Friday, February 26, 2016

3 Clueless Tourists In India : AGRA

Assalamualaikum and good day everyone !




Kami pon bertolak ke Agra pagi tu. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam untuk sampai. Kami mereput tido je dalam kereta tu. Kesian Ram duduk depan sorang-sorang. Mula-mula memang salah seorang daripada kami duduk depan, tapi rasa tak best sebabnya nak borak-borak susah. Tak ada feeling. So kami tak pedulikan hati Ram, kami duduk bertiga dekat belakang. Padan muka Ram duduk depan sorang-sorang. Lulz

Lagipula, Ram bagi tahu, sape yang duduk depan, dia tak dibenarkan tidur. Kalau orang tu tidur, dia boleh dikenakan saman. Sebabnya aktiviti tidur itu boleh mengundang si pemandu tu ngantok. So kalau nak tidur, duduk belakang. Boleh pulak undang-undang India macam tu erk. Ram yang kata, aku sampaikan aje.

Kalau Ram tipu, jangan jadi seperti Ram.


Seriously, memang tak nampak jalan masa nie. Kiri kanan depan belakang ditutupi kabus tebal. Semua kereta kena bukak lampu so that pemandu lain nampak. Tapi highway dekat India nie sangat lengang kot. Mengikut apa yang Ram bagi tahu, orang locals tak banyak yang ada lesen sebabnya dorang pemandu yang teruk. Lulz.

Tapi aku rasa, salah satu sebab kenapa tak ramai yang ada lesen ialah disebabkan kemiskinan. Nak buat lesen mahal kot dekat India nie, bagi orang India tu sendiri. Sedangkan duit nak makan pon tak cukup, apatah lagi nak buat lesen. Memang tak lah. Lagipula, orang locals nak buat apa pon lalu highway. Mesti jarang teramat sangat dorang pergi bercuti. Maybe sebab tu lengang kot.



First, si Ram berhenti tepi jalan untuk tunggu adik dia datang. Sebab rumah family Ram terletak di antara Delhi dan Agra. So dia berhenti tepi jalan untuk tunggu adik dia datang. Lama jugaklah kami berhenti tepi jalan tu. Adik si Ram bawakkan selimut and some other things for him, termasuk sedikit makanan untuk Ram. So sweet.


Lepastu Ram berhenti lagi. Ram caught peeing merata. Lulz. Though i am a guy, i don't approve this. Kencing merata nie bukanlah satu perkara asing di India. Trust me, you will see it everywhere. Sementara tunggu si Ram kencing, aku pon mengambil kesempatan ini untuk keluar dari kereta dan menikmati kesejukan di luar. Memang sejuk gila.



Tak lama kemudian, kami pon singgah mengopi di RnR. RnR dia biasa-biasa je. Tapi okay lah, dapat mengisi perut sikit. We bought nescafe and pizza to fill our empty stomach. The pizza was really good. Si Faries yang tak makan vege pon boleh telan pizza tu, so boleh nampaklah betapa sedapnya pizza tu.



Faries menggedik beli maggi goreng dengan harapan dapat isi perut tapi malangnya, maggi goreng dia tasted awful. Aku rasa maggi goreng tu sesuap je, terus tak lalu nak makan. Euuuwww


Lama jugak kami di RnR tu. Lepastu boleh pulak si Ram tolong stranger yang lori nya rosak dekat RnR tu. Maka kami pon berhuhu menunggu si Ram. Setelah selesai, kami pon sambung perjalanan menuju ke Agra dan akhirnya kami pon sampai. It took 4-5 hours to arrive, but my junior went to Agra from Delhi by car, only took her 3 hours to arrive. Semua salah Ram. Ram yang bawak kereta, kami tukang tidur je kat belakang.

First thing first, we checked in to Hotel Amar Yatri Niwas. We left our bags there and rested for 30 minutes before went for sight-seeing in the evening.




Hotel dekat Agra nie, aku rasa paling mewah antara tiga hotel yang Farouk bagi. And aku rasa, room rate per night hotel nie agak mahal. Tu yang pakej kitorang mahal agaknya. Tapi tak apa lah. Benda dah jadi. Hotel nie agak mewah and sangat selesa lah. Ruang bilik dia sama besar dengan hotel dekat Delhi. Tapi hotel nie lagi lawa lah aku rasa.






Tanpa buang masa, kami pon keluar semula untuk mulakan sight-seeing di Agra nie. Sight-seeing di Agra nie kami ditemani oleh seorang tourist guide bernama Syaqeel, with double ee. Jangan silap ! Nanti Adi marah, Kawan baik si Syaqeel, Adi nie. Bhahaha.

BTW, Syaqeel nie seorang yang berpelajaran. Kira bukan orang kebanyakkan lah. Muka pon boleh tahan, boleh lah. Nak buat taik dengan Syaqeel nie segan sikit lah, sebab dia jenis orang "standard". You know what i mean ?




Kami melawat Agra Fort pada petang tu. Masa sampai sini, Syaqeel berpesan supaya letak semua barang berharga dalam bag. Jangan keluarkan langsung sebab banyak penyeluk saku dekat situ.

Dari tempat parking nak ke Agra Fort nie ramai gila penjual-penjual jalanan yang bersedia untuk "memaksa" tourist untuk beli barang-barang mereka. Seriously, dorang akan serbu.


Tips : Jangan tunjukkan sebarang interest terhadap barang-barang yang dorang jual, or else sampai ke pintu masuk dia akan kejar ko and "paksa" ko untuk beli. And you will start to feel annoy with them, seriously. Barang yang dijual pon bukan menarik. Kah.

Masa nak otw ke Agra Fort nie dari tempat parking kereta, dorang akan kejar ko. Punya lah bagi diskaun maha dahsyat (kononnya) padahal harga dia tak masuk akal kot. Pantang nampak tourist. Harga dia ewah sangat. Aku masa nie apply perangai diva aku, masa nie lah, baru ko boleh feeling ala-ala retis gitue. Jangan lupa say "sorry" and "excuse me" with attitude masa tepis mereka, baru lah nampak diva nya. Mampu ?




 Dah masuk. yeay !



Nama pon fort kan, so memang banyak pintu gerbang untuk masuk ke dalam. Pintu gerbang ketiga baru ada sesi saringan daripada polis untuk memastikan pelancong tidak membawa senjata or anything illegal inside. Makanan dan minuman pon tak boleh bawak masuk.

Dah macam Amerika dah aku rasa bila kat India nie. Nak pergi tempat-tempat pelancongan semuanya kena lalu sistem saringan macam nie. Tapi kat India nie lagi dahsyat lah, mall bodoh-bodoh pon kena scan badan and cek-cek bag.

Ko ghase ?

Hasil tangkapan Syaqeel

Tugas tourist guide selain menerangkan panjang lebar sejarah tempat-tempat tu, ialah tukang ambik gambar. Syaqeel nie pon boleh tahan jugak skill photography dia, katanya. Bagi aku, kalau muka aku helok dalam gambar tu, maka helok lah gambar tu. And because of that, aku akan puji skill photography ko. Lol.

 Itulah si Syaqeel, tourist guide kami


Syaqeel nie yang aku tak suka perangai dia ialah, dia jenis paksa kami dengar penerangan panjang lebar dia tu. Seriously, kami bosan kot. Tapi memang itulah function seorang tourist guide. Dah lah tu, tak bagi peluang ambil gambar. Bila kami ambil gambar sesuka hati, mula lah dia buat muka and panggil kami dengan cara tepuk tangan.


Faries memang kesumat hati kering, dia tak kesah langsung perasaan si Syaqeel nie. Aku pulak jenis tengah-tengah. Kadang kesumat, kadang baik. Adi jenis menurut. So dialah harapan kami berdua supaya melayan si Syaqeel punya penerangan tu. Meanwhile kami berdua akan sibuk ambik gambar. Jadi tak adalah si Syaqeel tu cakap sorang-sorang macam orang tak betul. Terima kasih Adi kerana melayan Syaqeel dengan baik sekali, best friend forever katanya.


Agra Fort nie seriously besar gila. Yang dibuka kepada public hanyalah bahagian yang ditulis dengan tulisan hijau tu (If you can see). Syaqeel cakap tempat nie sangat besar, dan pengunjung hanya cover only very small part of it. Dia kata only very small part of it tu pon aku dah rasa macam besar gila tempat nie, so boleh bayangkan tak keluasan Agra Fort nie macam mana ?

Tempat yang ditutup tu, diambil alih oleh jabatan ketenteraan India yang bertujuan untuk dorang buat latihan, kalau tak silap lah. Aku tak ingat sangat kenapa military India takes over the place.

 Janhangir Palace



Faries kesumat tidak mahu mendengar celoteh Syaqeel. Buktinya, gambar nie.


Gambar atas nie, merupakan tempat mandi Shahjahan (Correct me if i'm wrong, Armeeta =D ). Lol.

Armeeta is my junior. She corrected me about the Indira Gandhi's history. Hopefully she will help me with this one. Hahaha. She also went there a week after we came back to Malaysia. So she probably knew and memorized all the histories. I don't like histories, tbh. But always end up get an A's for history subject. I have no idea where that A's came from. Luck maybe. Or ihsan daripada tenaga pengajar. Kbai.

Anyway, where was i ? OMG. Lari tajuk sangat nie.



Bawah nie pulak sistem perparitan yang terdapat dalam salah satu bangunan dalam Agra Fort nie. Sistem perparitan dia sangat indah. Wahh !! Parit pon kau cakap indah zarep ?

Isn't it amazing ? 


I know you won't read this, me neither. LOL

Sekarang nie, aku berada dalam bilik tidur Shahjahan. Bilik tidur dia, menurut si Syaqeel, katil dia tergantung dari atas syiling. Kira tak ada kaki lah katil dia tu. And katil dia boleh dibuai macam buaian tu. Boleh bayangkan tak ?

And Adi came to me and said "Motif lelaki pon katil gantung-gantung macam tu". LOL !!



Tapi of course lah katil dia tu dah tak wujud lagi dalam nie. Lagipula kalau korang perhatikan, dinding dia agak hodoh kan ? Actually bilik Shahjahan nie indah teramat indah. Dinding dia diperbuat daripada white marbles, sama macam dinding Taj Mahal. Dan corak or ukiran or apa benda ntah tu di saluti dengan emas.

Tapi sayang, semasa Agra Fort nie ditawan oleh pihak mana ntah, dorang bakar bilik Shahjahan nie. Sebab tu dinding white marbles nie bertukar menjadi warna kecoklat-kekuningan. Dan salutan emas tadi hilang dan musnah sama sekali.


Gambar atas nie, selepas pemberontakan tu tamat, dorang cuba re-painting balik bilik tidur Shahjahan. Tapi tak dapat buat satu bilik tu, sebab menelan kos yang banyak. So setakat itu je yang dorang buat, aktiviti re-painting pon terhenti disitu. Rasanya macam tulah kot. Aku ingat-ingat lupa nie. Help me, Armeeta.

I should have record what Syaqeel told us. Sigh -___-'



Gambar-gambar bawah nie pulak, apa yang terdapat di sekeliling bilik Shahjahan tadi.




Bawah nie merupakan bilik anak perempuan Shahjahan. Shahjahan ada dua orang anak perempuan, and each of them got the same exact room like the picture below. Satu wing kiri dan satu lagi wing kanan yang dipisahkan oleh tempat tidur Shahjahan kalau tak silap.


Yupp, in the middle of his daughters' rooms, is his room. 



Kita sampai dekat satu bahagian di mana para pengunjung tidak dibenarkan masuk. Tempat nie sangat dijaga dengan baik. Dan boleh nampak lah "wajah" asal tempat tu. Macam dekat tempat lain, semuanya hampir tidak menggambarkan keindahannya seperti semasa zaman kegemilangan tempat tu dulu. Tapi tempat nie, kita boleh dapat bayangkan betapa cantiknya tempat Shahjahan nie.

Sekali lagi, dinding dia merupakan white marbles. Shahjahan nie suka sangat dengan white marbles aku rasa. Sampai hampir kesemua bangunan yang diilhamkan oleh dia semuanya diperbuat daripada white marbles. Batu-batu intan dan permata dari serata negara masih lagi utuh dan jelas kelihatan pada dinding-dinding dalam nie.

Boleh perhatikan batu-batu banyak dah hilang akibat kerakusan manusia 


Seriously cantik sangat. Nak bubuh batu-batu intan permata semua tu dekat dinding bukan senang tau. Banyak kerja dia. Lagi-lagi di zaman era dulu kala, alatan teknologi canggih mana wujud lagi. Nanti aku tunjukkan macam mana orang zaman dulu kala install batu-batu permata pada dinding marbles tu yerp. Teruskan membaca.


Di anjung dia merupakan tempat di mana Shahjahan duduk selama 22 tahun menyaksikan pembinaan Taj Mahal sehingga ia siap. Betul-betul straight, dari tempat dia duduk ke arah Taj Mahal. Syahdu dengar cerita Shahjahan dan Mumtaz nie. Besar betul cinta dia pada isteri dia.

Muasamman Burj nie juga dipercayai tempat di mana Shahjahan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Itu lah anjung, tempat di mana Shahjahan duduk menyaksikan pembinaan Taj Mahal. 
Nampak tak Taj Mahal dekat hujung tu ?



The other side of that, they have this thing. Also a sistem perairan something for the fountain or i don't know what was that for. But the thing is, Syaqeel asked me to lay down on that and close my eyes, then he took my photo. He showed me and said, i look like a mummia. Really Syaqeel ? -____-'



Somehow, Syaqeel had so many things to tell till i can't take it anymore. Lulz. Inilah kali pertama kami ada tourist guide and tak sangka lah bila jelajah bersama tourist guide rasa annoying dia lain macam. Hahaha. I can't hide my annoyed face anymore, i guess.



Anyway, Syaqeel did a very good job in explaining all the things that have in the Agra Fort. All the stories he told us, it was very clear and understandable. Compare dengan tourist guide kami di Jaipur, MasyaAllah. Seriously, lagi rasa tak nak dengar. Yang tu kita cerita next entri naa.



Dah sampai sini kan, Syaqeel tak bawak pon kami jelajah ke sana. Terus kata nak balik.



Kami pon menuju ke jalan keluar semula. Tamatlah sesi menjelajah Agra Fort pada petang itu.



Rupanya, baru aku faham kenapa Syaqeel terburu-buru nak habiskan tour petang tu. Rupa-rupanya dia kejar masa. Sebabnya Agra Fort nie nak tutup dah masa tu. We went there at 4 something, and we finished touring the fort around 6pm. Pintu pagar pon nak ditutup dah masa tu.


Anyway, It was such a huge and very nice place to visit. Lot of histories behind that fort. If you have the chance to visit here, listen and record everything what the tourist guide tells you. It is a very interesting history to know.


Balik tu pulak, Syaqeel dan Ram bawa kami ke tempat macam mana dorang "install" batu-batu permata dari seluruh negara dekat dinding white marbles tu. Dekat sini, dorang tunjukkan batu-batu permata yang ada, then cara-cara orang dahulu kala mengukir dan meletakkan batu-batu itu dekat white marbles tadi.



White marbles tadi akan diukir mengikut bentuk yang diidamkan. Once the ukiran done, batu-batu permata tadi akan diukir sebijik mengikut ukiran dekat white marbles tadi. Once it fit, then dorang akan glue kan batu tadi tu dekat white marbles tadi. Then baru polish. Maka hasilnya sangatlah indah.

Banyak kerja untuk buat benda nie. Sebab tu Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun untuk dibina.

Batu-batu permata dari serata negara yang masih raw


Sambil dorang terang panjang lebar tu, dorang akan hidangkan korang air. Minta je nak air apa, banyak pilihan. I chose Pepsi. Always. And it's free !!


Once sesi perbincangan tu selesai, dorang akan bawak korang ke kedai dorang. Dalam tu terdapat hasil-hasil tangan mereka membuat pelbagai jenis barang menggunakan teknik meng"install" batu-batu permata ke white marbles itu tadi. Trust me, i don't think you can afford most of the things inside this room. LOL.


Then he brought us to a room where they place small items which you can get it at cheaper price compared to the previous room. But still, can't afford one. Bhahahaha. Banyak lagi benda aku boleh beli dengan nilai itu. Plus, aku nak buat apa pon benda-benda kecik macam tu. Banyak lagi benda boleh bagi as a souvenir. Kah.


Orang tu akan gigih betul suruh ko beli. Percayalah. And air yang dia hidang tadi tu for free tau, so akan buatkan ko rasa tak sampai hati nak tinggalkan kedai tu without buying anything.

Tips : Tak kesah lah dia hidang air ke, makanan ke, as long as benda tu free, ko ambik. Then buat hati kesumat, jangan rasa sebersalah ke apa. Tak payah beli ! Kedai-kedai macam nie seriously harga dia sangat mahal, compared to kedai-kedai biasa. Just say tak nak sekeras-kerasnya. But with manners lah of course. Jangan kurang ajar pulak. Dia ajak tengok, ko ikut, dah puas tengok then balik. Selesai. 


Lepas kami cakap tak nak beli apa-apa benda yang berasaskan white marbles, dia pon bawa kami ke tingkat lagi satu. Tingkat nie tempat menjual pelbagai barang. Still, harga dia mahal gila kot. Boleh dapatkan semua barang-barang dalam nie dekat tempat lain dengan harga jauh lebih murah.

But still, kami layankan aje.


Paling tak boleh blah bro bawah nie. Jual pashmina biasa je. Kononnya eksklusif lah, harga dia ya ampun bapak-bapak ibu-ibu. Gue aja yang mendengarnya udah mau pengsan apatah lagi yang jantungan. Mahu mati terus disitu.

And part paling kelakar pasal penjual-penjual dekat India nie ialah, dorang nak bagi diskaun, tapi bajet macam dorang kira diskaun tolak untung rugi guna kalkulator untuk bagi best price. Padahal dorang just taip je nombor harga yang dorang nak bagi. Motif guna kalkulator macam acah-acah bajet kira-kira peratus semua tu ? LOL. Tinggal cakap jelah harga tu, ini siap nak taip guna kalkulator bagai. Hahahaha


Bro nie juga cuba untuk menunjukkan bahawa dia pandai pakaikan shawl. Konon acah-acah nak buat tutorial lah. Aku pon macam excited gila lah nak tengok. Sekali hasilnya, lihat gambar di bawah.


Qu puteh sangat uols. Dia cuma lilit macam tu je ? Aiyoo. Aku siap boleh buat style elfira loy, style hanis zalikha, style tudung saji pon boleh. Setakat selempang macam tu, penggali kubur pon bisa lakukan. Hahahaha

Tapi seriously kesian lah brader-brader kat sini, dorang betul-betul berusaha untuk bagi "harga terbaik". Tapi malangnya kami tak beli apa-apa. Seriously mahal kot. Faries jelah yang beli keychain dekat sini, buat syarat. Supaya nak senyapkan mulut-mulut dorang tu semua and tak halang-halang kami untuk balik. Kami dah penat sangat masa nie.


Sebelum pulang, Ram dan Syaqeel bawak kami pergi makan dulu di restoran ini. Restoran nie agak eksklusif bila tengok interior design and dari segi layanan dia. Syaqeel ikut kami masuk dengan harapan kami pelawa dia makan sekali, malangnya kami tak pelawa. Dia pon keluar balik.



Kami pon dah lapar masa nie. Tanpa buang masa lagi, kami bertiga order nasi briyani kambing. Budak muntah-muntah tu masih lagi dalam keadaan tak stable. But getting better masa nie. Still, dia tak habiskan makanan dia as the briyani use a lot of rempah in it. So faham-faham jelah perangai si Faries.


Yang tak boleh blah, time kami tengah syok makan, aku boleh nampak satu tikus putih besar lalu dari kaunter ke bahagian tengah restoran. Then aku panggil waiter tu and bagi tahu ada tikus, dia kata salah tengok kot. Mustahil salah tengok, ingat aku buta tak tahu bezakan tikus dengan kucing.

Lepastu dia pon pergi ke kaunter and bincang apa benda ntah dengan pekerja dekat situ. Lepastu semua gigih cari tikus tu. Then he came back to me and said that it was a pet of the owner of the restaurant.

Lawak. Ha Ha.

Apa-apa lah. Aku pon bukan lah kesumat sangat nak hangin pasal benda tikus lalu. Just nak inform je ada tikus. Since then, ada pelanggan mat salleh baru datang, and waiter tu suruh duduk dekat the other side of the restaurant. So that they wont find the rat. LOL.


Lepastu sebelum aku balik, aku nak lah ambik gambar dekat dinding restoran nie yang maha cantik, pekerja-pekerja yang berdiri dekat kaunter tu macam dah risau. Dorang takut aku sebarkan berita ini kot. Or they just don't care about it ? I don't know, but they were discussing something at that time.

Kesian Ram dan Syaqeel tunggu di luar. Tak tahu lah dorang nie makan apa.

Kami tak tahu lah, either we are the one who are supposedly treat them food or not. Yang pasti, sepanjang kami bersama Ram mahupon tourist guide, kami tak pernah pelawa dorang makan sama satu table dengan kami. Cuma masa dekat Delhi tu je Ram duduk satu table dengan kami. Mungkin sebab tu pertama kali kot and Ram ingat kami akan belanja dia makan. Padahal kami semua kesumat. Lol.

Bab belanja makan nie aku tak tahulah sama ada kita patut belanja depa ataupon tidak. Tapi rata-rata semua mat salleh aku tengok, dorang bawak driver dorang makan sekali. Dorang okay lah kot, duit banyak. Kami nie nak makan sendiri pon dok berkira, apatah lagi nak support si Ram dengan si Syaqeel. Kang pelawa dorang makan sama, dorang dok order benda paling mahal kat situ, mahu melopong mulut ko kat situ membayarnya.

So to be safe, better tak payah. Maaf Ram dan Syaqeel. Kami bukan tak nak belanja tapi kami tak ada duit.


Lagipon, they already been paid although they said they are not. Plus, ko kena bagi tipping kot.

Bercakap pasal tipping. OMG !! Syaqeel dah merasuk si Ram pasal tipping. Korang tahu tak tipping nie apa ? Tipping nie upah lah. Macam ihsan korang terhadap dorang. Tak kesah nak bagi berapa, ikut wallet korang mampu nak bagi berapa. Kalau ikut wallet aku, memang mampu 10 rupee je lah. hahaha

Seriously, Syaqeel suruh pesan dekat Ram supaya kami bagi dia tipping. Kesumat punya Syaqeel. Since then kan, Ram pon dok sibuk asyik cakap pasal tipping. Aku akan cerita panjang lebar bab tipping nie dalam entri Jaipur. Right after entri Agra nie lah. Kami ada masalah pasal tipping dengan Ram.

Kat India nie, semua mengharapkan tipping. For those yang menawarkan pertolongan tu, ko jangan terharu pulak. Semua tu ada udang disebalik batu. Ko kena bagi tipping lepas dorang tolong tu. I knew about this masa buat research pasal India. Kat America pon ada jugak pasal tipping nie so benda nie bukan lah asing bagi aku. Cuma aku nie kedekut sikit. Itu je. Kbai.

Tips : Nak jimat, buat semua benda sendiri. Don't rely others too much. And mungkin sounds a bit cruel, tapi hati kena kesumat. Kalau ko rasa pertolongan/perkhidmatan tu tak ada apa sangat, then tak yah lah bagi tipping. Kalau ko rasa sangat terharu dengan sesuatu tu, boleh je kalau nak bagi. Nak bagi pon bukan semestinya bagi banyak. 10-30 rupees (RM0.70-RM2.10) pon dah okay rasanya. The first 5 days dekat India, kami sangat kesumat, tak bagi tipping langsung. Right after that baru berjinak-jinak bagi tipping. Macam kalau ko makan dekat restoran, harga dia 92 rupees, ko bayar je 100 rupees without taking the balance. Okay lah tu daripada tak bagi langsung kan. Bersedekah kan amalan mulia. Tapi beringat jugak, ko sendiri pon bukannya banyak duit sangat. Kah !

Kalau ko menginap dekat hotel then the workers tawarkan diri untuk bawakkan beg, you better not let him do that. Just carry your own bags you lazy ass. Kalau ko banyak duit, apa salahnya kalau nak gunakan perkhidmatan dorang.


Kami pon pulang ke hotel malam tu. Seriously penat gila. Kami semua tidur awal malam tu. Sebab besoknya nak kena bangun pagi-pagi. Kami semua akan ke Taj Mahal ! Dah lah hari Sabtu, so for sure akan dibanjiri dengan lautan manusia.

Besok paginya, kami bangun pagi-pagi untuk bersiap. Kami akan bertolak ke Taj Mahal jam 8 pagi. Ram yang suruh sebab takut jalan jammed. Tapi Syaqeel kata, datang pagi-pagi sangat buat apa sebabnya kabus tebal. Tak nampak apa. But still, pergi jugak jam 8 pagi tu.



Lepas semua dah siap, kami semua angkut sekali bag-bag kami sebabnya kami nak kena check out sekali. Kami akan bertolak ke Jaipur seusai habis jelajah Agra pada hari tu. Bye bye hotel kedekut tak bagi wifi internet, beserta tiada seterika untuk iron baju. It was time to leave ya.


But before that, kami bersarapan dulu. Rugi lah check out tapi tak sarapan dulu. I always look forward for breakfast when i was in India because i love Indian's breakfast. Yummmeyhhh !


 Wehooo. I told ya, it's yummieyyhhh !

Once checked out, kami pon menunggu si Ram. Ram tak datang-datang. Once Ram dah datang, kami pon keluar dari hotel untuk bertolak.



Sekali dah keluar dari hotel, si Ram suruh tunggu si Syaqeel pulak. Ahh sudah. Lebih baik suruh kami tunggu dalam hotel je. Dah lah sejuk gila. But still the coldness masih boleh tolerate lah.

Tuk tuk si samseng jalanan juga bersepah di Agra nie

Once Syaqeel arrived, kami pon bertolak. Syaqeel datang naik motor. And dia hilang gloves dia. Bayangkan sejuknya macam mana bila naik motor. Perghhh. Kesian Syaqeel kesejukan.


Sama macam masa dekat Agra Fort. Syaqeel bagi amaran pasal penjual-penjual dan juga penyelok saku. So be careful with your valuable belongings. Dari tempat Ram turunkan kami nak ke pintu gerbang Taj Mahal nie, agak jauh jugak. Kena berjalan hampir 200 meter untuk sampai. Sejuknya ya ampun.


Tiket kami memang dah ada since Farouk bagi tiket nie free. We don't need to buy the ticket at the counter just go straight to the ticket checker.


Luckily we don't have to wait long as we arrived there pretty early. As you can see the line was not crowded.


So marilah kita memulakan sesi jelajah Taj Mahal ! I was so excited at this moment. I finally can see Taj Mahal secara dekat dan masuk dalam Taj Mahal itu sendiri. OMG dream comes true !



Ini merupakan pintu gerbang untuk memasuki kawasan Taj Mahal. Besar dan cantik pintu gerbang nya ! Shahjahan memang hebat dalam mengilhamkan sesuatu rekaan. Semua bangunan or monumen hasil ilham Shahjahan, semuanya cantik-cantik dan unik.


The moment we arrived there, we barely can see Taj Mahal as it was covered by the kabus. Only when we came closer, then we can see Taj Mahal. Luckily we came there early in the morning. So tak berapa nak sesak sangat dengan manusia masa tu.

Barely can see anything


Can you see it ? OMG. Semakin lama semakain kelihatan the incredible of Taj Mahal walaupon masih lagi berkabus. Tak sabar sangat nak masuk dalam tu.

Ehem . . . .



Before we go further, we need to cover our shoes with the plastic that they provided for us. Kalau untuk locals, dorang ada tempat untuk tanggalkan kasut. Untuk tourist ewahh macam kami, dorang bagi plastic. Sebab tu tiket tourist jauh lebih mahal berbanding harga tiket locals. Alaaa semua tempat pelancongan dekat India nie, harga tiket tourist memang mahal pon, compared to locals. Beza dia ketara gila kot.


Agak malang sekali, semasa kami di Taj Mahal nie, kamera gedang aku habis battery. Lupa nak cas malam tu. Aku ingatkan masih lagi banyak. Adoii. Cuma dapat ambik beberapa keping gambar je guna kamera tu.

Syaqeel sangat baik, dia nampak aku kesejukan, dia bukak jacket yang dia pakai, bagi dekat aku. Aku bawak je jacket biru aku tu. Tapi si Faries nie menggedik tak nak bawak jacket dia. Dah tu sejuk pinjam jacket aku. Pagi tu seriously agak sejuklah, tapi bila lama-lama, sejuk dia jadi okay and nyaman. Terharu dengan sikap baik Syaqeel.


As you can see in the picture above, look how beautiful they carved the white marbles and turned it into a tree, i supposed. Dorang carve tau. Bayangkan masa zaman dulu kala mana ada alatan canggih macam sekarang. Dorang ukir dengan penuh teliti and they spent weeks to finish one of those.

Dan sebelah tempat aku berdiri tu, ko akan nampak dinding lobang-lobang. Apa yang aku dapat perhatikan, dekat India nie, dorang banyak apply dinding-dinding macam nie. Yang mana ia agak bagus sebabnya orang dari dalam je boleh nampak orang dekat luar, tapi orang dari luar tak boleh nampak orang dekat dalam. Tapi itu hanya valid time waktu siang je, kalau waktu malam bila dah pasang lampu dekat dalam, ia jadi terbalik pulak. Hehe.


Syaqil asked us to go outside and he took this picture for each of us. Creative enough ?



You can see the beautiful of Taj Mahal by just looking at the walls. It's so amazing. After listening to the story, you will be like "no wonder Taj Mahal listed in 7 wonders of the world and never go off from the list"


Dalam Taj Mahal nie cuma ada makan Mumtaz dengan Shahjahan je. Makam je kot, tapi makam dia seriously cantik and mewah. Makam dia sama je indah macam dinding-dinding Taj Mahal nie. Dalam tu boleh masuk tapi tak boleh ambik gambar. Tapi orang locals selamber badak je selfie dalam nie. Aku pon cuit si Syaqeel and tunjukkan ke arah orang yang selfie tadi. Dia cakap, "Indian don't like rules and rules are meant to be broken". No wonder. Okay. Aku pon ingat nak selfie, tapi memandangkan dalam tu merupakan makam, so tak apa lah. Kang jadi lain pulak. Kbai.


BTW, in case you didn't know, Syaqeel nie Muslim tau. So dia pon bacalah ayat-ayat Al-Quran yang terdapat pada dinding Taj Mahal nie. Seriously sedap dengar dia mengaji. Bergetar tulang rusuk iols. Kbai.


Sebelah Taj Mahal nie, terdapatnya masjid. Selalu orang ramai tertukar, they always thought that the Taj Mahal is the mosque while it's actually not. Taj Mahal is just a tomb, next to Taj Mahal is the mosque.

Tips : Nak pergi Taj Mahal, jangan pergi hari Jumaat, sebab Taj Mahal tutup hari Jumaat.

Masa kami datang nie merupakan hari Sabtu. Not bad lah the crowd. Selalunya memang berhimpit-himpit katanya. Tapi masa kami datang nie, tak ada lah sampai macam tu sekali walaupon ramai pengunjung yang hadir.

That's the mosque kalau tak silap

Belakang Taj Mahal pulak, korang akan nampak satu tapak yang seakan hendak membina satu bangunan tapi terbengkalai. Tapak tu merupakan tapak untuk membina satu lagi tugu peringatan seperti Taj Mahal nie. Tomb nie untuk diri dia sendiri, iaitu si Shahjahan. Kalau Taj Mahal berdindingkan white marbles, Shahjahan punya will be black in color, black Taj Mahal namanya.


Tapi tak jadi dibina sebab anak si Shahjahan nie tak bagi. Satu, sebab si Shahjahan masa nie tengah sakit, satu lagi sebab ia akan menelan kos yang banyak. Taj Mahal je berapa banyak duit Shahjahan spent untuk bina. Ce google. Sebab tu ia jadi tapak sahaja. Menurut penceritaan si Syaqeel, andai kata Black Taj Mahal tu dibina, akan ada satu jambatan yang menyambungkan antara Taj Mahal dengan Black Taj Mahal. Jambatan tu akan mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih. Di bahagian Shahjahan warna hitam, di bahagian Mumtaz warna putih.

Mesti cantik kalau benda tu jadi dibina.

Shahjahan akur dengan keputusan anak dia tu, so instead of build another Taj Mahal, he asked to burry his body next to Mumtaz. Besar betul cinta dia dekat Mumtaz nie.


Itu pintu gerbang di mana kami masuk tadi


Apa yang korang perlu tahu pasal Shahjahan nie ialah, dia nie sangat kreatif dan sangat perfectionist. Semua bangunan hasil ilham dia mestilah lain dari yang lain dan vavavoom. Semuanya sangat special dan unik. Pembinaan Taj Mahal nie kira paling the best out of all his amazing creations. Semua benda nak kena simetri weyh, depan belakang tepi kanan semua kena sama. Kalau ada pintu gerbang dekat kiri, mesti kena ada pintu gerbang sebelah kanan. The exact same shape pulak tu. Semasa zaman Shahjahan nie lah the golden era for India architecture. Dan semua bangunan hasil ciptaan Shahjahan semuanya mahal-mahal. Tak ada yang murah.



Mesti korang sedang bermonolog dalaman, "Dah kenapa si Zarep nie upload banyak gambar dengan Taj Mahal. Semua nampak sama je". Jawapannya because i can. Bukan selalu pon pergi Taj Mahal kan. Hehe.



We were there on 23rd of January but at that time, America still in 22nd, so sebagai bekas roommate yang sweet lagi anyonyo, aku pon mengambil kesempatan itu untuk wish harijadi dia. Aku sungguh rindu itu budak.

Kita lanjutin yok !


Sebelum nak keluar pintu gerbang tu, Syaqeel pon berhenti dekat satu sudut untuk ucapkan selamat tinggal. Tapi sebenarnya bukan sebab itu, itulah masanya kami kena bagi dia tipping. Kesumatnya Syaqeel. Siap mintak tu. Dah habis tebal agaknya muka dia mintak tipping. Kami pon hulur lah.

Kami belum lagi keluar dari kawasan Taj Mahal tu, Syaqeel dah minta tipping sebab bila dekat luar tak selamat. Ramai yang akan perhati dan itu akan mengundang bahaya. Banyak penyeluk saku dekat kawasan luar Taj Mahal. Plus, ramai penjual jalanan yang akan kejar tourist, jadinya, time kami dekat dalam kawasan Taj Mahal tulah tempat paling selamat untuk dia minta tipping. Pon boleh. Alasan yang kukuh.


We are totally miss you Syaqeel. Muka dah lah seiras dengan Johnny Depp. Syaqeel nie sangat bertanggungjawab lah aku rasa. Bila mana, orang-orang locals, tidak mematuhi peraturan dekat tempat-tempat tarikan pelancong macam nie, dia akan sound orang tu. Salah satunya macam masa dekat Agra Fort. Jelas nyata dan terang ada signboard menulis supaya tidak masuk kawasan berumput tu. Tapi adalah pulak satu couple nie bermadu asmara dekat situ. Dia pon apa lagi, sound lah couple tadi. Masa dekat Taj Mahal nie pulak, ada pelancong pakai kasut tapi tak balut kasutnya dengan plastik yang disediakan, dia pon turut sound pelancong tu. Selamber dia je tau. Hati kering betul si Syaqeel nie. Tu pasal terus direct mintak kami tipping. LOL.


Masa tengah berjalan nie, ada budak kecik ikut aku dari dekat pintu keluar Taj Mahal sampailah hampir sampai ke tempat parking kereta. Seriously sedih tengok budak-budak dekat India nie. Dorang terpaksa berjual-jual macam tu mengejar tourist sampai merayu-rayu untuk sesuap nasi. Budak kecik kot. Kita dulu kecik ada ke macam tu ? So bersyukur lah. Tetibe sebak pulak.

Syaqeel cakap something dekat budak tu. Of course lah dalam bahasa dia. Tapi aku macam dapat agak Syaqeel apa yang dia cakap. Sounds like "Pergilah jual dekat orang lain, budak tiga nie memang kesumat tak akan beli. Buat penat ko je kejar-kejar macam nie". Aku agak dia cakap macam tu untuk memberhentikan budak tu.

Tapi budak tu tak berhenti kot. Still merayu-rayu. Iols pon belilah apa yang budak tu jual. Kesian kot tengok dia. Tapi still dengan perangai kesumat, aku nak beli dengan harga aku. Bhahahaha. Tak apa lah dikk, asalkan abang menyokong business adik. Wah business kau !

Faries dah kenapa 

Tetibe nampak pulak unta, Syaqeel pon suruh kami bergambar dengan unta itu. Pon boleh Syaqeel.

Balik tu, kami pon say goodbye dekat Syaqeel. And we off to Jaipur. But on the way there, we visited Fatehpur Sikri. It is also one of the recommended places to visit when you are in India. Fatehpur Sikri is located in Agra. So usually when people off to Jaipur, they will stop by at Fatehpur Sikri first, before continue the journey to Jaipur sebab terletak in between kot.

But before that, Ram bawak kami pergi ke kedai yang jual jacket-jacket kulit. Harga dia sangat berpatutan lah for the quality. Design dia pon cantik-cantik dan ikut badan. Tapi kami tak beli pon. Lepastu menyesal sebab takkan dapat harga jacket kulit macam tu dekat tempat lain. Lagi-lagi di Malaysia.

Habis tu baru kami bertolak pergi Fatehpur Sikri.


Nak masuk Fatehpur Sikri nie kena bayar jugak. Harga dia 250 rupees, tapi tetibe ada government tax pulak so total 260 rupees (RM18.20). Semasa kami kat sini, kami tiada tourist guide. Syaqeel sudah kami tinggalkan semasa di Taj Mahal tadi. So kami menjelajah Fatehpur Sikri nie sendirian.




Fatehpur Sikri nie pon sangat besar keluasan dia. Nak datang sini, kami kena ambik bas tau. Bas setiap 30 minit sekali. Nak jalan kaki pon boleh je, tapi penat lah. Jauh jugaklah. By the way, dari tempat parking kereta, nak ke tempat bas, korang kena jalan kaki. Di sekeliling korang akan dapati terdapat banyak kedai yang menjual souvenir. And because of that, time berjalan kaki nie lah korang akan dikejar beberapa orang penjual yang menyuruh korang datang ke kedai dorang.

And dorang akan cakap "I'll wait for you here when you come back". Lol. Konon setia menunggu lah tu. Padahal dengan semua orang dia cakap macam tu. Hahahaha. Ouh lagi satu, sepanjang kat sini jugak, even dah sampai dekat pintu masuk Fatehpur Sikri nie, akan ada orang locals yang menawarkan diri mereka sebagai tourist guide. So it's up to you lah if you want to take them as your tourist guide or not.

Tips : If you want to know the history of the place, then hire a tourist guide. If you don't, then explore the place by yourself.



Kami sangat kesumat, memang dah nekad tak nak ambik tourist guide semasa di Fatehpur Sikri nie. Sebab Ram sendiri dah berpesan, jangan ambik tourist guide. You just explore it by your own. Kami pon ikuti kata Ram. Tapi agak sadis lah, i thought it was fun not to have any tourist guide with us, but it's not. We may have the chance to explore the place freely without any disturbances, but we will not know what is the history behind that place. So we have no idea what is the history of this place. Macam jelajah situ bodoh-bodoh untuk ambil gambar je.





And suddenly . . . . . .

Ada satu pakcik tua nie, dia kata dia pekerja dekat Fatehpur Sikri nie. Bekerja dengan government lah katanya. And he even said, don't worry, you don't have to pay me at all. I'm a government servant. I'm here to help you, free of charge.

Kami pon mempercayai kata-kata uncle itu. Bukan kami, tapi aku. Bhahaha. Budak dua tu memang dah kesumat sebenarnya. Dorang dah malas nak explore satu hal, penat satu hal, lapar pon satu hal. So memang takde feel lah nak jelajah Fatehpur Sikri nie. We just there untuk buat syarat mengatakan we have been there. Gituee.

Tourist guide kami di Fatehpur Sikri, kami gelarkan sebagai "Ayah dan anak". Sebab kami tak tahu nama dorang. Kenapa gelarkan ayah dan anak ? Ada kisahnya, teruskan membaca.

 Nie sape lah yang salah aim kubah nie -___-


Bila pakcik tu kata dia tak minta apa-apa bayaran, aku suka lah. Aku suka sebabnya boleh jadikan dia sebagai tukang ambik gambar kami bertiga. Itu je. Kalau sejarah-sejarah pasal Fatehpur Sikri nie, tak tahu pon tak apa. Hehe



 Motif gambar nie ? Gigih benar dia mintak phone kami untuk ambikkan gambar.

2 clueless tourists dah kepenatan




Then habis. Keluar dari kawasan Fatehpur Sikri nie, ada satu masjid dekat bahagian belakang dia. Walking distance only. Lebih kurang dalam 100 meter lah jaraknya. Time nie lah pakcik tu hand over kami dekat anak lelaki dia untuk tunjukkan apa yang ada dalam kawasan Jama Masjid tu.

Sebab tu kami gelarkan tourist guide kami dekat sini sebagai "Ayah dan Anak". Bhahahaha


Anak dia pon sangat membantu dalam mengambil gambar kami bertiga. Anaknya nie bahasa Inggeris dia okay sikit lah. Mudah difahami walaupon agak stuttered sikit. Nak masuk pintu gerbang tu, kena tanggal kasut. Ada tempat untuk tinggalkan kasut dekat luar pintu gerbang tu. Kena bayar, satu kepala 5 rupee.

Tips : Pakai lah stokin. Stokin hitam preferably. Sebab banyak taik burung and lantai dia agak kotor. So pakai stokin hitam kurang lah sikit kotor dia. Plus, stokin yang aku pakai kat India nie, once dah kotor, aku buang je. Bhahahaha. Tak payahlah kedekut sangat pasal stokin, dekat pasar 3 pasang 5 ringgit je weyh.



Sangat luas Jama Masjid nie. Dalam kawasan masjid nie pon ada makam jugak. Nak masuk tempat makam tu, kena pakai "songkok" yang disediakan dekat pintu masuk tu. Songkok dia macam bekas jaring-jaring untuk tapis mee rebus. Lol. And budak yang jaga tempat songkok tu boleh pulak mintak aku duit. Eh banyak cantik.


Bangunan putih tu lah tempat yang ada makam tu. Boleh nampak keluasan kawasan masjid nie. And bayangkan kalau korang tak pakai stokin, memang terbakar lah kaki korang. Lantai dia agak panas. Maklumlah matahari terik kan. Eh walaupon matahari terik, tapi tak panas tau. Masih lagi musim winter, so matahari tu cuma buat syarat je.

And ada orang berjual-jual dalam kawasan masjid nie. Terus terang cakap, kalau korang memang tak plan nak beli apa-apa, jangan tanya harga langsung. Sebabnya, once korang dah tanya harga, orang tu akan seboleh-bolehnya nak suruh jugak korang beli. Harga dia memang mahal lah untuk tourist. Tapi pandai-pandai lah ko mintak tawar.


Macam kes kami, again, bukan kami tapi aku. Bhahaha. Aku just main-main je kot tanya. Nak beli tu ada, tapi rasa macam nak beli pon nak buat apa benda tu. Tak ada nya orang nak pakai benda macam tu dekat Malaysia. Barang tu merupakan clutch kilat-kilat yang dipenuhi manik-manik dan labuci. So bila fikir balik, takkan lah mak aku or makcik-makcik aku nak pakai benda nie pergi kenduri. Memang tak lah.

Tapi dah silap, sebab dah mintak harga and tunjukkan interest nak beli. Of course orang tu tak nak bagi harga yang aku nak. So aku blah jelah bersama our so called tourist guide. Last-last dia bagi weyh ikut harga aku. Memang melampau lah harga aku, tapi at the end dia bagi. Aku pulak masa tu dah tak berminat nak beli. Dia macam mengamuk and marah lah. But no worries, he won't do anything harm to you. Aku cuma rasa takut jelah, yelah dekat tempat orang, aku tak nak lah timbulkan kekecohan. Dia kejar sampai ke pintu gerbang masuk kot. Siap bawak clutch-clutch tu semua.

Perghhh ! Bersungguh betul dia.


Tips : Tak berniat nak beli, jangan tunjukkan interest langsung. Even untuk just tengok-tengok je pon, sudah mengundang "paksaan" tadi. And lagi satu, nak beli barang, fikir balik whether barang tu akan dipakai oleh orang yang kita nak bagi tu ataupon tidak. Then baru decide untuk beli. 

Seriously cuak gila masa aku dekat sini. Aku rasa cepat-cepat nak blah dari kawasan Jama Masjid tu. Kami pon claim balik kasut kami dekat tempat jaga kasut tu. Aku pon bayarlah 20 rupees untuk tiga pasang kasut. Sekali orang tu senyap je, siap boleh buat kerja lain lagi. Eh baki duit aku mana ?

Aku pon mintak lah baki 5 rupees aku tu. Dia pon mengumpat lah aku guna bahasa dia. Mesti dia cakap aku nie tourist yang miskin. Aku pon carut dia guna bahasa aku. Ko ingat aku tak ada bahasa yang ko tak boleh faham ? Ada okay.

Ewahhnya boleh dia senyap je. Dia ingat aku tak kesah agaknya. Dia pon pergi cari duit tukar dekat kedai lain and bagi 5 rupees tu dekat aku. Just so you know, 5 rupees bersamaan 35 sen duit Malaysia. Kesumat Zharif is kesumat. 35 sen pon dia berkira. Bhahahahaha

Local bus to go Fatehpur Sikri

Ram bagi kami masa 1 jam je dekat sini, sebabnya kami nak bertolak ke Jaipur pulak lepastu. Nak ke Jaipur pon ambil masa yang lama untuk sampai. 5 jam jugaklah perjalanan ke sana. So tunggu entri Jaipur pulak nanti okay untuk tahu kisah lebih lanjut. Daa

____________________________________________________________

Sedikit research sebelum datang ke India

Kesimpulan untuk Agra nie ialah, aku puas hati sebab dapat melawat Taj Mahal dan dapat mengetahui sejarah-sejarah dia. Agra nie best sebab kisah Shahjahan dengan Mumtaz nie je. Aku rasa sebab tu kot, dalam the golden triangle nie, aku betul-betul excited untuk jelajah Agra.

Budget semasa di Agra

Tiket Agra Fort : Rs 250 (RM 18.50)
Tiket Taj Mahal : Rs 750 (RM 52.50, we got it for free. It was included in our package)
Tipping Syaqeel : Rs 500 (RM 35, tipping could be lesser than that amount. It's up to you guys. 500 rupees tu pon dah quite a lot kot. Sebab tu Syaqeel muka dia terus ceria lepas dapat duit tu. Bhahaha)
Tiket Fatehpur Sikri : Rs 260 (RM 18.20, including tax)
Tiket bas ke Fatehpur Sikri : Rs 20 (RM 1.40, dua hala untuk satu kepala)
Jaga kasut : Rs 5 (RM 0.35, untuk sepasang kasut)
Tipping untuk Ayah dan Anak : Rs 100 (RM 7)

Nilai tipping tu semua kami share bertiga tau. Korang jangan ingat, satu kepala kena bagi tipping tu. Melampau.

See you next entri. Daa !

3 comments:

  1. nice entry!!! Sorilah x leh bantu history kat agra fort...sbb sy visit taj mahal je haha and yeahhh my whole family was talking malay for the whole week sampai kat m'sia airport masih duk bermelayu lagi!! But yes taj mahal is one of the best visit ������

    ReplyDelete
  2. cantiknya taj mahal. one of my wishlist. bilalah dapat pergi T_T btw panjang betul entry ni. hahaha tapi best, detail sangat ^^

    ReplyDelete
  3. Bilalah pula aku nak dapat jejak Taj Mahal ni.

    ReplyDelete

Home