Monday, July 27, 2015

Cerita buka puasa

Assalamualaikum and good day everyone !

Sebelum aku update cerita raya 2015 aku, adalah lebih afdhal aku dahulukan entri puasa nie dulu. Dah mengarang entri nie sebelum raya lagi, tapi baru laa nie siap. Busy beraya katanya. Kali nie nak highlight beberapa sesi berbuka puasa sepanjang Ramadhan 2015 yang aku anggap diluar daripada norma kehidupan diri ini.

_________________________________________________________________

1 Ramadhan (18 Jun 2015)

Dah tahun ketiga tapi ini merupakan kali pertama pengalaman aku berpuasa di UPSI. Tak pernah lagi merasa ramadhan di UPSI sebab biasanya semester aku habis sebelum bulan Ramadhan lagi. Tapi kali nie, terkena pulak sebab last paper pada 19 Jun. Masa tu aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya berpuasa di UPSI. Tak tahu sahur macam mana, buka puasa macam mana.


Wednesday, July 15, 2015

Nike Shoes Fashion Looks For Men

Good day everyone !

Setiap kali terdengar jenama Nike je aku akan fikir kasut sukan. Setiap kali Nike je mesti kasut sukan yang aku bayangkan. Aku nie pon bukan lah bersukan sangat, cuma join acara padang yang lari-lari tu je. Cuma bab lari-lari je yang aku mampu. Sukan lain kelaut sikit. So i never think about buying Nike shoes because of that stereotype.

But hey, that is old stereotype. Nowadays, you can wear Nike shoes for every occasions, no matter in doing sport activities or your daily basis routine. Memang tengah in sangat sekarang nie orang pergi mana-mana pakai sport shoes. It looks smart and sporty. Even perempuan pakai baju kurung pon pakai kasut Nike tau. Jangat terkejut.

Monday, July 13, 2015

Back To School (PSYCH Dinner)

Assalamualaikum and good day everyone !

Kali nie nak cerita pulak pasal dinner PSYCH yang telah berlangsung pada 8 May lalu, bertempat di dewan Kolej Ungku Omar UPSI kampus Proton City. Abang dah cakap, dua bulan kemudian baru entri nie muncul. Tak nak percaya.

Okay, annual PSYCH dinner kali nie diterajui oleh junior-junior batch Auriolus, Vertigo dengan Clairvoyant. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Congrats semua AJK yang terlibat !



Saturday, July 11, 2015

Penang Field Trip

Assalamualaikum and good day everyone !

Kita berehat dulu dari meng-update cerita America. Penat weyh nak throwback-throwback nie. Tambah-tambah banyak benda fakta nak kena ingat. And I know you guys are excited for my 10 days vacation story, so sabar naa. Will come to you shortly after i finished my May stories.

Ada beberapa ketul je cerita untuk bulan Mei yang aku anggap "penting" untuk di update. Yang lagi beberapa ketul tu tengoklah kalau aku free aku update. Kbai. Cerita nie pon dah tertangguh 2 bulan tau.

Kali nie nak cerita pasal rombongan kelas ke Pulau Pinang awal bulan Mei lalu. Ia berlangsung selama dua hari dari 2 Mei hingga 3 Mei 2015. Actually masa nie orang lain tengah sibuk bercuti balik kampung halaman, tapi kami terpaksa stay di bumi Tanjung Malim demi rombongan ini. Habang berkorban demi kelas kita dikk. Habang redha.

Friday, July 10, 2015

Classes

Assalamualaikum and good day everyone !

Aku tak pernah cerita lagi apa yang aku belajar kat sana. So kali nie aku nak cerita pasal hal tu.

Di GCSU, semua student kena ambik at least 12 jam kredit. Itu paling minimum lah. Rasanya semua universiti macam nie kot kan. Tapi kat sana, kami (pelajar-pelajar international) dinasihatkan ambik 12 sahaja. Takut tak boleh nak bawak or tak biasa dengan sistem sana.

Alhamdulillah aku cuma ambik 12 je. Aku ingat nak ambik lebih. Ternyata memang agak susah lah since aku tak biasa dengan sistem kat sana compared to my home university punya sistem. Itu pon jenuh tak tahu nak ambik subjek apa. Masa aku mengkaji subjek apa yang GCSU tawarkan untuk kos aku nie, banyak lah benda boleh ambil. Tapi bila dah sampai sana, either tak bukak untuk semester tu or tak memenuhi kriteria (prerequisite).

Thursday, July 2, 2015

Berbuka Puasa di Sukasucre Bistro

Assalamualaikum and good day everyone !

Nampak sangat excited nya tu, baru dua hari lepas berlaku hari nie dah updated blog. Selama nie dua bulan kemudian baru entri tu muncul. Tak apa lah, benda baik di bulan baik, apa salah nya kita percepatkan, ye dakk ?? Hihi

Nak cerita lah pasal berbuka puasa pada 30 Jun hari tu dekat Sukasucre Bistro milik Dato' Fazley Yaakob nie. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...