Sunday, January 8, 2017

Homeless Tourist in USA : Day 8 (New York)

Assalamualaikum and hi everyone !

Mari kita sambung jelajah Amerika aku sebagai homeless tourist selepas tamatnya program pertukaran pelajar aku selama satu semester di GCSU. Untuk jelajah hari kelapan nie, yang mana ia merupakan hari kedua aku berada di New York, bertarikh 20 December 2014. It was two years ago guys. TWO YEARS. Jadi mohon cakna semua.

Klik link-link dibawah nie untuk menyelami perjalanan kisah homeless tourist ku ini.


Macam biasalah, lepas dah mempersiapkan diri, aku pon start bertolak ke destinasi. Tiket better beli online sebab lebih murah if you do so. Malam tu aku dah siap print dekat hotel berhampiran surau tempat aku solat. So pagi tu tinggal bawak dokumen yang sudah di print sahaja and show em at the ticket counter. Lebih cepat dan efficient kalau beli tiket online. Tak perlu beratur panjang.

My first destination was Madame Tussauds New York.



Rasanya semua orang tahu Madame Tussauds nie tempat apa, kan ?? Ke korang tak tahu ? Kalau yang dah tahu tu boleh terus proceed, yang belum tahu tu, meyh abg bagi tahu.


Madame Tussauds nie tempat di mana mereka mematung lilinkan figura-figura yang terkenal dan iconic. Abg tak pasti lah kalau perkataan "Mematung lilinkan" tu wujud ke tak. Harap adik-adikk semua boleh faham. Patung lilin nie dibuat sebijik mengikut proportion figura tersebut. Dari segi ketinggian and stuff. Sebab tu macam takot sikit kalau tengok patung-patung lilin kat sini sebab nampak real sangat. Even nak buat rambut dekat setiap patung-patung tu pon dibuat dengan penuh teliti dan dimasukkan sehelai-sehelai tau. Sangat attention to details untuk buat patung lilin nie in order untuk nampak sebiji dengan figura yang di duplicate itu.



Who cares what Heidi Klum play with in the bath ? Lol

Smize yall ! It's queen Tyra.

Adakah aku punca keretakkan rumahtangga dorang ? Nantikan berita hangat ini di Melodi.

Masa aku first masuk rasa macam terkesima sikit. Sebab serious nampak macam manusia betul. I never went to any wax museum before, so sebab tu rasa jakun sikit. Rambang mata tak tahu nak start dengan wax figure yang mana satu dulu untuk bergambar.

So korang enjoy lah all the pictures okay ??


I love her accent. I love her in Modern Family. You gotta love Sofia Vergara !


Masa aku dekat Madame Tussauds nie lah aku rasa alangkah bagusnya kalau ada kawan baik aku (You know who) berada sekali bersama aku kat sini. Serious weyh, aku rasa forever alone gila masa nie. Susah nak bergambar. Sekali sekala minta tolong orang ambikkan gambar, okay lah. Ini dah kalau semua patung lilin tu ko nak bergambar sama.

Acano ?


I wish you were here my best friend.



Tapi okaylah, selfie stick aku sangat banyak membantu aku dari segi untuk mengambil gambar. Walaupon sometime aku rasa tak puas sebab tak dapat posing head to toe. Tapi tak apa lah, itu je yang ada. Okay lah tu.




Untuk pengetahuan korang, masa nie selfie stick sangat lah sesuatu yang baru di America. So sepanjang aku menggunakan selfie stick nie kat sini, ramai sungguh yang terpegun dan cakap wow and very good. Some even said, 
"i think it's Asian kinda thing" after i told them i'm from Malaysia.

Bagi dorang, Asian nie macam lebih advance lah dalam bab-bab macam nie. lol




Bollywood superstar pon ada tau dalam nie. Jangan main-main. Baru je pergi rumah Shah Rukh Khan awal tahun hari tu. Tak sedar yang aku pernah "jumpa" dia masa kat New York dulu. Lulz.



Ini antara mereka yang sempat aku bergambar bersama kerana mereka sangat terpesona dengan selfie stick kepunyaan aku tu. Plus, dorang juga agak terpesona dengan kebesaran saiz handphone aku. Hahahaha. Yelah, masa nie iphone6 baru dilancarkan, at that time, most of them menggunakan iphone5s yang kecik tu. So, to see something yang sangat besar macam handphone oppo find7a aku nie, haruslah mereka terkesima.


Look, i was a guest in Oprah Winfrey Show. Mohon jeles !

Acah-acah





Terus-terang aku cakap, some of the figura yang aku bergambar bersama, i don't even know their names. I am not really familiar with sports stars, old actors and actresses and some of iconic characters in a movie pon aku tak berapa nak up to date.

Gila kalau tak kenal makhluk ini ! Dia nie lah punca ramai student sakit kepala dibuatnya.


Kali nie kita di ruang di mana mereka meletakkan pemerintah-pemerintah terkenal serata negara dan juga ahli-ahli politik pelusuk dunia.

Tak tahu sape perempuan tu, the right one is Nelson Mandela.


Left, Yasir Araffat, is it ? On the right, i have no idea.

I have no idea.

George W. Bush and Martin Luther King Jr ?

When you see someone you dont like walk passed you and wearing something ugly.

Hillary Clinton and Bill Clinton. Kan ?




Last but not least, Barack Obama and Michelle Obama. Nak ambik gambar kat sini tapi tak ada sape yang aku berani approach untuk ambikkan gambar aku.



Dan akhirnya aku memberanikan diri jugak untuk suruh sesiapa yang ada kat situ untuk ambikkan gambar aku dengan royal family nie. Worth it !!

The iconic, Marilyn Monroe kain terbang-terbang

There you go kain Marilyn terbang-terbang.

Buat apalah tu agaknya


I have no idea

I have no idea either

Christina Aguilera ? I dont know who she is


I dont know her - Said Mariah Carey



Nyum nyum nyumm !

This gegar picture represents our emotion at that time. What we were laughing at ?



Okay sekarang kita masuk dekat bahagian figura-figura atlet terkenal di serata dunia. I guess. 
Or just American athletes. I dont know.

I dont know them


Serena Williams or Vanessa Williams ? Kinda confuse. Lulz

Me trying to coach this baseball player



Basketball player from China. I dont know his name. 

The legendary, Muhammad Ali.

Look like Whitney Houston



N'sync ? Who saw JT ?


The Jonas Brothers


Carrie Underwood

Katy Perry and badgal Riri

Usher in the house yawww

Lady GaGa and Tay Tay. 

At first glance, i thought that was Britney Spears, tapi rupanya Taylor Swift.

P.Diddy





The Rock a.k.a Dwayne Johnson



Arghhhhhhhhh !!!!!!!




Fun fact : Semua patung lilin dalam Madame Tussauds nie aku bergambar sama, tanpa tercicir walaupon satu. So memang banyaklah gambar-gambar aku dekat tempat nie. Cumanya aku tak upload lah semua. Yang aku rasa macam okay, aku upload. Banyak lagi sebenarnya yang aku tak upload. Ini pon kira dah banyak tau.


Tiket nak masuk Madame Tussauds New York nie boleh tahan murah lah (Jangan convert duit Malaysia). Nak masuk waktu bila suka hati korang. Tapi tiket untuk destinasi seterusnya yang aku akan pergi nie, iaitu Empire State Building. Ada waktu dia. let say ko ambik masa untuk melawat waktu 12 tengahari, then kena masuk waktu tu. Then ada limit masa kat atas tu. Eh ye ke ? Aku dah tak ingat lah. Maaf.


Aku beli tiket untuk tingkat ke 86. Kalau nak tingkat paling tinggi iaitu tingkat 102, harga tiket mahal sikit. Tingkat 86 pon dah okay. Dapat je tengok satu New York City nie. Aku decide untuk tengok suasana malam di New York, so aku beli tiket masuk waktu malam.

Sementara menunggu waktu untuk masuk Empire State Building tu, aku pi makan dulu.


Rasanya aku masih belum bagi tahu pasal nie. Tapi kalau dah pernah bagi tahu, korang diam-diam jelah erk. Hihi. Anyway, dekat New York nie tak perlu risau pasal makanan untuk yang Muslim. Sebabnya makanan halal banyak sangat dijual di tepi-tepi jalan. Restoran halal pon banyak. Seronok duduk dekat New York nie. Kenyang !


Setiap pagi, sebelum aku gerak pi mana-mana, aku akan singgah stall tepi jalan yang menjual pelbagai jenis kuih-muih. Pastries lah dalam bahasa betulnya. Stall-stall nie yang jual semua abg-abg dari Pakistan. Sangat dijamin halal. 


Kuih atas nie sangat sedap weyhhhhhh !!! Seriously sedap sangat. Aku selalu repeat order.


Owhh ya, souvenirs kat New York nie pon boleh tahan murah-murah. Tapi maap lah yer, masa nie aku dah risau sangat pasal luggage. Takut terlebih berat. Jadinya, shopping baju-bajan sangat lah tidak dijalankan sewaktu aku di New York. 



Dekat-dekat nak Maghrib, aku pon start beratur untuk masuk ke Empire State Building nie.


Wehooo, I was here in Empire State Building yang famous tu !

Sejarah pembinaan Empire State Building

Apa yang aku tak suka masa nak masuk sini ialah betapa strict nya kawalan nak masuk ke sini. Kena lalu 3 inspection kot. Adoiii penat tau, bukak pakai balik jacket/gloves /tali pinggang and macam-macam lagi lah. Dah lah baju aku berlapis-lapis. Grr. 

Sangat turn off lah inspection dekat US nie. Semua benda nak kena cek.



Nak naik tingkat 86 tu menggunakan lif. Lif yang superlaju of course. Nak naik tangga memang tak lah dik non. Mahu tercabut kaki.



Maaf ye adik-adik yang tak suka gambar selfie muka dekat-dekat dengan skrin. Sebab nya nak masuk sini, tidak dibenarkan sama sekali membawa segala batang penyapu. Maksud aku, selfie stick. Tripod pon tak boleh bawak ye. Jadinya, kena gunakan kudrat tangan yang Allah bagi untuk selfie. Itu pasal selfie aku semuanya muka dekat dengan skrin. Ibarat macam nak zoom bulu hidung. Kbai.



Dik non, kat luar tu sejuk gila namateyyyyyy ! Aku seriously tak tahan gila dengan kesejukan itu. Rasa tak sanggup nak tanggalkan gloves untuk tekan skrin handphone. Keluar ke anjung pon sekejap-sekejap then berlari masuk dalam bangunan balik. Dalam bangunan ada heater, so agak nyaman ye.



Aku pilih untuk tengok night view of New York. Memang cantik lah. Tapi sejuk yang amat. Lepasnie kalau ada rezeki lagi datang sini, aku mungkin nak tengok view belah siang pulak. Mesti lagi indah.



Nie stranger mana lah yang aku suruh jadi tukang ambik gambar. 
Macam tak sekolah je gambar yang dihasilkan.

Selfie lah untuk kepuasan diri sendiri


Aku tak terus balik ke Madison Square Garden station, aku pi jalan-jalan dekat Times Square sat. Times Square kan antara tempat paling popular di dunia. Rugilah kalau tak datang sini kalau sampai ke New York nie.



Times Square nie sampai pagi-pagi buta pon still busy tau. New York kan a city that never sleep. Times Square nie famous dengan iklan-iklan LED gigantic dia. Semua bangunan di kawasan nie bubuh papan iklan LED nie.

Memang meriah !




Selfie buat kenangan dekat tempat yang disediakan untuk bergambar. A spot in Times Square to take picture. If only if you had someone to take a picture of you standing there. For me, i had no one. So mampu selfie sendiri jelah. 


Anyway, as i said earlier, New York sangat-sangat sejuk masa nie walaupon tiada salji. Tambah-tambah bila dah malam, makin menjadi-jadi sejuknya. Aku kat Times Square tu berlari-lari keluar masuk keluar masuk dalam bangunan. Sebabnya tak tahan sejuk dekat luar tu. 

Aku menggunakan perkhidmatan mall Toy R Us untuk berteduh mendapatkan haba.


Maaf ye, orang kampung biasalah. Nampak macam ada kamera yang merakam kelibat, terus stay situ untuk dirakam. Hahahaha. Ada satu skrin nie disediakan untuk sesi bercumbu. Couple-couple yang berdiri dekat sini, kalau dorang zoom gambar dorang, dorang akan bercium. Bercumbu on the spot tau. Sebab kamera tu akan rakam gambar korang dan pasangan and expecting for u guys to kiss each other. 

Dia dah mula zoom. Muka aku blur habis.

Tudia !

Yang atas tu kamera tak zoom kat dia pon lagi, masa nie kamera tengah mencari-cari lagi pasangan mana yang dia nak fokus. Once kamera zoom muka pasangan tu, dorang akan cium sepenuh hati. Tak macam dekat gambar atas tu. Cium ala-ala sambil selfie. Bukan. Cium dengan penuh berahi. Aku hanya mampu jadi saksi akan kejadian itu. Lol

---------------------------------------------------------------------------

Maka itu sajalah cerita aku semasa di New York untuk hari kelapan sebagai homeless tourist. Nantikan cerita hari kesembilan dan kesepuluh yang akan datang. Tak pasti bila lah akan terhapdet dua cerita tu. So setialah menunggu untuk pembaca-pembaca jejakakaula di luar sana. 

Ingatkan nak jadikan entri nie sebagai penutup 2016, tak siap-siap end up jadi pembuka tirai 2017. Jadilahhhh nakkk.

See ya !

4 comments:

  1. The second last and last picture literally cracks me up.. Dari muka blur habis then ttbe muka bahagia.. XD
    Nice entry btw.. ^^

    ReplyDelete
  2. wow! awesome. teruskan berjalan. ambil sebanyak mungkin pengalaman.

    ReplyDelete
  3. muka barai semacam...hahahaha... mandi ke idok ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. finally habis baca. Fuhh. Boleh tahan lawa NY ni.. hidup sentiasa bandar ni..

    ReplyDelete

Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...