Tuesday, August 30, 2016

Lebaran 2016

Assalamualaikum and good day everyone !

Pada 6 Julai 2016, kita telah menyambut hari terbahagia buat seluruh umat Islam di dunia. Hari kemenangan kita semua kerana berjaya berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah kita dipertemukan lagi untuk menyambut Syawal tahun ini.


Tapi tahun nie sambut raya macam sedih sikit lah. Sebabnya i was not flawless di pagi raya like i used to. KAH ! At that time, Alhamdulillah rasa sakit akibat accident tu dah tak ada sangat. Tapi still sakit lah. Just not that bad. Luka yang dah kering dekat tangan pon masih lagi belum tertanggal. Tapi nasib baik baju raya tahun nie vogue. Sedikit sebanyak ia menaikkan semangatku untuk melaram di pagi raya.


Bercakap pasal baju raya, baju raya aku tahun nie is all the way from India okay. Just the fabric lah. Balik Malaysia aku hantar tailor. Baju raya nie aku hantar seminggu sebelum nak raya. Ko ghase ? Kak Siti Sungai Lang merupakan tailor iols sepanjang 23 tahun hidup nie. memang selalu hantar dekat dia, sebab dia sorang je yang boleh handle kecerewetan aku tapi dengan harga yang super duper murah. Love you Kak Siti !

Kak Siti nie sangat hebat sebab dia siapkan baju aku dalam masa 3 hari je kot. Ko mampu ? Aku tahu ko tak mampu. Sebab tu aku tak hantar dekat kau. BHAHAHAHA


Kain baju nie merupakan kain saree sepanjang 6 meter yang sudah siap dipotong. Well, kain saree memang 6 meter rasanya. Kalau tak silap lah. And kain saree nie dia ada satu bahagian yang dipanggil the centre of the attention kot. That's why dia lain sikit. So that the centre of the attention part, i asked my mom to turn it into samping. There you go my samping =).

Masa beli kain nie dekat India, tak terlintas langsung untuk dijadikan baju hari raya pon. Just beli untuk buat baju basahan je. Cuma nak buat kurta without the seluar. Sebab tu beli satu je, so that cukuplah untuk buat baju adik lelaki aku sekali. Tapi akibat ketamakkan yang maha dahsyat seorang Zharif yang tetibe nak jadikan ia baju raya sekali with the seluar, maka adik lelaki aku tak dapat. Kesian dia kena beli kain lain. Tapi guna kaki kain saree aku, so that tak ada lah vary sangat. My ayah punya baju awal-awal dah siap. Advance betul pak cik Azis. Kalah anak-anak dia tau.


Kasut raya pon pakcik Azis nak pinjam anak dia, acane tu ? Kasut iols tahun nie Alhamdulillah rezeki, Zalora sponsored. Shopping secara free je uols. Maka dapatlah beli 5 pasang kasut a.k.a sandals, seutas jam tangan dan baju kemeja shopping secara percuma. Tak beli kan pakcik Azis pon sandal gladiator tu. Cuma belikan untuk adik lelaki je and satu bagi dekat si Faries. Tapi tiba-tiba pakcik Azis pagi raya tu buat muka kesian cakap tak ada kasut raya. Haruslah aku korbankan kasut raya iols yang warna coklat tu kepada pakcik Azis. Muka terus ada senyum pagi raya tu. Ko ghase ?


Terima kasih naa Zalora MY. I love you so much !


That was a little bit about my baju raya walaupon aku tak nampak di mana pentingnya untuk benda nie diceritakan kepada anda semua.

Aci tak, letak gambar saiz paling besar ?

Pagi raya agak kalut sikit. Keluarga Pak Cik Azis memang sangat terkenal dengan kelembapan bersiap di pagi raya. Memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan kami sanak-saudara. Semua sudah faham dan akur akan ketentuan illahi bahawa keluarga kami lambat bersiap.





Oleh itu, entah apa mimpi dorang semua, dorang boleh serang rumah kami pagi-pagi raya tu. Haruslah aku gelabah weyhh. Sepanjang 23 tahun hidup di atas bumi yang fana ini, tak pernah lagi sanak-saudara abg berkumpul pagi raya di teratak humble kami. Serious tak sangka rumah Pak Cik Azis menjadi tapak untuk mereka berkumpul di pagi raya.


Mujur bebo Ayu masak-masak malam raya tu. Mungkin dah ada instinct mengatakan mereka akan berkumpul kot. Sebab tu bebo macam termasak banyak. Selalunya ala kadar cukup untuk kami sekeluarga.


Tapi maaflah kepada sanak-saudara abg yang telah hadir berkumpul di rumah kami pagi tu, abg nie kalau dah pakai baju raya, dah siap cantik-cantik, jangan harap abg nak buat kerja kotor-kotor. Apatah lagi suruh sendukkan nasi, basuh-basuhkan pinggan, lap benda-benda tumpah. Memang tak lah dikk. Abg cuma mampu jadi usher sahaja. Tunjukkan di mana tempat duduk. Di mana bilik air berada. Dan di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ? Eh dah kenapa pulak peribahasa boleh masuk sini. Sudahhhhhhhh.



Memang selain daripada tu, biar adik-beradik abg yang lain uruskan. Mereka pon akur dengan sikap abg yang sebegini. Mereka terima abg apa ada nya. Dikk, baju abg tempah khas, siap dalam masa 3 hari. Mana boleh buat kerja-kerja tu semua. Kufur nikmat baju cantik di pagi raya orang kata.


Terus-terang aku cakap, raya tahun nie agak hambar sedikit compared to last-last year. Tak tahu pasaipa. Adakah sebab aku accident ? Atau mungkin sebab tahun ni beraya status single ? Kbai.

Raya untuk my own family, okay je. Meriah, sebab keluarga aku jenis yang cool and Alhamdulillah very the semangat. Tapi sanak-saudara ku yang lain macam something wrong somewhere lah semua tahun nie. Tapi tak apa lah, masing-masing ada isu dan masalah yang mereka hadapi, yang penting keluarga aku okay je pada raya tahun nie.

That's what all matters.




Sesi bergambar bersama sanak-saudara yang paling hambar compared to last-last year punya raya. Yang penting, me and my family are always up for pictures. Again, that is what all matters.


Right after beraya rumah mak sedara aku di Labohan Dagang nie, kami terus shoot balik Pahang ke kampung ayah. Sudah menjadi rutin setiap tahun, sebaik sahaja beraya sakan di Selangor, belah malam akan terus balik Pahang.


Dan seperti biasa, bila di kampung ayah, memang tak beraya. Saban tahun, aku akan cakap benda yang sama. Balik kampung ayah, pasti tidak beraya. Jadi tolong jangan bagi aku ingatkan korang setiap tahun. Mohon cakna bahawasanya setiap tahun beraya di kampung ayah hanya untuk menjenguk atok dan nenek ku dan juga melantak buah-buahan di dusun mereka. Itu sahaja.


But too bad, buah-buahan yang ada semua masih lagi mentah. Durian masih lagi mentah, manggis pon sama, rambai pon sama masih lagi mentah. InsyaAllah, raya haji nie semua pakat-pakat masak. Tapi durian dah habis dah pon. Sedara-mara semua dah melantak habiskan. Sampai hati depa tak tinggalkan kami.


Inilah atok dan nenek kami. Tapi kami tak panggil atok dan nenek. Kami panggil Tokki dan Wek. Hihi. Amboi tinggi betul kain pelekat tokki tu. Tahulah kaki flawless walaupon umur sudah lanjut.



Seperti biasa, setiap kali raya ketiga, kami akan balik semula ke selangor. Ini pon dah tiap tahun bagi tahu.



Dari Pahang, on the way balik ke Selangor, kami akan singgah ke Jempol Negeri Sembilan dahulu untuk beraya rumah si Parisah yang jijik lagi menjijikkan. Inipon rutin setiap tahun.



Then barulah kami pulang ke Selangor. So basically, my hari raya pertama sehingga hari raya ketiga, pretty much the same every single year. Hari raya keempat biasanya yang akan berlainan setiap tahun.



Owh, masa pergi rumah si Parisah tu, aku tak balik dengan family aku. Balik dengan si Parisah nie, ikut dia pergi betulkan motor. Motor dekat rumah kakak dia. Rumah kakak dia dekat je dengan rumah aku. So aku balik Banting dengan si Parisah nie. Malam tu, kami pergilah beraya ke rumah kawan-kawan aku. Sempat beraya dua rumah je malam tu. Sebab tak plan pon nak pergi beraya. Tiba-tiba je rasa nak beraya.


Since hari raya keempat, ayah dah mula masuk kerja. So kami yang kat rumah nie pergi beraya rumah sedara kami di Negeri Sembilan. Kampung Bukit Pelanduk kot nama tempat tu. Tak ingat lah pulak. Tapi gambar semasa beraya rumah dia, tak ada. Sebab raya keempat nie sendu sikit. Pergi beraya sana tak pergi beramai-ramai like we used to do every year.  So aku sajikan gambar-gambar sebelum bertolak ke sana untuk tayang baju raya iols yang merah mak ngah nie.


Pada tengah malam pulak, kawan aku yang sama-sama bekerja di Pizza Hut Banting datang beraya. Malas nak bagi dorang datang beraya sebenarnya, tapi kesian pulak sebab asyik dok tanya bila aku free. So, aku pon bagi lah datang rumah. Boleh macam tu ?


Jam 3 pagi baru balik rumah, ko ghase ? 


Hari raya kelima pulak, kami adik-beradik pergi beraya rumah kawan kakak and adik perempuan aku di Shah Alam. Kebetulan, dia nie adik-beradik dengan Altimet (kebetulan sangat), so dapat lah bergambar dengan Altimet pada hari yang penuh berbahagia itu.


Insecure lah berdiri sebelah orang tinggi-tinggi nie. Apa rahsia boleh tinggi sampai macam tu sekali erk ?

Di samping itu juga, dapat juga akhirnya aku bertemu dengan si Toffee cat nie. Selama nie menyaksikan kehidupannya yang maha fabulous di Instagram sahaja.


Ya Allah, kenapa lah Toffee nie dekat laman sosial lain, dekat dunia realiti lain. Pandai main angle si Toffee nie. Dalam gambar nampak kecik, sekali depan mata, ambikk kau. Besar gedabak uols. Jalan tak ubah seperti seekor tenggiling. Bontotnya ke kiri ke kanan berlenggang-lenggok. Eeeeee mengada sangat !



Thank you Amnah dan Zeynah sebab menerima kehadiran village people nie. Lain kali jangan jemput datang rumah, sebabnya, kalau jemput sorang, yang datangnya satu kampung. Hahahahaha


Lepastu, aku start berpraktikal pada hari raya keenam, 11 Julai 2016. So automatically, raya aku dah tamat. Orang lain masih lagi berhoneymoon kat rumah beraya, aku dah kena masuk kerja. Sabor jelah.


Tapi pada 16 Julai, aku pergi beraya. Beraya ke rumah sedara aku yang dekat Klang nie. Tak tahu pasaipa, kalau beraya rumah sedara aku yang kat Klang nie, mesti dah nak hujung-hujung raya. Raya dah hampir basi baru nak pergi beraya. Padahal dekat Klang je kot. Bukan jauh dari rumah.

Anyway, menu wajib kalau beraya rumah sedara aku kat Klang nie haruslah laksa. Laksa yang mak sedara aku buat nie sangat sedap. Kuahnya pekat dan melekat. Rasa dia sangat umphhhh ! Tapi malangnya, si rambut melepet tu tak makan laksa. Nasib lah kau.


Pada 30 Julai, dapat jemputan daripada junior UPSI untuk hadir ke open house yang keluarga dia buat. Dia nie pembaca blog aku dari sebelum dia masuk UPSI lagi. Dahsyat tau.

Apa yang best datang open house rumah Syira nie ialah kambing bakar dengan satay dia. Seriously sedap !! Dan yang paling penting, tak perlu beratur and berebut untuk ambil kambing bakar. Happy Zharif is happy.


Terima kasih Syira sebab jemput kami berdua datang open house. 
Tahun depan kalau buat lagi, jangan lupa jemput tau. Kbai. 


So basically, itu sahaja cerita hari raya aku. Agak sendu sedikit hari raya aku pada tahun nie. Biasanya, cerita hari raya aku ber-episode2. Kali nie, cukup buat satu entri je. Tak ada lah berjela sangat walaupon combine semua cerita.

Hopefully, tahun depan tak sesendu seperti tahun nie. Semoga semua manusia diberi keceriaan di pagi raya untuk menyambut hari raya yang mulia ini. Raya aidilfitri setahun sekali je uols. So ketepikan masalah dan have fun !

I've learnt my lesson. Have i ever told u that i skipped my hari raya pertama once, in the year 2013 ? If you don't know the story, you may selongkar post2 lama untuk tahu cerita itu. Seriously babe, aku menyesal buat begitu. Hari raya hari terbahagia, jadi seboleh-bolehnya sambutlah dengan suasana yang ceria. Boleh semua ?

Mari kita sama-sama doa supaya kita terus diberikan kebahagiaan di dunia (dan kelak, di akhirat), dilapangkan dada dan dijauhkan bala bencana yang tidak diingini. Aminn.

I bet, korang punya cerita hari raya mesti lagi meriah kan ? Share lah cerita hari raya korang dekat aku. Tapi nak share dekat mana ? Lulz. Jumpa lagi di entri akan datang. See ya !

1 comment:

Home