Saturday, October 17, 2015

2D1N in Cameron Highlands

Assalamualaikum and good day everyone !

I went to Cameron Highlands with my best friend on 2 October. Which was two weeks ago. We went there by car. My friend drove his car all the way from Negeri Sembilan to Tanjung Malim. He sent his Latihan Industri report as he will be graduating this November so he stayed one night here in Tanjung Malim. The next morning then we started our journey to Cameron Highlands.


It's been a while since my last visit to Cameron Highlands. Last time pergi masa aku matrikulasi which was 3 years ago. I went there with my classmates. But it was only a day trip. Segan sebenarnya bagi korang baca entri-entri zaman dahulu kala nie. Agak kelakar bila baca balik, and rasa ntah pape pon ada. So terima lah, nahh : KLIK .

Untuk jelajah Cameron kali nie, i stayed one night there untuk merasai suasana malam di sana.

Kitorang singgah bersarapan pagi tu dekat satu kedai mamak di Behrang. Maigad !! Sedap sangat sambal roti canai dekat situ. Rasa nak menangis sebab tak beli banyak. Bila lah dapat lagi ke situ, mengharap ihsan orang bawakkan jelah. Semoga dapat bawak kenderaan sendiri sem hadapan.


Then, kami terus bertolak ke Cameron Highlands. Pergi nie kami ambik jalan Tapah. Memang pening gila lah jalan dia macam ular kena palu. Jalan nya curam, sempit dan tak berapa nak elok. Berdoa banyak-banyaklah bila lalu sini. Sangat menyeramkan ! And akan lalu satu tempat yang sangat cantik. Tempat itu ialah Lata Iskandar. Seriously cantik sangat. Ingat nak berhenti tapi tak ada tempat nak parking pulak. Nak slow down pon tak boleh. Orang belakang asyik dok mencucuk je, jadi terpaksa lah teruskan.


Sampai sana around 2 petang macam tu. Seriously sejuk sangat bila dah sampai atas tu. Berkabus. Aku rasa jerebu, bukan kabus. Masa kitorang sampai tu hujan renyai-renyai lebat. Makin bertambah-tambahlah sejuk dia.

First kitorang cari tempat untuk menginap dulu. Memang banyak hotel-hotel di sekitar Cameron Highlands nie. Jadi toksah risau lah kalau korang datang on the spot, tak book apa-apa. I'll be detailing about it in next entry. There's an interesting story about that hotel where we stayed. So stay tuned.

Lepas dah check in je, masing-masing pakat tidur. Dekat nak maghrib baru lah terbangun. Lol. Seriously penat kot memandu jauh. Lagipula tengah hujan renyai-renyai, malas pulak nak keluar. Sejuk kot. Lebih baik tidur.


Malam tu turun pergi Brinchang. Seriously agak jammed sikit masa nie. Hujung minggu kan, so agak ramai sikit. Parking pulak susah nak cari. Kitorang google ada satu tempat makan yang mana agak menjadi pilihan para pelancong Melayu yang inginkan sesuap nasi dan makanan panas pada belah malam. Restoran Idaman Aikae lah nama restoran tu. Deretan hotel-hotel bajet area Brinchang. Seberang KFC Cameron Highlands.

Pandai-pandai lah cari, mesti jumpa punya.


Harga makanan dia okay lah. Tak ada lah mahal sangat. Lagipula for Malays, susah nak dapat tempat makan macam nie pada belah malam. For Chinese, mungkin ada banyak pilihan coz i see a lot of Chinese restaurants at this area.

Makanan kat restoran nie seriously sedap. Siap tambah nasi okay. Cuma satunya restoran nie agak kecil. Pengunjung sangat ramai. Jadi agak berhimpit sikit dalam nie. Jadi, makan tu, tak boleh lah nak nikmat sangat. Orang lain pon nak duduk jugak. Kena bertimbang rasa sikit.


Lepas tu pergi pasar malam Brinchang. Aku tak pasti kat mana pasar malam nie, yakin je cakap dekat Brinchang. Saja tengok-tengok apa yang dorang jual. Tak beli apa pon, cuma beli this one big ass cotton candy. Harga dia 5 ringgit je tapi aku dapat dengan harga 4 ringgit. Jangan jealous.


Choiii ! Bukan aku gi kenyit mata dekat si penjual tu untuk dapatkan harga murah. Letrik mati tetibe masa dia tengah proses cotton candy tu. Jadi saiz yang aku punya nie agak kecil berbanding saiz biasa. Tu yang dia jual 4 ringgit tu. But still, it was big enough for me.

Masa nie lah kami berdua discover something iaitu bila ko hembus nafas je, ada asap keluar dari mulut. Ala-ala duduk oversea gitue. Aku tak ada lah culture shock sangat bila hembus-hembus keluar asap dekat mulut nie as i already experienced it when i was in the US. Tapi si Parisah tu seakan terkena kejutan budaya di mana beliau asyik menghembuskan nafasnya yang berbau itu demi sesuap asap di mulut. Feeling tengah berada di Korea katanya.

Something interesting happened at the hotel on that night. Tunggu next entri naa, nanti aku cerita.


Untuk keesokan harinya, lepas dah check out, kami pon bertolak ke destinasi pertama, iaitu Ladang Teh Boh. Jangan persoalkan kenapa aku pakai baju yang sama untuk hari kedua. Aku tak pergi mana-mana masa first day tu so agak sayang lah baju tu membazir macam tu je. Dah lah baju baru ZALORA sponsor. Kbai.


Seriau lah nak pergi tempat Boh nie. Jalan dia muat satu kereta lalu je weyh. Only at certain places je yang boleh lalu dua kereta. Yang lain tu, either ko undur sampai ke tempat yang dua kereta boleh lalu, or ko menjunam dalam gaung. Pilih lah. Time kat sini lah, baru betul-betul kita manfaatkan penggunaan hon kereta tu. Everytime nak selekoh mesti nak kena hon. Takut kang ko terkejut opocot ada kereta datang dari depan, habis bercium kereta kau nanti.

Sila hon untuk keselamatan.


Dah sampai tu, nak kena mendaki sikit baru lah sampai ke atas. It was a breathtaking scenery, but too bad, the haze covered it all. But still you can see the beauty of Cameron Highlands from up there.



Kat sini banyak lah sejarah-sejarah and fakta-fakta yang dia tayangkan tentang penubuhan jenama BOH nie, but i didn't read them. Too lazy to read. Not my cup of tea lah baca benda-benda sejarah nie. Mohon faham.



Machine merah putih nie lah yang digunakan dahulu kala untuk melenyek-lenyekkan daun-daun teh tu.



Dekat BOH nie jugak, kita dapat melawat kilang memproses daun-daun teh yang dipetik tadi untuk dijadikan serbuk teh. Masuk adalah percuma, so don't worry. Kalau kena bayar, aku rasa memang tak ada sape yang nak masuk. Bhahahaha



To be honest, i don't like the smell of the tea. I mean the leaves. When the grinding process takes place, the smell is so ohmaigad. I just can't stand it. Anyway, still gagahkan jugak lah duduk dalam kilang nie. Besides, it doesn't take long pon. 5 to 7 minutes dah selesai.



Here are the process. If you are rajin enough to read, silakan. Good for your knowledge. I forgot to take picture of the first stage of the process. I guess, kumpulkan daun teh ? Kbai.


Next, i went to Butterflies Garden near the BOH. Nak masuk sini kena bayar 5 ringgit. Masa aku google tempat nie, dulu bayar 3 ringgit je. Sekarang dah naik 2 ringgit. Cis.



Don't be surprise, even this place calls butterflies garden, but inside it, there are more than just butterflies. Insects and reptiles are also part of the exhibition.




Masa masuk tu, rasa terkesima melihat pelbagai jenis rama-rama ada dalam nie. Sangat-sangat cantik. Susah nak nampak rama-rama sekarang nie. Ku sangkakan sudah pupus. Lol.


Tempat untuk kepompong rama-rama juga disediakan di tempat yang khas. Butterfly is a very beautiful creature but too bad, they don't last longer. Poor you butterflies.



Bermacam-macam jenis kumbang pon dorang ada. Yang bertanduk, yang ada gunting, yang terbang-terbang, you name it. Rasa geli-geli pulak dekat leher tengok kekumbang nie.



Kalau pelancong asing, pekerja kat situ gigih dokong si kura-kura and bagi dorang pegang. Hok kito nie orang local memang tak lah dapat layanan sebegitu. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sesuai sangat.





Malaysia nie kan negara panas. Jadi susah lah para bunga-bunga untuk hidup. Terutama sekali bunga-bunga cantik and cerewet nak hidup nie. But bila datang kat Cameron nie, aku rasa macam, not bad lah negara kita nie. Ada lah jugak tempat-tempat untuk para bunga-bunga nie hidup. Setanding negara mat salleh gituee.




Bunga matahari merupakan bunga feveret aku. Bagi aku bunga matahari nie merupakan bunga yang cerewet. Tak boleh panas sangat, nak kena jaga elok-elok barulah dia tumbuh cantik.



Lavender y'all. Wangi sangat-sangat ! Rasa nak petik sorok-sorok untuk buat masak. 







Nampak pokok pisang pon gigih bergambar tau. Ko ghase ?


Big ass hibiscus



And then, there's a museum inside the garden yang menempatkan serangga-serangga and rama-rama yang telah diawetkan. Biasa-biasa je. Tak ada apa pon yang menarik. Bosan je semuanya.



Okay dah tamat sesi jelajah Butterflies Garden. Next to it, there's a place that sells cactus. Macam-macam jenis cactus ada dalam nie. Dan yang paling penting, dilarang sentuh. So village people semua, tak payah nak curious sangat untuk rasa ketajaman duri cactus-cactus nie. Dilarang okay. Mohon patuh.



Kitorang pergi singgah makan KFC dulu lepas habis jelajah taman rama-rama tu. Lapar gila kot. Jalan pulak dah start jammed disebabkan pasar tu. Selesai makan kitorang pergi another tea plantation, Cameron Valley Bharat Group.



Ye, dah tukar baju masa nie. Pon baju baru jugak dari ZALORA. Mohon cakna semua.


Kat sini baru lah dapat suasana ladang teh tu. Aku actually mencari ladang teh yang aku pergi masa rombongan matrik aku tu. Tapi aku tak ingat dekat mana. Semua tempat yang aku pergi masa rombongan matrik tu, aku tak jumpa pon bila datang masa nie. Pelik sungguh. Semua pakat nak menyorok ke apa.



A video posted by Zharif Azis (@zharif93) on

When you actually don't like it, but you want to be nice, so you put that smile on your face


The souvenir shop. Aku tak beli pon sebarang jenis teh kat Cameron nie. Tak tahu kenapa, kalau aku minum teh, aku akan rasa nak termuntah. So minum teh sangat dielakkan oleh seorang Zharif. Instead of beli teh, lebih baik aku beli buah-buahan. Ada lah jugak faedahnya.


Balik dari ladang teh nie, kami pergi ke pasar untuk beli ole-ole untuk dibawa balik ke rumah. Seriously banyak gila benda yang kitorang beli. Duit mostly habis time shopping dekat pasar nie. So kena bawak duit banyak kalau nak shopping lebih-lebih.


Time nak turun Cameron nie, ada satu taman bunga besar. Lavender garden ke apa ntah nama dia. Lupa lah pulak. Kitorang dah penat sangat masa nie, duit pon dah banyak habis, so malas pulak nak turun and teroka taman bunga tu. So kitorang terus balik je. Balik tu, kitorang ambik jalan Simpang Pulai. Okay sikit lah jalan dia berbanding Jalan dekat Tapah tu. Singgah Ampang ambik adik perempuan aku dekat kolej dulu, then baru balik Banting.

Okay itu jelah cerita nya. Tunggu entri seterusnya untuk tahu di mana kami menginap. 50 ringgit je kot satu malam. Murah sangat. Nak tahu dekat mana ? Kena lah tunggu. Huhu

2 comments:

  1. pergi jalan2 tak mengajakkkkkkk...

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya tempat yang boleh pergi dekat Cameron ni. Dulu aku pergi, aku pergi ladang teh dengan ladang strawberry je.

    ReplyDelete

Home