Thursday, November 19, 2015

Homeless Tourist in USA : Day 5 (Washington DC)

Assalamualaikum and good day everyone !

Dah sebulan rehat daripada mengupdate cerita America aku, so without further ado, here we are, the series of my vacation story in the US as a homeless tourist. It's day 5 everyone (17 December 2014). I'm half way from the finishing line. Wehooo !! Tak sabar rasanya nak habiskan cerita percutian 10 hari aku sebagai homeless tourist nie.


Pagi tu macam biasa, breakfast dekat McD. Buat apa yang patut sebelum nak keluar dari station tu.


Then i started walking to my first destination which was The White House. I aimed to go White House on this day. So i went there. But i was quite shocked because it was very small compared to what i saw on tv. Plot twisted. Guess what ?? I was actually at the back side of The White House. No wonder it looked small. Lol


Mula tu aku tak perasan. Lepas dah beredar daripada situ, baru aku perasan. So aku kena pergi tengok White House sekali lagi pada hari esok. Kalau tak, tak complete lah jelajah Washington DC kalau tak tengok White House, ye dakk ?

Jadilah, dapat tengok bahagian belakang White House pon oke

On the way to Washington Monument, ada satu bulatan besar kat tengah tu. Boleh refer pada Rajah 1. Since masa nie tinggal berapa hari je lagi untuk sambutan krismas, jadinya dorang buat mini taman tema krismas disitu.

RAJAH 1





Next to it, there's one monument. Walking distance only. Bangunan-bangunan or muzium-muzium tarikan pelancong dekat Washington DC nie semua memang sebelah menyebelah. Jalan kaki je pon boleh. Cuma larat tak larat jelah. Time tengah jalan ke situ, ter-lalu dekat kawasan sekawan burung apa ntah nie. Seriously banyak gila burung tu kat situ.




Inilah monument tu. Nama monument nie ialah Washington Monument. I was there for about an hour. Just sitting and see the monument. It's just a long no shape monument. But i find it very amusing.


Travel pon sorang, jadi nak bergambar pon terpaksa menggunakan perkhidmatan timer. Biarlah orang nampak aku pelik ke apa. Aku hanya mampu tebalkan muka sahaja. Seriously banyak gila gambar kat sini dalam hardisk aku. Tak tahu nak pilih yang mana. Kang kalau upload semua, korang kecam habang.


BTW, i lost my flag here. Tak tahu macam mana boleh hilang. Tak pasti sama ada tercicir ataupon aku tertinggal time tengah duduk-duduk kat situ. Yang pasti, kat tempat nie jelah last aku bergambar dengan bendera Malaysia tercinta tu.

Berdekatan Washington Monument nie, ada satu pokok yang rendang. Since masa nie dalam musim winter, jadi pokok tu tengah togel takde daun. Kawasan kat situ lapang macam dekat padang, but then tetibe ada satu pokok besar tersesat dekat situ. Mungkin ada sebab kenapa depa biarkan pokok nie hidup. Maybe ada penceritaan disebalik pertumbuhan pokok nie. I don't know.

Ramai kot ambik gambar kat pokok nie.

Selepas menghabiskan masa lebih kurang sejam di Washington Monument nie, aku pon meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Refer RAJAH 1 di atas. My next destination was the World War II Memorial. Tak ada apa pon dekat sini. Ia cuma kawasan terbuka yang mempunyai tembok-tembok seperti gambar-gambar di bawah.




Dan setiap tembok nie tertulis semua negeri-negeri yang terdapat di United States. Terdapat 50 buah negeri kesemuanya. Jadi terdapat 50 buah, apa benda erk orang panggil benda yang tinggi-tinggi tu. Aku tak tahulah nak describe ia sebagai apa. Tak kesah lah apa benda, jadi terdapat 50 buah benda tu.



The state where i lived during my exchange student program for a semester. 

Actually sejuk tau masa nie. Masa awal pagi aku pergi dekat White House tu, tak ada lah sejuk sangat. Tapi masa dekat Washington Monument tu start rasa sejuk. Angin bertiup seriously kuat gila.




Masa dekat sini kan, terdapatlah satu pasangan muda. I rasa dorang umur-umur budak sekolah menengah. Dan tengok gaya macam orang tak bersekolah. Selain daripada mereka sedang hangat bermadu asmara di situ, mereka juga menyorok-nyorok hisap weed. Lelaki dia kalau korang tengok, gaya and muka macam samseng gila kot. Jenis lelaki yang nak merosakkan gadis-gadis muda.

Aku tengok dorang pon takut-takut. Takut dorang tak puas hati ke apa, habis lunyai kang kena belasah. Kah.

On the way there


Lepastu aku sambung berjalan ke depan lagi. Again, refer RAJAH 1 untuk dapat gambaran yang jelas. Destinasi seterusnya, aku nak pergi ke Lincoln Memorial. On the way ke situ, akan lalu kolam yang panjang. Kolam nie cetek je. In fact, sangat cetek. Aras buku lali tapi atas sikit.



Okey now dah sampai. Lincoln Memorial nie ditubuhkan untuk memperingati presiden America yang ke-16, Abraham Lincoln. Tak tahulah apa jasa dia, maybe besar sangat jasa dia terhadap Amerika, tu yang sampai ada tugu dia sendiri.



Reka bentuk bangunan nie ala-ala ancient greek gitu. Cantik. Tiang dia bapak besar. Dalam Lincoln Memorial terdapat satu tugu Abraham Lincoln yang tengah duduk tersergam indah dalam tu. Besar gila tugu dia nie. Kalau korang perhatikan, ia seolah-olah sedang duduk memerhatikan Washington Monument. Coincident ? I don't think so.




Dalam nie juga terdapat catatan kisah Abraham Lincoln, jasa dia terhadap America dan sebagainya. Aku malas nak baca walaupon tulisan besar gedabak macam tugu dia.



Suka berada dalam Lincoln Memorial nie. Dapat saksikan Washington Monument dengan jelas sekali. Pemandangan dia sangat indah. Sesuai untuk dijadikan tempat photoshoot wedding. Eh ke situ pulak yea.

See, i told you the tiangs are huge !



Anak panah menunjukkan destinasi seterusnya yang aku bakal jelajah selepas Lincoln Memorial nie. Nak ke sana tu agak jauh jugak lah. Nak kena menyeberang sungai. Lalu jambatan yang sangat besar. Keep reading, i'll show you around the bridge.


Dah puas dalam Lincoln Memorial tu, aku pon bergerak ke destinasi seterusnya. Aku berjalan kaki ke sana untuk melihat apa lagi yang terdapat di Washington DC nie.

RAJAH 2

Before korang confuse, refer RAJAH 2 untuk destinasi aku seterusnya untuk dapat gambaran yang lebih jelas. Aku kena lalu dua jambatan untuk ke destinasi ke-6 tu. But the second bridge is not long as the first one, Arlington Memorial Bridge.



Ini lah Arlington Memorial Bridge.  Agak panjang jugak lah jambatan nie.

1st bridge

2nd bridge

More details on what my 6th destination has around it


Mula tu aku tak tahu lah bangunan yang aku nak pergi tu bangunan apa. So aku pakai redah je. Sekali bila nak dekat tu, i saw a lot of cemetery. Seram woo. Dah lah sunyi. Gambar atas tu, kalau korang nak datang sini by train, itu lah station dia. Nak seberang jalan kena lalu sini. Kat US nie tak boleh seberang jalan sesuka hati. Kena ikut laluan yang dah dia buat. Kalau nasib tak baik nanti kang kena tahan pulak. Polis dah lah merata tau.

Arlington Cemetery

Nampak tu betapa banyak nya kubur-kubur mereka-mereka yang gugur dalam peperangan. Seram kot kat sini. Dah lah aku jalan sorang-sorang, orang pon tak ramai dekat area sini. Memang sunyi lah.


Dalam perjalanan nak ke tempat yang aku tuju tu akan ada banyak tugu-tugu peringatan sepanjang jalan tu. Banyak sangat. Aku baru tahu yang Washington DC nie more to tempat untuk memperingati mereka-mereka yang banyak berjasa dalam pembentukan Amerika dan sekaligus mereka-mereka yang memberikan big impact pada Amerika.


And finally i arrived to the place that i wanted to go. The name of the place is Woman in Military Service for America Memorial. Kalau lah aku tahu awal-awal tempat nie merupakan tapak perkuburan, tak kuasa aku nak jalan jauh-jauh ke sini tau. So alang-alang dah sampai, jom lah teroka tempat nie.

Woman in Military Service for America Memorial




Tak ada apa pon yang menarik kat sini. Bangunan nie kosong kot. And again, aku rasa takut sangat. Dalam bangunan nie ada tangga untuk ke ruang atas. Dari situ korang boleh tengok kawasan sekitar situ.


Spotted Lincoln Memorial and Washington Monument from here



Tapak perkuburan lagi, tapi perkuburan kali nie adalah perkuburan wanita-wanita yang gugur dalam peperangan untuk Amerika. Keliling bangunan nie manjang semua tapak perkuburan. Semoga roh-roh kalian tenang di alam sana. Jangan lah ikut aku balik *aku bermonolog dalaman*

Dah. Tak kuasa aku nak lama-lama kat sini. Jom beredar.



Berdekatan dengan Women in Military Service for America Memorial tu ada satu muzium. Nama muzium tu ialah Arlington National Cemetery Visitors Center. Tempat nie menyediakan kisah-kisah dan gambar-gambar peringatan mereka-mereka yang berjuang untuk Amerika semasa dalam peperangan.

Arlington National Cemetery Visitors Center


Sama jugak, bosan je tempat nie. Mari aku sajikan sekeping dua gambar-gambar ketika berada dalam Arlington National Cemetery Visitors Center nie. Dari situ korang boleh nampak betapa bosannya tempat nie. Kbai




After that, i went straight to my next destination. Tengok dalam gambar macam dekat je, so aku pon gagah lah ke sana, sekali jauh daa. After walking for about 20 minutes, tak sampai-sampai lah pulak. Perghhhh penat gila siot. Nasib baiklah sejuk, tak ada lah rasa sangat penat nya tu. Tapi seriously memang jauh gila kot.


But it was worth it lah. I could see the beauty around here. Aku berjalan dari jalan yang suasanya ala-ala untuk bermadu asmara sehinggalah ke jalan lebuhraya. Dari situ, aku rasa ada yang tak kena. Aku rasa macam serabut gila tau. Aku dah nampak destinasi yang aku nak tuju tu tapi aku rasa environment dia lain sangat compared to what i've experienced sepanjang 3 hari kat DC masa nie.


Rupanya kan, korang nak tahu, aku actually dah terkeluar daripada kawasan Washington DC tu. Aku dah dalam negeri Virginia. OMG. Patutlah rasa lain macam suasana dia. Completely berubah. Dekat DC aku rasa tenang dan nyaman sangat. Tapi bila dah sampai Virginia nie, aku rasa serabut. Aku dah mula gelabah masa nie.



I saw this. I don't know what was this thing. I just see from far. Too lazy to come closer. I was very tired at this moment. Nak sampai ke tempat yang aku tuju pon tak sampai-sampai.


And finally, aku sampai jugak after 45 minutes of walking. Nama tempat nie ialah Pentagon 911 Memorial. Aku ingat tempat nie menarik lah sangat. Rupanya tak ada benda pon. Malahan, aku rasa takut gila kot bila berada sekitar Pentagon nie. Pentagon nie bentuk dia berbentuk pentagon. Of course lah, nama pon pentagon kan. Kalau dari jauh korang boleh nampak bentuk pentagon dia. Dah dekat nie, besar gedabak pulak. Dah macam mall aku rasa.


Pentagon nie tempat untuk memperingati 9/11 tragedy. Kat kawasan nie macam kem tentera pon ada. Ramai gila kot yang pakai uniform tentera. Aku dah mula cuak dah. Tak tahu kenapa aku rasa takut sangat nampak tentera-tentera Amerika nie. Padahal aku cuma insan innocent biasa yang comel, itu saja. Tapi still, aku rasa takut and rasa nak balik.

Keliling semua tentera-tentera, fikiran aku mula serabut, tambah pulak dengan perasaan takut, i was like having panic attack masa tu. Aku memang fikir nak balik ke Union Station je masa nie. Tak fikir apa dah. Tapi memang tak lah aku nak jalan kaki balik ke Union Station. Mereput lah aku nak sampai. Aku decide untuk naik bas. Finally terguna jugak public transport.

Aku tanya officer kat situ, nak balik ke sana naik bas apa. Lepastu aku tak dapat nak catch sangat instruction dia. So aku just proceed pergi ke bas yang dia bagi tahu. Nak ke Union Station tu aku kena tukar bas. Aku dah lah noob sikit bab-bab pengangkutan awam negara orang nie, so aku just bagi tahu pemandu tu supaya turunkan aku dekat tempat yang berdekatan dengan tempat yang aku nak tuju tu. Pemandu tu adalah wanita. Once dah sampai tempat yang dia rasa sesuai untuk aku turun, dia bagi tahu aku. Seriously baik gila.

Alhamdulillah aku sampai ke Union Station dengan selamat sebelum hari gelap. Ke hari dah gelap masa tu, aku tak ingat sebab tak ada gambar yang menceritakan waktu malam aku masa tu. Bila dah malam, aktiviti untuk mengambil gambar adalah paling aku elakkan. Takut kena rompak. Hihi. I guess, i just proceed to go to Union Station from the place i was dropped off. Then spent the whole night in Union Station. And that was pretty much what happened on day 5 as a homeless tourist. I hope you guys enjoyed it.


Enjoy the video !

-------------------------------------------------------------------------

Nantikan entri untuk hari ke-6 pulak ye. Semoga tak ambil masa yang lama untuk update hari ke-6 tu. Hari ke-6 merupakan hari last aku berada di Washington DC, next destination will be reveal later which most of you already knew since i bragged about it in my Instagram and Facebook. Lol. It was New York guys. So nantikan ye.

See ya !

1 comment:

  1. Binatang tu nama dia Canada goose. Sangat digalakkan untuk tidak menghampiri Canada goose sebab mereka ni liar dan garang. Kalau diaorang dah start kejar orang, habislah orang tu.

    ReplyDelete

Home