Saturday, April 9, 2016

Rakshee Cafe

Assalamualaikum and good day everyone !

5 April bersamaan hari Selasa lalu, aku telah cuba makan dekat satu restoran ni. Nama restoran nie ialah Rakshee Cafe. Rakshee Cafe nie terletak dekat area Kota Damansara. Aku discovered restoran nie melalui facebook. Ada satu video keluar dekat timeline, aku gigihlah bukak and tengok. Video yang berdurasi 7 minit lebih itu telah berjaya membuatkan aku terliur dan tidak sabar untuk mencuba makanan di Rakshee Cafe ini.


Aku decide nak pergi hari Selasa since i was free that time. No class at all. And takkan lah aku nak forever alone makan dekat cafe tu sensorang. Tidak okay. Aku pon pergilah pick up best friend forever aku tu dekat Uitm Puncak Alam. He only had one class on that day and finished at 1. Sampai Puncak Alam je, kami terus bertolak menuju ke Rakshee Cafe nie. Agak jauh jugak Rakshee Cafe nie dari Puncak Alam. Mengambil masa lebih kurang 50 minit. But it was worth of riding lah. Trust me.


The ambiance was very nice, sangat hispter yuolss. Kerusi and meja kayu mereka ala-ala warung klasik tepi jalan yang melalui proses modenisasi. Gituee. Benda tak bernyawa pon mengalami proses pemodenan tau. Ko ghase ? Yang penting sangat nice lah. And the chair was quite heavy to tarik.



No waiter will serve you. You have to go to the counter and order and pay. Then the cashier will give you this one circle red thing after you paid. Forgive me for not taking picture of the red circle thing. Terlampau terpesona sampai lupa semuanya. You will see lah the red thing once you ordered something there.


Guess what ? The red circle thing tu fungsi dia adalah untuk memberi tahu bahawa makanan ko dah siap dan korang kena ke kaunter makanan untuk ambik hidangan yang korang order tu. The red circle thing tu akan berbunyi. So, pergi ke kaunter makanan sambil bawak benda alah bulat merah tu, then ambik makanan yang korang order kat situ.


Gitueee rupanya fungsi benda bulat merah tu. Jakun gila aku masa tu. Yelahh, mana pernah nampak. Tiba-tiba order dia hulur benda bulat merah tu. Aku ingat benda tu untuk buat main sambil tunggu makanan ke. Rupanya itu fungsi nya.

Al-Marhum Baked Pasta Marinara : RM 9.90

Baked Pasta Marinara nie seriously sedap gila !!!!!!!!!! Ya Allah tak terungkap dengan kata-kata sedapnya macam mana. Korang wajib try benda nie okay. Sangat recommended ! Yang nie korang order 2 pon boleh. Seriously tak rugi.

Al-Marhum Spicy Carbonara : RM 10.90

Yang nie pon sedap jugak. Rasa dia sangat creamy and for those yang suka rasa cheese-cheese creamy tu, boleh lah order Spicy Carbonara nie. For me, it was just okay. Sedap tu memang sedap, cuma tak leh makan banyak. Sebab creamy sangat so macam muak sikit.

Al-Marhum Bakso Soup Noodle : RM 1.90

Did i tell you that this cafe got the same concept like Boat Noodles ?

No ?

Okay.

Lemme tell you. Kalau boat noodles ada soup yang harga RM 1.90, Rakshee Cafe pon ada, tapi versi Bakso. If you want to taste an authentic Bakso, you have to try Rakshee's Bakso. Sangat mantap !! Sedap gila i tell you. Ditambah pulak sos hijau and sos hitam yang disediakan dekat atas meja, perghhh ! Memang terbaik. Hok yang nie korang order banyak-banyak okay. It's RM 1.90 after all.



Untuk minuman pula, tak banyak pilihan. Banyak pilihan minum-minuman teh-teh macam tu. Kalau nak beli air teh botol, pilih Fruit Tea. Fruit Tea dia sedap sangat. Harga RM 4.50 sebotol. Kalau nak lebih jimat, ambik je air kosong. Air kosong free je. Hehe


So that was it. I love this cafe so much. The ambiance, the foods, the price, everything is soooo nice. Sangat recommended untuk korang cuba makan dekat Rakshee Cafe nie. Jangan lupa bawak satu kampung mai naa =)

Till we meet again Rakshee Cafe

Here are the details :

Open daily from 9.00 am to 11.30 pm
NO 13G, Jalan PJU 5/20A, The Strand, Kota Damansara.
Waze : Rakshee Cafe
0122474673

Thanks for reading, see you on next post. Daa !

No comments:

Post a Comment

Home