Tuesday, January 19, 2016

Kursus Asas Penyembelihan Dan Penyediaan Makanan Halal (APEMAH)

Assalamualaikum and good day everyone !

This post contains offensive images for some group of people. If you intend to stay, you may stay. If not, you may exit. This post is about how the Muslims slaughter halal animals to make it halal to consume. This way of slaughtering is proven by the researchers out there, to be the best way to kill the animals as the animals experience less pain and die immediately. You may google about it to read the article. 
You still want to stay ? Cool.

Pada 12 dan 13 Disember yang lalu, aku telah ikuti satu kursus asas penyembelihan dan penyediaan makanan halal atau nama singkatannya APEMAH. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam, bertempat di ILDAS Sabak Bernam. Apa yang best nya pasal kursus nie ialah ianya free. Makan dan minum semua ditanggung.


Dalam jam 11 macam tu, kami sampai di ILDAS. Sampai je terus check in bilik. Bilik dia super awesome. Luas dan siap ber-aircond lagi. Perghhh. Dahlah free tak kena bayar apa-apa. Tempat penginapan sangat memuaskan cumanya toilet dia agak scary sikit. Tinggal macam ala-ala asrama gituee. Kalau terasa nak kencing tengah malam buta, better lupakan je. Kalau tak kang jumpa benda lain. Bhahahaha






Sampai je, kami terus menjamu selera. Lepastu terus masuk kelas dia untuk kursus penyembelihan. Petang nya tu pulak, lepas dah belajar teknik-teknik dan cara penyembelihan halal, kami pon buat praktikal. Each and everyone of us got the experience how to slaughter chickens in a halal way.



There was only one goat for this kursus. And whoever yang rasa nak volunteer cuba sembelih kambing nie, adalah amat dialukan. Kena confident supaya urat-urat yang sepatutnya putus, terputus. Kalau tak, sia-sia kambing tu jadi bangkai, dah tak boleh nak makan.

He was the one who slaughtered the goat. 

Muka ada senyum. Sedih pulak tengok gambar arwah 



Nasib baik lah posisi aku dihalang oleh dengan pak ustaz yang ajar kami teknik sembelih nie. Kalau tak, memang darah dia memancut-mancut ke aku. Tapi yang teruk kena darah tu roommate aku lah. Satu badan kena darah.

OMG. I just can't.

You can't really see the blood on me, but surely it was there.

Sesi pemeriksaan sama ada sembelihan tadi sah ataupon tidak

Semua peserta untuk kursus nie berpeluang merasai sendiri menyembelih binatang. Terdapat berpuluh-puluh ekor ayam yang disediakan untuk kami semua. Semua wajib buat. Bukan lah wajib, i mean apa guna participate kursus nie kalau tak experience sembelih tu, ye dakk ?



And semua peserta took part in slaughtering the chickens. Even takut-takut tapi akhirnya semuanya cuba.



Thug life . . .



And now, it was my turn. You may watch the video below. 
Nervous like hell but i did it successfully. First time !



And that pisau seriously sangat tajam. Hiris sikit je dah boleh terpotong. Ada satu kejadian tu, di mana ada satu peserta tak betul-betul istiqamah, bila dia start sembelih ayam tu, ayam tu start meraung and dia pon mula bergerak dari posisi asal. Lalu mencederakan jari ustaz tu. Haihhh


The guy behind was like " Ermmm perempuan, biasalah . . . "


Lepas semua ayam di cek and semua ayam dah di ishtiharkan halal untuk dimakan, maka proses pembersihan ayam-ayam itu tadi pon bermula. Kami belajar togelkan ayam tu. Selama nie beli je kat kedai ayam. Tak tahu pon proses pembersihan macam mana. Tapi time kursus nie, merasa lah bersihkan ayam. Daripada dia berbulu sampailah dia togel.



Kambing tadi pon sudah siap dilapah dan dibersihkan untuk kami ber-BBQ malam nanti. Aktiviti malam pula, ialah sesi BBQ. Dapat makan kambing bakar. OMG. Aku nie memang hantu kambing bakar. Peserta-peserta kursus nie pulak ramai yang tak makan kambing, jadi rasa heaven gila kot. Tak perlu nak berebut, tak perlu nak risau daging kambing tu habis. Hahahahaha


Tengok tu . . . .

Itu saja yang berlaku untuk hari pertama. Hari kedua pulak, kami kena bangun pagi-pagi untuk sesi riadah pagi. Lepastu yang conduct aktiviti pagi tu, gaya dia ala-ala askar. Ke memang dia askar ? Aku tak sure. Tapi tengok muka memang garang gila, and sangat tegas.


Aku dah mula rasa tak suka. Aku tak suka kem-kem yang ala-ala askar nie. Sebab tu PLKN aku tak pergi. Lol. But as the time passed by, tak ada lah strict and rigid sangat aktiviti pagi tu. Enjoy je. Alhamdulillah.


Sesi perkenalan antara peserta pagi tu. Dah masuk hari kedua, yakni hari terakhir kursus, baru nak buat sesi ice breaking. Hahahaha. Habis sesi ice breaking, kami main explorace. Best lah sebab dah lama tak main explorace. Aku suka aktiviti explorace nie.


My team. Sorang je laki T__T

Check point last, kami kena buat satu model yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan and apa ntah menggunakan barang kitar semula. And it represent the team. Eh entah lah. Aku dah tak berapa ingat kena bina model based on apa benda. Yang pasti, kami kena explain kenapa buat model tu.


Sesi presentation . . .

Model group aku adalah masjid uols. 



Tamat aktiviti riadah untuk pagi tu, ada sesi bergambar. Mereput handphone tak kasi bawak sepanjang aktiviti riadah pagi nie. And Alhamdulillah, semua survive je walaupon tak ada phone =D



Lepas sarapan pagi, kami terus bersiap-siap, mandi semua and pakai pakaian formal untuk ke sesi kelas berikutnya sekaligus acara perasmian penutup kursus ini.


Apa yang ustaz tu bagi tahu dalam ceramahnya, jangan mudah percaya dengan benda-benda viral mengatakan this food tak halal and that food tak halal, restoran nie tak halal and restoran tu tak halal. Dan banyak lagi lah. Benda-benda yang sering viral di whatsapp nie biasanya benda lama yang ter-viral semula, and benda yang diada-adakan.

Sis jangan buat muka sangat ye sis

Ustaz tu kata, pihak JAKIM macam penat asyik nak jawab isu yang sama and terpaksa cek itu ini, walhal tak ada benda pon actually. Kena buat because isu tu dah jadi hangat. And banyak lagi lah dia bagi tahu. Aku dah lupa pulak. Nak boikot boleh tapi jangan sampai memfitnah. Memang lah tak boleh nak yakin sentiasa, tapi entahlah. Aku rasa macam penat sangat tengok benda-benda viral pasal tak halal nie. Lagi-lagi isu starbuck tu.

Yang kod bermula dengan E mende ntah, yang orang kata daripada lemak babi tu, itu bukan. Aku tak ingat apa yang ustaz tu cakap, tapi yang pasti ianya bukan dari lemak-lemak haiwan. Maaf lah tak dapat nak share ilmu yang aku dapat masa kursus nie sebab aku dah mula tak ingat. Dah sebulan lebih berlalu. Hihi


Tarikh kat banner tu salah tau. Kursus nie tertunda actually. 


Seronok lah sepanjang kursus nie sebab pesertanya ramai dari kos aku, kos psikologi. So semua macam satu kepala. Semua macam masuk air, tak berapa nak betul. Jadi meriah lah.


Okey, rasanya itu sahaja apa yang berlaku sepanjang kursus 2 hari 1 malam di ILDAS nie. Sangat bagus lah kursus nie sebab ia mendedahkan anak muda teknik-teknik yang betul untuk menyembelih haiwan. Siap praktikal okey, bukan cuma ajar je. Merasalah sembelih haiwan untuk pertama kalinya. Yang paling best pasal kursus nie ialah ianya free.

See ya !

1 comment:

  1. menarik dan sungguh bagus info nie.
    betul kata penulis, apa guna sertai kalau tak amik experience menyembelih tu...

    ReplyDelete

Home