Saturday, October 24, 2015

Festival of Asean Cultural Expressions 2015

Assalamualaikum and good day everyone !

On October 17th, my classmates and I went to Festival of Asean Cultural Expressions 2015 at NU Sentral. We were invited by them to attend this festival. And of course we were very excited about it. Aku lagi lah excited sebabnya dah dua minggu terperuk dekat UPSI tak pergi mana-mana. Tolong cakna, 2 minggu okay. Rasa lama sangat dah tak balik rumah. Bayangkan nasib budak-budak Sabah Sarawak yang tahan satu semester tak balik rumah.

I just can't T__T

There were 10 countries participated in this festival and they are Brunei Darussalam, Myanmar, Cambodia, Indonesia, Laos, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam and last but not least, my beautiful Malaysia.


Monday, October 19, 2015

2D1N in Cameron Highlands - TJ Lodge Hotel

Assalamualaikum and good day everyone !

As i promised, here we are. I will be detailing about where i stayed when i was in Cameron Highlands two weeks ago dan juga apa yang berlaku pada malam itu. RM50 je weyh satu malam kat hotel tu. Untuk tempat-tempat yang aku pergi masa kat Cameron nie, korang boleh baca di sini : KLIK .

Aku seboleh-bolehnya nak cari hotel semurah yang mungkin. Kalau orang lain belanja, aku tak kesah. Malah dialu-alukan lagi. Bagi aku, kalau semua benda cukup and selesa, aku okay je. Plus, hotel tu tempat untuk tidur je so buat apa nak mahal-mahal. Bukan sepanjang hari terperap dalam bilik. Lain lah kalau pergi honeymoon, yang tu lain cerita.

Aku suggest kan for those yang nak menginap di Cameron Highlands nie, cari hotel area Tanah Rata. Jangan cari dekat Brinchang. Situ sesak gila kot. Parking pon susah dapat. Jammed nya lagi. Lagi satu, kalau kau nie jenis yang datang on the spot, tak book mana-mana hotel, better check in awal-awal. Kalau ko check in dekat-dekat nak maghrib, berkemungkinan nak dapat tempat adalah tipis. Tambah-tambah pada hujung minggu. Macam kitorang, check in jam 3 petang, floor kitorang sunyi tak ada orang masa tu. Sekali bila dah malam, satu floor penuh. Cepat gila penuh.

Memandangkan kitorang pergi nie dikira hujung minggu, maka rata-rata semua hotel, room rate untuk satu malam adalah 80 ringgit. Harga untuk hari minggu berbeza dengan harga hari biasa. Harga hari biasa quite cheap. Bila hari minggu dia terus naik mendadak. Sebolehnya, aku nak cari yang lagi murah daripada tu, but in case kalau dah tak ada sangat, 80 ringgit pon quite nice jugak. Kiranya masih lagi dalam bajet lah sebab memang aim yang under 100 pon.



Tempat yang kitorang menginap nie ialah TJ Lodge. Ia terletak di area Tanah Rata. Hotel nie dekat first floor. Ground floor dia ada pub. So sape-sape yang nak mabuk malam-malam, boleh turun bawah hotel. Kat tingkat atas tu ada kaunter receptionist tapi segala jadah urusan pembayaran, kena pergi ke sebelah pub tu. Ada satu kiosk kedai kecil. Kalau korang check in malam, maybe boleh bayar kat atas je.

Tu hah tempat nak bayar


Receptionist tu nama dia Uncle Wan. Sangat baik lah masa first jumpa dia tu. Dia suruh kitorang tengok-tengok bilik dalam tu dulu before check in. Alhamdulillah lah sangat selesa. Konsep hotel nie macam rumah yang mengandungi banyak bilik. Sangat banyak lah bilik-bilik dalam nie. Satu floor boleh ada up to 10 rooms. Pilih je nak yang mana satu. Kalau nak yang mahal sikit pon ada. Bilik harga 80 ringgit best lah sebab toilet kat dalam.

Aku ambil twin sharing room je, double single bed. Untuk bilik yang aku ambil nie, harga untuk satu malam hanyalah 50 ringgit. Tapi toilet dekat luar lah. Aku tak kesah pon toilet kat luar. Lagipon toilet tu tak jauh pon dari bilik aku. 10 langkah dah sampai. Kawasan tandas tu macam dekat tandas RnR. Besar dan banyak bilik air. Cumanya dia kawasan terbuka. Kalau perempuan mungkin nak privacy sikit so boleh lah ambik bilik yang attached bathroom.


BTW kan, hotel-hotel yang ada kat Cameron Highlands nie jimat kot bil elektrik dia sebabnya dorang tak gunakan air conditioner pon. Hanya perlu bukak tingkap untuk sejukkan bilik. Seronoklah duduk dekat Cameron. Manjang sejuk.


That Uncle Wan yang aku dok sangka baik pada mulanya tu, berubah secara tiba-tiba. Dia tak ada lah berubah cumanya sangkaan aku terhadap dia meleset lah. Ku sangkakan baik dan mesra, rupa-rupanya tak tumpah seperti seekor serigala yang sedang lapar. I didn't notice it at first but then he started acting weird. By weird, i mean really weird.

Mula tu, si Parisah yang kena. Aku suruh dia pergi tukar parking spot. Mula tu, kami parking jauh daripada hotel tu sebab malam parking agak full, maybe disebabkan pub tu kot. Bila dah malam sikit, ada parking spot betul-betul depan hotel kitorang. So suruh dia pergi alihkan kereta.

Agak lama lah dia alihkan kereta, i was worrying why he took so much time to change parking spot. Rasanya masa jenguk dekat tingkap bilik tu, dia dah keluar dari kereta. Rupanya ada something happened masa dia tengah on the way ke bilik. That Uncle Wan grabbed him and took him to his office and asked him whether he wants a good massage or not. It costs 60 ringgit for 15 minutes. Parisah pon cakaplah tak nak and Uncle Wan tu macam memaksa. But still dia tak nak and terus blahh masuk bilik. Masa dia cerita benda tu dekat aku, aku agak terkejut jugak lah.

Kawasan yang dibulatkan itu merupakan bilik kitorang

Then baru aku boleh relate dengan kejadian yang berlaku pada aku, masa sebelum kitorang keluar nak makan. First masa nak solat maghrib, aku ambik wudhuk kat bilik air, that Uncle Wan followed me to the toilet. He helped me with the shower things. He helped me with it. I didn't think anything except of him being nice. Lepas dah solat tu baru lah aku pergi mandi. Nak pergi mandi tu pon dia ikut. Sampai masuk ke bilik air. Ko ghase ?

Dia dah tunjukkan macam mana nak bukak hot shower tu so why nak tunjukkan lagi. But still he was standing there in the bathroom, not to mention, with me in it. I was staring at him and waiting for him to get out like "Ko tunggu apa lagi, aku nak mandi nie". Shortly after that he went out from the bathroom. Thank God.


Nothing like a nice hot shower after a long day. It felt so freaking good and that was why i spent an hour in the shower. Lol. Then, that Uncle Wan started acting weird again. He switched off the bathroom lamp that i were in. I was like "Dah kenapa orang tua nie, tak bagi aku mandi lama-lama ke apa, takkan lah nak kena berjimat kot". So aku pon keluar lah. Macam dah bagi sign supaya aku keluar. Fine.

Surprisingly, he was in that toilet area. OMG sangat scary okay this uncle tua. He was saying "What a long shower" at me. I was just smiling at him and straightly went to my room without saying a word. Sibuk pulak dia tu, suka hati aku lah nak mandi lama ke tak. Aku dah bayar, ye dakk.

Lepas dah ada kan sesi perbincangan malam tu, we were quite scared. But no worries guys, he's just a skinny old man. He is also very short. Sorry. I didn't mean to make fun of his size. He looks like mamak. At first, I thought he's Indian, but he's Malay. He has problem with his legs i guess coz he had struggled in stepping the stairs. Macam terhencot-hencot sikit nak naik tu. Typical old people problem. So nothing to worry. Kalau dia bertindak lebih-lebih, i am hundred percent sure you can fight against him. Even you are skinny, like me.

Tudia mamat kuruih

We were enjoying the cotton candy we bought earlier at the market in our room while watching The Nanny. Lepas dah habis makan tu, aku pon pergi basuh tangan sebab melekit-lekit tangan pegang cotton candy tu. And guess what ? That weird uncle followed me, again. Urghhh. At this moment, i already knew that he is very the sesuatu. So prepare jelah sebarang kemungkinan.

He was rushing to the bathroom like he had diarrhea or something. Hahaha. Tapi tak pon, datang toilet tu macam orang clueless sambil pegang boxer macam orang nak terkencing, tanpa tutup pintu. In fact, he was staring at me and then asked me "Are you free tonight?".

Creepy.

Dia pakai boxer je kot malam tu. Ko ghase ? Aiyoo, aku pon pernah jadi receptionist jugak, tapi tak ada lah aku pakai boxer time jaga hotel belah malam. Even hotel aku jaga tu tak ada guest. Ini hotel penuh dengan guest, boleh pulak dia nak menayang kedutan di kakinya tu kepada khalayak.

And he asked me about the massage thing. I firmly said no but he insisted. He started to touch my shoulders. I know that he is very the sesuatu, but i still want to remain nice. So i just let him be. Then he started to raba me and i know he wants to go there. Then i stopped him. Aku cakap, takpe lah uncle, nak tidur nie, dah malam.

Macam mana lah aku boleh bagi dia pegang aku, itulah benda yang paling aku menyesal. Aduiii

Ilustrasi di atas menunjukkan peta 1st floor tu and sekaligus pergerakan that uncle and me. Me is the yellow one

Then he rushed back to his office. I dont know why. Rupanya kan, dia pergi tutup pintu guest room nombor 1. Bilik tu ada budak-budak bujang baya-baya aku. Dorang tak tutup pintu masa aku nak basuh tangan tu. At that time aku baru nak lalu office dia menuju bilik aku. Then he stopped me there and nak ajak berborak dekat dalam office. Oh no. Lepas apa yang dia buat kat aku tadi, jangan mimpi lah nak masuk office kau tu uncle woi. Patut lah gigih tutup pintu bilik 1 tu. So i just stood outside his office, and he sat on his chair. Then I saw Heineken can on his table.

He was drunk guys. No wonder cakap pon merapu. Dia dok tanya bila aku nak habis belajar, nak tak kerja dengan dia gaji 2000, keep asking the same questions and banyak lagi lah soalan ntah pape yang aku rasa agak tak sesuai untuk ditulis di sini. Seriously Zharif ? If you think it's not suitable for your readers to read, you shouldn't share about it in the first place -___-

It's just too much guys. Nak tulis pon jadi malu.


Malam tu aku berjaga kot sambil sambung tengok cerita The Nanny sorang-sorang. Si Parisah memang dah sadaqallah ul azim lepas jam 12 malam. Memang tak boleh nak buat apa lah. Aku risau takut tiba-tiba tengah malam dia bukak pintu bilik kitorang. Ya Allah takut sangat. Sebab tu aku bagi tahu si Parisah, jangan tengking or buat uncle tu marah, tolak baik-baik because anything can happen to us that night.

Sebab tu, pagi-pagi kitorang bangun and bersiap-siap, then terus check out. Memang tak nak patah balik hotel dah. That uncle Wan tu boleh pulak macam buat-buat tak kenal kami berdua. Malah diabaikannya. Kuajaq tol.


I hope, for those who's planning to stay here, be extra careful with this uncle. After all, it's a very nice hotel. Sangat sesuai untuk backpackers mahupon untuk yang berkeluarga. Harga pon murah, bilik pon okay. Bilik yang attached bathroom sangat cantik. Kemudahan yang disediakan dalam hotel nie pon banyak macam tempat gosok baju, tempat nak masak, water heater, peti ais, internet and banyak lagi lah. Just that uncle je lah yang problem, lain semua okay.

Type of rooms in TJ Lodge Hotel and the facilities provided there


If that uncle doesn't exist, i would rate 5 stars for this hotel.

Saturday, October 17, 2015

2D1N in Cameron Highlands

Assalamualaikum and good day everyone !

I went to Cameron Highlands with my best friend on 2 October. Which was two weeks ago. We went there by car. My friend drove his car all the way from Negeri Sembilan to Tanjung Malim. He sent his Latihan Industri report as he will be graduating this November so he stayed one night here in Tanjung Malim. The next morning then we started our journey to Cameron Highlands.


It's been a while since my last visit to Cameron Highlands. Last time pergi masa aku matrikulasi which was 3 years ago. I went there with my classmates. But it was only a day trip. Segan sebenarnya bagi korang baca entri-entri zaman dahulu kala nie. Agak kelakar bila baca balik, and rasa ntah pape pon ada. So terima lah, nahh : KLIK .

Untuk jelajah Cameron kali nie, i stayed one night there untuk merasai suasana malam di sana.

Kitorang singgah bersarapan pagi tu dekat satu kedai mamak di Behrang. Maigad !! Sedap sangat sambal roti canai dekat situ. Rasa nak menangis sebab tak beli banyak. Bila lah dapat lagi ke situ, mengharap ihsan orang bawakkan jelah. Semoga dapat bawak kenderaan sendiri sem hadapan.


Then, kami terus bertolak ke Cameron Highlands. Pergi nie kami ambik jalan Tapah. Memang pening gila lah jalan dia macam ular kena palu. Jalan nya curam, sempit dan tak berapa nak elok. Berdoa banyak-banyaklah bila lalu sini. Sangat menyeramkan ! And akan lalu satu tempat yang sangat cantik. Tempat itu ialah Lata Iskandar. Seriously cantik sangat. Ingat nak berhenti tapi tak ada tempat nak parking pulak. Nak slow down pon tak boleh. Orang belakang asyik dok mencucuk je, jadi terpaksa lah teruskan.


Sampai sana around 2 petang macam tu. Seriously sejuk sangat bila dah sampai atas tu. Berkabus. Aku rasa jerebu, bukan kabus. Masa kitorang sampai tu hujan renyai-renyai lebat. Makin bertambah-tambahlah sejuk dia.

First kitorang cari tempat untuk menginap dulu. Memang banyak hotel-hotel di sekitar Cameron Highlands nie. Jadi toksah risau lah kalau korang datang on the spot, tak book apa-apa. I'll be detailing about it in next entry. There's an interesting story about that hotel where we stayed. So stay tuned.

Lepas dah check in je, masing-masing pakat tidur. Dekat nak maghrib baru lah terbangun. Lol. Seriously penat kot memandu jauh. Lagipula tengah hujan renyai-renyai, malas pulak nak keluar. Sejuk kot. Lebih baik tidur.


Malam tu turun pergi Brinchang. Seriously agak jammed sikit masa nie. Hujung minggu kan, so agak ramai sikit. Parking pulak susah nak cari. Kitorang google ada satu tempat makan yang mana agak menjadi pilihan para pelancong Melayu yang inginkan sesuap nasi dan makanan panas pada belah malam. Restoran Idaman Aikae lah nama restoran tu. Deretan hotel-hotel bajet area Brinchang. Seberang KFC Cameron Highlands.

Pandai-pandai lah cari, mesti jumpa punya.


Harga makanan dia okay lah. Tak ada lah mahal sangat. Lagipula for Malays, susah nak dapat tempat makan macam nie pada belah malam. For Chinese, mungkin ada banyak pilihan coz i see a lot of Chinese restaurants at this area.

Makanan kat restoran nie seriously sedap. Siap tambah nasi okay. Cuma satunya restoran nie agak kecil. Pengunjung sangat ramai. Jadi agak berhimpit sikit dalam nie. Jadi, makan tu, tak boleh lah nak nikmat sangat. Orang lain pon nak duduk jugak. Kena bertimbang rasa sikit.


Lepas tu pergi pasar malam Brinchang. Aku tak pasti kat mana pasar malam nie, yakin je cakap dekat Brinchang. Saja tengok-tengok apa yang dorang jual. Tak beli apa pon, cuma beli this one big ass cotton candy. Harga dia 5 ringgit je tapi aku dapat dengan harga 4 ringgit. Jangan jealous.


Choiii ! Bukan aku gi kenyit mata dekat si penjual tu untuk dapatkan harga murah. Letrik mati tetibe masa dia tengah proses cotton candy tu. Jadi saiz yang aku punya nie agak kecil berbanding saiz biasa. Tu yang dia jual 4 ringgit tu. But still, it was big enough for me.

Masa nie lah kami berdua discover something iaitu bila ko hembus nafas je, ada asap keluar dari mulut. Ala-ala duduk oversea gitue. Aku tak ada lah culture shock sangat bila hembus-hembus keluar asap dekat mulut nie as i already experienced it when i was in the US. Tapi si Parisah tu seakan terkena kejutan budaya di mana beliau asyik menghembuskan nafasnya yang berbau itu demi sesuap asap di mulut. Feeling tengah berada di Korea katanya.

Something interesting happened at the hotel on that night. Tunggu next entri naa, nanti aku cerita.


Untuk keesokan harinya, lepas dah check out, kami pon bertolak ke destinasi pertama, iaitu Ladang Teh Boh. Jangan persoalkan kenapa aku pakai baju yang sama untuk hari kedua. Aku tak pergi mana-mana masa first day tu so agak sayang lah baju tu membazir macam tu je. Dah lah baju baru ZALORA sponsor. Kbai.


Seriau lah nak pergi tempat Boh nie. Jalan dia muat satu kereta lalu je weyh. Only at certain places je yang boleh lalu dua kereta. Yang lain tu, either ko undur sampai ke tempat yang dua kereta boleh lalu, or ko menjunam dalam gaung. Pilih lah. Time kat sini lah, baru betul-betul kita manfaatkan penggunaan hon kereta tu. Everytime nak selekoh mesti nak kena hon. Takut kang ko terkejut opocot ada kereta datang dari depan, habis bercium kereta kau nanti.

Sila hon untuk keselamatan.


Dah sampai tu, nak kena mendaki sikit baru lah sampai ke atas. It was a breathtaking scenery, but too bad, the haze covered it all. But still you can see the beauty of Cameron Highlands from up there.



Kat sini banyak lah sejarah-sejarah and fakta-fakta yang dia tayangkan tentang penubuhan jenama BOH nie, but i didn't read them. Too lazy to read. Not my cup of tea lah baca benda-benda sejarah nie. Mohon faham.



Machine merah putih nie lah yang digunakan dahulu kala untuk melenyek-lenyekkan daun-daun teh tu.



Dekat BOH nie jugak, kita dapat melawat kilang memproses daun-daun teh yang dipetik tadi untuk dijadikan serbuk teh. Masuk adalah percuma, so don't worry. Kalau kena bayar, aku rasa memang tak ada sape yang nak masuk. Bhahahaha



To be honest, i don't like the smell of the tea. I mean the leaves. When the grinding process takes place, the smell is so ohmaigad. I just can't stand it. Anyway, still gagahkan jugak lah duduk dalam kilang nie. Besides, it doesn't take long pon. 5 to 7 minutes dah selesai.



Here are the process. If you are rajin enough to read, silakan. Good for your knowledge. I forgot to take picture of the first stage of the process. I guess, kumpulkan daun teh ? Kbai.


Next, i went to Butterflies Garden near the BOH. Nak masuk sini kena bayar 5 ringgit. Masa aku google tempat nie, dulu bayar 3 ringgit je. Sekarang dah naik 2 ringgit. Cis.



Don't be surprise, even this place calls butterflies garden, but inside it, there are more than just butterflies. Insects and reptiles are also part of the exhibition.




Masa masuk tu, rasa terkesima melihat pelbagai jenis rama-rama ada dalam nie. Sangat-sangat cantik. Susah nak nampak rama-rama sekarang nie. Ku sangkakan sudah pupus. Lol.


Tempat untuk kepompong rama-rama juga disediakan di tempat yang khas. Butterfly is a very beautiful creature but too bad, they don't last longer. Poor you butterflies.



Bermacam-macam jenis kumbang pon dorang ada. Yang bertanduk, yang ada gunting, yang terbang-terbang, you name it. Rasa geli-geli pulak dekat leher tengok kekumbang nie.



Kalau pelancong asing, pekerja kat situ gigih dokong si kura-kura and bagi dorang pegang. Hok kito nie orang local memang tak lah dapat layanan sebegitu. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sesuai sangat.





Malaysia nie kan negara panas. Jadi susah lah para bunga-bunga untuk hidup. Terutama sekali bunga-bunga cantik and cerewet nak hidup nie. But bila datang kat Cameron nie, aku rasa macam, not bad lah negara kita nie. Ada lah jugak tempat-tempat untuk para bunga-bunga nie hidup. Setanding negara mat salleh gituee.




Bunga matahari merupakan bunga feveret aku. Bagi aku bunga matahari nie merupakan bunga yang cerewet. Tak boleh panas sangat, nak kena jaga elok-elok barulah dia tumbuh cantik.



Lavender y'all. Wangi sangat-sangat ! Rasa nak petik sorok-sorok untuk buat masak. 







Nampak pokok pisang pon gigih bergambar tau. Ko ghase ?


Big ass hibiscus



And then, there's a museum inside the garden yang menempatkan serangga-serangga and rama-rama yang telah diawetkan. Biasa-biasa je. Tak ada apa pon yang menarik. Bosan je semuanya.



Okay dah tamat sesi jelajah Butterflies Garden. Next to it, there's a place that sells cactus. Macam-macam jenis cactus ada dalam nie. Dan yang paling penting, dilarang sentuh. So village people semua, tak payah nak curious sangat untuk rasa ketajaman duri cactus-cactus nie. Dilarang okay. Mohon patuh.



Kitorang pergi singgah makan KFC dulu lepas habis jelajah taman rama-rama tu. Lapar gila kot. Jalan pulak dah start jammed disebabkan pasar tu. Selesai makan kitorang pergi another tea plantation, Cameron Valley Bharat Group.



Ye, dah tukar baju masa nie. Pon baju baru jugak dari ZALORA. Mohon cakna semua.


Kat sini baru lah dapat suasana ladang teh tu. Aku actually mencari ladang teh yang aku pergi masa rombongan matrik aku tu. Tapi aku tak ingat dekat mana. Semua tempat yang aku pergi masa rombongan matrik tu, aku tak jumpa pon bila datang masa nie. Pelik sungguh. Semua pakat nak menyorok ke apa.



A video posted by Zharif Azis (@zharif93) on

When you actually don't like it, but you want to be nice, so you put that smile on your face


The souvenir shop. Aku tak beli pon sebarang jenis teh kat Cameron nie. Tak tahu kenapa, kalau aku minum teh, aku akan rasa nak termuntah. So minum teh sangat dielakkan oleh seorang Zharif. Instead of beli teh, lebih baik aku beli buah-buahan. Ada lah jugak faedahnya.


Balik dari ladang teh nie, kami pergi ke pasar untuk beli ole-ole untuk dibawa balik ke rumah. Seriously banyak gila benda yang kitorang beli. Duit mostly habis time shopping dekat pasar nie. So kena bawak duit banyak kalau nak shopping lebih-lebih.


Time nak turun Cameron nie, ada satu taman bunga besar. Lavender garden ke apa ntah nama dia. Lupa lah pulak. Kitorang dah penat sangat masa nie, duit pon dah banyak habis, so malas pulak nak turun and teroka taman bunga tu. So kitorang terus balik je. Balik tu, kitorang ambik jalan Simpang Pulai. Okay sikit lah jalan dia berbanding Jalan dekat Tapah tu. Singgah Ampang ambik adik perempuan aku dekat kolej dulu, then baru balik Banting.

Okay itu jelah cerita nya. Tunggu entri seterusnya untuk tahu di mana kami menginap. 50 ringgit je kot satu malam. Murah sangat. Nak tahu dekat mana ? Kena lah tunggu. Huhu

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...