Friday, February 10, 2017

A Wonderful 4D3N at Langkawi

Assalamualaikum and good day everyone !

Pada 26 November 2016, telah berangkat aku dan keluarga angkat aku ke Pulau Langkawi. Aku rasa pasal keluarga angkat aku nie, no need introduction kot, mesti pembaca setia blog jejakakaula semua dah familiar, betul tak ?

Yang tak setia tu, bila nak insaf ?? Eh tetibe.


So perjalanan kami bermula seawal jam 4.30 pagi sebab flight kami waktu subuh gajah. Pagi tu kami bertolak dari Labu N9 ke KLIA. Kami ke Langkawi menaiki kapal terbang Malaysia Airlines, sebabnya kami mampu. Gitueeeeeeee !!!!!!

Hahahahaha. Gurau je k.

Masa nak beli tiket nie, harga MAS lagi murah daripada naik Air Asia tau. Ini menunjukkan, walaupon Air Asia merupakan kapal terbang tambang murah, tapi sometimes, ada airlines "mahal" lain menawarkan harga jauh lagi murah daripada AA. Kena rajin usha lah.

Maka kami pon naiklah MAS. Dapat free luggage sekali dan tempat ruang kaki pon luas.


Aku sangatlah excited masa nie sebabnya ini merupakan pengalaman pertama aku naik MAS tau.


Kami bertolak dari Labu, Negeri Sembilan ke KLIA seawal jam 4 pagi. Sebab flight kitorang flight pertama ke Langkawi on that day. By 5 oclock kena dah ada dekat KLIA. Malam tu memang tidur sekejap je, sebab excited punya pasal jadi tak dapat nak tidur.

Yang aku pelik, budak-budak kecik nie semua mata bukan main lagi. Elok je semua boleh bangun pagi-pagi buta, tak meragam ke apa. Malah siap berlari-lari.



Jadilah disajikan kacang dengan jus oren cenoet daripada tak ada. Lulz. Takkan lah perjalanan satu jam dia nak sajikan sandwich salmon bersama caviar. Ko gila ke apa.


After one hour, kami pon sampai. Tak sangka kena keluar dari kapal terbang and kena berjalan masuk ke airport. Best lah sebab dapat ambik gambar bersama kapal terbang. Tapi security yang jaga tu punya gigih halau tau. Tak kasi bergambar. Cis !


Ini merupakan kali ketiga aku sampai di Langkawi dan merupakan pengalaman pertama naik flight domestic so i have no idea what to expect bila naik flight domestic nie. Rasa macam dekat je Langkawi dengan KLIA. Tak sampai satu jam dah sampai. Selama hari nie, aku pergi ke Langkawi naik bas. 7-8 jam jugaklah baru sampai. Mereput.


Once we reached there, Abg Aidil dengan Abg Pejal pergi sewa pengangkutan. Pengangkutan yang kami ambik merupakan sebuah van yang maha dahsyat besarnya. Dan sangat selesa, air cond pon tiptop. Sekejap je dah sejuk. Air conditioner merupakan aspek sangat penting ye untuk ke Langkawi sebabnya tahap panas dia ya ampun. Terasa dirobek-robek hatiku. Eh melampau betul.


Mula tu kami singgah bersarapan terlebih dahulu. Sarapan dekat restoran tepi jalan area Pantai Cenang. Amboiii harga dia mahal sungguh. Padahal kedai makan biasa je. Kuss semangat.

Right after that, kami pon carilah penginapan yang telah kami tempah. Agak kelaut jugak nak cari tempat penginapan kami nie. Tempat kami menginap nie tempat kawan kepada kawan abg ipar si Faries nie. Tempatnya sangat dekat dengan airport dan Pantai Cenang. Somewhere in between these two places.


Lepas dah angkut semua barang dekat tempat penginapan kitorang, kitorang pon teruslah menuju destinasi pertama kami iaitu Makam Mahsuri. Aku sebenarnya macam dah naik jemu datang Makam Mahsuri nie sebabnya dah pernah pergi. Datang pon sekadar untuk bergambar je. Cerita lagenda Mahsuri nie dah hafal sangat jadinya malas nak baca-baca balik kisah sejarah dia.



Dulu masa tahun 2012 aku datang sini, harga tiket cuma 5 ringgit je tau. Tapi sekarang nie kemainn. Dah 12 hengget. Ko ghase ??? I get it, i know nak maintenance tempat nie sangat lah costly. Tapi hurmmm, takpe lah.






Okay, i don't know what is the name of this kudap-kudapan. Tapi rasa dia sangat sedap !!! Omaigad. Sedap gila. First time aku rasa dan sangat jatuh cinta. Very crispy tau rasa dia. Bentuk dia ala-ala roti jala, tapi jenis yang crispy.




Next kami pergi ke Beras Terbakar. Yang tak pernah pergi sini, mungkin expect something wow lah bila datang tempat nie. Tapi hakikatnya, aduhai. Beras yang terbakar tu sangat sedih menengoknya. Walaubagaimanapon, sejarah beras terbakar nie sangat legend. Rumah sape lah agaknya nie erk, untung hari-hari orang dok datang laman rumah dia.




Pada belah petang pulak, ingat nak bermandi-manda di Pantai Cenang, tapi masa nie hujan rintik-rintik air bergelora pulak. Jadi sekadar tengok-tengok macam tu jelah. Without further ado, kami pon terus cari tempat untuk makan malam.


I feel bad for suggesting this place to them coz harga dia sangat costly. Sebabnya, they paid for the food while i was just chilling and enjoying the food, so i feel bad about it. Terus rasa tak nak suggest tempat makan apa-apa kat Langkawi nie. Hahahaha


Anyway, tempat makan nie sangat legend jugak. Rasa dia sangat umppphhh ! Sedap gila weyh. Tahun 2012 masa aku nak datang Langkawi, aku buat banyak research sebelum nak datang. So dalam dok buat research tu, tempat makan nie paling ramai yang suggest untuk datang, iaitu Restoran Nelayan.

Bila datang sini, terus mengimbau balik detik-detik makan dekat sini. Hahaha. Serious sedap. Cumanya mahal "sikit". Kalau trip-trip bujang, gagahlah lagi. Kalau trip dengan family macam nie, better elakkan. Memang akan habis beratus-ratus hanya untuk satu makan malam.


Untuk hari kedua pulak, kami bersiap pagi-pagi untuk menuju ke Cable Car Langkawi. Nak pergi ke Cable Car Langkawi nie kena pergi pagi-pagi ye adik-adik semua. Banyak sebab kenapa korang kena pergi pagi-pagi. Salah satunya sebab bila korang datang lambat, nanti kena beratur panjang untuk beli tiket dan untuk naik cable car tu. Secondly pulak, korang nak ke duduk dekat atas gunung tu time matahari tegak atas kepala ? Pastinya korang taknak kan. Aku percaya semua nie jenis stok-stok jaga kulit. Kulit semua nak gebu gebas terbabas pom pom meletops macam abg. Kbai !





Harga tiket pon dah banyak berubah but still affordable, i guess. We took the basic package, of course. Sebelum pergi naik cable car tu, kami kena masuk dalam satu tempat nie, ala-ala macam panggung sikit. Nama dia The Dome ke apa ntah. Tak ingat.


It was fun at first but then, nope. It was sickening. Rasa nak muntah and pening-pening bila dah selesai tu. Dia macam tayangan 3D lah. Ibarat rasa macam kita betul-betul ada kat situ. Tapi tak hebat macam yang dekat US. Aku pernah pergi tempat macam nie dekat US, di mana betul-betul aku rasa dalam tu. Siap ada percikkan-percikkan air tau. Kerusi siap bergoyang-goyang. Real sangat.

Tapi dekat Langkawi nie, just okay-okay je. And buat ko pening rasa nak muntah. Maybe it was just me, sebab aku akan rasa pening kalau tengok benda yang bercahaya dalam gelap.



Then barulah kami naik cable car. Nothing change, sama macam dulu. Masih indah seperti dahulu.





Masa aku datang sini tahun 2012, skybridge nie tutup. Ada maintenance kot masa tu. Tapi nasib baik aku datang kali nie, dia bukak. Tapi kan weyhhhh, nak pergi sini kena bayar kot. Dulu masa aku 12 tahun, nak masuk sini tak payah bayar pon, dikira sekali dalam tiket. Tapi sekarang nie, nak ke sini kena bayar extra. Can't remember how much it costed us, i guess 5 ringgit each person.


Agak memenatkan sebab kami pilih untuk berjalan kaki menuju ke sini. Nak turun tu okay, tapi nak naik balik tu penat gila. Perghhh. Ada gondola yang disediakan khas untuk ke sini, tapi nak naik tu mahal kot. So better kami jalan je. It was worth it but very tiring.




Dalam tengahari macam tu, barulah kami turun dari tempat cable car tu. Nak balik tu, tengok ramai gila orang tengah beratur menunggu giliran nak naik cable car. Kuss semangat. Selamat mereput lah ye. Kami dah sudah dah. Hihi.


Balik tu kami singgah makan tepi jalan. Any warung will do the favor bila dah lapar. Besides, ayah si Faries nie kena makan tepat pada waktunya. Kalau tak, perut dia meragam. Sedap makan dekat warung nie. Simple but nice. Tak tahu nama apa, pakai singgah je bila nampak.


Lepastu, kami pergi ke Galeria Perdana Tun Mahathir nie. First time aku sampai sini. Dulu nak pergi tak sempat. Tiket masuk pon murah je. Tapi tak ingat berapa. Lol.



Kat dalam nie dorang bubuh segala macam barang-barang sejarah, hadiah-hadiah or anything yang related to Tun Dr Mahathir semasa zaman pemerintahan beliau. May Allah sentiasa berikan kesihatan kepada dua Tun coz i love to see them both. They make such a cute couple.



Lepastu kami singgah Bird Paradise and Wildlife Park pulak. Budak-budak suka lah kalau datang sini sebab boleh interact dengan haiwan tu secara real. So memang suka benor anak-anak buah si Faries dekat dalam nie.



Aku pon suka datang sini sebab boleh bagi haiwan-haiwan tu makan. Walaupon hakikatnya macam geli-geli sikit. Eh aku kira okay lagi, si Parisah tu lagi dahsyat penakutnya.








Balik dari sana tu, kami singgah Pantai Cenang. Oleh kerana semalam hujan renyai-renyai masa kami datang, so kami pon tak melepaskan peluang pada petang itu untuk bermandi-manda di sini.


Malam tu kami makan dekat mana ntah, aku tak ingat.


Besok paginya, kami bersiap pagi-pagi untuk aktiviti island hopping. Island hopping merupakan antara aktiviti paling wajib kalau datang Langkawi ni yerp. Memandangkan kami ramai, jadi kami sewa satu bot terus.


Nampak tak susuk wanita sedang bunting terbaring ? Inilah Pulau Dayang Bunting.



Kami dah sampai di Tasik Dayang Bunting. Monyet-monyet kat sini masih banyak dan masih nakal. Siap ada yang buat "show" lagi. Tak menyempat nak cari tempat sembunyi. Perghhhh.


Weyhhh sekarang nak masuk sini kena bayar 3 ringgit okay. Kalau dulu free je. Sekarang dah kena bayar. Tak tahu nak rasa apa. Nak rasa sadis, 3 ringgit tu bukanlah banyak sangat pon. Nak rasa gembira pon tak jugak. Macam berbelah bagi. Eh boleh pulak gitu.



Yang penting aku memang cukup suka berenang-renang dekat tasik Dayang Bunting nie. Sebabnya air dia tak masin. Air tasik mana ada masin. Lol. Tapi macam takut jugak lah sebabnya tasik Dayang Bunting nie dalam dia nauzzubillah. And kadang siap boleh terbayang-bayang ada creature tarik kaki aku masuk ke dalam time berenang. Eh seram lah.



Tak best nya datang sini sebab cuma bagi masa satu jam sahaja. Mana puas weyhh ! Kalau lah bagi 2 jam, barulah syiok. Terus bunting. Kbai.


Then, eagle feeding. Tengok lah burung-burung helang tu makan. Itu je. Okay next.


Destinasi terakhir untuk aktiviti island hopping, berehat sebentar di Pulau Beras Basah. Tolong lah pakai sunblock ye kengkawan semua. Sia-sia je datang sini kalau x pakai sunblock for those yang dah berkorban 3 bulan tak keluar rumah untuk putihkan kulit. Panas dia memang lit sangat.


Then, kami balik semula ke tempat penginapan kami untuk berehat. Island hopping nie penat kot. So kami sempatlah tidur untuk beberapa jam. Petang-petang sikit baru kami berjalan lagi meneroka Pulau Langkawi nie.



Our next destination was Pantai Pasir Hitam. Tengok pasir warna hitam je. Tak ada apa pon kat sini. So, next.



Kami pergi ke Tugu Helang. Kami sampai beberapa minit awal sebelum segerombolan budak-budak sekolah sampai. Nasib baik weyh. Kalau tak, tak dapat nak bergambar depan Tugu Helang nie. Ramai gila budak-budak sekolah tu. Tak tahulah berapa bas nak muatkan dorang semua.


Ouh ya, nak bergambar dengan ular nie, kena bayar 5 ringgit. 5 ringgit is not much tapi memandangkan aku nie takut and geli-geleman dengan ular, jadinya kirim salam jelah.

Tapi budak dua ekor nie, perghhhh ! Tak takot langsung kot. Terbaek lah.


On our very last day in Langkawi, kami shopping sakan ! Inilah detik yang ditunggu-tunggu buat mereka-mereka yang datang ke Langkawi nie, iaitu shopping.


Kami singgah tempat minyak gamat dulu. Kalau dulu, beli minyak gamat dekat Langkawi nie merupakan salah satu benda yang wajib dibeli, selain coklat. Tapi sekarang nie, memang tak lah.

Ibu abg siap buat pesanan penaja,

"Belikan lah ibu apa-apa dekat Langkawi tu, asalkan bukan minyak gamat"

LOL !


Lepastu kami singgah Idaman Suri. Ini merupakan pertama kali aku masuk tempat nie. Sebelum nie datang Langkawi, tak pernah terniat pon nak singgah sini. Mungkin masa tu belum masanya lagi untuk aku singgah sini. Yelah, tempat nie kan untuk mak-mak and abah-abah. Iols masa tu muda remaja mana fikir pasal mangkuk hayun semua nie.

Tapi sekarang nie, mungkin dah kena fikir. Manalah tahu esok lusa aku kahwin. Kbai.


Dan yang pastinya, kena lah singgah kedai cokelat Haji Ismail Group. Ini merupakan tempat wajib ye adik-adik semua. Abg nie hantu cokelat, atau erti kata lain, hantu benda-benda manis. Sebab tu kalau awak-awak yang di luar sana tu manis-manis, cepat je abg rasa nak terkam. Eh kesitu pulak jadinya.

Anyway kan, aku rasa macam dah tak ada special nya pon borong coklat dekat Langkawi nie. Sebabnya, harga nya tak ada beza pon dengan dekat luar. Kalau beza pon cuma berapa sen lah sangat. Kalau dulu, rasa seronok je nak borong coklat sebab harga dia terlampau murah dari pasaran luar.


Final sight-seeing sebelum nak balik. Kami bergambar dekat Telaga Harbour Park dengan apa ntah nama tempat tu. Jeti tempat untuk island hopping. Angin dia amboi sangat. Kalau berambut panjang sudah pasti boleh feeling-feeling macam Beyonce dekat situ.


Kami juga tak lupa untuk singgah mengopi dekat Laksa Power yang famous sangat tu. Laksa dia sedap sangat. Cendol dia, tak berapa pulak. Lagi satu menu tu aku lupa nama, somtam ke apa. Entahlah. Yang tu masih lagi rasa macam dulu, terbaik !!


Masa untuk bersiap-siap untuk pulang semula ke Selangor/Negeri Sembilan. We stayed at Belak-1 Motel. Ia milik keluarga kawan abang ipar si Faries nie. So dapatlah special price. I don't know the rate anyway. Yang pasti sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Sangat dekat dengan airport. Kalau kapal terbang mendarat siap boleh rasa gegaran itu. Okay tipu je. Ko gila ke apa.


And kami menggunakan perkhidmatan van yang sangat luas ini. Muat kami 13 orang duduk dalam van nie, malah siap ada extra seats lagi dekat belakang. Alhamdulillah dapat van baru yang ber-aircond kuat dan sejuk. Masuk kete je terus sejuk. Tak perlu tunggu 2 jam baru sejuk like sesetengah van di luar sana. Opsss tercarut. Maaf.


Boleh lah consider tempat penginapan nie kalau korang datang secara berjemaah bersama family. Sebab motel nie cuma ada 3 buah bilik je. So kalau korang yang nak buat percutian keluarga and perlukan privacy yang mana korang cuma nak family korang je ada dekat situ, so boleh lah contact nombor yang tertera di atas. Dijamin puas hati.

Masa untuk check-in tiket. It was time to go home. 


Okay bubye Langkawi. See you again next time. Tak tahu lah bila lagi aku akan sampai ke Langkawi nie.


I would love to take this opportunity to express my gratitude and appreciation to this wonderful family of Faries. Who have been so nice towards me for all these years. I am so blessed to have them in my life. May Allah grant prosperity, happiness and healthiness to yall. Thank you so much for everything.

3 comments:

  1. tetiba rindu nak pergi langkawi lagi..huwaa..btw tahniah menang Hard Disk contest tuh..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..langkawi best. Baru pergi skali naik mas. Jakun gak masa tu. Kahkahh nanti nak repeat lagi, bawa si umar pula...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...