Friday, June 24, 2016

Riang Ria Raya Lazada

Assalamualaikum and good day everyone

Raya nak dekat, tapi satu apa pon tak beli lagi. Yelahh, kebanyakkan orang suka shopping raya last-last minute. Sebab time tulah diskaun semua meletop pom pom, ye dakk ? Tapi jangan biasakan sangat. Beli last-last minute nie kang tak dapat pulak benda yang kita impikan, dengan saiz tak ada, warna yang kita nak tak ada, fabrik pulak tak memuaskan and macam-macam lagi lah risiko shopping last minute nie.

Tapi still korang buat jugak. Tau dah -___-'

Semua nak kejar diskaun yang maha dahsyat tu kan ? Okay tak payah cakap banyak. Nak sangat diskaun, korang shopping je dekat LAZADA sebabnya LAZADA punya diskaun memang maha dahsyat. Sehingga 92% tau.

OMG !!! 92% diskaun kau. Meroyan tak ?

Sempena hari mulia yang penuh keberkatan ini, why not kita shopping raya untuk family kita sekali. Jangan pentingkan diri. Diskaun banyak-banyak nie harus dikongsikan bersama. Tak gitu netizen sekalian alam ? Percayalah, dengan bajet serendah RM500, korang boleh belikan macam-macam untuk family korang.

Tak percaya ? Meyh aku tunjuk.


1.Japenese Table untuk Ibu


Stylish Low Japanese Table : RM 169.00

Nak raya nie, ibu aku akan buat banyak kuih raya. Itu belum lagi ditambah dengan kuih raya tunjuk. Memang banyak lah kuih raya kat rumah aku setiap kali raya. Sampai tak cukup meja dibuatnya. Jalan penyelesaiannya adalah dengan belikan meja baru untuk ibu tercinta. Mesti ibu suka kalau aku belikan Japanese table yang comel nie untuk dia. Dengan adanya meja nie, adakah itu akan menggalakkan lagi pembuatan kuih raya dalam rumah nie ? O,O

Tapi tak apa, kuih raya yang ibu aku buat sedap-sedap. Kadang, belum sempat raya, kami adik-beradik dah habiskan dulu. Hahahaha. Meja nie korang boleh tengok dekat SINI untuk membeli.

2.Carpet untuk Ayah


Rectangle Tatami Style Carpet : RM 42.00

Since sekarang nie tengah musim bola, so ayah tend to stay up all night long just to watch the game. Sampai terkadang tu, tertidur depan tv. Ayah nie kalau dah ngantok sangat, tidur atas lantai pon jadi tau. So aku ingat boleh lah belikan ayah aku carpet Tatami style nie. So boleh lah ayah tengok tv sambil baring atas carpet nie. Nak tidur dekat situ pon tak apa. Sebabnya, carpet nie sangat anjal dan selesa. Jadi tak adalah sakit belakang tidur atas carpet nie.

Cantik tak carpet nie ? Boleh lah usha carpet nie dekat SINI .


3.Belle Labelle Petunia Kaftan untuk Kakak


Belle Labelle Petunia Kaftan Turqoise : RM 159.00

Kakak aku nie, kalau bab baju, memang dia mudah meroyan. Pantang nampak jubah cantik sikit dekat laman sosial, dia akan pm aku suruh belikan. Yang tak tahan tu, dia suruh dahulukan duit aku dulu. Bila balik Malaysia nanti baru dia bayar, katanya. Sebabnya sekarang dia tengah belajar dekat Indonesia. Dekat nak raya nanti baru dia balik. So any promotion regarding baju-baju dekat Malaysia nie yang dia nampak dekat laman sosial, dia akan suruh aku belikan. Nie belum lagi aku recommend kan page LAZADA, kalau dia tahu LAZADA jual jubah cantik-cantik, tak tahu lah meroyan dia macam mana.

Cantik tak kaftan yang aku pilihkan untuk kakak aku nie ? Ala-ala Elsa dalam cerita Frozen gitue. Kalau korang berminat jugak, boleh klik SINI .

4.Kids Bean Bag untuk Adik Perempuan


Mini Cutie Kids Bean Bag : RM 52.00

Untuk Haziqah a.k.a Jida Achin, aku nak belikan dia mini bean bag nie. Dia nie jenis tak boleh duduk diam. Suka panjat-panjat. Pergi beraya rumah orang, sampai patah kerusi orang tu dibuatnya, acano tu ? Nasib baik lah kerusi plastik je. Kuss semangat.

Bean bag nie tahan lasak and memang tak ada harapan lah untuk dia patah. So tahan lama. Memang sesuai sangat untuk Jida Achin yang tak reti duduk diam nie. Untuk mini bean bag nie, korang boleh dapatkan dekat SINI .

-----------------------------------------------------------------------------

Tudia wishlist barang-barang yang aku nak belikan untuk family aku. Cuba kita kira berapa semua bajet dia agak-agak.

RM 169 + RM 42 + RM 159 + RM 52 = RM 422

Tengok ! Tak sampai RM 500 pon. Kan aku dah cakap, shopping dekat LAZADA nie berbaloi-baloi. Dengan diskaun sehingga 92%, LAZADA lah tempat shopping raya paling sesuai untuk korang semua. Kalau tak meroyan lagi lepas tengok diskaun nie, aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi.

Tunggu apa lagi ? Cepatlah pi serbu website LAZADA. Takut nanti gigit jari pulak kalau barang dah habis.


Ouh by the way kan, LAZADA ada buat contest suruh teka bilangan Instax Mini Films nie. Korang rasa berapa banyak mini films dalam gambar nie ?


Kalau korang nak join jugak contest nie, korang boleh lah tengok details contest nie dekat sini :



Senang je nak join contest nie. Cepat tau join sebab tarikh tamat contest nie cuma sehingga 24 June 2016 jam 3 petang. Hadiah menarik untuk 10 blogger bertuah yang berupakan Fujifilm Instax Mini 8 camera untuk 5 pemenang dan juga Fujifilm Instax Mini 25 camera untuk 5 pemenang. Menarik kan hadiah-hadiah dia ? So tunggu apa lagi, mai lah join contest nie.

See ya !

2 comments:

  1. Wahhh.. terbaik lazada punye sale..

    ReplyDelete
  2. Saya selalu juga shopping di Lazada, even beli handphone untuk abah saya pun saya guna Lazada hihi.

    ReplyDelete

Home