Wednesday, October 7, 2015

AL-FATEH STEAMBOAT AND GRILL (Murah dan Sedap)

Assalamualaikum and good day everyone !

Sangat excited untuk war-warkan kedai makan nie. Balik sahaja daripada kenduri kahwin Ausna dan Aliff, (Refer entri sebelum nie), kami sekeluarga terus singgah ke restoran nie. Banyak sebab kenapa korang kena makan steamboat dekat sini. Nama restoran nie ialah Al-Fateh Steamboat & Grill. Restoran nie terletak dekat Kampung Jawa, Klang Selangor.



Faktor utama kenapa korang kena makan steamboat dekat sini ialah kerana harga dia. Ko gila harga untuk dewasa cuma RM 21.90 je ? Mana nak dapat di zaman era GST nie. Tak dapat okay.


Faktor kedua kenapa korang kena try steamboat dekat sini ialah rasa kuah tom yam dia. OMG !!! It's to die for okay. Sangat sedap. Biasa kan kita pergi steamboat, kuah sup dia semua sendu. Walaupon ingredients macam-macam, tapi kuah sup dia yang ado. Contoh macam Seoul Garden. Ko bayar mahal-mahal, tapi rasa kuah sup dia macam mana ? Sendu kan rasa sup dekat Seoul Garden tu ? Korang jangan tipu, lebih baik mengaku.

Tetapi tidak sendu kuah tomyam di Al-Fateh Steamboat & Grill nie. Kuah tom yam dia memang sangat terbaik. Pekat, cukup rasa dan sangat thorbaek. Betul-betul terangkat rasa tom yam dia. Nak hirup kuah macam tu je pon tak apa, sebab dah memang sedap.


Disebabkan faktor-faktor yang aku nyatakan di atas, maka tempat nie selalu penuh. Penuh sepenuh-penuhnya. Terutama sekali malam minggu. So to be safe, korang book awal-awal. Even book 3 hari awal pon boleh fully booked.

Tapi depends jugak lah. Depends pada rezeki. Masa aku datang nie, aku tak book apa pon. Pakai terjah je. Memang tak dapat tempat duduk lah. Tanya cashier, dia kata yang book jam 9 malam pon tak datang lagi, so dia tak berani ambik new customer. Alang-alang dah sampai, takkan nak balik. Perut pon lapar gila. So tunggu jelah kat situ sekejap, kot-kot ada tempat ke.

Sekali ada customer dah habis makan, tanya pekerja dekat situ, boleh ke nak duduk situ, dia kata boleh. Dah dapat seat, terus pergi cashier and bayar. Selesai. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga malam tu. Dapat lah seat.


And satu lagi, since tempat nie ramai sangat orang, maka time nak ambik "barang-barang" untuk main masak-masak tu, kena lah beratur panjang. Kitorang datang nie masa waktu puncak. So memang jammed dekat bahagian nie. Terpaksa lah beratur lama.


During this peak hours, tolong jangan jadi jujur sangat. Adalah penting ketika waktu begini, korang bawak the whole squad untuk beratur dekat situ. At first aku plan satu orang pegang dua pinggan. Nama pon budak jujur kan. But then aku tengok orang belakang guna taktik kotor, so aku pon ikut.

Dah isi penuh satu pinggan, bagi dekat adik aku suruh bawakkan ke meja. Then isi lagi and bagi dia lagi tanpa perlu aku untuk bergerak dari station nak ambik makanan tu. Just tolong isi makanan, and suruh orang lain hantarkan ke meja. So that banyaklah pinggan-pinggan yang dipenuhi makanan dapat dibawa ke meja tanpa perlu beratur panjang untuk dapatkan pinggan seterusnya.


But no worries, the line will be getting better as the time passing by. Dalam jam 10 malam macam tu, memang tempat tu lengang tak ramai orang. Ko nak ambik berapa banyak kali pon suka hatilah. Cuma lepas maghrib dalam jam 8 malam macam tu, itu memang sesak lah. So sabar sikit.



Terima kasih kepada si Parisah sebab belanja kitorang semua makan. Al-maklumlah elaun praktikal orang tu baru dapat masa nie. Seronok betul yerp dapat makan free ada orang belanja. Terima kasih Parisah !



I'm a very big fan of prawns. Whatever dishes with prawns, is a yes to me. Udang-udang yang disediakan dekat sini semuanya meriah-meriah betul saiznya. Besau-besau. Kalau beli sekilo dekat Econsave mahu 30 ringgit kena.



That was it. Aku bagi 5/5 bintang. Sangat terbaik dari segala aspek. Daripada harga, kuah tom yam, makanan-makanan untuk dimasak mahupon layanan. Semuanya 5 bintang. Jadi korang yang tinggal area-area Klang or Selangor, mai lah jemput datang ke sini. Sangat berbaloi. Yang datang dari jauh, kalau singgah Klang, jangan lupa singgah sini tau. Gerenti puas hati. Here are the details of the restaurant, may it helps you.

The Details :

Lorong Raja Jumaat Kampung Jawa, Klang Selangor
Waze : Al-Fateh Steamboat & Grill

Phone Number : 017-6300965
Mon-Sun : 6 petang - 12 malam


Facebook Page : CLICK

Sangat berpatutan dan sedap. Jangan lupa cuba tau !!

3 comments:

  1. nice memang nampak meriah..ramai giler orang..harus kena try nih..

    ReplyDelete
  2. Dekat jugalah dengan Banting kan? Boleh demand dengan parents nak datang sini bila aku balik nanti.

    ReplyDelete
  3. harga dah naik la kat situ. rm23.90 seorang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...