa jugak daging halal. InsyaAllah, berbekalkan niat suci yang murni, abang trak tu akan bagi korang daging lebih. Hahahahaha

Lepas dah beli aku pon bergerak menuju ke destinasi seterusnya.

5. The Islamic Center Washington DC

Masa aku dok google tempat-tempat menarik dekat Washington DC nie, aku juga tak ketinggalan meng-google masjid yang terdapat di Washington DC. Sebab selain daripada tidur dekat McD, aku juga aim untuk tidur dekat masjid. Tapi malangnya, semua masjid dekat US tutup jam 12.


Dan masjid nie merupakan antara yang paling terkenal lah. Kedudukan masjid nie agak jauh daripada tempat-tempat pelancongan di DC nie. Tapi aku bertekad jugak untuk sampai ke masjid nie.

Ini merupakan salah satu sebab kenapa aku nak datang sini

Nampak tak apa yang aku nampak ? Hihi.

Masa tengah google tu nampak pulak bendera merah putih biru kuning tu. Lagilah buat aku rasa tak sabar and makin membuak-buak untuk aku sampai ke sana. Tak kesah lah jauh ke tidak. Aku tengok dalam map, nampak macam "dekat". So aku pon start perjalanan menuju ke masjid nie selepas daripada melawat The Capitol tu.


Aku berjalan kaki tau menuju ke sini. Aku tak naik bas tau sebabnya aku ingat "dekat". Ternyata aku silap. Aku ambil masa berjalan kaki selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini. Gigih tak ko rasa ? Bila dah separuh jalan tu, rasa macam nak give up. Penat sangat and rasa macam awat jauh sangat masjid nie. Tapi takkan aku nak sia-siakan kegigihan aku itu tadi dengan cara berputus asa. So aku nekad jugak untuk sampai ke sana.


Masa aku dok berjalan tu, hujan renyai-renyai lebat kot. Aku tak tahu nak describe macam mana keadaan hujan waktu tu. Hujan yang lebat tapi tak lah membuatkan ko sehingga basah kuyup kalau tak guna payung tapi memang lebat. Boleh dapat tak situasi hujan ketika itu macam mana ?


Dengan keadaan yang berhujan nie lah yang membuatkan aku rasa nak give up. Bila dah hujan, kalau tak sejuk tak apa tau. Ini kalau dah hujan, sejuk dia jadi nauzzubillah.

Aku aim untuk pergi ke dua destinasi sebenarnya. Satu untuk ke masjid nie dan satu lagi ke Malaysian Embassy. Sebabnya, dekat je between this mosque and the embassy. But i didn't go to the embassy as i was too tired and the weather didn't allowed me to do so. Sesampai je kat masjid tu, aku rasa macam nak nangis. I walked for one hour and 30 minutes to arrive at this beautiful mosque. It was totally worth it. No regret.



I love the architecture inside the mosque. At the outside, the mosque looks like an old castle because it has this old castle kind a style. Inside the mosque, it was a breathtaking moment. Satunya, sebab dalam masjid nie cantik sangat-sangat ! MasyaAllah sangat cantik okay. Yang kedua pulak, sebab dah lama gila tak pergi masjid T__T

Rasa nak menangis je bila dapat masuk sini. Last aku masuk masjid masa dekat America adalah pada hari raya aidiladha. Itu jelah. Aidiladha tarikh dia berapa ? Time aku datang nie 16 December. So congak lah sendiri. Lama kan ? Macam mana tak terharu, kalau dah lama macam tu tak dapat pergi masjid. Ce citer.


I spend 2 hours in the mosque. Rasa macam tak nak balik sebab rasa selamat sangat duduk dalam nie.

BTW, nampak tak tiles kat dinding masjid nie yang maha cantik ? Tiles dinding nie adalah hasil sumbangan kerajaan Turkey pada tahun 1969. Nie ada gambar nya kat bawah nie. Siap dia bubuh dalam masjid tu lagi. Curlass kan. Lepas nie aku nak sumbangkan something jugak lah so that nama aku ada dalam masjid tu. Hahahahaha



Nak ambik wudhu, kena turun ke tingkat bawah tanah. Awesome gila kot. Rasa cuak pon ada bila nak turun nie. Sebabnya sunyi kot. Masa aku datang nie, baru lepas zohor. Dalam jam 2 lebih macam tu. Jadinya, orang-orang ramai dah habis solat zohor.

Satunya yang aku tak suka berwudhuk dekat America nie ialah suhu air tu. Kenapa dia tak buat air panas untuk berwudhuk. Dah lah keadaan kat situ sejuk, airnya pulak bertambah-tambahlah sejuk. Once dah berwudhuk, ko rasa lah gigil dia macam mana. Adoii.


Aku tak ada lah stay dalam masjid tu je, Aku keluar untuk ambik-ambik gambar dekat sekeliling masjid tu sebagai kenangan dan tanda bahawasanya seorang Zharif dah sampai ke sini. Jadinya, orang kampung tidak boleh menyangkal fakta itu bila dah ada bukti. Kah.


Dan yang paling tak boleh blah, masa tengah gigih bergambar nie, pengawal masjid tu sound aku. Dia datang dekat aku, dia kata tak boleh ambik gambar. Aku cakap kenapa pulak tak boleh sebab nya nak buat kenangan je. Dia kata nak ambik gambar kena mintak izin. Rupa-rupanya kan, dia ingat aku nie wartawan. lol

Sebabnya, selfie stick tu nampak macam aku nie seorang wartawan. Patutlah gigih sound aku suruh mintak kebenaran dulu untuk ambil gambar. Eee motif sangat. Lawak pulak pengawal masjid nie. Kok ye pon tak pernah nampak, takkan lah wartawan nak pegang kamera sendiri ambik-ambik gambar or record video guna selfie stick. Aiyoo.


He misunderstood about my selfie stick, then he let me taking pictures as much as i want. He won't bothered me anymore. So ingat erk, lepas nie nak ambik gambar kat sini, kena bagi tahu pengawal tu dulu, bahawasanya korang tu seorang tourist yang comel yang hanya datang untuk mengabadikan kenangan and tidak datang untuk membawa apa-apa malapetaka.

Maka dapat lah aku bergambar dengan bendera Malaysia yang berkibaran megah di bumi Amerika ini. Rasa bangga, terus rasa nak nyanyi lagu Negaraku kat situ. Tapi tak jadi, sebab sejuk sangat. Maka masuklah kembali aku ke dalam masjid. Cukuplah dengan modal gambar yang ada.


Masa tengah bersantai dalam masjid nie lah aku terjumpa seorang hamba Allah nie, maaf aku betul-betul tak ingat nama dia. Aku duduk dekat satu tempat nie, then adalah sekumpulan pakcik-pakcik yang berumur dalam lingkungan lewat 30an and awal 40an. Makin aku amati perbualan mereka, aku perasan, yang aku boleh faham bahasa mereka.

Mereka daripada Indonesia rupanya. Rasa gembira bila dengar ada orang menggunakan "bahasa" di Amerika. Aku pon mendekati mereka and perkenalkan diri. Berani pulak aku masa nie nak berkenal-kenalan dengan orang asing. Alhamdulillah, dengan sesi perkenalan itu, hidup aku dipermudahkan untuk hari itu.


Mereka merupakan taxi driver di US. More or like an exclusive driver, not just a normal taxi driver. Sebab penumpang dorang orang-orang exclusive je. Dorang hanya ambil penumpang yang call dorang untuk menggunakan servis dorang dengan menggunakan satu apps nie. Tak ingat apa bondo apps yang pakcik tu bagi tahu aku.

Aku pon mengambil kesempatan itu, untuk bertanyakan jalan menuju ke Zoo Washington DC nie. Dalam map nampak macam dah dekat sangat daripada masjid nie. Dorang kata, zoo tu jauh lagi. Aku pon rasa kalau jauh sangat, malas nak berjalan lagi. Penat. Masa nie memang betul-betul give up dah. Dorang tanya nak naik apa ke sana, and aku cakap lah just nak jalan kaki. Aku bagi tahu mereka, even datang masjid tu pon aku jalan kaki dan mereka sangat terkejut kot.


Aku cakaplah, agak-agak kalau jalan kaki, sempat tak datang zoo tu sebelum jam 5 petang. Takut zoo tu tutup pulak bila aku datang, just like macam masa aku nak pergi Zoo Atlanta masa hari kedua tu. Dorang kata jauh. Lepastu hujan pulak. And Alhamdulillah, one of them was willingly to send me to the zoo. Since dorang nie pemandu, so aku pon dah redha lah kena bayar berapa sekalipon. Sebabnya aku dah penat sangat untuk berjalan kaki.

6. National Zoological Park

Dalam 10-15 minit perjalanan, kami pon sampai ke zoo tu.


Sesampai je aku dekat National Zoological Park Washington DC nie, aku pon tanya lah pakcik tu. Terus boleh speaking bahasa Indonesia. Ko ghase ?

"Terima kasih ye pak. Berapa ya pak tambangnya ?"

"Eh, enggak usah. Gratis aja. Bapak hanya mahu menolong kamu. Nahh ini duit jajan. Bapak enggak dapat kasi banyak, cuma ini yang bapak mampu kasi. Kamu ambil ya."

"Eh pak, enggak perlu repot-repot. Itu buat bapak aja."

"Enggak apa-apa. Enggak repotin kok. Cukup kamu doakan bapak, sama keluarga bapak di sini, semoga dipermudahkan hidupnya dan dimurahkan rejeki oleh Allah. Sebab bapak percaya, kalau kita bantu orang yang lagi dalam butuh pertolongan, nescaya doa orang yang ditolong itu dimakbulkan Allah. Kamu doakan hidup bapak di sini baik-baik aja ya."

Allahu,

Aku rasa tersentuh sangat bila dia cakap macam tu. Mendengar cerita pakcik tu sewaktu dalam perjalanan menuju ke zoo nie, buat aku rasa sedih. Apa yang aku ingat, pakcik tu ada 3 orang anak. Dia, isteri dia dan anak-anak dia tinggal dekat area Washington DC tu. Tak lah senang mana pon hidup di Amerika nie, dia bagi tahu. Tapi cukuplah nak menampung semua benda and jauh lebih banyak lah pendapatan dia kalau nak dibandingkan bekerja di Indonesia, katanya. Dah lama jugak dia menetap di bumi Amerika. Tak ingat dah berapa tahun, tak berani nak cakap.

And dia bagi tahu lagi, yang mak dia sakit dan dia memang perlukan banyak wang untuk tampung bayaran ubat-ubatan untuk mak nya tu, yang berada di Indonesia. Kalau dia tak dapat nak tampung, dia terpaksa jual tanah dia kat Indonesia tu. And dia tak nak lah sampai jual tanah. Sebab itu je harta yang dia ada di Indonesia. Sebab tu, dia bekerja keras siang malam hantar orang sana sini untuk tampung perbelanjaan keluarga dia di Amerika, dan juga emaknya di Indonesia. Sebabtu, aku rasa sebersalah bila dia hulurkan duit, sebab dia lebih memerlukan duit tu berbanding aku.


And dia ada bagi tahu, even kerja sebagai pemandu pon, dia kata mewah jugak lah pendapatan dia. Pendapatan dia tak menentu. Depends pada customer yang dia bawak lah. As i said earlier, penumpang-penumpang dia semua orang-orang exclusive. Kereta yang dia pandu pon bukan jenis kereta taxi warna kuning tu. Tak. Lebih kurang macam kereta perisik. Warna hitam and nampak mewah lah.

I don't have any pictures of him. I wish i had one. My bad. Too shy to ask for a selfie together. Aku harap, keluarga pakcik tu sentiasa dilindungi dan urusan hidupnya di sana dipermudahkan. Walaupon korang tak kenal dia, sama-sama doakan untuk pak cik tu yerp. Hihi.


Alhamdulillah, alhamdulillah. Another great memory during my vacation.

Mari teruskan sesi jelajah aku di National Zoological Park Washington DC nie. Rasa excited sangat sebab aku fikir, aku takkan sampai ke sini. Alhamdulillah, rezeki aku untuk sampai ke sini. Terima kasih sangat-sangat dekat pakcik tu yang dah banyak mempermudahkan hidup aku pada hari itu. Kalau dia tak hantar, aku rasa aku takkan sampai ke sini.


By the way, nak masuk sini free jer. Tak kena bayar sesen pon. Kan aku cakap, mostly tempat-tempat kat DC nie free je. This zoo is among the free places that tourist can visit when come to Washington DC. So tak payah nak terkejut sangat okay. Cumanya, zoo nie terletak sangat jauh daripada tempat-tempat tarikan pelancong di DC nie.


Since masa nie dah start musim winter, eventho tak ada salji lagi, tapi suhu dia agak menyakitkan sel-sel badan lah. Muka seriously rasa sakit gila. And sayangnya, banyak jugak haiwan-haiwan yang beriklim panas "disembunyikan" daripada tatapan umum. Just look at the signboard.

So i didn't get to see the pandas here in Washington DC zoo. But it's okay, kat Malaysia dah ada. Siap dah terberanak lagi. Cuma tulah, bila dekat negara sendiri, tak rasa pon macam nak pergi tempat-tempat macam nie. Lebih prefer tempat makan-makan and pulau-pulau je. Kenapa erk ?



Even elephant pon off exhibit. Tapi tak perlu risau, sebabnya dorang ada satu ruang yang menyediakan tempat gajah-gajah nie untuk ber-"sembunyi" sewaktu musim sejuk. Dan tempat tu dibuka kepada para pengunjung.



Dia tunjuk bontot je weyh masa aku datang nie. Kuasam betul gajah-gajah nie. Nasib baik comel. Kat dalam nie, terdapat banyak info-info pasal gajah. Selain daripada itu juga, korang boleh baca sejarah gajah-gajah yang ada dekat sini. Seingat aku, gajah-gajah dalam nie diimport daripada Indonesia. Since then dorang beranak-pinak. And salasilah keluarga dia pon ada tau. Rasa macam comel pulak tengok salasilah keluarga nie.

Dan yang tak boleh blah tu, dua gajah betina share satu jantan yang sama. Dua-dua gajah betina tu tak kesah pon, tak ada lah sampai depa gaduh tarik-tarik belalai ke. Ko ghase ?



Dan menurut penjaga gajah-gajah nie, dorang nie sangat jinak dan manja. Dia bagi tahu, yang gajah-gajah nie akan menjadi menggedik depan para pengunjung. Dia akan buat gerak-geri dia yang comel-comel sebab dia tahu, yang dia sedang diperhatikan. Gedik kan gajah-gajah nie ? Nie mesti gajah betina nie. Kbai.


Aku suka duduk dalam tempat gajah-gajah nie. Sebabnya, panas. Kat luar sejuk gila, so bila berada dalam tempat gajah nie terus rasa macam dekat Malaysia. Cumanya dalam nie bau dia agak menggugat hidung jugak lah. Bau hancing sikit. Kat bawah nie pulak merupakan salah satu spesis kuda. Aku ingatkan keldai, rupanya kuda.



BTW, aku bubuh gambar nie tak mengikut susunan tau. Aku tak tahu lah yang binatang-bintang nie duduk dalam area mana. Asian trail ke, dessert ke and whatsoever lah. So jangan persoalkan kenapa tetibe Abyssinian Ground Hornbill duduk dekat bahagian Asian Trail.



And then i came across this small mammal house. Lets see what they got inside here.


Aku tak ingat apa nama haiwan bawah nie. Macam spesis monyet tapi jenis monyet yang eksotik. Cantik-cantik dan unik. Dan kebanyakkan haiwan yang terdapat dalam small mammal house nie, hampir pupus.



Yang nie seriously cantik sangat. Bulu dia warna emas. Sayangnya, sudah hampir pupus. Yang kat atas tu ada lagi sekor, tapi jenis lain, kaler hitam.

These are so cute !

Konon nak pegang lah ekor dia

Sekali dia tunjuk bontot daa

Dan yang paling mengusik hati sanubari adalah gelagat Sand Cat nie. Seriously comel sangat ! Bentuk dia macam harimau tapi dia kucing. Badan dia pulak gebu dan mantap berbanding kucing biasa.Muka dia toksah cakap, buat rasa nak cubit-cubit je pipi dia.




Next, aku masuk dekat Reptile house pulak.



Dalam nie ada pelbagai jenis buaya. Well, tak batak sangat pon sebab dah pernah nampak semuanya.


Muncung-muncung nak ke mana 

Nganga-nganga nak ke mana

Okay, yang nie memang tak pernah nampak. Katak warna kuning. Unik gila. Hopefully tak beracun, but it seems like beracun je. Ada banyak jenis katak dalam nie, but only this katak captured my eyes.


Kura-kura pon banyak dalam nie. Dan mostly semuanya pemalas. Well, that's what kura-kura best at.


Ini aku tak tahu the exact name, is it iguana ? Entah lah. Yang pasti, macam-macam jenis. Dari sekecil-kecil alam, sehingga lah sebesar-besar gajah. Yang macam pakai cermin mata pon ada. Ko ghase ?


And we come to the euuuu part where everybody hate it. There are so many species of snakes. Even the poisonous one also they got. Please lah, lalu bahagian ular-ular nie buat aku cek kiri kanan atas bawah. Rasa meremang pulak rasa. Takut ada yang terlepas. Kot-kot dok tergantung dekat syiling. Perghhhh ! What a nightmare.



No, thank you.

Even you are a lizard without the legs, i will still consider you as a snake. Yes, i will kill you if you ever come near to me.


Kamera salah fokus pulak -___- 


I did record a video from this site. You may watch it below. Just look how happy they are.



This is so cool. I'm not sure if i've ever see a wolf before. I'm pretty sure i've never seen one. So rasa macam excited pulak bila nampak wolf putih nie dok berlepak dekat bukit tu. Nasib baik lah ada pagar, takut je dia lompat. Mati aku. Kalau lompat then bertukar kepada Taylor Lautner gagah lah jugak. Boleh aku simpan dalam bagasi bawak balik Malaysia.



Besar pulak lah zoo nie. Dah lah aku dah penat gila. Kena berjalan lagi dalam zoo nie. Kalau setakat jalan lurus tak apa, ini dengan simpang siur nya, dengan berbukitnya. Haihhhh sabor jelah.


BTW, nak cakap sikit. Yes, memang zoo nie free. Then what you expect from a free entrance zoo ? Right. Jangan expect tinggi-tinggi lah. Aku tengok kan, dalam zoo nie macam tak banyak haiwan yang "besar-besar". Boleh faham tak definisi besar kat sini ?

Aku rasa, zoo negara kita lebih meriah rasanya.


And one more thing, dalam zoo nie banyak kandang kosong. I'm not really sure if that has something to do with the weather/season tapi memang banyak lah kosong. Then, amat jarang sekali ko nampak pekerja zoo kat sini. So boleh bayangkan tak, in case ada haiwan terlepas ke apa, pada siapa hendak kau minta pertolongan selain daripada Allah yang maha esa. Memang sia-sia kena baham kat situ.


Dah lah pengunjung pon tak ramai. Seriously memang lengang sangat. Aku sampai jadi takut kot nak jalan sorang-sorang from one site to another site. Sunyi gila weyh. Sekali nampak encik bintang nie, acano ?






Muka encik bintang nie semua nampak benor kelaparan. Macam tengah cari mangsa je. Seriau dibuatnya.



Ko ghase tetibe dekat semak ada patung-patung haiwan nie ? Tak ke terkejut opocot kau kat situ bila kau ingat haiwan tu terlepas kandang. Mujur cuma patung. Kuss semangat.



Ini bukan haiwan masa zaman dinosour ke ? Ke badak sumbu ? Bukan erk ? Entah lah nakkk.





Ini lah bison. Bison nie seriously besar. Yang aku ambik gambar atas nie, bukan lah bison sebenar. Itu cuma a signboard je. Ko gila aku nak berdiri sebelah bison ? Tak balik Malaysia lah aku jawabnya.



Itu dia apa yang ada dekat National Zoological Park Washington DC. Macam tak best je. Hahahaha. Yang penting, tempat nie tak pernah tutup. Open pada public sepanjang masa. So acano nak berjalan tengah-tengah malam dekat sekitar zoo nie. Sedangkan jalan waktu siang pon rasa takut and fikir macam-macam. Inikan pula malam.



Btw, suasana malam dia macam dekat I-city Shah Alam. Berlampu-lampu semua tempat. Cantik-cantik semuanya. Masa nie baru jam 5 petang kot, tapi langit dah start gelap. Aku pulak dah start risau. Dah lah aku berada jauh daripada Union Station tempat aku berteduh tu.



Aku pon bergegas meninggalkan tempat ini. Pergi tanya orang dekat situ macam mana nak berpatah balik ke Union Station. Then lepas dapat informasi apa bas yang perlu aku ambil, baru lah aku menuju ke stesen bas yang berada betul-betul depan pintu masuk zoo nie.

First time naik bas awam dekat Washington DC nie. Rasa seram sejuk pulak. Takut salah ambik bas. But Alhamdulillah, everything was just fine. I didn't straightly went to the Union Station. I stopped at the downtown. At this time, i was not afraid anymore. I know exactly which road need to take and i already know selok belok jalan dekat Washington DC nie. Jadi malam tu aku gigih berjalan di downtown.

Aku actually mencari food court sebab nya, aku nak makan makanan yang aku beli awal pagi tadi. Alaaa makanan yang terkandung daging halal tu. Aku tak makan lagi benda tu. Simpan untuk makan malam. Tapi masalahnya, payah benor nak cari ruang makan untuk public. I mean tempat yang boleh bawak makanan luar masuk. Lepas dah terpusing-pusing sambil google tempat itu ini, finally jumpa.

Maka melahap lah aku dekat situ makan daging. Lama gila dah tak makan daging. Right after i ate that yummy dish, i went back to the Union Station. There's nothing i can do at night besides just walking around. So i decided to just go to Union Station to get some rest for my feet.

Sampai je Union Station, aku buat lah rutin harian aku. Basah-basahkan badan, tukar baju mana yang patut, gosok gigi and banyak lagi lah. Walaupon aku jadi gelandangan, tapi badan aku tak berbau seperti gelandangan okay. Rutin harian untuk diri aku tak tinggal. So that i will stay fresh and wangi.

Masa nie baru jam 10.30 malam, lebih kurang macam tu. So nak solat pon tak boleh sebab kedai-kedai masih bukak. And manusia masih lagi ramai dekat stesen nie. Aku duduk dekat McD untuk cas handphone and kamera aku. Lepastu kena halau sebab tak beli makanan apa-apa dekat McD tu. Sakit hati betul.


Okay, since Union Station nie tempat untuk menunggu keretapi dan bas. Maka ada lah ruang menunggu untuk orang awam. Tapi masalahnya, tempat menunggu yang ada tempat duduk tu untuk mereka yang ada tiket sahaja. Kalau tak ada tiket, memang kena halau. Siap ada guard lagi yang jaga tau. Siang memang tak berani lah para homeless tidur or duduk dekat area menunggu nie. Kalau tengah malam baru dorang gagah sikit.

First day dekat DC, aku just tengok suasana sekeliling macam mana. Aku observe cara dorang. Then aku apply pada malam kedua berada di DC. Aku dah mula berani masuk ruang menunggu nie. Then bila ada polis datang untuk cek tiket, aku blah. Hidup kena pandai menipu rupanya. Aku kira okay lagi nak duduk situ since aku nie tak nampak macam gelandangan. Tapi kasihan lah buat gelandangan lain, selalu kantoi. Hahahaha. Time ada guard pon aku berani duduk dalam tu. Selesa sikit duduk atas kerusi daripada bersandar dekat dinding for the whole night.

Bila semua kedai dah tutup, aku pon cari lah corner-corner yang agak sunyi sikit untuk aku solat. Time aku tengah solat nie ada sesuatu berlaku. Tempat tu dah lah sunyi, sebab aku cari tempat yang betul-betul jarang orang lalu. Macam yang aku pernah bagi tahu sebelum nie, aku seboleh-bolehnya tak nak orang lain nampak aku buat ritual agama aku, yakni bersolat. Bukan malu jadi Islam ke apa, sama sekali bukan. I just don't want to timbulkan any hatred or masalah sepanjang percutian aku nie. Who knows kan ada yang tak berkenan or tak puas hati dekat Muslim nie. Sebab tu aku suka solat nyorok-nyorok.

Then time tengah solat nie, tetibe aku nampak ada satu lembaga hitam, besar dan tinggi, berdiri belakang aku. Even ko tengah membelakangi seseorang, ko still boleh nampak ada sesuatu dekat belakang, betul tak ? Agak-agak korang jadi aku, korang buat apa ? Lari or just teruskan solat ? Aku teruskan bersolat. Lama dia berdiri dekat situ perhatikan aku. Dah lah lambat lagi untuk aku ke rakaat terakhir, memang tak tenteram lah aku masa tu.

Kalau lah orang tu jahat, mesti dia dah tikam aku and rompak barang-barang aku. Tapi yang peliknya, dia dok berdiri je dekat situ. Makin lah aku cuak. Dia nak apa sebenarnya. Aku stand by je, kot-kot kena serang or kena bunuh, memang dah redha masa nie. Biarlah mati dalam keadaan tengah bersolat. Gituee. Aku syak orang tu polis, since dorang nie selalu buat rondaan. I guess dia nak halau aku daripada tempat tu. Tapi dia tak halau pon. Dok berdiri dekat situ perhatikan aku. Mungkin dia tunggu aku habis solat kot baru dia halau.

Once i give salam then aku toleh ke belakang. Betul ! Dia seorang polis yang tengah buat rondaan. Alhamdulillah, dia seorang polis. Ku sangkakan perompak. Then aku pon senyum and aku bagi tahu aku akan beredar. Dia pon senyum. Dia kata tak apa. Terus dia bagi salam.

"Assalamualaikum brother"

I was shocked with my eyes wide opened.

Rasa nak menangis aku masa tu. Dia seorang Muslim rupanya. Ya Allah, buat cuak jelah mamat nie. Punyalah tak khusyuk aku solat memikirkan benda yang bukan-bukan. Dia kata, tak perlu risau, dia juga seorang Muslim. Berasal daripada Senegal. Dia saja berdiri dekat situ sebab takut aku di apa-apa kan memandangkan aku dekat tempat sunyi. Tak ke terharu bila aku mendengarnya ?

Dia tanya aku asal mana semua, then dia rasa kagum lah sebab umur muda but still tak tinggal solat even dekat negara orang. Dia tak tahu yang aku jamakkan 4 waktu solat dalam satu masa. Kah.

Dia tanya lagi, kenapa travel sorang-sorang. Bahaya katanya. Lepastu tanya buat apa dekat Union Station tu tengah-tengah malam. Macam-macam dia tanya. Kalau orang tanya aku kenapa tak book hotel, aku akan cakap hotel semua penuh. Malas lah aku nak terang panjang lebar kenapa tak book hotel bagai. Tak ada masa kay.

Maka dia pon beredar. Alhamdulillah. Benda yang aku anggap akan jadi pengalaman buruk turns out to be one of the sweetest thing happened to me during my stay in DC. Satu pengalaman yang cukup manis. Hari kedua di DC nie banyak beri pengalaman manis. Walaupon masa paginya tu ada masalah sikit dekat guard perempuan yang poyo tu. Tapi Allah datangkan dua insan berhati suci untuk aku pada hari tu. Alhamdulillah sangat-sangat.

Maka, itu sajalah cerita untuk hari keempat percutian seorang Zharif di bumi America. Nantikan cerita hari kelima pulak akan datang. See ya !

1 comment:

  1. Awat dramatic sangat travelogue hang ni? Macam orang gila aku baca. Sat rasa sedih. Sat lagi ketawa gila-gila. hahahahah.

    Good for you Zharif. Now you have experience of traveling in other country which happened to be a non-Muslim country. Cepat rasa semangat dan rasa terharu kan bila nampak benda-benda yang kita take for granted masa dekat Malaysia.

    By the way, aku pun suka Sandy Cat tu! Sangat comel :D

    ReplyDelete

Home