Tuesday, March 28, 2017

Homeless Tourist in USA : Day 9 and Day 10 (New York)

Assalamualaikum and good day everyone !

Cerita homeless tourist dah sampai ke hari kesembilan, Yeay !! Lama betul masa yang diambil untuk sampai ke post nie erk. Untuk hari kesembilan nie, bertarikh 21 December 2014. Jadi marilah selami moment-moment hari kesembilan aku sebagai homeless tourist.



Hari kesembilan merupakan hari untuk jelajah Pulau Liberty yang terdapatnya Statue Of Liberty. Mungkin korang tak tahu jadah apa Statue of Liberty nie. Tapi aku sure, korang tahu gambar wanita pegang obor-obor dalam gambar atas nie.

Ya, itulah dia yang dinamakan Statue Of Liberty. Statue yang aku tengok dari kecik dalam tv dan aku tak pernah terfikir pon akan sampai/berada di situ satu hari nanti, tapi kini benda tu ada depan mata. Rasa macam nak nangis sebab tak percaya. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat diberi peluang untuk datang dan menyaksikan statue nie dengan mata sendiri.


Actually aku hampir tertinggal ferry tau. Ferry aku jam 11 pagi. So by 10.30 or 10 at least dah ada dekat situ. Seperti biasa, pagi tu aku breakfast dekat McD and makan croissant yang dijual abg Pakistan tepi jalan (Refer gambar dekat entri jelajah hari ke-8). Aku memang rancang nak berjalan kaki je dari tempat aku "tinggal" ke Battery Park nie. Tengok dalam map macam dekat. So gagahlah nak jalan kaki.

Besides aku tak tahu macam mana nak naik subway. Lulz. Nak naik bas pulak aku takut lambat. So berjalan lah aku pagi tu. Sekali kan weyhh, jauh gila bapak. Sempat lalu Central Park, peninggalan runtuhan World Trade Center and macam-macam lagi landmark yang aku nak terjah. Siap cakap dalam hati, balik dari jelajah kat Statue of Liberty nak singgah.

Aku berlari kot masa nie. Sempat singgah Starbucks sekejap untuk dapatkan wifi nak tengok map. Then hafal and hafal, aku berjalan lagi menuju ke Battery Park. Aku sampai 15 minit sebelum ferry bertolak. Nasib baik weyhhh. Dah lepas semua inspection akhirnya aku berada dalam ferry tu. Alhamdulillah !



Since naik ferry nie tak ada seat number, so duduk lah dekat mana-mana yang korang nak duduk. I chose to sit at the top of the ferry as there was no roof so i got to see the scenery from the top. The scenery was amazing. BUT it was so freezing cold once it departed. Angin-angin yang bertiup sangat menyejukkan. Serious tak tahan !


Ini ada sedikit rakaman video semasa menaiki ferry untuk ke Liberty Island. Hihi



Dari jauh dah nampak. Rasa excited sangat masa nie. Tak sangka finally boleh sampai ke sini.

So far, yet so close


Finally sampai ke Liberty Island. Tak ingat berapa jam yang diberi untuk berada di sini. Rasanya dalam lebih kurang 2 jam. Rasanya lah. Aku tak berapa nak ingat.


First kita masuk museum dia dulu sebelum "mendaki" ke statue tu. Dalam muzium nie terdapat macam-macam sejarah dan kisah pembinaan statue of liberty nie.




Macam mana installation of the statue pon ada diselitkan dalam muzium nie. Sangat amazing lah pembinaan statue nie. Zaman dulu teknologi tak secanggih zaman sekarang. Zaman sekarang nak bina bangunan pelik-pelik pon dah tak hairan sebab teknologi dah semakin maju dan canggih. Kalau zaman dahulu, nak buat statue "simple" nie kira macam rumit gila tau. Menggunakan hampir 90% tenaga manusia untuk membuat sesuatu bangunan atau monumen.






Look how big it is. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa statue nie berwarna hijau, kan ? Okay untuk korang yang penasaran nak tahu kenapa Statue of Liberty nie warna hijau, meyh aku bagi tahu kenapa. Sebenarnya statue nie berwarna seperti di atas. Rasanya material nak buat statue nie ialah copper. So bila copper nie bertindak balas dengan environment, tindak balas kimia telah berlaku di mana ia menukarkan warna copper tu menjadi hijau. Sebab tu lah warna statue nie berwarna hijau.

Lebih kurang begitulah. Maaf kalau aku tersilap sebab macam ingat-ingat lupa.

Peta Liberty Island


So it was time untuk mendaki tangga-tangga nie untuk sampai ke puncak. Sebanyak 195 anak tangga kena lalui untuk sampai ke tempat nya. Kalau beli tiket crown dia, kena mendaki sebanyak 357 anak tangga untuk sampai ke crown. Tahu kan, nak beli tiket crown nie kena book awal-awal ?

Kalau besok nak pergi, tiket tempah hari nie, memang tak dapatlah jawabnya. Biasanya orang tempah 6 bulan lebih awal. Tiket untuk crown hanya available sebanyak 365 orang sehari. Kena recheck balik fact nie mungkin polisi dia dah berubah. Yang pasti, tiket untuk masuk bahagian crown memang kena tempah awal-awal. Sebab limited.



Yeay dah sampai. So masa untuk mengambil gambar di setiap penjuru statue nie. Hihi





Tak lama pon dekat atas tu. Nak lama-lama pon buat apa. Bukan ada apa pon kat atas tu. Cuma pemandangan dia cantiklah. Dah rasa puas hati ambik gambar, so kita turun lah. Ambik gambar dekat bawah pulak.




Oleh kerana travel sensorang, jadi aktiviti bergambar sangat limited. Susah nak bergambar sebab tiada orang boleh tolong ambikkan gambar. Unless jenis berani and tak malu, gagah lah nak mintak orang lain tolong ambikkan gambar.



Masa untuk gerak ke destinasi seterusnya. Make sure korang familiar dengan group feri korang so that tak adalah ko tertinggal feri in case korang terleka and lupa nak set masa.



Destinasi seterusnya ialah Ellis Island. Kat sini pon tak ada lah lama sangat. Kat Ellis Island nie ada museum je rasanya. Aku pon tak tahu sangat. Sebabnya, aku tertidur masa dekat sini. HAHAHAHA

Aku mengantok sangat masa nie. Jadinya bila ternampak satu bangku panjang, maka aku pon terbaringlah dengan ewahnya kat situ sampai tertidur. Agak lama jugak lah aku tidur. Nasib baik tak terlepas ferry. So aku tak teroka apa pon dekat Ellis Island nie. Bangun-bangun je dah kena naik ferry. Lol


Sebaik sampai kembali ke Battery Park nie, aku pon start jelajah area-area berhampiran. Yang mana cantik, aku singgah untuk bergambar. Sebabnya tak tahu sama da terus nak balik atau jalan-jalan dulu. Kalau ikutkan kesejukkan, memang rasa nak balik terus.



Tak tahu apa nama tempat nie, yang pasti siap ada helang ala-ala Pulau Langkawi gituee.




Jalan punya jalan, jumpa pulak National Museum of the American Indian. Masuk adalah percuma tapi aku malas nak masuk coz i had enough museum in Washington DC. Hahahahaha



Then i came across this famous bull. Semua orang nak bergambar dengan bull nie tau. Aku pon tak nak lah ketinggalan. Haruslah abadikan kenangan di sini.


Orang cakap, pegang telur bull nie membawa tuah. Tak perlu percaya, nanti kata khurafat pulak. Aku pon berposing dengan gembiranya bersama telur bull nie. Gembira betul pegang telur yer. Hahahaha


Since aku dah berjalan kaki hampir satu jam lebih menuju ke Battery Park pagi tadi, jadinya aku rasa tak sanggup nak berjalan kaki balik ke Madison Square Garden. Jauh okay. Makanya aku decide untuk menaiki pengangkutan awam, iaitu bas. Nak naik subway aku tak reti. Hihi

Tapak runtuhan


Bila dah naik bas, makanya aku terlepas untuk melawat tempat-tempat iconic yang ada dalam wish list aku seperti tapak World Trade Center yang runtuh tu dan juga menara baru yang menggantikan dua menara berkembar yang runtuh itu. Seriously rasa menyesal sangat. Dapat tengok dari dalam bas je.


Sesampai je Madison Square Garden, hari sudah hampir gelap. So aku takut nak keluar malam. NYC nie lain macam sikit yer. Jangan berani sangat. I tried this one pretzels. Ramai yang beli. Dari aku kat Washington DC lagi dah nampak benda nie. Ini bukan pretzels Auntie Anne tau. Pretzels lain. So aku pon cuba lah untuk merasa kesedapannya. Unfortunately, aku tak suka. Tak sedap langsung. Yang putih-putih tu garam laut. Perghhhhh masin gila ! Menyesal beli. Tak sedap, serious memang tak sedap.


Aku nak kenalkan korang dengan orang yang telah tolong aku sepanjang berada di NYC nie. Nama dia nie Aqasha. Dia nie lah yang tolong simpankan beg aku. So tak adalah aku menjelajah bawak beg berat-berat dua-dua belah tangan. At first, aku rasa takut nak tinggalkan beg aku dekat dia, yelahh, stranger kot. Tapi Alhamdulillah dia memang boleh dipercayai and sangat baik. Aku jumpa dia masa hari pertama aku di NYC masa nak solat subuh. Masa tu kebetulan terjumpa dia dekat depan surau tu. Surau tu tak bukak lagi tapi aku terdatang awal. Lol. So berborak-borak dengan dia kat luar tu.

Aku takut nak percaya dia sebab dia nie macam orang tak ada rumah. Sebab kereta dia penuh dengan barang-barang macam orang nak berpindah. Kereta dia MPV. Aku syak dia tak ada rumah. Dia tidur dalam kereta. Tapi since aku tak ada pilihan lain, maka aku redha dan fikir yang baik-baik sahaja dan merelakan beg-beg aku dibawa oleh dia. Ternyata, dia memang orang baik dan jujur.


Tanpa dia, aku tak tahulah macam mana aku nak jelajah New York nie dengan beg berat-berat. Aku sangat-sangat berterima kasih dengan dia. Kalau korang datang NYC nie and memerlukan someone untuk jagakan beg korang, try pergi ke Masjid Ar-Rahman NYC (Mohon google sendiri). Setiap waktu subuh dia akan berada di situ. Tapi aku sure korang confirm-confirm akan menginap dekat hotel. Aku nie je yang tak menginap mana-mana. Hihi

Waktu subuh pass beg dekat dia, maghrib jumpa dia di masjid nie untuk collect balik beg tu. Dan begitulah yang aku buat sepanjang 3 hari 2 malam aku berada di New York. Thank you so much Aqasha.

Ouh ya, kalau korang memerlukan perkhidmatan untuk print anything, depan masjid nie ada satu hotel. Pergi je situ cakap nak mintak tolong print. Aku print tiket-tiket yang aku order online semua dekat hotel tu. Plus, kalau nak dapatkan wifi percuma boleh lah lepak-lepak dekat lobby hotel tu. Hewhew.

And lagi satu, ada satu kedai cenderamata sederet hotel tu yang dimiliki oleh an Asian family, selang berapa kedai je kot rasanya. Tak berapa nak ingat, sangat murah okay harga dia. Dorang jual secara pukal. So sangat sesuai lah kalau korang nak beli untuk sedara-mara dan kawan-kawan korang yang ramai tu. Seriously korang kena beli dekat situ sebab MURAH SANGAT !!

Google di mana Masjid Ar-Rahman nie berada, then dari situ korang boleh jumpa kedai cenderamata murah nie.


Bila dah hari last nie, barulah segalanya semakin clear di mata. Untuk yang Muslim, kalau korang nak dapatkan makanan percuma, datang je masjid nie. Dorang akan bagi makanan percuma setiap malam. Aku baru tahu. Hari last baru aku dipelawa dan diberi makanan percuma. Sebab bila hari last nie barulah ringan sikit mulut nak berborak dengan orang-orang masjid tu. Hahahaha.

Orang yang jaga masjid nie yang bagi aku makanan nie. Dia tak tahu aku nie orang luar. Dia siap cakap kenapa aku tak bagi tahu dia aku tak ada tempat tinggal, kalau tak, dia boleh tumpangkan rumah dia. Allahu, lambat sangat aku berkenalan dengan ketua masjid nie. Dah hari last baru berkenalan. Kalau tak, dapat lah tidur tempat selesa sikit. Apa-apa pon, dah dapat makanan nie pon aku cukup bersyukur sangat-sangat =)

HARI KESEPULUH

Since hari kesepuluh nie gambar tak banyak and tak ada apa sangat pon, jadinya aku selitkan sekali dekat sini yer.


Pagi tu seperti biasa aku buat rutin yang sepatutnya. And then keluar untuk cari sarapan. Time nak keluar dari Madison Square Garden Station nie lah ada satu kejadian telah berlaku pada aku. Masa aku tengah naik tangga untuk keluar dari station nie, suddenly ada sorang lelaki tua dalam lingkungan early 50s late 40s macam tu, dari belakang dia raba beg aku, seolah-seolah macam membuka zip beg aku dan terus melarikan diri senggol bahu aku. Aku tak sempat nak cek apa benda yang dia ambil, jadi aku terus mengorak langkah dan kejar lelaki tu.


Dua blok okay aku kejar dia. Ko ghase ? Sampai masuk dekat dalam pharmacy and terpusing-pusing dalam tu berkejaran. Sadly, no one helped me to stop that man. Aku pon give up and cek apa benda yang dia ambil. Alhamdulillah semua barang berharga ada and selamat. Sebab barang berharga aku tak letak dalam bag. Aku "attached" dekat badan aku. So that if someone grab my bags, they didnt get anything except for my clothes. Tu jelah. So Alhamdulillah tak ada apa yang hilang.

Turns out, that guy macam tak betul sikit. Dia macam nak main-main. Kira macam tiga suku lah. Kuss semangat. Dia buat aku berlari dua blok pagi tu. Kuaja betul !

Lepastu aku sambung pi McD order fillet n fish burger. Selama hari nie, duduk dekat Malaysia tak pernah langsung terfikir nak order fillet n fish burger. Even sekarang nie dah balik lama kat Malaysia, pon tak pernah hingin untuk order burger tu. Kat sana terpaksalah dik non, jalan selamat pilih yang seafood je.


Aku tak buat sight-seeing apa pon masa nie. Tak sempat sebab bas aku jam 10 pagi. Aku actually silap beli tiket bas. Patutnya bertolak 23 December, tapi terbeli 22 December pulak. So sebelum aku pi tempat menunggu bas tu, aku beli dua bungkus nasi terlebih dahulu. nanti kang dah sampai Georgia susah pulak nak dapatkan daging halal. Kat New York nie senang sangat okay untuk dapatkan daging halal. Senang sangat ! Heaven je rasa bila kat NYC nie.


Alhamdulillah. aku makan dua benda nie setiap kali singgah tempat-tempat persinggahan a.k.a RnR seperti yang dinyatakan dalam itinerary tiket bas di bawah.


Ko tengok berapa jam untuk sampai ke Atlanta. Bertolak 10 pagi, sampai Georgia 6 pagi esoknya. Kebas bontot abg dikk duduk dalam bas. Kalau ada duit lebih, naiklah kapal terbang. Cepat sikit. Abg nie buat percutian bajet je. Hihi

And i finally arrived at Atlanta Georgia pada jam 6.10 pagi. Penat sangat and tak sabar nak balik. Tapi aku kena tunggu Takafumi, Shiori, Ery dan Alex sampai di airport. Dorang bercuti ke California. Aku je yang bercuti sorang-sorang ke Utara America. Alhamdulillah lah aku decide nak bercuti sorang, sebab aku bercuti percutian bajet gila-gila. Kalau bercuti dengan dorang, tak dapat bayangkan berapa banyak duit aku akan habis sebab dorang nie jenis "x fikir" duit. Pakai beli and masuk je. Tak salahkan dorang lah, sebab dorang memang orang senang. So aku nie yang tak berapa senang, tak boleh lah nak ikut cara hidup dorang.

Muka rabak 10 hari tidur "tak betul" dan tidak mandi seperti masyarakat normal yang lain. Lol

And in fact, aku sangat happy bercuti sorang-sorang selama 10 hari nie. I got a lot of experience and ia sangat membuka mata aku. Membuka mata dari segi cinta negara aku sendiri. Aku tak ingat dekat entry mana aku pernah mention benda nie. So malas nak cerita lagi. Yang pasti, yes memang America banyak advance nya kalau nak di compare kan dengan negara kita, tapi negara kita juga banyak advance nya berbanding America.

Sebaik mereka semua mendarat di airport tu, ayah Alex pon ambik kami dekat airport dan bawak balik ke rumah dia. Dan kami sambut Christmas bersama-sama. Boleh refer dekat entri nie untuk baca pengalaman pertama aku sambut hari krismas di rumah Alex : KLIK

Reflection untuk percutian di New York nie, aku sangat tak berpuas hati sebabnya banyak tempat iconic yang sangat famous aku tak jejak. Antaranya, Brooklyn Bridge New York, Grand Central Terminal, tapak runtuhan WTC, One World Trade Center and aku tak jelajah sesungguhnya Central Park T__T

Sangat menyesal and cant forgive myself for this. InsyaAllah, one fine day, aku akan kembali ke sini untuk tebus balik semuanya.

I'm not encouragng anyone to follow what i did. It is quite dangerous to travel alone without accomodation at a foreign country. But i survived anyway. Hihi

--------------------------------------------------------------------------------

Since ramai yang tanya berapa perbelanjaan aku semasa bercuti selama 10 hari nie, so teka-teki no more. This is all in USD okay. Masa nie rate dia $1 bersamaan RM 3.30. Kalau sekarang $1 dah RM 4.50. Mereput !

Tiket bas dari Atlanta Georgia ke Washington DC : $56.50
City Pass Atlanta Georgia : $75.00
Tiket bas dari Washington DC ke New York : $22.25
Tiket Madame Tussauds NY : $34.24
Tiket Empire State Building : $31.00
Tiket Statue of Liberty : $18.00
Tiket bas dari New York ke Atlanta Georgia : $85.50

Ini benda-benda yang penting je. Kalau perbelanjaan dari segi makanan and shopping tu, pandai-pandailah adjust sendiri. Yang pasti, anggaran untuk satu meal $10, jadi kalau korang jenis makan 3 kali sehari so $30 untuk satu hari. Ini tak termasuk kudap-kudapan lagi. Kalau jenis macam aku nie suka mengunyah jadinya mesti ada makanan ringan dan kekacang dalam beg. Hahaha.

Anggaran untuk public transportation dari satu tempat ke satu tempat untuk 10 hari nie, aku rasa dalam $50. Ini applicable untuk dekat Georgia dan New York. Kalau kat Washington DC tu, ko jalan je kaki sebab semuanya dekat-dekat je antara satu sama yang lain. Kecuali kalau nak pergi masjid yang ada dekat Washington DC yang aku pergi tu, in case ko berniat nak datang melawat situ, yang tu jauh sikit. So naik lah bas kalau boleh. Aku jalan kaki je sebab tak expect benda tu jauh gila bapak. Hihi.

Dengan terupdatenya entri ini, maka tamatlah cerita penjelajahan aku sebagai homeless tourist selepas tamatnya program pertukaran pelajar aku di sana. Untuk mereka yang baru sahaja mengikuti perjalanan kisah aku sebagai homeless tourist, boleh klik link-link di bawah untuk menyelami suka duka perjalanan aku selama 10 hari nie.


Happy reading people !
So itu sahaja lah. I am so close to finish my America journey.

2 comments:

  1. Assalamualaikum dik..terbaiklah 10 hari ko homeless. Hehee respek ko dik. Hihikk

    ReplyDelete
  2. Rindunya New York! Rasa macam kena update pasal trip New York aku juga. lol

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...