Tuesday, February 16, 2016

3 Clueless Tourists In India : DELHI

Assalamualaikum and good day everyone !


Kami sampai Bangalore, India, jam 10.30 malam. Tak boleh blah masa dekat kaunter cek passport tu, semua jari aku tak boleh nak scan untuk mengesahkan passport tu. Ahh sudah. End up kan, orang tu kata masuk je. Dia pon dah penat asyik suruh aku tukar-tukar jari tapi still tak boleh. Lol.


Cantik jugak lah Bengaluru International Airport nie. Kecik je airport nie. Nak bermalam dekat airport nie okay, cumanya access kepada makanan sangat terhad. Once dah masuk airport tu, ko tak boleh keluar.

Tips : In case ko berniat untuk bermalam di airport Bangalore nie untuk tunggu next flight, make sure ko isi perut ko dulu dekat luar airport sebabnya semua kedai-kedai makan dekat luar airport. Once kau dah masuk airport nie ko tak boleh keluar balik. TAK BOLEH LANGSUNG. Kalau boleh check in flight tiket tu, boleh lah terus ke imegresen and dapat lah access kepada banyak restoran-restoran dalam tu. Tapi kalau tak boleh nak check in tiket, ko kena tunggu dekat situ, and the only kedai makan yang ada dekat situ hanyalah Cafe Coffee Day. CCD nie macam local Starbucks lah. Memang banyak gila cawangan CCD nie dekat India. So cuma ada itu je. 

Kalau dekat KLIA2 or KLIA, keluarga nak hantar kita boleh sampai masuk-masuk dalam airport kan ? Tapi dekat Bangalore airport nie, pintu masuk airport tulah had nya untuk say goodbye. Tak ada itinerary tiket flight tak boleh masuk pintu masuk airport. Dahsyat kan ?


Macam kitorang, kitorang sampai jam 10.30 pm macam tu, bila dah keluar, tetibe rasa serabut gila orang panggil-panggil kitorang untuk teksi and whatsoever. Lepastu sejuk gila. So kitorang pon masuk balik airport tu, and lepas dah cek itinerary and scan bag bagai dekat pintu masuk tu, tengok kat dalam tu cuma ada CCD je. Lain semua tak ada. Mereput ! Nak keluar balik polis-polis yang jaga pintu masuk tu tak bagi. Ahh sudah.


Maka berhuhu lah kami tunggu dekat situ. Kaunter check in untuk next flight kami adalah pada jam 3.30 pagi. So nak tak nak kena lah tunggu dekat CCD tu untuk dapatkan makanan. Kat CCD nie ada wifi, tapi wifi dia macam serupa tak ada pon tak apa. Limit masa hanya lah 15 minit. Then kena tunggu berapa jam lagi baru boleh log in semula *flip table*




That was our flight. Jam 3.30 pagi kaunter pon bukak. Kami pon pergi check in untuk dapatkan boarding pass. Lepastu pergi proceed to the imegresen and stuff. Then tunggu lagi sebelum dibenarkan masuk kapal terbang.



Tips : Semasa di imegresen, pastikan semua bag yang korang bawak ada dapat penanda bawah nie and di cop. Sebabnya nanti nak masuk kapal terbang dorang akan cek benda nie. Kalau tak ada tag bag nie, ko kena patah balik ke imegresen untuk cek beg tu and dapatkan tag nie. Salah satu bag Faries tak dicop oleh imegresen, so dia periksa bag lain ada cop. Dan bag yang tak di cop tagnya tu, dia cek semula, dan dia cop dekat situ. Mujur dia tak suruh patah balik ke imegresen tadi tu. So beringat, pastikan semua beg yang anda bawa, dicop tagnya.



First time naik kapal terbang kena pergi ke luar macam nie, biasanya lalu terowong je. Cehh. Cakap "biasanya" tu macam dah biasa sangat je naik kapal terbang. Padahal yang ado.


Makanan disediakan semasa flight kami ke Delhi. Lepas bertanyakan sama ada halal ke tak, then pramugari cantik tu kata halal, kami pon pilih yang non vegetarian food. Kami makan dengan ewahnya. Alhamdulillah kenyang.


Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah je. Jadi dalam 8.30 pagi macam tu, kami pon sampai dekat Indira Gandhi International Airport. Cantik hiasan dinding di airport nie. Sangat bercirikan Indian culture. I love it !


Seriously, masa sampai kat Delhi nie, kami clueless gila kot. Dengan access internet nya tak boleh. Tak tahu nak pergi mana. Dalam rancangan, first thing to do masa sampai airport nie kami kena booking train dan ticket flight mengikut itinerary kasar aku tu. Lepas keluar dari balai ketibaan tu, ada kaunter untuk perkhidmatan kereta sewa. Kami pon try usha kaunter tu.

Kami nak dapatkan pakej for the golden triangle. In case korang tak tahu, golden triangle nie ialah Delhi-Agra-Jaipur. Tiga tempat nie merupakan kawasan tarikan pelancong dan tourist biasanya akan sight-seeing tiga tempat nie. Sebab tu dipanggil the golden triangle.

Pakej yang dia tawarkan untuk 6 hari cover semua tempat di golden triangle nie ialah 25 000 rupees (RM 1750). Harga nie untuk pengangkutan je tau. Hotel, makan dan tiket nak masuk semua tu tak kira. So kami bertiga, kalau bahagi tiga, sorang kena bayar dalam RM 584. Masa tu kami fikir, harga nie mahal gila, and try nak cari tempat lain. Tapi masalahnya, internet tak ada !!!


Kami pon decide untuk cari tiket train dulu instead of fikirkan pengangkutan untuk cover the golden triangle. Sebab tiket train and flight yang lebih penting. Kami pon menaiki Metro. Maju jugak India nie tau, jangan main-main. Yang penting, Metro dia bersih. Kami naik metro menuju ke New Delhi Railway Station.


Sebab aku baca, tiket train berada di area situ. So kami pon menuju ke New Delhi Railway Station. But then bila dah sampai situ, OMG !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sangat scary okay. Kat sini lah baru ko meng-iyakan stereotaip mengatakan negara India nie kotor. Dan orang-orangnya juga agak scary okay. Pantang nampak tourist, habis semua nak serbu.

Kami pon terus menuju ke railway station untuk tempah tiket train. Sekali dah sampai situ, ada satu orang local nie tegur kami. Tanya kami dari mana semua tu, then dia bagi tahu yang train untuk pelancong tak boleh tempah di situ. Tempat tu untuk local je. Tourist punya tempat, kalau nak tempah dekat tempat lain. So dia suruh kawan dia, pemandu auto, untuk bawa kami ke tempat yang dia cakap tu. We have no idea where the place is. Just tawakkal ikut pakcik auto tu.

Muat kami naik bertiga tuk tuk nie

Masa first deal dengan driver auto tu, dia kata 15 rupees je, sekali bila dah sampai ke destinasi, dia minta 30 rupees. Eh kesumat punya pemandu auto. Nak tipu kami bertiga. Tahu lah kami clueless gila masa tu. Tapi kami bayar je. Malas nak tunjuk taring. Lagipon cuma 30 rupees je, bersamaan RM 2.10.

Tips : Nak menggunakan perkhidmatan taxi or auto dekat India nie, make sure deal betul-betul harga dia. Sebab driver-driver nie memang suka menipu. Mintak dorang gunakan meter baru tak kena tipu. Kalau dia tak nak and you have no other choices, then deal betul-betul harga tu. Biasanya tourist memang dia letak harga tinggi. Nasib lah. Make sure tanya dulu orang local berapa harga kalau naik auto untuk ke sekian-sekian tempat, then baru cari auto. Lepastu tengok sama ada harga tu sama ke tak.

Eh tuk tuk atau auto nie seriously menakutkan kot. Ya Allah ! Dia bawak macam pelesit. Pakai cilok sana sini kot. Kami gelarkan auto nie sebagai samseng jalanan. Bawak ikut sedap dia je, mentang-mentang kecik.

Inilah tempat nya yang menguruskan para pelancong ewah seperti kami

Sesampai je kami dekat sini, kami pon deal dengan Mr. Farouk. Dia yang aturkan kembali itinerary kami. Lepastu dia bagi harga. Seriously, dia buat itinerary sangat bagus kot aku rasa, because he knows very well about India. Of course lah, he's Indian. Lol.

But then, harga yang dia bagi untuk cover itinerary kasar aku tu, melebihi bajet kami. Then dia ubah lagi harga dengan cut cost benda-benda yang dia boleh cut. Lepastu dia kira, and dia bagi lagi harga baru, but still, kami tak mampu.

2 jam jugak lah kami stuck dekat pejabat dia tu bincang pasal harga. End up, kami terpaksa cancel Kashmir. Kempunan aku. Dah lah aku nak sangat pergi Kashmir sempena birthday aku tahun nie. Tapi tak dapat.

Total harga package dia adalah 23400 rupees (RM 1638). Seriously mahal gila ! Bila fikir balik, kenapa lah kitorang setuju ambik pakej dia. Semua nie akibat tak tahu nak pergi mana dah. Tu yang pakai bayar je tu. Kalau nak include Kashmir dalam pakej, kena tambah lagi 10 ribu rupees (RM 700). Perghhh !


Aku sedar, yang kami silap ambil pakej Farouk nie. Sebab mahal gila kot. Patutnya kami ambil pakej yang dekat airport tu je, yang mana cuma RM 500 lebih sorang. Bab hotel tu kami boleh cari sendiri. Menyesal gila kot. Tapi tak apa lah,  ada hikmahnya. Benda dah jadi. Lagipon kami memang clueless gila waktu sampai tu. Tiada arah tuju.

______________________________________

Pakej Farouk

-We got driver for 6 days covering the golden triangle (Pengangkutan)
-Tourist guide for Agra and Jaipur
-Hotel untuk bermalam. Delhi satu malam, Agra satu malam, Jaipur dua malam. Including breakfast.
-3 tiket free dia bagi untuk masuk Taj Mahal. Satu tiket berharga 750 rupees (RM 52.50).
-Satu simkad India free (Kami yang request)
-Ticket train dari Jaipur ke Mumbai
______________________________________

Tips : Better ambik pakej untuk pengangkutan je weyh. Jauh lebih murah. Hotel boleh cari sendiri. Tinggal je suruh driver korang bawakkan ke hotel-hotel dekat tempat yang korang tuju tu. Mesti dia tahu. So korang boleh menginap dekat hotel mengikut kemampuan korang. Lagi satu, kalau nak ambik pakej, confirm kan balik betul-betul apa yang ada dalam pakej korang tu. Macam kes kami, dia bagi certain harga, then dia cut-cut benda yang dia boleh cut, end up kami tak tahu apa yang dia cut sebab kami tak confirm kan balik untuk final decision tu. Pakai bayar je weyh. Ticket train tu pon kami tak confirm kan balik class ke berapa. Asalnya dia bagi first class, bila nak naik train, rupanya kami naik coach third class je weyh. Perghh. Rupanya itu salah satu benda yang dia cut.

One of the thing yang aku rasa membuatkan ia mahal adalah hotel-hotel kami. Hotel-hotel kami dah macam orang pergi honeymoon. Agak mewah lah bagi aku. Tapi tak tahulah pendapat korang macam mana. Sebab imaginasi aku, aku cuma nak hotel yang cukup ada attached bathroom with hot shower, wifi dan queen size bed. Itu je. Yang lain tu tak penting. Tak payah ber-air-condition pon tak apa. Sebab India masa tu tengah sejuk. Tapi hotel yang Farouk bagi nie, OMG. Seriously. Rasanya lebih dari 2000 rupees satu malam. Sebab bajet aku nak hotel under 2000 rupees (RM 140) satu malam.

Jangan risau pasal kena tipu, sebab setiap persetujuan termasuk dalam kontrak

Tips : For those yang nak datang India, kalau korang jenis berani macam aku (kah), jangan ambil pakej. Kalau ko jenis buat semua on the spot macam aku, pon boleh. Tiket train, kalau ikutkan kena tempah sebulan lebih awal, tapi jangan risau, korang still boleh tempah train on the spot dekat tempat Farouk. Sebab dia dah memang block tempat duduk train untuk tourist setiap hari. So pergi tempat Farouk nie cuma untuk dapatkan tiket train je in case ko nak guna pengangkutan darat dari satu tempat ke satu tempat. Yang lain tu ko pergi and buat sendiri. Okay ? 

Fungsi Farouk nie yang aku nampak cuma untuk train je. So kira dia nie berguna lah. And of course untuk sesiapa yang nak pergi Kashmir, ambil pakej Kashmir dia. Seriously bagi aku murah lah. Kenapa aku cakap murah ? Nanti aku update dekat lain entri naa. Sekarang nie aku nak habiskan entri kat Delhi nie dulu. Tak nampak dah panjang lebar nie ?

Ouh by the way, masa aku nak ambil gambar luar pejabat dia tu, dia tak kasi, malah dia suruh delete gambar tu depan dia. Aku pon delete. Tapi iphong kan kalau kita delete gambar, dia akan ter-save dekat folder deleted. So aku recover balik gambar tu dalam kereta. Farouk dah kena tipu dengan aku. lol

Persoalannya, kenapa dia tak kasi ambik gambar pejabat dia tu ? Something fishy right here. Tapi jangan risau, sebab kita buat contract perjanjian. So dia tak boleh tipu.

Okay mari sambung.


First thing first, kami pergi beli simkad and register simkad tu. Once already settled, we checked in to the hotel to put our heavy bags. Then we went out again tanpa perlu buang masa lagi sebabnya kami dah buang masa selama 2 jam lebih dekat tempat si Farouk tu. Masa tu dah jam 2 petang kot, barulah kami mulakan sight-seeing di Delhi.


Tempat pertama kami pergi ialah Laxmi Narayan Temple. It was such a huge temple with interesting architecture and colors. I love it ! We didn't take a long time there, we just there for pictures and then we proceed to the next place.




Kami tak masuk pon dalam temple nie sebabnya si Faries dari pagi tadi masa sampai Delhi asyik terasa nak muntah. Dia nie payah sikit, bau-bauan yang terdapat di India nie pon dia agak "allergic". Makin buat dia rasa nak muntah. So kami pon tak masuk dalam temple. Cuma ambik gambar dekat luar je.



Kat luar nie dah macam taman apa ntah, macam-macam ada. Boleh dijadikan tempat untuk pre-wedding photoshoot. Gitewwww. Menarik lah kawasan di sekitar Laxmi Narayan Mandir nie.



Next place, we went to The Indira Gandhi Memorial. Gandhi's family gave such a big impact to India. So in the Indira Gandhi Memorial, it was a place untuk mengingati jasa keluarga Gandhi. Dalam tu ada banyak sejarah dan gambar-gambar keluarga Gandhi. Agak tragik jugak lah kisah keluarga Gandhi nie. Banyak yang mati sebab kena bom/tembak dan sebagainya. Jangan cakap korang tak familiar dengan nama Gandhi, aku cepuk kang nanti.


Gambar atas nie merupakan monument keluarga Gandhi. Cuma boleh ambik gambar dari dalam kereta je. Sebabnya tak boleh berhenti untuk ambik gambar, kata driver kami. Nama driver kami ialah Ram. So ingat betul-betul, sebab nama Ram nie akan banyak digunakan for the next 6 days of our trip in India dalam blog nie, sebabnya dia driver kami.

Kami selalu nyanyikan lagu untuk Ram. Lagunya berbunyi, suriram ram ram su .... riram ram ram, suriram ...... yang manis. Bhahahaha. Banyak kes kami dengan si Ram nie. Kasihan kau Ram.

Masuk sini free je !

Taraaa !! We arrived at Indira Gandhi Memorial. Masa nie ramai gila orang. Semuanya orang locals. Ramai dia sampai buat kami bermonolog dalaman, takkan lah selama nie tak pernah datang kan. I mean, selama hari ini buat apa dekat rumah. Time kami datang nie lah dorang bawak 88 bas orang kampung ke sini. Adoii.


Indira Gandhi nie anak perempuan Mahatma Gandhi if i'm not mistaken. And dia bertanding untuk jadi perdana menteri dan pernah jadi perdana menteri, i guess. Aku tak ingat. Aku pon bukan baca sangat info-info kat muzium nie, sebab ramai orang. Tapi yang paling sadisnya tulah, ahli-ahli keluarga Gandhi nie banyak kena bunuh, itu yang aku rasa syahdu gila perjalanan hidup Gandhi sekeluarga.


Dan yang paling tak boleh blah orang-orang locals nie ialah, dorang boleh pergi beratur untuk baca info-info dekat situ. Like seriously, dari pintu masuk dorang beratur pergi satu dinding ke satu dinding. Agak kelakar lah kitorang tengok. Dekat jalan raya bukan main tak gheti nak ikut peraturan, dalam muzium yang tak kena beratur, boleh pulak beratur. Dekat jalan raya, jalan 2 baris jadi 5 baris. Ko ghase ?

Dalam nie tak boleh masuk. Nie pejabat Indira kalau tak silap

Ruang beristirehat keluarga Gandhi

Ouh by the way, muzium nie merupakan rumah asal Indira Gandhi. Diorang jadikan rumah dia sebagai muzium. Agak besar lah rumah dia and cantik bersih. Once dah keluar pagar muzium nie, ko rasa macam berada dalam dua dunia berbeza. Dalam tadi bersih dan indah, bila keluar ko rasa macam eh apa nie. Kenapa lain sangat. Lebih kurang macam tulah.


Makcik-makcik comel dari kampung sedang bermesyuarat membincangkan krisis negara, lulz

Not yet sleeping time Adi =D

Masa on the way nak keluar nie, tetibe ada satu orang makcik tu baru keluar dari semak, we were like, kencing lah tu. Perghhh. Dekat tempat macam nie pon sempat kencing merata. Lulz. Perempuan pulak tu. Kalau lelaki tak terkejut sangat.

Seterusnya, kami bertolak pergi ke Humayun's Tomb. Seriously, masa aku buat research and senaraikan tempat-tempat yang harus dilawati oleh tourist bila berada di Delhi nie, aku tak jumpa pon suggestion mengatakan suruh ke Humayun's Tomb nie. Tapi Alhamdulillah si Ram bawak kami ke sini. Seriously sangat indah tempat nie. I really love it !!

Harga tiket nak masuk sini





Tempat nie seriously besar gila. Banyak sangat pintu gerbang dan monumen indah. And setiap pintu gerbang cantik-cantik. Kami tak berjaya meneroka keseluruhan Humayun's Tomb nie sebab si Faries dah mula muntah-muntah masa nie. Jadi mood nak meneroka pon agak terbantut sikit.





Tengok jelah keluasan Humayun's Tomb nie. Memang ambik masa berjam jugaklah untuk teroka tempat nie kalau ko jenis setiap sudut bangunan nak ambik gambar, macam aku. Kbai. So kami cuma dapat cover 40% of the place i guess.




Then we asked Ram to bring us to any Halal restaurant yang bersih. Ram kata kawasan Humayun's Tomb nie memang kawasan Muslim pon. Siap boleh dengar azan kot masa nie. Kami cuma berjalan kaki untuk pergi ke pasar berdekatan. Seriously Ram ?

Si Faries tu dah lah tengah mual, dia bawak pi pasar pulak. Bau nya lagi lah hebat.



Aku sangat kecewa tak teroka pasar nie. Mesti barang-barang kat sini murah-murah. Rugi sangat. Satu yang tak bestnya pergi tempat "public" macam nie, budak-budak kecik dok kerumun para tourist yang berpakaian helok untuk minta sedekah. Adoii. Abang nie bukan tak nak bagi dikk, tapi kawan abang dah berpesan supaya jangan bagi. Dekat India nie kena hati kering.

Sebabnya kalau dah start bagi sorang, nanti dia bawak satu kampung suruh mintak dekat orang tu. So abang terpaksa jalan ala-ala artis yang tidak meng-endahkan para peminat yang meminta autograf nya. Begitulah gambaran situasi ketika itu. Maaf ya adik-adik yang abang tak hiraukan tu, abang doakan kalian supaya dipermudahkan urusan untuk hari-hari yang mendatang. Gitueee tau doa abang untuk adik-adik.


Ram bawak kami pergi makan dekat restoran yang terletak dalam kawasan pasar tu. Masa nie, yang dua tu agak euwww-euwww untuk masuk tempat makan macam nie. Bukan level mereka katanya. Lulz. Tipu je. Dorang prefer fast food sebab tempatnya dijamin bersih. Tapi abang jenis tak kisah dikk, abang tak memilih. Abang asalkan tempat tu murah, it's okay bagi abang. Lagipula, tak ada lah kotor sangat pon restoran nie. Just okay lah.

Tips : Bab makan, please jaga sikit. Ko jangan pakai belasah makan makanan tepi-tepi jalan. Silap-silap haribulan, kena cerry berry pulak. Kat India nie, bab makan kena hati-hati. 

Gambar bawah nie merupakan The Gate of India. Too bad masa nie dah dekat dengan hari kemerdekaan India iaitu pada 26 January. So polis tutup tempat nie. Rumah presiden pon sekadar mampu tengok dari jauh je. Kalau tak, boleh je berdiri depan gate tu untuk bergambar. Ram yang suruh kami sediakan handphone untuk kami ambik gambar The Gate of India nie dalam kereta. Ram sangat prihatin, jadilah seperti Ram.


Seusai itu, kami balik ke hotel. Tamat sudah sesi sight-seeing di Delhi. Seriously penat gila kot kami bertiga. Yelah, tak rehat lagi terus berjalan. On the way balik hotel nie, ada orang tu buat hal pulak. Dia pergi muntah dalam kereta Ram dengan ewahnya macam tiada hari esok. Habis kereta si Ram tu dibanjiri dengan muntah si Faries. Oh goshhh !

Masa tu aku duduk depan sebelah si Ram, aku dengar Faries muntah kat belakang, so aku pon saja je tanya si Ram dengan pelbagai soalan dengan nada yang kuat, dengan harapan si Ram tak dengar bunyi yang Faries buat semasa muntah tu. Tapi hampa, usahaku gagal untuk menyembunyikan aktiviti muntah itu.

Ram berhentikan kereta tepi jalan, Faries sambung muntah dekat luar. Perghhh banyak gila mamat nie muntah. Baru first day dah termuntah-muntah. Acano lah nak hadap lagi 13 hari kat India nie. Aku lah yang dok membersihkan muntah mamat nie dalam kereta. Nasib baik Ram cool je, tak marah.

Lepastu sambung perjalanan ke hotel. Ram cakap, lepas nie kalau terasa nak muntah, bukak tingkap then bluekk. Ram yang kata. Aku tak kata. Sampai je hotel, bagi si Faries nie makan ubat yang Adi bawak dari Malaysia. Nasib baik Adi bawak ubat. I went outside to buy some oranges for Faries. My mom said kalau rasa mual nak muntah, dengan bau kulit orange, boleh hilangkan rasa mual.

Taklah jauh sangat daripada hotel kami, dalam 200 meter je. Tapi takut jugaklah sebab malam pertama berada dekat luar, di India nie, sorang-sorang plak tu. Seboleh-bolehnya aku menyembunyikan warna kulitku dengan siap ber-hoodie bagai. Bhahaha. Seriously cuak gila.


Mari aku tunjukkan hotel kami. Masa kami pergi nie masih lagi musim winter, so memang sejuk gila. Air-cond tak pakai pon, kami pakai heater untuk panaskan bilik.



I have no idea how much this hotel cost per night as it was included in our package. Selesa lah. Semuanya ada. Tapi wifi rosak masa kitorang check in tu. Receptionist tu kata dia dah panggil technician untuk betul kan and mungkin malam kot, benda tu akan elok balik. But then malam tu kami balik, wifi still tak elok jugak. Subuh, dekat waktu nak check out baru wifi tu elok. Ko ghase ?

Lagi satu yang aku tak puas hati, bila panggil room service, orang-orang tu selamber badak je pakai kasut masuk bilik. Padahal aku dah cakap, sir please remove your shoes. But still, dia masuk jugak dengan kasutnya yang kotor tu.




Besok paginya kami bangun pagi-pagi untuk siap sedia menuju ke Agra. Ram nak pick up kami jam 9 pagi. So kami kena siap awal sebabnya kami nak kena breakfast dulu. Breakfast termasuk dalam pakej.




Ruang makan untuk tetamu hotel sangatlah tak eksklusif langsung. Macam stor barang-barang yang masih lagi dalam proses permbersihan. Apa yang aku suka dekat India nie ialah roti cicah-cicah dia. I don't know why, aku suka gila. Aku akan lahap tahap gelojoh kalau makan.




Breakfast nya free, so aku tambah sampai tak ingat ada tetamu lain dalam hotel tu. Aku makan sampai dekat nak habis sarapan-sarapan yang dihidanglkan tu. Tak tahulah kalau dorang akan topup balik or tidak.

Budak sakit nie, makanan-makanan india dia agak tak suka. Lagi-lagi yang banyak rempah. Dia nie memang bab makan cerewet sikit. Payah bela budak nie. Semua benda tekak tak boleh terima. Untuk bakal isteri Faries, bertabahlah yerp dapat suami cerewet macam nie.



Masa kami tunggu si Ram dekat lounge hotel nie, ada lah sorang perempuan nie sedang menggendong bayi dekat luar. Dia dah memang aim kami bertiga. Asal buat eye contact je, dia buat isyarat nak makan. Kami buat tak tahu je. Bukan sebab kami sombong ke apa, kami tak sampai hati tengok dia kesejukan duduk luar tu dengan bayi kat tangan. Si Ram pon satu, janji jam 9 tapi tak datang-datang. Haihh.

Once Ram sampai, kami pon keluar dari hotel tu, mula lah perempuan tu kejar kami. Kami cakap tak nak pon, still dia kat situ. Dah masuk kereta pon dia masih buat muka kesian dia. Kami hulur kan pisang yang kami ambik dekat hotel tu untuk isi perut. Dia macam tak berapa suka, dia prefer duit. Pisang kan elok untuk kesihatan. Demand lah pulak. Aiyoo. Kami blah je.

Itulah driver kami, Ram =D

Before bertolak tu, aku suruh Ram singgah kedai topup. Nombor yang Farouk bagi baru aktif pagi tu. So aku pon top up lah untuk subscribe internet. Dorang tak menggunakan perkataan top up, dorang guna perkataan recharge. So bila korang nak topup dekat India nie, cakap nak recharge phone. Okay ?

Tips : Datang India nie, aku suggest-kan korang beli simkad. At least satu. Satu pon dah cukup. Banyak-banyak buat apa. Internet boleh share dengan hotspot. Nak beli tiket bas perjalanan jauh, kena bagi nombor telefon sebabnya all the details about your bus and whatsoever dia akan bagi lalu message. So kena beli nombor sana. Line Airtel nie okay. Senang dapat 3G untuk internet (Tapi Kashmir, Airtel tak ada coverage). Internet yang ditawarkan murah kot. 1 GB valid for 2 days only 101 rupees je (RM 7). Dan sekiranya data korang tu belum habis tapi validity dah tamat, baki data tu akan dibawa apabila korang subscribe data baru. Awesome kan ?

Untuk heavy internet user macam aku dengan Faries, cukup je 1 GB for 2 days. Malah terlebih-lebih. Lagi satu, kat India nie susah dapat wifi internet. Seriously, hotel yang tawarkan wifi pon dorang suruh bayar tau. Internet tak termasuk dalam harga bilik. Macam hotel kami dekat Agra.

Hotel kami dekat Delhi nie pon kena bayar sebenarnya. Tapi mungkin sebab kami mintak dari siang tak dapat-dapat disebabkan kerosakkan yang dialami, subuh baru dia bagi password wifi, mungkin sebab tu kot dia bagi for free. And password tu valid untuk one user only. Kalau orang lain nak guna, dorang kena mintak password baru. Ko ghase ?

Apa yang aku boleh buat kesimpulan, Internet dekat India nie sangat kedekut dan limited. Orang tertentu je yang boleh access. Ko tak bayar, jangan mimpi lah nak guna. So, beli sim kad !

Kami pon meneruskan perjalanan ke Agra yang mengambil masa 6 jam untuk sampai.
Tamat sudah untuk cerita di Delhi. Nantikan cerita kami di Agra pula yerp. Daa

______________________________________________________________________

Sedikit research yang dibuat sebelum datang ke India tentang Delhi

Kesimpulan untuk di Delhi nie ialah aku sangat tak berpuas hati sebabnya banyak tempat-tempat di Delhi aku tak pergi. Aku banyak senaraikan tempat-tempat yang boleh dilawati di Delhi seperti Lotus Temple, Masjid Jama', Red Fort dan banyak lagi. Satu hari je kami kat Delhi, itupon setengah hari waktu dihabiskan dekat pejabat Farouk. Supposedly buat dua hari jelajah Delhi nie, baru dapat cover semua tempat-tempat yang aku senaraikan nak pergi tu.

Aku minta si Ram untuk bawa kami ke Lotus Temple, dia kata jauh. Ahh sudah. Lotus Temple cantik kot. Adoii menyesalnya tak dapat pergi.

Budget semasa di Delhi

Tiket flight Malaysia-India (Return) : RM 540 (Aku bundarkan, tak ingat the exact value. Harga nie termasuk makanan dan tempat duduk. Tanpa luggage)
Tiket Bangalore-Delhi : RM 480 (Kami pakai travel agent dekat Banting untuk book kan flight tiket sebab kami cuba book online tak boleh nak buat transaksi. Dah cuba semua kad bank yang ada pon still tak boleh. Tak tahu di mana masalahnya. Padahal boleh dapat harga jauh lebih murah daripada nie)
Metro from Airport to New Delhi Railway Station : Rs 60 (RM 4.20)
Auto from Railway Station to Farouk's office : Rs 30 (RM 2.10)
Pakej Farouk (per head): Rs 23400 (RM 1638, seriously mahal. Kami tak fikir betul-betul masa nie)
Ticket Humayun's Tomb : Rs 250 (RM 17.50)
Recharge Airtel : Rs 300 (RM 21)

Bajet nie aku senaraikan apa yang penting je yerp. Untuk makan dan minum and apa yang kami beli tu nanti aku bagi gambar dekat entri terakhir. Aku catit semua perbelanjaan aku. Even beli satu gula-gula pon aku catit. Hahaha. Jadinya aku boleh tahu berapa dah aku berbelanja. Baru boleh tahu berapa wang yang aku habiskan untuk trip nie.

6 comments:

  1. Kagum sebab kau takde detailed itinerary dan booking apa-apa masa kau pergi India ni. Ada itinerary kasar je. Aku kalau baca orang lain punya travelogues ke India ni, mahu paling tidak, setengah tahun orang-orang tu buat research.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah farah. Aku cakap awal-awal dulu, that was not even an itinerary. They were basically just listing out a few places je. Mahu tak meroyan aku. Haha. But alhamdulillah they have made it kot. Aku yang duduk sini pon tak pernah buat kerja gila last minute sampai macam tu. This entry, is well written and so detailed. Good job. Tak sabar nak dengar apa yang kau akan tulis pasal Belgaum pulak. Haha - SH

      Delete
    2. Walawehhhh, gigih Wan datang komen. Sampai meroyan kau. Kalau aku jadi kau pun aku meroyan sebab itu India kot >.<

      Delete
  2. Aku tak tahu pula Farouk suruh delete gambar dpn kedai. Tk pernah dgr pn kau cerita2 pasal ni masa kt India. Zharif Azis pelakon terbaik oscar LOL - Adil Amzah

    ReplyDelete
  3. cantiknya indiaaa (certain places lah) hahaha. weh jangan lawak sangat boleh tak? hahahaha. boleh matilah gelak banyak sangat baca entry ni. paling tak boleh blah lagu suriram hahahaha. sorry spam ><

    ReplyDelete

Home