Tuesday, June 14, 2016

Jom Bercuti Ke Mauritius Dengan Air Asia X

Assalamualaikum and good day everyone

Pada 25 May lalu, aku telah dijemput untuk menghadiri satu lagi press conference Air Asia X. Press conference kali nie adalah bersempena untuk memperkenalkan satu lagi route terbaru Air Asia X. Kalau sebelum nie, Air Asia X memperkenalkan route ke Sapporo Japan dan juga Tehran. Kali nie satu lagi destinasi pelancongan yang maha indah telah menjadi pilihan Air Asia X, iaitu MAURITIUS !!


Penerbangan ini merupakan penerbangan non stop flight from Kuala Lumpur yang akan beroperasi 3 kali seminggu setiap minggu. Since ini merupakan penerbangan yang lama, so Air Asia X telah melancarkan tempat duduk Premium Flatbeds untuk keselesaan penumpangnya. Harga of course lah berbeza dengan tempat duduk biasa, korang nie ponnnnn. Nak tempat duduk selesa, mestilah kena bayar lebih sikit. Tak gitu ?

Berapa tambang dia ? Nie nak habaq mai nie, harga dia serendah RM 299** untuk tempat duduk biasa, manakala untuk tempat duduk Premium Flatbeds pula berharga RM 999** sehala. Ini harga promosi lah sempena harga perkenalan, tapi dah tamat dah promosi untuk harga nie. Aku lambat habaq ampa semua. Maaf naa. Tapi still, Air Asia X kan syarikat penerbangan tambang murah, so pastinya harga tambang semua harga mampu milik. Masih lagi mengekalkan tagline nya, "Now everyone can fly".

Gitueeee !


Good job to Air Asia X kerana menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Mauritius tanpa henti. Lepas nie senang lah kita nak meneroka bumi Africa sana. Pada sesiapa yang tak tahu, Mauritius nie terletak di pantai tenggara benua Afrika. Mauritius sangat terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih yang beriklim sub-tropika. Dahulunya Mauritius nie adalah pulau gunung berapi, tapi sekarang tempat nie dah jadi destinasi pelancongan terkenal.

Banyak tempat yang korang boleh lawati di Mauritius nie, antaranya pantai Belle Mare (pantai terpanjang di Mauritius), Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis tugu peringatan penjajah, dan korang jugak boleh ke Grand Bassin. Kat Grand Basin nie terletaknya patung Shiva kedua terbesar di dunia di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan.

Menarik kan ? So jomlah pakat-pakat pi Mauritius naa. Yang plan nak kahwin dalam masa terdekat nie, pon boleh jadikan Mauritius sebagai destinasi honeymoon anda. Ewahhh.

BTW, tak perlukan visa pon untuk datang ke Mauritius nie. Kita boleh stay sana tidak lebih 30 hari. Untuk stay lebih lama daripada tu, baru kena ada visa. Tapi takkan lah sampai lebih 30 hari korang nak stay kat sana, ye dakk ?


Press conference nie telah diadakan di Acme Bar & Coffee, The Troika Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. Seriously, agak sempit tempat nie untuk adakan majlis sebegitu. Dah macam dekat kelab malam pon ada sebab berhimpit-himpit. Hahahaha.

Nak ambik makanan pon payah sebab ruang sangat limited.


Tapi nasib baik ada ruang makan dekat tingkat bawah. Kalau tak ada, memang tak lah aku nak makan sambil berdiri dekat atas tu. Apa-apa pon, makanan time event nie sangat sedap.


 Event kali nie, Yin Yin busuk temankan iols.

Itu saja yang aku nak cerita kali nie. Ingat tau, lepas nie dah boleh pergi Mauritius naik Air Asia X. Straight flight pulak tu. Tak payah transit-transit. Hebat kan. So boleh lah tempah sekarang dekat website Air Asia X : airasia.com 

See ya !

No comments:

Post a Comment

Home