Friday, November 25, 2016

LAZADA Online Revolution : Nestle

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku telah menerima kotak misteri yang diberi nama "Box of Joy" daripada LAZADA semasa menghadiri event dorang awal November lalu bersempena Online Revolution yang bermula pada 11 November sehingga 12 December. Sepanjang Online Revolution berlangsung, akan terdapat banyak diskaun pada produk-produk yang terpilih.

Macam-macam ada dalam kotak Box of Joy nie tau. Meriah betul ! So untuk hari nie, aku nak cerita pasal produk Nestle yang aku dapat dari Box of Joy nie.

Monday, November 14, 2016

3 Clueless Tourists In India : BELGAUM

Assalamualaikum and good day everyone !

Moh lah kita sambung cerita India aku nie. Dah semakin membasi pulak kalau simpan lama-lama. Kalau korang baru sahaja mengikuti perjalanan 3 clueless tourists kesumat di India, boleh tengok entri-entri terdahulu untuk lebih penghayatan. Gituee.


Wednesday, November 9, 2016

Unplanned 2 Days Vacation in Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 20 Ogos haritu, aku dan my kawan baik semasa senang, dengan ewahnya pergi ke Pulau Pinang. Bukan untuk bercuti, tapi aku ada hal sedikit di Penang so that aku "terpaksa' datang sana untuk hal itu. Dan hal itu pon selesai pada jam 12 tengahari macam tu. Hal apakah sampai kena datang ke Penang ? Yang nie, tak perlu lah tahu. Hehe.


So my kawan baik semasa senang dengan lantangnya bersuara agar kami berdua menerokai Penang terlebih dahulu sebelum balik ke Selangor. Eh propa sangat lah. We did planned for exploring Penang, but that was not my priority. That was his plan. Itu pasal lah dia gigih sangat nak ikut aku pergi Penang. Yang aku fikir, hanyalah untuk selesaikan "hal" yang aku tak nak share dengan korang semua tu. Itu je.


So, our journey started on Friday night, 19 Ogos. We went to Penang by bus. Sangat mengimbau detik-detik semasa belajar di Matrikulasi Penang yang sangat stress suatu ketika dahulu. Everytime nak balik Penang, aku akan naik bas di Klang Sentral dengan Ummi Hani yang kebetulan kenal sebab sama-sama homesick setiap minggu nak balik Selangor. Bhahahaha.

Aku sampai Penang around 1 ke 2 pagi macam tu. Bas Rapid Penang memang dah stop beroperasi, so nak tak nak kena naik teksi dari stesen bas tu, ke Georgetown. Teksi semua mencekik darah. 40 hinggit satu perjalanan, perghhh ! Aku kena bertolak ke Georgetown malam tu jugak sebab "hal" yang aku nak selesaikan tu seawal jam 8 pagi. Makin lambat sampai, makin lama aku kena beratur and tunggu nanti. So tak nak lah beratur lama kan.

Alhamdulillah lah, jumpa pakcik prebet nie, dia cas 20 ringgit untuk ke Georgetown, okay lah daripada 40 ringgit. 20 ringgit pon still consider mahal tau. Sebabnya kalau naik Rapid baru 3 hengget je. Takpe, gagahkan jua. Sampai Georgetown je, kami cari masjid atau surau yang bukak untuk kami bermalam.


Since masa tu dah hampir ke waktu subuh, so kami tidur masjid jelah. Nasib baiklah masjid nie bukak. Kebanyakkan masjid dekat Penang nie, bila tengah malam dorang tutup (Info daripada orang local di sini). Tapi masjid nie, tak berkunci pulak. Kami pon tidur lah dengan ewahnya. Aku tak tidur actually, budak kat belakang tu je yang tidur.

Bila subuh, aku pon start bersiap untuk menghadapi hal yang aku nak selesaikan tu. Dalam tengahari, hal tersebut pon selesai. So sekarang, masa untuk kami berjimba di Penang nie. But first, kami kena cari hotel bajet dulu. Nak cari hotel bajet dekat Penang nie, tak susah pon. Memang bersepah. Tapi yang betul-betul bajet, bersih dan menepati citarasa, itu yang susah nak dapat. Definisi hotel bajet seorang Zharif adalah bilik yang berharga bawah 50 ringgit satu malam. Kbai.


Trust me, i am very cerewet kalau bab travel. Aku bukan jenis asal ada, and nak ikut kepenatan yang dihadapi. Jenis aku, aku akan sehabis baik untuk mencari yang murah dan terbaik. Aku bukan orang senang, jadi bila aku travel, aku akan cuba semaksima mungkin untuk jimatkan perbelanjaan.

I found this hotel bajet after 2 hours walking under hot sunny day in Penang. Can you imagine how tough was that ? And only those yang kuat dan tahan dengan kerenah aku je yang mampu hadapi benda nie. In that case, i only know one person (Setakat hari nie), that can deal with this craziness of mine, iaitu si Parisah nie. Kalau dengan orang lain, aku akan consider lah, sebab tak semua boleh ikut kegilaan kita. Hihi


Rumah Tumpangan Friendship Hostel nie seriously memang terbaik ! Dah lah murah, bersih pulak tu. Sesuai untuk mereka yang hanya menjadikan hotel sebagai tempat untuk beradu sahaja. Setakat untuk tidur, ambil hotel mahal-mahal buat apa. Membazir.

Sangat recommended hotel bajet nie. Kalau korang datang Penang, cari hotel bajet nie. Aku akan describe lebih details pasal hotel nie satgi. Sekarang nie, aku nak cerita aktiviti jelajah Penang dulu untuk hari pertama kami di sini.

Lepas dah mandi and berehat secukupnya, kami pon memulakan penjelajahan Penang. Walaupon dulu setahun duduk dekat matrik Penang, tapi aku tak pernah terlintas pon nak jelajah Penang masa tu. Sebab masa tu, aku sangat lah stress dan almost setiap minggu aku balik Selangor. Ikut perkiraan aku, ini sudah kali keempat aku datang Penang. Walaupon Penang nie negeri yang kecil, tapi banyak lagi tempat yang aku tak pernah jejak lagi rupanya.


Our first stop, was Nasi Kandar Line Clear. Nasi Kandar Line Clear nie dekat gila dengan tempat penginapan kitorang. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Sangat dekat seriously. Kami memang tak plan apa-apa masa nak datang ke Penang nie. Jadinya, apa yang nampak depan mata, kami singgah. Tak sangka pulak terjumpa Nasi Kandar Line Clear masa nie. Tambah-tambah, kami tengah lapar masa tu. Dengar cerita, famous sangat Nasi Kandar Line Clear nie.


Harga dia agak mahal lah bagi aku. Tapi rasa dia boleh tahan sedap. Tapinya masyaAllah, kotoq baq hang. Acano lah tempat untuk makan boleh kotoq macam nie. Dah tu, terkenal pulak tu. I kennot brain this. Apa-apa pon, sendiri pergi sendiri nilai. I praise for the taste, but not the cleanliness.

4 bintang for the taste, 1/2 bintang untuk kebersihan restoran.


Lepas dah makan, kami pon naik bas rapid free. First stop kami ke Gereja St. George. Pakai singgah je gereja nie. As in the title, i did not plan anything for this trip. So mana bangunan yang rasa macam iconic, kami terjah.


Dapatlah terjah gereja nie sekejap je. At that time dah nak jam 5 petang. Or 6 petang, aku tak pasti. Which is masa untuk tutup pagar. So kami pon "dihalau" keluar oleh pak guard kat situ. Waktu melawat dah tamat katanya.


Tak ada apa sangat pon kat sini, so nak lama-lama pon buat apa. Lol.

Seterusnya kami naik lagi bas free tu untuk ke Padang Kota Lama. Kat sini meriah sangat. Muzik kuat kot. Ada festival apa benda ntah. Nampak macam pesta boria. I said boria erk, bukan bohsia. Read carefully. Lulz



Sempatlah merasa laksa penang kat stall dalam pesta tu. Teringin sangat makan laksa masa nie. Tapi laksa dia tak berapa nak umppphhh lah pulak. Hampehh je.


Area Padang Kota Lama nie ada Fort Cornwallis. Orang Penang confirm tahu tempat nie. Aku seriously baru tahu. Cantik lah tempat nie. Ada satu terowong tinggalan sejarah dekat sini. Mulanya, seram jugaklah nak masuk sebab macam rumah mayat pon ada. Lulz.



Bila malam, area Padang Kota Lama nie makin meriah. Pesta boria tu baru mula. Aku malas nak menyaksikan pesta tu sebab aku dah penat sangat. Apa yang aku fikirkan masa nie hanyalah nak tidur. Hihi


Tapi si Parisah tu beria suruh aku cuba makan gado-gado yang berhampiran dengan Padang Kota Lama nie. Katanya sedap sangat. Dia punyalah beriya suruh aku cuba. Rasa dia not bad lah. Sedap jugak. Cumanya, masyaAllah sisturrrr !! Mahal weyhhh. Seram betul nak ambik bahan-bahan dia. Untuk gado-gado atas nie, harga dia RM14.

Sekian, terima kasih. Bye.


Pagi-pagi kami bersiap sedia untuk check out dan sambung jelajah Penang untuk hari terakhir kami di sana sebab bas kami untuk balik ke Selangor belah malamnya.


Aku sangat-sangat bersyukur dipertemukan dengan Friendship Hostel nie. Sangat selesa, bersih dan room rate sangat murah. For girls, mungkin boleh ambik yang attached bathroom untuk lebih selesa (Harga dia around 80 ringgit satu malam, kalau tak silap). Untuk yang bujang macam kami nie, jalan pakai tuala menuju ke bilik air pon boleh je. Bhahahaha.

Tapi, untuk bilik yang attached bathroom berada di tingkat 3. Untuk pengetahuan semua, lif tak disediakan yer. Jadi kena gigih naik tangga. Bilik kami nie dekat first floor je. Aku sangat berpuas hati menginap di sini. Cuma wifi je agak lembab and tak berapa nak ada line sangat. Selain tu, aku bagi 5 bintang !!


Belah pagi tu, kami naik bas rapid ke Pantai Batu Feringghi. Agak jauh jugak rupanya dari Georgetown nie. Ingat kan dekat je. Kami tak mandi pon kat sini. Memang ada pasang niat untuk mandi tapi macam malas pulak nak salin-salin baju bagai. So mampu main-main pasir je sambil cuci mata. Ewahhhhh !

Lepastu, kami patah balik ke Georgetown untuk ke Penang Street Art.



Aku ingat street art dekat Penang nie sebaris je macam yang dekat Shah Alam. Rupanya bersepah-sepah. Dah macam main explorace pulak kena cari-cari art dekat area tu.


Oleh kerana street art kat Penang nie bersepah-sepah and agak jauh from one another, so adalah lebih baik korang sewa basikal. It's not expensive pon. Berbaloi je harga dia daripada ko penat berjalan kaki untuk ke art-art nie. Trust me, bukannya dekat. So please sewa basikal kalau tak nak penat.


Inilah basikal yang kami naik. Walaweh, siap ada payung tu. Ko ghase ?

Setiap kali kami berselisih dengan penunggang basikal lain, mahupon rakyat jelata dan pelancong di Penang, mereka pasti akan terpesona dengan basikal yang kami naiki nie.


Cantik kan basikal berkembar berpayung kami nie ? Macam hadek-hadek sangat ! Lulz.



So enjoy lah the rest of the street arts. Kami tak berjaya untuk pergi ke semua "check point" sebab kami kejar waktu. Takut tertinggal bas. But we managed to go almost every arts that showed in the map. Yes, on the map. Masa kami sewa basikal nie, uncle tu siap provide kan kami map di mana ia menunjukkan lokasi-lokasi street art nie. So that kita boleh jadikan panduan untuk menuju ke street art yang kita nak.











Kami juga ambil kesempatan sewa basikal ini untuk singgah ke Masjid Kapitan Keling nie. Masjid yang telah di bina lebih 200 tahun dahulu. Masih lagi utuh dan tersergam indah.




Bila jam hampir menunjukkan jam 7, kami pon pulangkan basikal kami. Kami sewa dekat Uncle Umbrella. I lost his business card. Kalau tak, boleh attached dekat sini. Maaf kan saya.


Uncle Umbrella @ K.C. Tan
016-4261081
Basikal kami tu, kami sewa pada harga RM 14 ringgit je =)

Korang boleh try call dia untuk tahu di mana lokasi dia berada. Aku pon lupa dah tempat dia nama apa. Sebab kami jumpa tiba-tiba. InsyaAllah, dengan uncle nie, korang boleh dapat harga murah. Serious murah gila compared to others yang juga menyediakan perkhidmatan sewa basikal nie. Plus, kalau nak basikal cantik-cantik dan unik, kat tempat uncle nie ada banyak. Hihi.

And korang juga tak perlu risau pasal luggage or anything, boleh je minta uncle nie tolong simpankan. Nanti dia simpankan dalam office dia. Baik sungguh uncle nie tau. Kalau nak sewa basikal, sewa dekat dia okay, promise ?


So kami pon mengambil bas rapid untuk ke Sungai Nibong. Bas kami untuk ke Selangor, kami naik di Sg Nibong. Agak jauh jugak rupanya Sg Nibong nie dari Georgetown. Hampir satu jam jugak lah. Aku ingat dekat je. Yelahhh, selama nie fikir yang Pulau Pinang tu "kecik". Hahahahaha

Bas sampai Klang Sentral jam 6 pagi, balik ke Puncak Alam terus bersiap untuk pergi kerja. Rabak mata dikk.

So itu lah cerita 2 hari 1 malam kami berdua di Penang. Sangat tiba-tiba, no plan no anything but it was amazing. See you again Penang.

Daa !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...