Saturday, May 28, 2016

Teater The Curse UPSI

Assalamualaikum and good day everyone

Pada 4 May lalu, teater muzikal The Curse telah berjaya dipentaskan. Alhamdulillah everything went smooth and well. Tak ada major problem yang berlaku sepanjang teater itu dipentaskan. Teater nie merupakan salah satu assignment untuk subjek KAB 3023 Teaching English For Young Learners. Subjek nie under kos Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK). Abg aim subjek nie dari abg semester 3 lagi, selepas tengok senior abg mementaskan teater dia. Abg tak tahu apa tajuk teater dia, yang abg tahu dia merupakan Princes Lalaland. Since then, memang abg dah berazam akan ambik subjek nie sebagai salah satu subjek elektif abg.

2 semester berturut-turut abg ambik subjek PAKK tau.


Actually, subjek elektif abg dah selesai semester lepas mengikut perkiraan abg, tapi oleh kerana subjek elektif yang abg ambik masa dekat America ada masalah untuk transfer kredit ke UPSI, yang mana kursus tu menjadi kursus audit (kursus yang tidak dikira jam kreditnya), jadi terpaksa lah abg ambik satu lagi subjek elektif semester nie. Status subjek tu masih lagi debatable, tersangkut dekat unit peperiksaan. So sebagai back up, abg ambil lagi satu subjek elektif. So begitulah sedikit latar belakang kenapa abg ambil subjek nie, walaupon tak nampak di mana pentingnya benda nie untuk diceritakan. Kbai.



Semester 7 nie, abg seriously free gila-gila. Abg cuma ambik 4 subjek je semester nie. Kelas pulak Isnin dan Selasa je. Biasanya, selepas kelas terakhir hari Selasa tu, abg akan mula chow balik rumah. Tapi kerana teater nie, aktiviti balik rumah abg jadi tergendala. Sebabnya, almost setiap malam ada latihan. Sebulan sebelum pementasan, tiap malam ada latihan. Abg mula tu, rasa macam menyesal pon ada ambik subjek nie. Yelah, elok-elok free, kena pulak korban masa untuk buat latihan teater setiap malam. Tapi as time passes by, abg rasa seronok pulak. Hihi



Setiap hari Khamis kami praktis di bilik pergerakan PAKK. Waktu nie jelah kami boleh praktis siang. Kami selalu buat latihan belah malam di Tapak Gemilang ataupon Dewan Kolej Ungku Omar. Pernah lah awal-awal dulu praktis dekat e-learning kampus lama. Abg nie pakai sebut je nama tempat-tempat nie, macam lah korang nie tahu dekat mana kan. Lol.



Kalau praktis siang, kami diajar oleh Che Wan, instructor teater kami. Che Wan nie memang orang teater. Hebat dia nie. Banyak ilmu dia. Siang nie, biasanya kami belajar teknik-teknik untuk berlakon teater.


Tudia Che Wan

Macam-macam kena buat weyh. Malu tu memang malu. Masa awal-awal tu, seriously malu gila. Nak kena berlakon depan kawan-kawan sekelas. Bayangkan malunya macam mana. Dah lah abg nie "orang luar" dalam kelas tu, means abg bukanlah pelajar kos PAKK nie. So, malu tu berlipat kali ganda. Abg ingat lagi, masa first time abg berlatih menyanyi untuk scene abg. Perghhh, tuhan je tahu malu dia macam mana. Ketar lutut weyh. Berlakon pon dah malu, apatah lagi kena menyanyi. Kalau suara lunak bak Mariah Carey, gagah lagi. Ini suara ke laut, sedih telinga-telinga yang mendengarnya. Dah lah tu, nyanyi sambil menari-nari pulak. Ahh sudah *flip table*



Bila dah setiap malam berlatih, perasaan malu tu jadi hilang. Kawan-kawan tengok kita berlakon pon, tak rasa apa. Mungkin sebab dah biasa kot, jadi benda tu dah sebati dalam diri. Sampaikan menyanyi depan mereka pon, abg jadi tak malu. WALAUPON, suara ke laut.



Ramai yang tak tahu, masa bulan March hari tu, abg sempatlah bekerja part time di KFC Drive Thru Tanjung Malim. But then, komitmen untuk teater nie semakin memuncak pulak masa tu, jadi abg terpaksa berhenti bekerja. Alasan sangat uols. Padahal, memang rasa nak berhenti. Sempat lah merasa 2 hari bekerja. Alasan nak berhenti tu, tak mo lah cerita sini. Itu kita bincang tepi. Rasa menyesal pulak berhenti kerja, staff meal KFC best kot.



Pada asalnya, tarikh pementasan kitorang pada 1 Jun. Tapi due to some problems, terpaksa diawalkan sebulan iaitu pada 4 May. Perghhh mana tak kelam kabut. Serious kami buat preparation rasanya dalam sebulan je kot. Awal April baru kami berlatih betul-betul untuk teater nie. The first 4 weeks of the semester, kami sibuk create jalan cerita and buat skrip. Entah berapa kali kami tukar cerita. End up, cerita pasal Mahsuri yang jadi pilihan.



Ouh ya, abg tak bagi tahu lagi kami buat teater pasal apa kan ? Nauzzubillah, dah separuh jalan baru nak cerita pasal apa. Teater kami mengenai hikayat Mahsuri yang mati dibunuh akibat difitnah. Rasanya semua orang tahu kot cerita nie. Cerita Mahsuri yang sangat mengayat hati.

Pssst ! Betul ke ejaan tu ? Mengayat ke, menyanyat or menyayat hati ? Ke, semuanya silap O,O



Sesi membina props untuk teater pon dijalankan. Malangnya, abg masa nie tertidur. Dah datang dah actually. Tapi tak ada orang. So balik lah kejap. Balik kejap tu yang tertidur tu. Maaf kalian semua. Bukan tak nak tolong, tapi mata sibuk nak terlelap masa tu.


Rajin sungguh mereka semua nie. Sangat berdedikasi dan semangat keteateran.



Sangat gigih pengarah teater kami nie. Ciri-ciri leadership tu jelas ada dalam dirinya. Kalau abg yang jadi pengarah, memang abg suruh korang semua tidur je kat bilik.


Photoshoot posters dan trailer juga telah dijalankan pada 6 April lalu. Sesi make up pon berjalan dengan ewahnya pada petang itu dikalangan pelakon-pelakon utama.




Watak abg sebagai Deraman, Deraman berasal daripada India, yang datang ke Tanah Melayu untuk sesi jelajah satu Malaysia. Gitueee.


Abg yang innocent nie kena fitnah dikk. Semua salah si Mahsuri. Dah tahu dah kahwin tu, jaga lah ikhtilat. Ini sibuk nak dekat-dekat dengan Deraman yang single lagi bergetah nie. Memang lah kena fitnah, ye dakk ?



Nahh bukti, yok yok o je nak belajar main flute dengan abg. Padahal nak mengurat abg. Saja je si Mahsuri nie tau. Alasan sangat nak belajar main flute dengan abg.




Tudia hasil photoshoot kitorang selepas di edit oleh AJK PDI kami, Shah, yang sangat berbakat dalam editting. Wan Darus, si suami Mahsuri yang tak datang masa photoshoot pon boleh terselit kat tengah-tengah tu. Hebat !!

Masa 3 May, a day before pementasan, kami buat full rehearsal. Ya Allah, gementar sangat masa tu walaupon tak ada penonton. Abg tak boleh bayangkan kalau ada penonton macam mana gugupnya kat atas pentas tu. Sedangkan yang tak ada penonton tu pon, abg ingat-ingat lupa skrip abg. Serious cuak gila masa nie.



Tapi Alhamdulillah, masa pementasan, abg tak ada lupa skrip. Everything went smooth. Cuma abg rasa abg can do a lot better for that night. I felt like i don't give my 100% for playing as Deraman. Abg masih dibayangi rasa malu-malu tu. Tapi tak apa lah, benda dah lepas.

Now, mari abg sajikan gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas pementasan teater kami.



Terdapat 8 scene semuanya. Scene abg start pada scene yang ke-4. Time belakang pentas, serious abg takleh duduk diam. Gementar kot. Dari belakang pentas, dengar kawan-kawan lain perform atas stage, satu-satu scene mereka selesai. Abg rasa bangga dorang semua berjaya bawak scene dorang tanpa ada masalah. Rasa macam nak menangis pon ada. Abg nie kan agak emosi sikit. Tapi dek kerana dah bubuh make up 40 inchi tebal, jadi abg tak boleh menangis. Nanti make up cair, dah kena touch up balik.

 Makin dekat dengan scene abg, makin cuak rasa.


First scene abg, abg kena menyanyi dikk. Ya Allah risau benar. Abg bukan risau abg lupa lirik or whatsoever. Abg risau telinga-telinga yang mendengar nyanyian abg. Risau mereka mendapat kejutan budaya lalu kemurungan berpanjangan. Itu yang abg risau. Tapi Alhamdulillah, setakat hari ini, tiada pernah dengar complain mengatakan penonton trauma mendengar nyanyian abg.


BTW, lagu yang abg nyanyi nie seminggu sebelum pementasan baru tukar. First, abg dan Mahsuri decide untuk nyanyi lagu Lucky yang dinyanyikan oleh Jason Mraz dan Colbie Caillat. Tapi since instructor kami kata lagu tu macam kontroversi sangat, means nampak sangat yang si Mahsuri nie bermain cinta dengan si Deraman, so kami pon tukar lah lagu yang menunjukkan kurang "kemesraan" itu. Lagu daripada cerita High School Musical, What I've Been Looking For yang dinyanyikan oleh Sharpay dan Ryan. Abg memang minat sangat lagu tu. Mungkin sebab si Sharpay yang nyanyi.


Habis je scene first abg tadi, abg dah lega gila. Abg siap duduk dekat tepi pentas sementara tunggu scene abg yang seterusnya. Time tengah duduk tu, abg rasa macam "Kenapa abg rasa macam ada benda yang kena buat nie ?". Lama jugak abg duduk dekat situ, lepastu baru abg teringat yang abg kena tukar baju untuk scene seterusnya. Astagha !! Macam mana boleh lupa nak tukar baju daa. Nasib baik sempat dikk.



Lepas si Mahura dan dua kawannya yang kaki kipas tu, Melur dan Melati, fitnah si Mahsuri. Dato' Karma Jaya (DKJ) arahkan orang-orangnya untuk tangkap Deraman dan Mahsuri. Kemain depa buli abg masa nie. Masa nie scene Deraman dan Mahsuri rancang untuk lari meninggalkan kampung itu sambil berpegangan tangan dan tertangkap basah oleh DKJ.


Thank you to akak photographer kita a.k.a pengacara majlis pada malam itu kerana berjaya mengambil detik-detik semasa kami mementaskan teater ini di atas pentas. Maka terhasil lah gambar di atas nie. Boleh pulak terketawa.

Untuk pengetahuan penonton sekalian alam yang menonton teater pada malam itu, dua orang lelaki yang ikat tangan abg untuk scene Mahsuri kena bunuh tu, telah dilantik untuk berlakon menjadi extra, pada hari pementasan tu. Siang tu baru mereka diberi arahan kena buat apa semua. Memang lah tak ada apa benda pon yang mereka perlu tahu, sebab mereka ditugaskan untuk tangkap and "seksa" abg semasa Deraman dan Mahsuri kena tangkap, itu je. Tak ada skrip pon untuk depa. So memang macam-macam benda yang tak ada semasa rehearsal, berlaku pada waktu kejadian. Tu yang boleh terketawa tu. Padahal scene tu, abg kena merayu dekat DKJ untuk yakinkan beliau yang Deraman dan Mahsuri tak salah.



Untuk scene kemuncak di mana Mahsuri dibunuh nie lah yang kacau bilau sikit. Untuk pengetahuan korang semua, scene kemuncak nie seringkali bertukar-tukar. Sekejap buat macam nie, sekejap buat macam tu. Sampaikan sebelum pementasan pon, scene nie bertukar.

Asalnya, si Mahsuri tu yang dibunuh dulu, only then baru Deraman kena bunuh. But then, masa hari pementasan tu, instructor kami suruh bunuh Deraman dulu, instead of Mahsuri. Mahu tak kacau bilau dibuatnya. Sebab skrip yang abg buat untuk Deraman, adalah bersesuaian untuk dilontarkan sempena kematian Mahsuri. Dah kalau Mahsuri tak mati lagi, jadi abg kena tukar skrip abg. Tu yang kacau sikit tu.



At the end kan, memang kacau lah scene kemuncak nie. Orang yang sepatutnya bunuh abg, tak bunuh abg. DKJ pergi bagi budak dua nie untuk bunuh si Deraman. Dorang memang tak tahu menahu pasal nak bunuh macam mana. So dorang pon pakai bunuh jelah. Dah tu muzik pulak masuk sebelum abg kena bunuh.

Sepatutnya, lepas kena bunuh baru abg sampaikan satu lagi lagu, tuptup lagu tu masuk dulu sebelum abg kena bunuh. Inilah akibatnya asyik tukar-tukar scene. Semua jadi kalut. Tapi tak apalah, yang penting, bila abg dah dibunuh, dengan rasminya, watak abg sebagai Deraman, dah selesai. So abg dok terbaring tutup mata kat atas stage tu, nak tengok Mahsuri dibunuh tak boleh sebab abg dah "mati". Lama kot abg terbaring kat situ.


Dengan terlafaznya sumpahan Mahsuri pada bumi Langkawi, maka tamatlah teater kami. Yeay !

Anyway, tak tahu nak cerita apa lagi. Ini abg sajikan gambar-gambar selepas teater kami berjaya dipentaskan.
So enjoy the pictures guys !








Abg ambik kelas Psikomotor dan Pergerakan kanak-kanak semester lepas. Dorang berdua nie lah group members assignment abg sem lepas. Teringat pulak assignment yang kita kena menari-nari tu dengan buat program dekat taska. Huru-hara rasanya buat program dengan budak-budak 3-4 tahun. Pening abg nak melayan kerenah dorang dikk.

Stress rasa.






Terbuat throwback sikit. Sebab tak pernah cerita dalam blog pasal hal nie. So alang-alang tu, kita sumbat sekali kat sini.

Kbai.

Okey kita ambil balik mood teater. Mai kita sambung.


I love Mahura's character. She did an amazing job. Everybody loves her character. Sangat menjadi and sangat diingati. Good job Mahura. And good job jugak untuk para-para stage manager yang "menjaga" kami sepanjang teater ini dan memastikan kelancaran teater ini.



Dua makhluk tuhan yang sangat kelakar, Si Beb dan Zati Kedah.


Kesian si Wan Darus suami Mahsuri nie. Balik perang dengan baju darah-darah, sampai Langkawi tengok bini dah tak ada. Buat penat je survive time perang tu. Lebih baik tewas di medan perang, ye dakk ? Hahahaha kbai.



Untuk Wada a.k.a Mahsuri, it was a pleasure to work with you. Setiap scene Deraman, pasti ada Mahsuri. Jadi kalau Mahsuri tak dapat datang latihan, consider Deraman pon tak payah datang. Hahahaha. Anyway, maaf tak dapat tengok kematian kau pada malam itu. Yang mana, setiap kali latihan, aku dapat tengok kau dibunuh. Namun pada hari pementasan, mereka tukar scene itu. Jadi tak dapat aku melihat darah putih keluar dari tubuh kau. Tak dapat tengok kau melafazkan kata-kata sumpahan kau kepada bumi Langkawi.

Aku masih ingat, hari first kata-kata sumpahan itu dilontarkan masa kita berlatih di dewan KUO. Masa tu kau baru lepas kena marah dengan instructor. Kau lafazkan sumpahan tu dengan bersungguh sekali, sampai buat aku rasa nak menangis and sedih. Serious menjadi gila malam tu. Mungkin sebab kau baru lepas kena marah kot Wada. Hahaha. Lagipula, itu first time kita berlatih untuk scene tu, jadi memang meremang gila lah rasanya bila sumpahan itu dilontarkan. Lepas nie kalau marah ke apa, tolong jangan sumpah orang naa Wada. Istighfar je dalam hati. Hahahaha.


Ini lah akak photographer kita dan sekaligus pengacara majlis untuk malam itu. Comel je si Baba nie. Kelakar pon kelakar. Suara dia serak-serak basah macam Rihanna sikit. Kalau dia nyanyi nie, mesti sedap. Tapi tak pernah dengar lagi lah dia nyanyi. Abg cuma buat andaian je. Hihi


Para-para dancers yang lemah-gemalai. Best tarian lagu asmaradana untuk opening scene tu. Tapi tak dapat tengok live masa pementasan. Dapat tengok dalam video je. Good job to all dancers !


Mereka berdua nielah choreographer untuk teater kami dan sekaligus membawa watak "syaitan" si Mahura. 

Orang-orang kampung yang "We're doomed, we're doomed, we are all curse"

Maka, tamatlah sudah teater "The Curse" kami, i am so proud with my team. They did absolutely a very great job. Akhirnya, penat lelah kita selama sebulan lebih sudah dibayar pada malam itu. Terima kasih kepada penonton-penonton yang hadir pada malam tu. Abg dengar cerita, hampir seribu penonton yang membeli tiket teater "The Curse" nie.

Terima kasih naa.

Akak si penjual tiket yang sangat gigih dan sekaligus merangkap sebagai salah seorang penari untuk teater nie

Thank you guys for the memory. Seronok dapat satu kelas dengan korang. Walaupon aku "orang luar" dalam kelas nie, tapi korang tak buat aku rasa macam orang luar pon. In fact, rasa macam dah kenal korang lama pon ada. Mungkin sebab kita spent masa setiap malam berlatih untuk teater tu sama-sama kot.




Hari Selasa lalu, hari last untuk kelas nie. I will definitely miss everything that we had been through together this semester. Jumpa time exam naa ! Good luck untuk ampa semua.


Ouh ya, kepada mereka yang tak sempat or tak dapat hadir untuk menyaksikan teater kami pada 4 May lalu, boleh lah tengok teater kami dekat bawah nie. Tapi agak malang sekali, time scene Mahsuri kena bunuh, battery kamera habis pulak. But no worries, AJK PDI sempat record guna phone. Still watchable lah.

So, enjoy the teater guys !


Sampai ke hari nie, kalau abg tengok video nie, abg still rasa meremang satu badan, dan ke-nervous-an semasa pementasan tu, masih boleh terasa. Berhantu lah teater The Curse nie.

Hopefully sampai abg tua, video nie masih boleh ditengok. Nak tunjuk dekat anak cucu abg nanti.

Okey, itu sahaja abg nak cerita untuk kali nie. See ya !

Psstt : I don't own any pictures above, i'm so sorry for putting the jejakakaula's label on the picture.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    datang singgah n follow.student UPSI ker?
    seronok tgk sbb ramai rakan.

    ReplyDelete
  2. Dah tengok pementasan teater nie.Daebak lah !! btw ada masa abg datanglah singgah blog saya..saya pun dalam bidang yang sama juga macam abg..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...