Wednesday, March 23, 2016

3 Clueless Tourists In India : MUMBAI

Assalamualaikum and good day everyone !




Gambar pendahuluan yang berlatar-belakangkan Hotel Taj Mahal. 
ini gambar print yang aku scan masuk dalam komputer. 

Train kami jam 2.30 petang. Masa kami sampai tu dalam jam 2 petang macam tu. Seriously risau gila sebabnya, nak masuk ke train station nie kena lalu inspection dulu. Nak kena scan bag bagai. Dah lah ramai gila orang. Seriously memang cuak gila masa nie. Aku tak tahu kenapa aku rasa takut sangat bila terdedah dekat situasi yang bersesak-sesak macam tu. Plus, bila aku nie nampak "lain" daripada semua orang dekat situ. Aku rasa tak selamat.


Lepas je inspection tu, kami pon terus cari train kami. Takut je kami terlepas train. Lagipula, kami tak tahu nak baca tiket train kami nie. Yang Ram ajar, cumalah no siri train, stesen mana and rail nombor berapa. But we were very clueless at that time. Kena berdikari balik, just like masa awal-awal dekat Delhi dulu. Huru-hara weyh.

At first, kami ingat kami dapat coach first class sebab masa deal dengan Farouk tu, dia bagi kami coach first class untuk keselamatan. Kami pon gigih lah cari coach first class. Coach first class nie dekat bahagian paling depan sekali. Kami pon gigih berlari ke situ sebab dah kesuntukan masa. Train dekat India nie sumpah panjang gila namatey. Ibarat macam tiada kesudahan panjangnya.


And dekat bahagian luar coach tu, akan ada senarai nama penumpang. Kami cek-cek, tak ada. Kami dah mula risau masa nie. Nak tanya orang, most of the people kat situ tak tahu English. Tapi adalah satu lelaki nie, boleh nampak dari luaran, dia seorang yang "standard" punya orang, you get what i mean when you come to India. Kalau nampak orang tu kemas and pakaian dia cantik sikit, selalunya orang tu fluent English and kaya and berpendidikan. So we asked him about our train. He tried to help us but he also don't know where was our train. Kami dah mula risau dah >__<

Tips : Nak tanya direction ke apa ke dekat orang locals, tengok luaran dia. Muka nampak helok sikit, biasanya dia boleh cakap English. Or at least can understand English. Tapi jangan pernah menilai orang dari luaran. Sebab ada je pakcik-pakcik tua yang berjualan di jalanan yang berpakaian asal ada, fluent English. Ko jangan terkejut pulak masa tu. Terjadi pada aku masa kami dekat Bangalore. Hats off to the pakcik. 

Dan train yang kami sangka train kami tu pon berlalu pergi. OMG. Seriously. Tapi Alhamdulillah, rupanya train kami bukan yang itu walaupon train itu menuju ke Mumbai. Train kami belum sampai lagi rupanya. Kami refer tiket kami dekat sorang penumpang kat situ yang sedang menunggu train, dia kata kami nie coach third class dan train kami sama dengan train dia. Agak terkejut lah masa tu, bila kami dapat third class punya coach. Sebab kami ingat kami dapat coach first class. Silap kami sebab tak finalized apa yang pakej Farouk tawarkan kepada kami lepas tawar-menawar harga dilakukan.

Tips : Untuk finalized pakej, tanya balik apa yang terkandung dalam pakej korang tu. Kalau tak nanti jadi kes macam kami. Rupanya, salah satu hasil daripada cut-cut harga tu ialah pada coach class train kami. 


We were very relief that we were at least inside our train to Mumbai, despite the class of our coach. Itu sudah cukup melegakan hati kami. Kuss semangat. Tak nak dah rasa macam tu lagi. Takut kot. Bayangkan kalau tertinggal train, nak buat macam mana ? Memang tak dapat lah nak tempah train on the spot. Mereput kat situ.

Alhamdulillah, penumpang depan kami and tepi kami boleh berbahasa English. Malah sangat fluent. Jadi, anything yang kami tak faham, dorang akan explain. They were very helpful.


Aku terlupa nak ambik gambar, bagaimana rupa dalam train dekat India nie. Tapi yang pasti, setiap satu row akan ada tiga tingkat sleeper seat. Sleeper seat nie boleh dilipat-lipat. Kalau nak duduk, sleeper seat yang kedua tu akan dilipat dan akan jadi tempat untuk bersandar. Satu katil tu, boleh muat tidur dua orang, kalau saiz badan korang kecik macam kami nie lah. Hehe. Tapi still harga tiket train dikira per head.

Tips : Keep on eyes of your bags and belongings. Since kami dapat coach kelas ketiga, so tempat kami tu free access. Orang akan sentiasa lalu lalang dekat situ. Ada orang jual rantai dalam train sebelum train tu bertolak, tapi kami tak beli pon. Rantai tu untuk kunci bag kita dengan tempat duduk kita. 
So that orang tak boleh bawak lari bag tu. 

Kalau coach first class, coach tu akan dikunci. Jadi, penumpang coach lain tak boleh masuk. And dalam coach first class tu cuma terdapat lebih kurang 12 orang sahaja dalam tu. And biasanya coach first class nie, orang nya kaya-kaya. So kurang sikit lah risaunya.


Tempat tidur yang paling atas tu kami tak guna pon. I shared my bed with Faries and we kept on eyes of our bags. Bag letak dekat bawah tempat duduk tu. Aku tak tidur sangat pon dalam train nie. Masa first-first bertolak je aku tidur. Kami tidur bergilir-gilir. Sleeper paling atas tu betul-betul terdedah dengan angin air cond. So memang sejuk gila.

The toilet is OMG. I have no idea how people can poop and pee inside the toilets. I just cant.


Seriously mereput kami dekat dalam train tu. 19 jam kot dalam train. Tapi tak ada lah bosan sangat sebab kami ada data internet. Walaupon kejap ada line kejap tak ada. Tapi okay lah. Dan train nie kadang dia laju, kadang dia slow gila. Tak tahu kenapa. Train nie jugak akan berhenti dekat beberapa station untuk ambik penumpang baru.

Tips : Sebelum naik train, beli banyak-banyak snack. Seriously korang akan rasa lapar gila. Ada jual-jual makanan dalam train once in a while, kalau korang berani tanggung risiko, korang beli lah. Lagipon, kami tak faham and tak tahu apa yang dorang jual since nama makanan dorang dalam bahasa depa. 

Masa masuk train nie biasa je suhu dalam tu. Sejuk biasa je. But then bila dah malam, OMG sangat sejuk okay. Aku siap pakai berlapis-lapis baju and sekali dengan sweater. Sampaikan tuala pon aku jadikan selimut. Seriously sejuk gila.

Tips : Ada perkhidmatan nak sewa cadar, selimut, dan bantal. 25 rupees je kalau tak silap semua benda nie (RM 1.75). Tapi pandai sewa pandai tanggung lah. Tak tahulah dorang basuh ke tak selimut tu. Good luck with that. Kami tak yakin, so kami tak sewa. Kalau rasa sejuk sangat, sewa jelah.

Muka rabak 19 jam dalam train

Finally, after 19 hours in the train, we arrived at Mumbai. But not yet, kami kena naik train macam ktm tu untuk sampai Mumbai. Kami turun dekat stesen Bandra masa nie. Tak tahulah Bandra nie dekat mana, maybe dah dalam negeri tulah, cuma belum sampai ke Mumbai lagi.

Guess what, kulit kami bertiga gatal-gatal masa nie. Tak tahu pasaipa. Maybe sleeper seat yang kami buat tidur tu kot buat kami gatal-gatal. Ahh sudah. Abaikan pasal kulit tu dulu, yang penting kami kena jejak ke Mumbai then baru lah discuss pasal kulit.


Nak ke train yang nie, kami kena berjalan sikit daripada tempat yang train kami turunkan tadi. Stesen train tadi untuk train perjalanan jauh. Train yang nie, kami kena pergi stesen lain. Agak jauh jugaklah, tapi kami jalan kaki je. Semuanya kesumat tak nak keluarkan duit. Btw, seriously cuak gila masa on the way nak ke stesen tu. Ramai gila manusia.

Sebaik sahaja kami sampai, kami pon beli tiket train. Beli tiket first class kot. Kemain. First class mahal sikit lah berbanding tiket biasa. Mahal pon bukan lah tahap melampau pon. So gagahkan jua.


Dan kami rasa terkesima sebab kami membazir duit pada benda sia-sia.

Tips : Tak payah beli tiket first class bagai dekat train biasa macam nie. Sebabnya, semua pakai masuk je. Tak kesahlah tiket ko tiket first class ke, or tiket biasa-biasa. Ko yang rugi beli tiket first class, end up ko satu coach dengan orang beli tiket harga biasa. Tak ke rugi ?

Dan masa nielah ko dapat feeling living like a locals. Sebab train dorang tak tutup pintu tau. So even train tu nak bergerak, akan ada orang lari-lari dan lompat masuk dalam train. Dah tu, mereka sangat membantu satu sama lain. Siap hulur tangan lagi untuk bantu masuk dalam train. Hebat !

Seriously, kami sangat penat. Dengan beg kami yang berat lagi. Kami tak tahu nak pergi mana. Tapi senarai tempat-tempat nak pergi tu kami ada. Cuma kami tak tahu nak buat apa dulu dekat Mumbai nie. So kami pon naik teksi untuk pergi ke destinasi pertama kami, iaitu The Gateway of India.

Teksi untuk ke Gateway of India nie, kami gelarkan sebagai "teksi korek hidung". Sebabnya sepanjang perjalanan menuju ke situ, driver tu asyik korek hidung je. OMG gross ! Lepastu kami juga tertipu dengan teksi nie. Meyh nak bagi tips yang aku dah pernah bagi sebelum nie.

Tips : Naik teksi, jangan pernah tanya "Nak ke sini, berapa rupees erk?". Jangan pernah tanya macam tu. Just bagi tahu ko nak pergi mana and suruh dia guna meter. So that ko bayar ikut harga meter tu. 

Masa kami sampai tu, nilai meter tu tak sampai pon harga yang dia cakap, dia mark up harga terbaik punya. Meter tu tunjuk 180 rupees, tapi dia bagi tahu kami masa nak naik teksi tu, harga nya 200 rupees. So kami dah rugi 20 rupees dekat sini.


Nak masuk sini free je. Tak perlu bayar apa-apa. Tapi kena beratur panjang lah untuk lalu inspection. Too bad masa nie ada event dekat situ so Gateway of India nie tertutup di bahagian tanah lapang tu, di mana tempat tulah menajdi tempat pelancong berdiri untuk mengambil gambar berlatar-belakangkan Gateway of India.

Jadi kami terpaksa ambik gambar di bahagian yang mengadap laut, dan tak dapatlah nak menunjukkan binaan gateway tu secara menyeluruh sebabnya space sangat terhad dekat bahagian situ.

Gambar yang di scan

BTW, sekitar Gateway of India nie ada ramai photographer yang menawarkan khidmat mereka untuk mengambil gambar korang. Siap di print lagi. Satu gambar yang di print cuma 60 rupees je (RM 4.20). So boleh lah hire dorang kalau-kalau korang nak gambar yang di print. Kami print 2 gambar. Satu lagi gambar pendahuluan entri nie.

Di sebelah tempat Gateway of India nie, terdapat satu hotel yang besar, juga sangat terkenal buat para pelancong untuk mengambil gambar. Hotel tu ialah Hotel Taj Mahal. Sangat cantik binaan hotel nie.


Payah berjalan menggalas beg berat-berat. It was time to find a hotel. But first, kami cari stesen bas dulu untuk book tiket ke tempat seterusnya. Kami pon bertanyakan penduduk tempatan untuk ke stesen bas. Ada satu hotel tu, dia ada macam guard lah, dia bantu kami macam mana nak ke stesen bas tu.

Dia kata naik teksi dari situ untuk ke sana dalam 30 rupees je. So kami pon cari lah teksi. Dah dapat teksi, kami pon bagi tahu nama tempat tu and tanya berapa harga dia. Teksi tu kata 50 rupees and i was like seriously. Aku terus direct cakap, "Don't lie to me, the guy over there said it's only 30 rupees to get there. Besides, it's not too far away from here"

Lepastu teksi tu kata, okay-okay. Dia setuju dengan 30 rupees. Nampak tak dia nak menipu tourist ? So another tips is

Tips : In case nak pergi mana-mana, just want to be sure, korang tanya locals kalau nak naik teksi dari sekian tempat ke sekian tempat, harga dia berapa. Sebab locals lebih arif dalam hal nie. Then once ko dah tahu harga, ko try tanya teksi tu. Kalau orang tu jujur, then harga dia sama lah dengan harga yang dibagi tahu locals tadi. Kalau dia nak tipu, ko tengok dia bagi harga macam mana. Confirm lebih-lebih. 

So untuk driver teksi nie, kami gelarkan dia sebagai "teksi penipu". Benda nie juga berlaku semasa kami di Belgaum. Yang nie nanti aku cerita dalam entri Belgaum. Ko tengok kesumat aku macam mana masa deal dengan teksi dekat Belgaum. Jangan main-main dengan aku. Aku bab duit agak berkira sikit.

Once kami sampai dekat stesen tu, kami just nak survey harga je. Lepastu compare dengan tempat lain. Or at least kami dah tahu yang bas boleh tempah pada hari yang sama dengan waktu untuk travel. Itu je.

Dan sekarang misi untuk mencari hotel pulak. So kami pon mencarilah hotel. Sleeper seat dalam train tu seriously buat satu badan sakit. Dengan beg kami yang berat lagi. Susah jugak travel dengan backpack nie. Bahu sakit. Tengok mat salleh buat nampak macam okay je.

Cari hotel pon ambik masa yang lama jugak lah. Kami nekad nak cari hotel bawah 2000 rupees satu malam. Banyak je hotel-hotel yang cantik yang dikira "sederhana mewah lah" Just like our hotels sebelum-sebelum nie.

Harga pon murah, so don't expect the view will be indah lah. Hahaha

Ada dua hotel murah, satu Metro Guest House, satu lagi aku tak ingat apa nama dia. Yang pasti memang bawah 2000 rupees lah satu malam. Kami pilih Metro Guest House sebab hotel lagi satu tu, bilik dia kecik gila and bilik tu bau cat yang sangat kuat. Plus, kena tambah duit sebab kami bertiga. As i said before, hotel dekat India nie, untuk bilik dua orang, kalau korang bertiga, kena tambah duit.

Untuk Metro Guest Hotel nie, tak kena tambah duit pon. Plus, bilik dia sangat okay and selesa. Semuanya cukup. So kami pon menginap di Metro Guest House. Harga refer dekat ruangan budget nanti yerp.

BTW, receptionist Metro Guest House nie, masa kami masuk, dia tengah khusyuk baca Quran. Rasa syahdu pulak tengok. Dia ada tawarkan kami pakej sight-seeing di Mumbai. Harga seriously murah gila and cover banyak tempat. Pergi dalam kumpulan, naik satu bas. Kira macam rombongan lah.

Itu dia receptionist kami, dan juga Faries kesumat

Masa kami check in tu pon dah jam 2 petang macam tu. So memang tak boleh lah nak ambik pakej tu melainkan kami nak pergi besoknya. Sight-seeing Mumbai ambil masa satu hari. Sampai ke malam baru habis. Dorang start sight-seeing tu jam 8 pagi sampailah malam. Tapi besoknya kami dah kena naik bas jam 6 petang. So tak dapatlah nak ambik pakej sight-seeing Mumbai tu.

Then he ticked at what place we can go for the day, and he called his taxi friend to discuss about the price. Then we said okay lah. Kalau boleh kami nak pergi besoknya je sebab kami dah penat sangat masa tu. Tapi takut terkejar-kejar besok, so kami gagahkan jugak sight-seeing hari tu. Maka kami pon start jelajah Mumbai pada petang tu jugak.


First, kami dibawa ke Marine Drive. Marine Drive nie cuma ada tembok je. Tembok nie sepanjang 4km tau. Yang mana korang akan enjoy the view when you drive along the road. Nothing much. We were there for taking photos. That was it.


Btw, masa kami dekat sini, ada lah satu orang local nie tengah dengar lagu. Well, dengar lagu tu biasa lah kan. So nak pelik buat apa, betul tak ? Dengar lagu tu memang lah biasa, tapi bagaimana seseorang tu dengar lagu, itu yang luar biasa. Masa kami kat sini, ada sorang perempuan tu, dengar lagu siap bawak speaker. Ko ghase ? Lepastu kepala dia terhenjut-henjut ala-ala dekat disco gituee. We was like "Really ?" and laughing tak ingat dunia. Kami siap bagi nama samaran pada dia. Hahahaha

Nama samaran tu tak boleh nak reveal dekat sini, sebab itu nama kawan kami. Kah !


Next, we went to Chowpatty Beach. Chowpatty Beach nie bersebelahan je dengan Marine Drive tu. Chowpatty Beach nie seriously sangat bersih. Pasir dia halus and rasa best je tengok pemandangan kat situ sebab keluasan dia amatlah luas.


Dekat tepi-tepi tu akan ada orang berjualan. And we tried this local ice gola. OMG !! It was awesome and cheap. Recommended ! You can pick any flavors you want but the locals suggested me the Kala Khatta flavour. Sedap lah, rasa masam manis.

Mereka tulah yang suggest kan aku perisa tu


Ice gola nie macam ais kepal kita. Bezanya kat sini, flavor dia bermacam-macam jenis. Macam mana nak menikmati nya ? Korang sedut manisan dekat ais tu, then celup lagi. Macam makan roti cicah milo. Gituee.



So basically, we were there not to mandi or whatsoever. We just there eating this ice gola and enjoy the view. Panas-panas macam nie makan something sejuk memang nikmat sangat. Ouh by the way, memang nampak panas tapi sebenarnya langsung tak. Nyaman je.




Pantai dia sangat luas dan bersih. I love the pasir. Very halus and indah. Wahh pasir pon ko boleh cakap indah Zharif ?



Next, we went to Sir Pherozeshah Mehta Garden. Nice lah taman dia. Tempat untuk beriadah bersama keluarga. Tempat untuk dating pon boleh. Dalam taman nie jalan dia pakai tanah merah kot. Tak di simen or tar pon. Very the natural you know. Habis kasut weols.


Di balik tabir pembikinan gambar di atas



Kami kat sini, record-record video je. Aku sempat jugak record video lagu Janam Janam. Video nya ada pada Adi. Tak tahulah nak upload ke tidak. Tengoklah macam mana nanti.





Depan taman nie ada jualan-jualan. Tak pasti lah harga dia murah ke tidak. Takut nak tanya. Once dah tanya kang annti paksa suruh beli. Malas pulak nak layan. Tapi aku rasa harga dia murah.

Cari manusia tersembunyi, cari Faries kesumat.

Then, we went to Haji Ali Dargah. Dargah nie merupakan masjid. Nak ke masjid nie kena berjalan sikit lah. Mula tu kena menyeberang lalu terowong bawah tanah. Omg seriously memang sesak gila kat terowong tu. Dalam terowong tu banyak orang berjualan. Aku syak harga barang-barang dalam terowong nie murah-murah. Kami tak shopping pon sebab kami fikir nak lepas keluar je dari terowong tu. Sesak gila weyh. Dah keluar tu, kami kena berjalan kaki lagi. Makin lah sesak. Ramai gila manusia nak ke Masjid Hj Ali nie.


Tips : Always take a good care of your belongings. Seluk saku selalu berlaku dekat sini katanya. So hati-hati lah. Bila dah berhimpit-himpit, orang raba ko pon tak perasan. So please please please take extra precaution when you go here.


Tak sah lah kalau datang sini tak kena taik burung. Sebabnya banyak gila burung-burung kat sini. Mujur aku kena dekat seluar, kalau dekat rambut tak ke naye ?


Mula tu ingat nak solat sekali dekat masjid nie. Yelahh, nama pon masjid kan. Tapi bila dah sampai, ya ampun. Sesak sangat dengan manusia. Kami masuk pon tak. Sekadar ambik gambar dari luar je. Tengok gaya rupa, macam tak selesa je nak bersolat di situ. So batalkan niat untuk masuk.


Next, driver kami bawak kami pergi tengok Bandra-Worli Sea Link. Sea Link nie cuma jambatan je yang menghubungkan Bandra dengan Worli. So basically ko hanya lalu situ untuk merasa naik jambatan jelah. Nak lalu sini kena bayar tol tau. Dan tol tu, dibayar oleh ko sendiri. Bukannya driver.

Kelakar kan ?



At first, aku rasa macam eh kenapa kami pulak yang kena bayar. Kan tempat tu dah masuk dalam pakej. Plus, ko yang drive kereta, engkau lah bayar. Kenapa kami pulak. Driver kata kami kena bayar jugak sebabnya tol tu tak termasuk dalam caj package sight-seeing. Dan aku rasa, the reason why he asked us to pay the toll was because, taxi drivers will not use the sea link to go to Worli, they will use another road that is free instead of the Sea Link. So kiranya kalau pelancong nak tengok Sea Link tu, dia lah yang kena tanggung bayaran tol tu.

Seriously kelakar dan tak rasa macam nak ketawa.

Dekat bahagian south Mumbai nie terdapatnya rumah-rumah pelakon Bollywood. Tapi kami cuma jejak dua rumah je. Rumah Shah Rukh Khan dan rumah Salman Khan.


Rumah Shah Rukh Khan diberi nama Mannat. Rumah dia 6 tingkat. Since rumah Shah Rukh Khan nie merupakan salah satu tarikan pelancong yang datang ke Mumbai nie, maka ramailah polis-polis yang jaga depan rumah dia untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas dan sekaligus melindungi Shah Rukh Khan's property.


Seriously, nak ambik gambar dekat betul-betul depan rumah dia pon tak boleh. Boleh faham lah kenapa sebabnya takut jalan tu ter-block. Tapi yang tak puas hatinya, polis-polis nie pilih kasih. Hok perempuan yang cantik seksi amboi mak kau, dia bagi je posing depan rumah tu. Tak sakit hati ke ?

Aku hanya mampu posing dari seberang jalan je. Nak datang dekat dia tak bagi. Jadilah nakk. Wishlist nak tengok rumah Shah Rukh Khan dah tertunai. So tak kesah sangat lah.


BTW, rumah Shah Rukh Khan nie mengadap laut. Tak tahu lah apa nama pantai tu. Yang pasti pasir pantai tu warna hitam. Ramai dia tak yah cakap lah. Masa kami datang nie, tetibe ada rakaman pulak. Tak tahulah rakaman untuk apa. Yang pasti rakaman tu macam sedang berkempen. Riuh rendah gila.

Next kami pergi ke rumah Salman Khan pulak. Tak jauh pon dari rumah Shah Rukh Khan. Tapi yang tak boleh blah nya masa nie, driver kami tu memang bengong gila. Dia nie memang tak faham and tak boleh langsung berbahasa inggeris. Okay itu dah cukup menyirap darah kami. Nak bagi arahan pon susah. Dah lah suka merayau lepas turunkan kami. Then nak cari balik susah. Dah call, tapi nak bagi tahu kita tunggu dekat mana, dia tak faham. Memang super annoying lah driver kami nie.


Lepastu masa kat rumah Salman Khan nie. Dia dah lah tak bagi tahu apa-apa. Dia cuma cakap yang kita dah sampai rumah Salman Khan. By cakap, i mean menggunakan bahasa isyarat. Mula tu, kami pelik lah, dah kenapa rumah Salman Khan nie macam hotel penginapan je. Sebabnya ramai orang. Kami pon macam takut-takut nak ambik gambar depan rumah tu.

Tapi still gigi ber-posing, rupanya silap rumah. Kah !

Rupanya betul ! Memang silap. Itu bukan rumah Salman Khan. Rumah dia sebelahnya. Perghhh. Patutlah tak ada siapa yang gigih posing depan rumah tu selain kami. Panas je hati aku dengan driver kami tu.

Bukan yang ini

Rumah Salman Khan nie pon ada polis jaga. Tapi macam longgar sikit lah sebabnya kami boleh datang dekat and posing depan rumah dia. Maybe sebab rumah dia tak berapa gah macam rumah Shah Rukh Khan kot.

Yang ini baru betul ! Nama rumah dia Galaxy =)

Lepastu kami patah balik hotel. Sesi jelajah Mumbai kami dah pon tamat. On the way balik tu, aku tengoklah meter taxi tu, seriously harga meter tu jauh lebih murah daripada harga yang kami deal untuk sewa teksi tu. Nak dekat sampai hotel, dia pi matikan meter tu. Aku pon macam hairan gila. Something fishy right here.

Dah sampai hotel, aku jumpa receptionist tu. Aku cakap lah kenapa mahal sangat pakej kami tu, sedangkan bacaan meter taxi tu jauh lebih murah. And aku tanyalah kenapa nak dekat sampai hotel, driver tu matikan meter dia. Tak nak kami tahu ke macam mana. Receptionist tu pon cakaplah, itu harga yang telah disepakati and meter tu hanyalah untuk menunjukkan yang taxi tu sudah ada penumpang, so that tak ada penumpang lain boleh naik teksi tu.

Ko rasa alasan tu boleh terima ke ?

Tips : Nak sight-seeing kat Mumbai nie, ko senaraikan tempat-tempat yang korang nak pergi tu by searching it on google. Then ko tahanlah teksi-teksi tepi jalan untuk ke lokasi yang korang nak pergi. By this way, korang akan dapat harga yang jauh lebih murah berbanding harga pakej yang kami ambil. Seriously rugi ambik pakej-pakej persendirian macam kami nie. 

Tak kesahlah, benda dah jadi. Nak menyesal pon tak guna. Yang pasti, kami dah cover tempat-tempat yang kami nak lawati di Mumbai. Plus, teksi kami teksi besar dan cantik. Dia macam van sikit. Cuma nya driver kami memang zero langsung pengetahuan English dia. Itu yang sedikit payah. Nak berkomunikasi tak boleh.

Nasi bryani for three

Malam tu pulak, kami makan dekat Cafe Metro berhampiran hotel kami. Restoran nie sangat best sebabnya harga makanan dia mampu milik dan makanan dia boleh tahan sedap. I love fallooda drink dekat sini. Air fallooda dekat India nie korang wajib cuba. Tak kesahlah flavor apa, ikut tekak korang. Yang pasti memang sangat sedap ! 

Adi looked very tired in this picture =D

Malam tu, kami jalan-jalan sekitar situ. Kami mencari kedai pharmacy sebenarnya. Tapi tak jumpa-jumpa. Badan kami kena gatal-gatal lepas turun daripada train tu. So kami mencari ubat lah kononnya tu. Sekaligus nak beli lip balm untuk bibir kering dan sunblock untuk elakkan kulit daripada sunburn. 

Tips : Nak beli ubat-ubatan, beli di India. Tak payah gigih sangat bawak dari Malaysia. Sebabnya, ubat-ubat kat India nie sangat murah !!! OMG. Seriously murah. Beli untuk buat stock dekat Malaysia pon boleh.

Balik tu terus semua bantai tidur sebab penat sangat. Barulah rasa selesa dapat tidur atas katil. 

Besok paginya, kami bersiap-siap untuk check out. 

One thing that i found funny about this guest house is, the bathroom. The bathroom's door got this "lubang-lubang" thing. That lubang-lubang is okay lah for let the vape produced by the hot shower, to let it out from the bathroom. But the thing is, it is too low. For people who has the same height as me, you can just stand there and watch your friends taking shower butt naked from the lubang-lubang.


I asked Faries to take this photo but he refused so i asked Adi to take it. Adi is slightly shorter than me, so he can't really reach the lubang-lubang unless he jengket his legs. But for Faries, you better not standing in front of the bathroom's door.


This Metro Guest House is quite comfy lah. Sekadar untuk bermalam, kira okaylah. Sebab semua kemudahan ada. Wifi pon ada. So memang recommended lah untuk menginap dekat sini for those yang nak cari hotel bajet dekat Mumbai nie. Kriteria memenuhi keperluan backpackers.



Bilik kami nie cuma pakai kipas je. And seriously, kipas tu pon boleh tahan power nya. So no need bilik hotel yang berhawa dingin, sebab kipas pon boleh buatkan bilik tu sejuk.



Tapi kami macam jahat sikit masa nie. Since duit kami habis banyak untuk ambil pakej sight-seeing Mumbai tu, so kami macam nak balas dendam lah. Bukan lah dendam ke apa. Cuma rasa terkilan tu membuak-buak sebab harga jauh beza dengan bacaan meter taxi tu. So kami pakat-pakat bersihkan kasut kami yang kotor kena tanah merah masa dekat Taman Pherozeshah Mehta Garden tu menggunakan cadar katil kami.

Jahat ke kami nie pada pendapat kalian ?
Lagipun, we have no other option to clean our dirty shoes besides the cadar katil. Forgive us Metro Guest House.


Sebelum sambung sight-seeing di Mumbai, kami bertiga pergi beli tiket bas dulu.

Tips : Nak beli tiket bas nie not advisable to buy on the day of your travel lah sebabnya takut tak dapat nak pilih tempat duduk sama-sama. Or worst case scenario, there is no seat left. So better beli sehari awal. Ikut nasib jugaklah actually.

Once tiket dah beli, kami pon pergi bersarapan. Kami pergi bersarapan di tempat yang sama. Tapi menu breakfast lain sikit tau. Sebabnya, tak semua makanan dalam menu tu dorang hidang pada waktu sarapan. But still, there are so many choices of foods you can pick. As i said bfore, breakfast in India is something that i look forward everyday when i was there.

Itulah restorannya

Seriously sedap gila and pedas

Then kami meneruskan perjalanan. Kami actually tak tahu nak pergi ke mana. So kami aim untuk cari Starbucks lah untuk duduk dalam tu and dapatkan wifi sementara tunggu bas kami jam 6.30 petang. Guna waze, tengok macam dekat so kami pon berjalan lah. Rupanya agak jauh.

Ada satu street dekat Mumbai nie, namanya Fashion Street. Dekat sini harga barang-barang dia mahal tapi ko kena pandai tawar. Aku sangat menyesal sebab tak beli barang-barang yang dah aku tawar bagai nak mati murah dia, end up aku tak beli sebab aku fikir, mungkin ada lagi penjual dekat depan tu akan jual lagi murah, sedangkan harga yang aku dapat tu memang dah melampau gila murah dia. Tapi still nak cari lebih murah. Tak ke kesumat ?


Ada satu beg yang aku memang minat gila kat sini, harga dia tu aku dah dapat murah gila kalau convert duit Malaysia, tapi aku tak beli. Sampai ke nak balik Malaysia aku rasa menyesal sebab tak beli. Haihhh.

Lagi satu, masa aku tanya harga, penjual dekat sini majoriti dorang tengok atas bawah. Lepastu baru bagi harga. Memang melampau lah harga dia. Aku blah je kalau jenis penjual bagi harga, tengok atas bawah dulu. Ada tu, siap halau aku weyh. Sebabnya aku tak nak beli dengan harga yang dia kasi. Lepastu dia rampas baju tu daripada aku and suruh aku blah. Eh kuaja betul mamat tu. Muka kalau helok gagah lagi. Berani dia halau pelancong macam aku nie.


Dalam pada nak cari Starbucks tu, banyak pulak benda lain yang kami jumpa. I mean tempat-tempat menarik lah. Salah satunya adalah The Charkha, rujuk gambar atas. Menariklah monument nie. Terletak dalam satu taman dekat Mumbai nie. Tak tahulah dekat mana sebabnya kami jalan-jalan then jumpa.


If Adi is smiling in the picture, it means he's in good mood. Stay smiling Adi =P

Look he was smiling again despite of the heaviness of his bag.


Tourist kesumat semua dah penat sebab cari Starbucks tak jumpa. Bukan tak jumpa tapi jauh. So nekad, kami nak ambik teksi untuk pergi Starbucks. Tapi sedihlah weyh, sebabnya majoriti teksi dekat sini semua tak tahu Starbucks tu apa. Dah tunjuk logo pon still tak tahu. So kami guna waze and mintak dia hantarkan kami ke destinasi.

Oh no, he made his grumpy face again. Smile Adi smile =)

Para kesumat dah penat berjalan kaki. 
Adi was smiling for the picture and dah kenapa si Faries kesumat senyum macam tu ? 

Finally, kami pon sampai Starbucks. Nak masuk Starbucks nie kena scan badan dulu. Ko ghase ?

Once dah masuk Starbucks dekat India nie, ko akan rasa macam di dunia yang lain. Dalam tu semua orang yang standard-standard. Yang tak ada duit, tak boleh masuk dalam nie. Kami rasa macam orang kaya pulak bila kat dalam nie sebab tak semua orang boleh masuk. Hanya orang yang kaya macam kami je boleh masuk. Eh tetibe kat sini mengaku kaya ? Padahal kat Fashion Street tadi kemain gigih tawar harga. Kalau boleh nak sampai benda tu jadi free.


Yang pasti, ko akan nampak orang-orang yang berpakaian office, nampak gaya macam orang yang berjawatan besar-besar. And tak lupa juga, pasangan couple yang ala-ala, lelaki tu mesti nak impress girlfriend dia dengan bawak minum pi tempat mahal padahal dalam hati terseksa sebab duit habis banyak untuk satu minuman je. Yang girlfriend tu pulak feeling macam dia tu sangat precious and bertuah sebab dapat boyfriend kaya padahal yang ado. Konon macam boyfriend dia sorang je yang kaya padahal air pon share. Berjimat sangat uols !


Zherif pon boleh lah. Look, kasut ku nampak seperti baru selepas menggunakan cadar katil Metro Guest House untuk mengelapnya. Ternyata berkesan. Maka gunalah, cadar katil Metro Guest House untuk lap kasut yang kotor.

Port kami for 3 hours

Seriously, dekat Malaysia tak rasa pulak nak jejakkan kaki ke Starbucks. Even masa aku dekat America pon, aku tak rasa nak beli coffee Starbucks walaupon terletak dalam library je Starbucks tu.

We stayed there for 3 hours straight. Only then baru kami keluar untuk mencari stesen bas kami. Takut terlewat walaupon masih berbaki 3 jam lagi sebelum bas kami bertolak. Langkah berjaga-jaga harus diambil sebabnya kami tak tahu stesen bas kami tu dekat mana. So kena lah start mencari.


But i still have one more place to visit, which was Chhatrapati Shivaji Terminus. Tempat nie merupakan salah satu UNESCO world heritage site. A must place to visit katanya bila berada di Mumbai nie. Orang kata, CST nie cantik bila waktu malam. CST nie merupakan train terminal. So kalau nak naik train kena datang sini.


Kami pon berjalan kaki menuju ke CST. Kami tak nak bazirkan duit pada teksi lagi. Kami rasa miskin lepas minum di Starbucks tadi. Nak kena berjimat, ada banyak lagi destinasi untuk kami pergi lepas nie.


Dalam 10 minit berjalan kaki jugaklah daripada Fashion Street tu. Tak adalah jauh sangat pon. Gigih kami cepat-cepat ke sana sebab kesuntukan masa. Alhamdulillah jumpa. Ramai jugak orang yang kami tanya untuk ke CST nie.


Ternyata memang berbaloi gila datang sini sebab cantik sangat. A very recommended place to visit. Jangan missed tempat nie tau. Kami tak lama pon kat sini. Sekadar untuk ambil gambar then kami patah balik ke Fashion Street tu.



Bila dah patah balik, then kami tanya lah orang-orang dekat situ macam mana nak ke tempat stesen bas kami tu. Rupanya kena ambil train dekat CST tu. Kami pon patah balik menuju ke CST tu. Dua kali kami ulang-alik ke CST tu. Kalau tahu tadi tak payah patah balik.


Kami dah start risau masa nie sebab kami betul-betul dah kesuntukkan masa. Exactly lagi satu jam setengah je lagi sebelum bas kami bertolak ke Goa. Risau gila. Kami tanya orang-orang kat situ macam mana nak ke stesen bas tu, depa kata kami kena naik train pulak ke situ. Mujur tak jauh. Dalam 5-7 minit je naik train.


And we really don't expect that the bus station will look like in the pictures above. OMG seriously weyh. Tak sangka gila. Sangat kotor. Kami ingat ada lah kedai-kedai untuk beli snack ke apa. Rupanya tak ada. Dah lah nak mereput dalam bas kejap lagi. Makanan langsung tak ada. Haihh


Bus station nie dalam area kampung-kampung. Seriously takut weyh. Ya Allah risau betul aku melalui jalan-jalan yang penuh dengan manusia. Memandangkan kami nie "lain", jadi memang takut gila. OTW, nak ke bas, aku rasa bersyukur dengan kehidupan aku. Walaupon aku rasa susah, tapi tak sesusah orang-orang dekat sini. Dorang hidup sangat ala kadar dan asal ada tempat berteduh.

Ko rasa, bas station macam nie ?


I was sitting next to a stranger since we were only 3 people. So one of us nak tak nak kena duduk dengan stranger. Aku lah volunteer duduk sorang. Nak suruh Faries tu duduk sorang, kesian pulak tengok muka kesumat dia tu. Nak suruh si Adi, lagi lah tak boleh. Takut hilang dibawak orang satgi. Memang aku tak akan war-warkan pada penduduk Malaysia akan kehilangan Adi. Malas nak turun naik mahkamah katanya. Kbai.

--------------------------------------------------------

Kesimpulannya, aku cukup enjoy semasa di Mumbai. Kami bebas daripada kontrak. Bebas daripada Ram kesumat, mahupon Durga durjana. Cuma agak terkilan bab pakej sight-seeing tulah. Kami boleh je tahan teksi tepi jalan untuk bawak kami ke tempat-tempat tu semua dengan harga jauh lebih murah mengikut kadar meter teksi. Rasa sedikit sebersalah sebab kotorkan cadar katil Metro Guest House. Tapi tak rasa bersalah sangat actually. Agak tak suka driver-driver taxi dekat Mumbai sebab semua teksi yang kami naik, semuanya bahasa Inggeris dorang agak fail dan susah untuk kami berkomunikasi. Lagi-lagi driver kami untuk pakej yang kami ambik tu. Dan akhir kata, Mumbai sangat best !!! Sebab rasa macam dekat Malaysia pon ada. Semua kedai yang biasa kita nampak di Malaysia, ada di Mumbai. Tak ada lah sampai kedai Hari-Hari pon ada dekat Mumbai nie. Korang nie pon lah. Agak-agak lah.

Budget semasa di Mumbai

Ticket train dari Jaipur ke Mumbai (Third class coach) : 1040 rupees per head (RM 72.80, tapi yang nie termasuk dalam pakej Farouk. But still aku tulis kat sini in case korang penasaran nak tahu harga. Aku tahu harga dia pon sebab tengok dekat tiket tu)
Ticket train dari stesen Bandra ke stesen Mumbai Central (First class kononnya) : 70 rupees per head (RM 4.90, Tak payah beli ticket first class untuk naik train perjalanan dekat nie. Membazir !)
Teksi Korek Hidung : 200 rupees (RM 14, kami share 3 orang so pandai-pandai lah tolak sendiri)
Teksi Penipu : 30 rupees (RM 2.10, inipon share 3 orang jugak)
Metro Guest House : 1700 rupees per night (RM 119, kami share 3 orang)
Mumbai package : 2200 rupees (RM 154, kami share 3 orang. Seriously rugi gila !)
Tol Sea Link : 60 rupees ( RM 4.20, untuk sekali lalu. Yang nie pon kami share 3 orang)
Bas to Goa : 700 rupees per head (RM 49, semi-sleeper AC bas)
Teksi meter hantarkan ke Starbuck : 40 rupees (RM 2.80, kami share 3 orang)
Train dari stesen CST to stesen Masjid (Bus station untuk ke Goa) : 5 rupees per head (RM 0.35)

So inilah budget kami semasa di Mumbai. Nantikan entri akan datang, kami berada di Goa !

No comments:

Post a Comment

Home