Sunday, April 24, 2016

AirAsia X and MYecolodge Niseko Super Summer Saver

Assalamualaikum and good day everyone !

Hari Rabu yang lalu bersamaan 20 April, aku telah dijemput untuk menghadiri satu sidang media untuk pelancaran kerjasama antara Air Asia X dan juga MYecolodge di Federal Hotel Kuala Lumpur.


Ia telah dirasmikan oleh Dr. Makio Miyagawa (Duta Japan ke Malaysia), bersama Tan Sri Rafidah Aziz (Pengerusi Air Asia X Berhad), Ms Low Su Ming (Pengarah MYecolodge), Encik Benyamin Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X Berhad) dan Encik Darren Wickings (Pengurus besar Fairlane Hospitality Japan).


Majlis diserikan dengan kehadiran para-para media dan juga agensi-agensi travel. Majlis bermula pada jam 11 pagi yang dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Dr Makio Miyagawa, dan seterusnya daripada Tan Sri Rafidah Aziz. Tan Sri Rafidah Aziz nie sangat kelakar orang nya. Nampak dalam tv macam garang and takut nak dekat. But then bila jumpa depan mata and dengar ucapan dia jadi lain pulak. Dia sangat kelakar and setiap ucapan dia full with humor. Tak bosan bila dengar dia bagi speech. Lepas sesi perasmian, ada sesi media conference. Again, Tan Sri Rafidah Aziz was very funny in answering the questions. Hahaha


Kerjasama MYecolodge bersama Air Asia X nie merupakan salah satu cara untuk mempromosikan Niseko sebagai destinasi pelancongan sepanjang tahun dan sekaligus membolehkan rakyat Malaysia berpeluang bercuti di Niseko dengan harga yang sangat berpatutan.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, Mr. Benyamin Ismail, kekerapan penerbangan akan ditambah dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula 22 April dan seterusnya, dengan kekerapan 5 kali seminggu. Sejak AirAsia X memulakan penerbangannya ke Sapporo Oktober tahun lepas, ia telah menjadi salah satu laluan popular ke Jepun kerana iklim Hokkaido yang sesuai dilawati sepanjang tahun.


Untuk pengetahuan korang semua, Sapporo merupakan bandar terbesar di bahagian utara Jepun, Hokkaido. Ia juga merupakan pintu masuk ke wilayah Niseko kira-kira 2 jam setengah perjalanan dengan kereta. Berlatar belakangkan Gunung Yotei iaitu gunung berapi yang aktif menyerupai Gunung Fuji, Niseko sangat terkenal dengan landskap semulajadi yang indah dan tempat peranginan terkenal antarabangsa.


MYecolodge nie merupakan sebuah traveler's lodge butik yang ternama managed by Fairlane Hospitality Japan. Ia menawarkan pakej pelancongan yang istimewa iaitu "Niseko Super Summer Saver" untuk 5 hari 4 malam di Niseko region of Hokkaido. Pakej Niseko Super Summer Saver nie merupakan pakej pelancongan istimewa berkumpulan untuk sekurang-kurangnya 10 tetamu bagi satu kumpulan.


Pakej nie termasuk :

1- Tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Sapporo 
2- Penginapan selama 4 atau 5 malam di penginapan MYecolodge
3- Pengangkutan pergi balik ke lapangan terbang
4- Makanan dan minuman disediakan
5- Aktiviti-aktiviti yang berkaitan 
6- Termasuk cukai lapangan terbang, bagasi 20kg dan pemilihan tempat duduk standard.

Pakej ini sangat jimat dengan harga serendah RM 3900* hingga RM 4800* seorang. Tempoh perjalanan pula dari Jun 2016 hingga Disember 2016, kecuali Julai 2016. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Fairlane Hospitality Group desk di nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com atau hubungi 03-4048 3668 .



Dengan penambahan kekerapan penerbangan dari AirAsia X dan juga dengan wujudnya pakej dari MYecolodge yang super jimat nie, jadi tiada alasan untuk tidak ke Jepun lepas nie. Lagipula, Niseko nie sangat terkenal sebagai tempat peranginan ski pada musim sejuk dan juga terkenal dengan keindahan semula jadinya pada musim panas. So mai kita pakat-pakat bawak satu kampung pi Jepun naa lepas nie.


For this event, i brought my younger sister. She was very excited about it when i asked her to accompany me to an event. I was very excited too coz i got to bring her to the event. At least tak ada lah aku krikk krikk kat situ. Well, i did mingled with some people when i was there, but ended up aku tersentap dengan sorang aunty dekat event tu. Hahahaha.


The food was amazing. So many choices sampai rambang mata dan akhirnya aku putuskan untuk pilih semua. Hahaha. Nak tambah nanti kang rasa segan pulak. So better ambik semua untuk round pertama nie.


Since event nie pon berkaitan dengan Jepun, so makanan Jepun mestilah kena ada. Kalau korang seorang peminat sushi, korang mungkin akan teruja dengan sushi-sushi yang dihidangkan. Or eventually meroyan. Aku tak ada lah big fan sangat, cuma boleh lah. Aku attack yang ada salmon tu dulu sebab aku tahu, nak beli salmon mahal. Hahaha


And this kambing bakar, omg. First time aku pergi tempat makan-makan yang ada kambing bakar, tapi tak dipenuhi orang. Maksudnya, tak perlu beratur and berebut untuk ambik lamb grill tu. Iols nie hantu kambing bakar, so macam terkesima sekejap 3 saat masa nampak tu. Boleh refill banyak kali pulak. Nak ambik banyak-banyak pon tak apa, sebab orang-orang yang datang masa tu macam tak minat nak makan kambing.


The dessert pon tak nak kalah tau. Dessert macam biasalah, ABC dan cendol. Self-service. So boleh bubuh banyak-banyak mengikut tekak masing-masing.




Meja dia agak kecil, nasib baik kami tak tamak ambil berpinggan-pinggan. Kami simpan perangai village people kami untuk ke majlis nie. Ambik sikit-sikit dulu, kalau habis baru tambah lagi. Hehe.

Kalau hari-hari dapat makan macam nie oh indahnya hidup 




Benda panjang yang macam bergulung-gulung tu merupakan roti rangup. Roti ke biskut, aku tak tahu nak describe macam mana. Tapi memang sedap. Rugi tak bungkus bawak balik. Hahahaha



Majlis tamat pada jam 1.30 tengahari macam tu. Kami pon pulang ke rumah semula. Tapi si Yin Yin busuk nie ajak pergi Masjid Jamek pulak. Nak beli tudung katanya. Kita layankan aje lah, alang-alang dah sampai KL nie. Sebaik hantar je Yin Yin balik, aku pon pulang semula ke Tg Malim. Ingat nak balik besoknya, tapi malam ada latihan teater pulak. So kena lah balik hari tu juga. So that was pretty much about the event.

Thank you AirAsia X for having me ! Next time jemput lagi yer. Dapat makan sedap-sedap lagi. Kbai.

No comments:

Post a Comment

Home