Monday, August 15, 2016

Homeless Tourist In USA : Day 7 (New York)

Assalamualaikum and good day everyone !

Mari kita mulakan jejalah New York aku. But make sure, korang dah ikut sesi jelajah aku sebagai homeless tourist di USA since day 1. Baru smooth je pemahaman korang untuk memahami suka duka detik jelajah aku nie. Kbai.


Tarikh untuk hari ke-7 nie adalah pada 19 December 2014. Mohon cakna.

Sebelum aku mulakan jelajah selama 10 hari nie, aku buat research macam-macam benda. Mula aku survey tempat tinggal. But then macam tak berbaloi pulak even ada rumah tumpang yang harga 20 something dollars untuk satu malam. Aku still berfikir, lebih baik aku spend those money on foods. So aku decide tak nak tinggal mana-mana. Of course family aku kat Malaysia masa nie sangat-sangat risau and against my decision. My mother lah mostly. Siap nak bank in duit lagi. I said this is not about money pon. Duit ada je cuma aku rasa macam "tak berbaloi".

Masa aku plan nak buat jelajah 10 hari tanpa penginapan nie, aku meletakkan diri aku nie macam aku berada di Malaysia where i can stay at McD or mosques because it's 24 hours open. Some mosques close at 12 am, yeah i know. But we got McD what. So aku apply benda nie masa dekat sana. Turns out, suasana dia very the different lah uols. Tak macam dekat Malaysia. Bersyukurlah kita jadi rakyat Malaysia. Trust me, walaupon negara kita dilanda pelbagai "kontroversi" dari segi kepimpinan, tapi negara kita banyak bagi kemudahan and keselesaan kepada kita. Percayalah. One fine day, if you happen to come to USA, you will remember my statement. Terutama sekali when it comes to medical treatment. Mana nak dapat treatment satu ringgit je weyh. Kat Malaysia je ada. Banyaklah benda yang aku boleh highlight kan di mana, menjadi warganegara Malaysia jauh lebih bertuah berbanding di US nie. Tapi of course lah banyak benda yang advance dekat US nie. Cumanya tulah, Malaysia nie bukannya busuk sangat. Banyak jugak aspek di mana negara kita sangat terbaik. Berbanggalah kalian menjadi rakyat Malaysia.


Since banyak sangat gelandangan dekat Amerika nie, jadi polis akan keluar masuk every 15-30 minutes untuk "halau" gelandangan-gelandangan nie sebab memang itu lah port dorang untuk dapatkan haba. That is why lah, if you plan to stay inside, you must buy something. Or else, dorang akan halau keluar. Dahsyat kan ? Tapi since aku nie berwajah unik dan bersih, tambah berbau harum and berpakaian menarik, jadi dorang tak detect sangat yang aku nie pon tak ada tempat tinggal. But still, nak selamat kena beli something jugak. Dan akhirnya, memang aku tak boleh nak rely on McDonalds. Aku tak leh stay "lama" dalam McD unless aku ada makanan dalam tangan.

So i decided to stay at any train station yang beroperasi 24 jam.

So malam tu memang aku tak tidur sangat masa sampai New York nie. Aku tidur sekejap sangat kot sebabnya aku nak kena alert with all my belongings. Even i tied everything to my body. But still, i need to be extra cautious.

Dekat nak subuh tu, aku pon bergerak keluar dari train station. Ada satu masjid berdekatan dengan Madison Square Garden Station nie. So aku pon bergerak ke sana untuk solat subuh. Alhamdulillah aku dapat solat dekat proper place pagi tu. Kalau selama nie solat di kaki-kaki lima, kali nie dapat solat di masjid.


Masjid nie kecik je. And i was among the first one showed up kat masjid tu. Masjid Ar-Rahman nama dia. Masa tu belum bukak lagi. So i was waiting there. Masa nie lah aku berkenalan dengan satu lelaki yang pada mulanya aku takut untuk percaya. Since aku nak menjelajah New York nie, jadi susah lah sikit nak bawak beg sampai dua tiga kan. So lelaki tu cakap letak jelah dalam kereta dia. Dia akan ada dekat Masjid Ar-Rahman nie setiap pagi subuh. Aku macam takut sikit nak percaya lelaki nie. Maklumlah baru berkenalan. Tapi aku tiada pilihan lain, selain tawakkal kepada tuhan yang maha Esa. Maka aku pon letaklah beg aku dalam kereta dia. Memang tak ada apa-apa yang berharga pon. Cuma baju-baju je. Baju yang roommate aku bagi pon ada dalam tu, sebab tu rasa macam takut sikit nak tinggalkan. Maka dia pon beredar dari masjid tu dengan beg aku. Aku tak tahu nak rasa apa masa tu. I felt like half of my heart went off together with that car. Rasa incomplete. Seriously. Tapi aku gagahkan jua.

I will introduce him to y'all on my next entri okay ?


Pagi tu, aku pon aku start jelajah New York. Dan terlalulah aku depan Menara Rockefeller Center nie. Tinggi betul menara nie. Since i was in hurry at that time, so i didn't took long time to explore the place. Just there for a quick snap. Then i left to reach my first destination. Besides, i have another 3 to four days in New York, so chill. No need to rush, katanya.


And then, i met these guys. Street performers depan Rockefeller Center nie. Sangat mencuit hati aksi mereka berdua nie. Boleh tonton video mereka di bawah nie.


Pakej City Pass New York

Destinasi pertama yang aku tuju ialah The Metropolitan Museum of Art. Bila dah sampai sini baru lah aku nekad cancel beli City Pass tu. Masa plan awal, aku just nak ambik City Pass nie je. So that tak payah pening-pening nak pergi ke mana semua tu. But then, aku rasa macam "mahal" pulak. Besides, i had enough museum in DC. So tak nak pergi ke mana-mana muzium lagi. Bosan kot. Tak mencabar langsung. So instead of buying City Pass, aku select tempat-tempat yang aku nak pergi je. Kira bayar asing lah. Tak ambik pakej nie.


Ini lah The Metropolitan Museum of Art. Kawan aku cakap museum nie best sangat. Cantik and banyak benda menarik dalam nie. Tapi tak apa lah, aku sekadar ambik gambar depan muzium nie je. Memang dah nekad tak nak masuk muzium lagi. Hahahaa


Since sekarang nie aku dah bertukar plan, jadi aku kena start from zero, coz i really don't have plan B masa ke New York nie. Sebab aku memang cadang nak beli City Pass tu je macam masa aku jelajah Atlanta Georgia. So i need to find a place that have a good internet connection to do research and plan my New York trip.

Planning your trip on the day you arrived that place ? That sounds so entah pape Zharif.

So i went to McD nearby. I spent hours in that McD. Salah satu sebabnya, aku tak tahan dengan keadaan yang maha sejuk di luar tu. Seriously sejuk gila masa nie. Satu lagi, sebab aku penat and mengantuk sangat-sangat. And yes, i did the research and stuff. I bought all the tickets online and did all the transaction online. Right after i finished planning my New York trip, i fall asleep in the McD. Lol. I slept there for almost 3 hours. Masa bangun tu, dah petang kot. Dalam jam 3 petang macam tu. Allahu ! Teruk benar perangai. Boleh pulak tertidur dengan ewahnya sampai lupa tengah dalam mood melancong.


Since masa tu dah petang, so aku macam dah running out of time. Jadi aku cuba pergi ke semua tempat yang tak perlukan tiket masuk, tempat-tempat yang free untuk aku pergi. Jadi tak adalah rasa membazir sangat hari pertama aku di New York nie.


Atas nie ialah Guggenheim Museum. Salah satu tempat yang termasuk dalam pakej City Pass New York tu. So aku pon pergi lah situ. Tak masuk pon, cuma datang situ untuk bergambar je. The architecture is so unique okay. Sangat menarik untuk tontonan umum.

Ada satu tempat di New York nie, di mana korang akan dapati satu "hutan" di tengah-tengah bandar. Nama "hutan" nie ialah Central Park. Bangunan tinggi-tinggi di sekeliling tetibe ada satu hutan. Besar tau Central Park nie. So aku pon singgah sekejap je kat situ.



Since i would be in New York for three to four days, so aku just melawat ala kadar je Central Park tu. Sebab aku cadang untuk pergi pada hari yang lain. Banyak lagi hari kan. Masa nie lagipon dah gelap, and temperature drop gila-gila. Seriously tak tahan. So aku nak balik cepat-cepat ke Madison Square Garden Station tu.



And guess what ????? That was the first and the last i went to Central Park. **Nangis di bucu katil.

Seriously weyh, aku menyesal gila kot. Sampai sekarang aku masih lagi rasa kekesalan itu. Biasa kan kalau kita pergi ke satu tempat tu, when we had enough of that place, we don't feel like to come for the second time, unless you got money for the round 2 lah. That's another story. My New York trip was not complete. There are a lot of tourist attraction places in New York i did not go and explore enough. **Sambung lagi nangis di bucu katil.

InsyaAllah, one fine day. I will go to New York once again untuk tebus balik kekesalan itu.


Ouh by the way, what i like about New York is how easy to get Halal foods. OMG. This is heaven for Muslims to get Halal food. Banyak stall-stall jalanan yang menjual makanan Halal. Kebanyakkan yang jual nie semua orang-orang Pakistan dan yang sewaktu dengannya.


Tips yang aku boleh bagi for those Muslims out there, yang nak dapatkan "extra" daging, korang kena lah jual cerita sikit. Setiap kali nak beli, aku akan jual cerita sedih. Cerita sedih itu berbunyi begini ... (But in English lah of course, yang kat blog nie aku translate kan)

" Ya Allah gembira nya dapat jumpa makanan halal kat sini. Dah lama saya tak makan daging. Di tempat saya (Read : Georgia), susah betul nak dapatkan makanan halal. Dah 4 bulan saya tak dapat makan daging. Finally di New York nie dapat makan daging " - sambil melemparkan senyuman yang paling manis kepada penjual itu. Kalau boleh bagi pakej air mata sekali, lagi bagus. Lagi meyakinkan cerita yang korang jual tu.


Lebih kurang macam tulah cerita sedih yang aku jual. Dan penjual-penjual tu pon macam kasihan kepada aku dan bagi extra daging. Yeay !! Happy Zharif is happy.



So basically, i didn't do much during my first day in New York. Cuma ambik-ambik gambar and jalan-jalan. Itu sahaja. Semakin malam, semakin aku nak cepat-cepat berada dalam bangunan. Sebabnya semakin sejuk. Tapi suasana malam di New York City nie sangat cantik bila dah malam. Tambah-tambah masa aku pergi nie, time tu nak krismas. Jadi decoration dia sangat meriah pada setiap bangunan. Dengan lampu-lampunya lagi.

Seriously cantik dan berwarna-warni.




Siang dan malam di Rockefeller Center

New York kan a city that never sleep. Kalau macam dekat DC mahupon Georgia, kalau dah malam tu manusia semakin berkurangan. Tapi dekat NYC nie, makin malam makin ramai pulak yang keluar. Makin sesak dan makin pelik-pelik yang keluar tu. Dorang nie tak reti sejuk ke apa, aku bermonolog dalaman.

Eh seriouslah, dorang berpakaian sangat chill kot. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku dah berbalut sana sini. Kalau boleh, nak balut sekali dengan selimut. I wore jeans masa nie. Uishhhhh janganlah kome pakai jeans time-time winter nie. Sejuk kot. Aku ingat dia akan memanaskan kaki aku, tapi dia makin menyejukkan kaki aku pulak.

Lagipula, my jacket wasn't thick enough for the winter. Mungkin sebab tu, dah pakai 6 lapis baju pon still rasa sejuk. My bad. Wasn't prepare enough for the winter.


I spent my night at the Masjid Ar-Rahman. Dekat nak tutup masjid nie, aku pon beredar kembali ke Madison Square Garden Station. Bosan jugak duduk masjid lama-lama sebabnya tak ada wifi. Have i told you that sistem paip di masjid nie tak ada sistem pemanasan ?

Seriously, dah lah tempat wudhuk tu bawah tanah. Area nak ambik wudhu tu pon dah sejuk gila nak mati, apatah lagi bila ko bukak paip air kat situ untuk ambik wudhuk. Perghhhh ! Sampai ke tulang rasa dia. Rasa macam nak bertayamum je pon ada. Bhahahahaha

Jumpa lagi di lain entri. See ya !

3 comments:

  1. Great post! Did you try The Halal Guys? They're super good :)

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah.. bestnnya.. nnt cerita habes semua bajet mcm mn jugak na. menarik sgt ni..

    ReplyDelete
  3. Semoga saya ada rejeki untuk ke USA amien

    ReplyDelete

Home