Thursday, February 23, 2017

3 Clueless Tourists In India : BANGALORE

Assalamualaikum and good day everyone !

This is my last entry for my India journey with my two other kesumats. Finally i made it to be here, in a very last chapter of our journey. Yeay !!! Tanpa membuang masa lagi, mari kita teruskan jelajah India aku nie.

Kami kini berada di negeri terakhir kami di India iaitu, Bangalore. Well actually, Bangalore was the first yang kami jejak sebelum negeri-negeri yang lain since kami mendarat di sini on our very first day in India before took another flight to Delhi. Tapi since masa tu duduk dalam airport je tak pergi mana-mana, sementara menunggu our next flight, jadinya tak rasa lah suasana Bangalore ni macam mana.


Kami sampai Bangalore subuh-subuh gajah. Dah lah masa nak turun tu kami kena herdik dengan pemandu bas. Kuaja betul. First kami tanya, nie Bangalore ke apa, kami nak kepastian. Sebabnya kami tidur sepanjang perjalanan. Al-maklumlah, travel dengan sleeper bas, confirm lah tido tak hingat dunia. So bangun tu mestilah nak kepastian.

Bas tu pulak berhenti dekat tepi jalan yang mana, jalan tu bukan tempat untuk berhentikan bas (kot), so dia kena turunkan penumpang dengan cepat lah. Yang kami nie pulak, tengah blur-blur baru bangun tidur, nak pakai itu ini, so ambik masa lah sikit. Dia boleh herdiknya kami. Perghhhh. Sakit nyahhhhhhhh hatiku !

Masa nie, we were back being clueless, dont know where to go. Lol

Our bags were very heavy. I have no idea how backpackers traveled with their backpacks on their shoulders. Tak berat ke ? Kami nie baru jalan sekejap dah terbongkok-bongkok macam nenek kebayan. Sakit gila bahu dibuatnya. Tak tahan.

First, kami cari tempat untuk makan dulu. Kami nampak tempat makan yang sesuai, then kami pon singgah. Then start lah buat routine pagi hari yang sepatutnya iaitu, gosok gigi.


OMG, my left hand used to be flawless like this T__T Now, my left hand looks like erghhhh ! Banyak sangat parut, rasa macam nak nangis je rasa. Semoga kita berjumpa di akhirat kelak kepada pemandu kereta Hilux yang langgar lari aku bulan Jun tahun lepas.

Eh dah kenapa tetibe cerita kena langgar boleh ada kat sini. Kbai.

Sesudah je makan, kami pon beredar. Of course lah, we can't stay there forever. We need to move our lazy ass and exploring Bangalore although all of us don't want to, mostly it was because of our heavy bags.


Kesian Adi, dah tak larat sangat tu. Beg berat sangat. Lagipula, masa nie kedai tak bukak lagi. Baru jam berapa masa nie. Mostly kedai bukak jam 10 pagi. So kami pon duduk-duduk je kat situ tengok orang lalu-lalang.


Kitorang tak buat sight-seeing apa pon. Cuma teroka pekan tu je. Kami parking beg dekat Pizza Hut kot, ke KFC. Tak ingat. Adi duduk situ jaga beg. Aku pergi merantau sekeliling cari beg untuk pegang sebab beg yang ada tak muat nak sumbat barang. So aku jelajah satu pekan tu untuk cari beg.


Lepas dah jumpa beg yang berkenan dengan harga yang berpatutan, aku singgah kedai nie. Kedai tepi jalan. Nampak tanda halal rasa excited terus. Well actually tak susah pon nak cari makanan halal kat India nie. Fast food restaurants pon kebanyakkannya halal. Tapi masa nie teringin makan nasi goreng, so aku beli lah.


Boleh tahan sedap dan pedas. Tapi apa yang aku boleh cakap buat masa sekarang nie, jangan beli makanan kat sini !! Nanti aku cerita. Teruskan membaca.


Tak lama lepastu, kami naik bas menuju ke Bangalore Airport. Agak kelaut sikit kami mencari bas. Dengan bantuan orang local, dapat lah kami menaiki bas yang betul. Flight kami balik Malaysia pada belah malam. So kami masih banyak masa.


Masa hari kami sampai kat India nie, kami duduk dalam airport je. Jadi kami tak nampak apa yang ada dekat sekeliling airport Bangalore nie. Lagipula masa tu malam, jadinya memang tak nampak apa-apa.


Banyak kedai makan dekat luar airport nie rupanya. Kami tak masuk airport dulu. Kan aku pernah bagi tahu masa entri first pasal India nie, mesti korang lupa. Once ko dah masuk pintu airport tu, ko tak boleh keluar balik. Keluarga-keluarga nak say good bye tu semua, dekat pintu masuk airport je. Depa tak boleh masuk dalam. Aku rasa aku faham kenapa peraturan airport India sebegitu rupa.

Korang pon boleh agak kot kenapa kan ?


Kami mandi dulu and tukar baju sebelum masuk airport. Kami dah sepakat nak pakai kurta yang yang kami beli dekat India nie untuk penerbangan balik. Tapi Adi kesumat telah memungkiri janji itu. Jadi kita unfriend dia dekat facebook. K, tipu je. Sebelum kami balik, kami makan Subway dulu. Ada Subway kat luar airport nie.

Selesai je makan, kami pon masuk airport. Abam polis yang jaga gate tu boleh pulak bergurau dengan aku. Dia kata rambut aku dalam gambar passport lagi okay daripada rambut aku masa tu. Kalau korang tengok gambar passport aku, confirm rasa macam euuuu-euuu. Seriously, nampak macam penjenayah. Sangat not flattering at all. Mesti abam polis tu buta. Kbai.


Masa kami dekat airport nie, kami dah mula sakit perut berak-berak T__T

Faries yang start cerry-berry dulu. Aku cuma sakit perut je. Cerry-berry masih tak rasa lagi. Adi kesumat masih lagi steady. Adi sampai Malaysia baru terasa cerry-berry tu. Dalam kapal terbang, rasa nak cerry-berry tu makin kuat pulak. Tapi tahan je sampailah kami sampai Malaysia. Ko boleh bayangkan tak tahan rasa cerry-berry tu selama 4 jam plus dalam kapal terbang macam mana ?

Perghhh, mujur tak terberak dalam seluar.

Kami syak, makanan yang aku beli dekat Chinese Corner tu yang membuatkan kami cerry-berry. Tak pon, Subway kat luar airport Bangalore. So korang kalau datang sini, jangan beli makanan dekat dua kedai nie. Nasib baiklah kami dapat cerry-berry masa hari terakhir di sini. Sedikit-sebanyak tidak merosakkan mood kami bercuti.

Kami sampai Malaysia pagi. Dalam jam 6-7 pagi macam tu. So itu sahajalah cerita jelajah India 3 kesumat di India selama 2 minggu. Alhamdulillah, habis juga aku update cerita India aku. Terima kasih pada mereka yang setia mengikut perjalanan kami 3 kesumat semasa di India.

-----------------------------------------------

Berdasarkan negeri yang aku dah pergi, aku dapati, setiap negeri ada barang yang murah and tak dapat harga macam tu dekat tempat lain.

Agra - Leather jacket. Kalau nak beli jaket kulit, beli dekat Agra. Harga dia jauh lebih murah berbanding dekat tempat lain. Make sure beli dekat kedai yang hanya menjual jaket kulit. Bukan kedai yang campur-campur dengan jualan lain.

Jaipur - Kurta pendek. Kepada peminat kurta, beli kurta pendek macam yang kami pakai atas tu dekat Jaipur. Harga dia terlampau sangat murah. Kedai dia, kedai tepi jalan je. Make sure, beli dekat kedai yang bukan tempat untuk jahit kurta tau. Beli kurta kat tempat dia jahit harganya mahal. Aku tak pasti nak terangkan macam mana. Yang pasti kedai tu kedai biasa-biasa tepi jalan je.

Mumbai - Kurti. Kurti perempuan banyak dijual dekat Fashion Road Mumbai. Harga dia terlajak murah. Korang kena pandai tawar-menawar. And untuk lelaki-lelaki yang nak cari beg-beg tiruan yang maha cantik, boleh beli dekat sini. Harga dia murah gila weyh. Menyesal aku tak beli selepas tawar-menawar. Kononnya nak tengok dekat tempat lain, end up tak jumpa. Menyesal sangat !!! Banyak barang murah dijual dekat Fashion Road nie. So jangan lupa singgah untuk beli okay.

Goa - Fridge Magnet. OMG, aku ingat harga fridge magnet dekat Goa nie mahal. Rupanya bila comparekan dengan tempat lain, harga dia paling murah. Kami ingat nak beli fridge magnet dekat Bangalore, sekali harga dia mahal berganda-ganda. Kami tawar pon tak dapat okay. Owh lagi satu, kalau korang pergi Agoda Fort, banyak barang yang dijual dekat tempat nak masuk tu. Situ pon murah. Aku beli topi kat situ, dan topi tu kini menjadi topi kegemaranku sehingga sekarang nie. Big love !!!

Belgaum - Sari. Memang murah sangatlah. Aku tak pergi tempat borong sari di Bangalore sebab aku tak tahu, tapi orang kata dekat Bangalore pon murah. So aku tak tahulah. Tapi yang dekat Belgaum nie sangat murah lah berbanding tempat-tempat lain yang aku pergi.

Delhi dengan Bangalore, aku tak tahu apa yang murah sebabnya tak sempat nak jelajah. Hihi.

-------------------------------------

Harap korang enjoy dan dapat tips-tips berguna sepanjang membaca entri-entri jelajah india aku nie. Sekarang, tinggal complete kan cerita Amerika aku yang tak siap-siap tu. Pada mereka yang terlepas baca entri-entri India aku terdahulu, boleh baca dengan klik link-link bawah nie. Happy reading people !


Terima kasih diucapkan buat Faries kesumat dan Adi kesumat kerana sabar dengan karenah aku sepanjang berada di India nie. Seriously, aku seronok bercuti dengan korang berdua. Hope we can do this again next time.

Sangat recommended untuk korang datang India nie untuk mereka yang sukakan cabaran dan menghargai budaya masyarakat lain. I will come again to India for Kashmir !!! Definitely. Jumpa lagi next time. Bye bye !

2 comments:

  1. Assalamualaikum dik. Wahh jauhnya terbang. Ok akak marathon baca kisah ko ke india ni. Tak sempat minta ole2 kahkahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh finally habis dah marathon entries india. Bestnya.. cepat buat entri segala kos yg ko dah belanja. Saree tu berapa harga? Nanti inform kat ig baru akak ye. Hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...