Saturday, October 24, 2015

Festival of Asean Cultural Expressions 2015

Assalamualaikum and good day everyone !

On October 17th, my classmates and I went to Festival of Asean Cultural Expressions 2015 at NU Sentral. We were invited by them to attend this festival. And of course we were very excited about it. Aku lagi lah excited sebabnya dah dua minggu terperuk dekat UPSI tak pergi mana-mana. Tolong cakna, 2 minggu okay. Rasa lama sangat dah tak balik rumah. Bayangkan nasib budak-budak Sabah Sarawak yang tahan satu semester tak balik rumah.

I just can't T__T

There were 10 countries participated in this festival and they are Brunei Darussalam, Myanmar, Cambodia, Indonesia, Laos, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam and last but not least, my beautiful Malaysia.


Inilah classmates aku. Dorang semua kos pendidikan awal kanak-kanak. Cuma ada 3 orang je dalam kelas nie yang bukan kos PAKK tu, termasuklah aku. Lagi dua orang tu kos seni tari. Bertolak lah kami satu bas rombongan cik kiah dari UPSI ke NU Sentral pada jam 10 pagi.

Tengah on the way ke sana tu, boleh pulak bas kami accident. MasyaAllah takut gila kot bila benda tu berlaku. Habis semua yang tengah syok nak tidur terhantuk dekat kerusi depan. Barang-barang semua pakat jatuh.

Pemandu bas kitorang bawak laju sangat. Dah lah masa tu hujan renyai-renyai, jalan pulak licin. Kenderaan depan pulak slow macam kura-kura. Pemandu kitorang tak terus brek mati sebab takut bas tu dapat kejutan budaya habis tergolek nanti. So dia brek sikit- sikit banyak-banyak kali, tapi memang tak sempat dah. Sebabnya dah dekat sangat dengan kenderaan depan. Last-last rempuh je. Habis kenderaan tu meloncat ke depan.

Bas kitorang rempuh lori towing. Bas kitorang terus je jalan lepas accident tu. Pelik jugak, takkan lah lori tadi tu tak ada sepatah dua kata. Jelas, nyata dan terang pemandu bas kami salah. Maybe sebab lori tu tak ada effect apa-apa kot, sebab tu tak berhenti. So terus jelah menuju ke NU Sentral dalam keadaan trauma.

Dahsyat kan ?

Bas kitorang teruk kot. Cermin depan retak sikit, lampu pecah, bumper renyuk.

Apa-apa pon kami sampai ke NU Sentral dengan selamat. Kami terus menuju ke tapak festival nie which is dekat ground floor tengah-tengah NU Sentral tu. Masa kami datang nie, dorang tengah buat full rehearsal. Persembahan tu bermula jam 3.30 petang.

Aku gigih dok merakam depa buat rehearsal. Tapi bila kejadian sebenar, tak tengok pulak persembahan dorang. Hampehh tol. Kami dok merayap dekat NU Sentral tu. Singgah makan dekat KL Sentral sebelah tu. Kami 3 orang nie, yang bukan kos PAKK makan sama-sama dekat McD. Budak-budak PAKK tu semua makan dekat KFC. Kami dah terpisah masa nie. Malas pulak nak trace dorang. End up makan jelah. 3.30 baru kumpul balik kat tapak festival tu.

Indonesia Cultural Dancers

Dekat booth Indonesia nie, pengunjung boleh cuba untuk mencanting batik. Honestly, it was really hard. It need a good technique and patience to produce a very good piece of batik. Hats off to those who did it beautifully.

I tried, at least 

Ini performance daripada Indonesia. Masa aku record persembahan-persembahan yang aku attach dalam entri nie, bukan masa show sebenar. Masa nie dorang tengah buat full rehearsal sebelum tetamu vip sampai.


Sebab tu kalau perasan, dorang punya aksesori pakaian belum vavavoom lagi. Masa show sebenar aku tak record pon, sebabnya aku dah record time rehearsal nie, jadinya aku malas nak record lagi.


Mostly dekat booth-booth dorang akan ada pameran. Cuma certain booth je ada "aktiviti" yang boleh dilakukan. Macam di booth Singapore nie, dorang pamerkan baju-baju traditional dorang. And we even tried it.

Singapore Cultural Dancers

The girl on the right said that my face is made for the tengkolok. She added that i look good in it. Well thank you. That is very nice of you. Me was blushing. Kat bawah nie merupakan persembahan daripada Singapore. Seriously, aku suka gila dengan dorang punya koreografi. Cantik and kreatif.



Dekat booth Thailand pon banyak barang-barang yang dorang pamerkan but too bad, none of them fluent or even understand basic English. So it was a big challenge for me to communicate with them. When you say something they can't understand, they will just say "yes" and smile. Lol.

Thailand Cultural Dancers

Nevermind, lets just take photo together. Next time, i think each booth need to put someone that can speak English so that they can communicate with the visitors who come to their booth or else you'll fail to promote your country's culture. People come to the festival because they want to explore the cultures but if your representative can't even understand English, so how ?

Laos Cultural Dancer

She is so beautiful. She danced gracefully. I like their national costume, it's beautiful and classy.

Philippine Cultural Dancers

Tak faham kenapa negara Filipina hantar penari-penari taraf Kilauan Emas untuk mewakili negara dorang. Dalam banyak-banyak tarian, tarian Filipina agak tak best. But i love their costumes. Dorang tenun sendiri kot. Di booth dorang juga tunjukkan macam mana nak menenun. Sebagai pameran jelah, bukan untuk mengajar. Ko gila nak ajar. Tenun took days kot nak faham. So memang tak lah.

Myanmar Cultural Dancers


Costume Myanmar pon menarik. Berwarna-warni. Tarian dorang pon menarik, di mana si perempuan akan sepak-sepak kain dorang yang labuh tu. Bila ditengok, dorang macam nak portray seekor burung merak pon ada, which is sangat cantik.


And now i was at Brunei Darussalam's booth. Cuma penari-penari perempuan dari Brunei je yang pakai tudung.


Alhamdulillah. A country that in my wishlist to visit. I will make my way there one day. That was the slogan that i wrote when they asked me to do a poster about anything related to Brunei.


For those yang buat poster tu akan dilukiskan potret muka secara percuma. So why not kan, buat poster je kot, dapat satu lukisan potret muka percuma daripada one talented Brunei artist.


And tak sangka pulak dorang cakap poster yang aku buat nie cantik. So dorang bagi aku hadiah because of that. Seriously terkejut kot. Sebab aku buat poster tu pon for the sake of the lukisan potret tu. Tak tahu pulak dorang sediakan hadiah kalau buat poster cantik. Sebab ramai kot yang buat poster tu, tapi tak ada satu pon dapat. Kahkah.

Alhamdulillah rezeki aku pada hari tu. Thank You Brunei Darussalam ! =)


Once dia dah lukiskan potret muka kau, kau boleh bawak balik poster yang kau buat tadi. But in my case, dorang ambik poster yang aku buat tu, and gantungkan dekat booth dorang. Bertambah-tambah terharu lah aku masa tu.

There you go. Sama tak uols ?

And now kita bergerak ke booth Malaysia. Kat booth Malaysia nie, dorang buat pameran tembikar and cara-cara nak hasilkan tembikar menggunakan tanah liat. Penghunjung juga boleh cuba untuk menghasilkan tembikar.



Kagum dengan penghasilan tembikar yang depa buat. Sangat kreatif. Tembikar atas nie, telah melalui proses pembakaran yang mana ia akan menguatkan tembikar tersebut, daripada tanah liat ia bertukar menjadi seperti kaca. Yang kat bawah nie, tembikar yang baru dihasilkan dekat situ.



And agak malang sekali, there was no dancers from Malaysia at the booth. What a shame. Kita jadi tuan rumah tapi satu penari pon tak ada dekat situ. Padahal ramai kot penari-penari Malaysia.

Ini persembahan daripada penari Malaysia.


Penari lain semua dok lepak dekat booth masing-masing lepas persembahan. Depa layan pengunjung, ambik gambar bersama pengunjung. Penari kita ? Entahlah. Missing in action semuanya lepas buat persembahan. I was there since afternoon sampai jam 7 malam kot. Still tak ada jugak dekat booth.


Actually event tu last for 4 days if i'm not mistaken. Dari tengahari sehingga jam 10 malam. Kami sepatutnya kena stay situ sampai malam. Pensyarah kami siap suruh bawak baju cantik-cantik kot untuk majlis malam tu. Sebab ada apa benda ntah. Tapi bila dah petang tu, masing-masing semua muka dah sendu, so kitorang telefon pemandu bas, suruh datang ambik. Maka pulanglah kami ke UPSI pada jam 7 petang.


Kami tak pulang dengan tangan kosong tau. Setiap seorang dapat goodies bag. Dalam tu ada makanan, roti, air dan juga barang-barang make up.

Bekas air biru tu merupakan hadiah yang aku dapat dekat booth Brunei. 
Yang lain tu, apa yang terkandung dalam goodies bag yang diberikan kepada kami.

Okey itu je untuk kali nie, jumpa lagi di entri akan datang. Daa.

See ya !

5 comments:

  1. Replies
    1. tak ada lah tinggi mana pon. average malay guy je rasanya =)
      I wish i was above the average T__T

      Delete
  2. Replies
    1. karikatur erk nama dia. hahahahaha
      best sebab dpt free. murah hati betul org Brunei nie =)

      Delete
  3. hi zharif ☺
    I'm newbie and please support me.
    please visit my blog. have a nice day ♥
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...