Thursday, June 8, 2017

5D4N SABAH TRIP - PART 2

Assalamualaikum and good day everyone !

Mari sambung kisah percutian last minute my best friend and i dekat Sabah bulan lalu. For those yang tak baca lagi Part 1, kena lah baca dulu. Barulah boleh feeling kisah Part 2 nie. Kbai

Boleh klik sini untuk baca part 1 : KLIK

30 APRIL 2017 - DAY 3

As everyone knows, kami tersalah jambatan masa hari pertama tu, so hari ketiga di Sabah nie lah baru kami melawat Jambatan Gantung Tamparuli yang sebenar. Memang indah sungguh jambatan gantung nie. No wonder lah famous.



Kami datang sini sangat awal-awal pagi. Sangat syok sebabnya nak ambik gambar tak diganggu. Kalau datang lambat sangat, nanti dah ramai yang dok sibuk nak lalu lalang. So jadi spoil.


Beraingin kuat sangat sebab jambatan gantung nie tinggi gila dari permukaan. Agak sedikit bergoyang, for those yang takut tinggi tu, no worries. Goyang dia tak ada lah teruk sangat. Goyang manja-manja je. Tapi seriously best bila berada di atas nie disebabkan angin yang bertiup.


Habis je menikmati Jambatan Gantung Tamparuli nie, kami pon terus memandu menuju ke Kota Kinabalu. Lebih kurang 30-40 minit perjalanan je untuk sampai. First thing first, kami singgah bersarapan terlebih dahulu. Sebaik sahaja sarapan, kami terus menuju ke destinasi pertama, iaitu Monsopiad Heritage Village.


Since kami bercuti percutian bajet, di mana tiket yang melebihi harga RM20 ringgit consider "mahal", so kami tak masuk pon tempat nie. Harga tiket RM 35 untuk seorang. Masa penjelajahan lebih kurang 2-3 jam (or lessser than that). Di dalam tour tu akan ditunjukkan tempat yang dorang simpan tengkorak-tengkorak manusia. And apa-apa benda ntah yang berkaitan dengan suku kaum nie. Dia akan ajar macam-macam lah. Di samping itu, dia akan bagi minuman teh percuma. Teh tenom ke apa nama dia. Lupa. Sorry, aku betul-betul tak ingat apa aktiviti yang termasuk dalam tour nie.

Aku actually teringin try pakai baju-baju suku kaum dekat Sabah nie. Tu yang ingat datang sini dapat merasa benda tu.


Kami terus ke Lok Kawi Wildlife Park yang berada tak jauh dari Monsopiad Heritage Village tu. It'z a zoo guys. So boleh expect lah apa benda yang ada dekat zoo kan.


Kebetulan sangat, time kami sampai tu, dorang baru nak mulakan show. So dapatlah menyaksikan kebijaksanaan burung kakak tua dorang. Memang bijak sangat ! Acah-acah ditembak pon dia boleh berlakon mati tau. Comel je.


Actually aku tak berkenan datang zoo-zoo nie. Bukan sebab aku tak setuju dorang kurung bintang-binatang nie. Bukan. Aku okay je bila haiwan nie dijaga dengan rapi di dalam zoo. Bagi aku, kehidupan dorang lebih terjamin keselamatannya. Makan pon diberi cukup and kesihatan dorang dipantau. Kalau dibiarkan kat hutan tu, mungkin ada pemburu haram cuba tangkap or nak bunuh dorang untuk dapatkan benda-benda yang berharga such as tanduk or whatsoever. Atau mungkin dibunuh oleh haiwan pemangsa. So better bagi dorang tinggal dekat zoo walaupon zoo itu bukan habitat dorang.

Yang aku tak suka datang zoo ialah sebab aku tak dapat nak interact secara langsung with the animals. You know what i mean ? Ko rasa puas ke tengok haiwan nie dari jauh ?? Aku nak datang zoo di mana aku dapat pegang and belai haiwan-haiwan nie. Except for animals yang makan orang tu, yang tu memang tak lah dik non. Itu dapat participate bagi dorang makanan pon okay je. Tak semestinya untuk di sentuh. So setakat tengok dorang dari jauh, lebih baik tak payah. That is why i dont like coming to the zoo. Not because i disagree putting the animals in cages, but because i dont get to interact or touching them personally. So sebab tulah.


So jangan bawak iols datang zoo lepas nie okay. Iols tak suka. Melainkan iols dapat interact dengan haiwan tu sendiri. Yang tu iols suka. Kbai


Kami sempat singgah Masjid Negeri Sabah untuk solat sebentar di sana. Indah masjid nie. Cantik senibina nya. Siap ada pokok tamar di sekeliling tempat parking kereta. Tak sure lah itu pokok tamar ke apa. Tapi nampak macam yer. Kalau silap, ampunkan tuan hamba yer.


Then kami singgah makan tengahari dekat Borenos, so called KFC Sabah. Hanya ada di Sabah Borenos nie. Boleh tahan sedap lah rasa dia. Lain sedikit daripada KFC dari segi menu-menu yang ditawarkan.


Tapi yang kelakar di Borenos nie, kalau salah satu item dalam set kita tu habis atau tak ada stok, dia tak ganti dengan benda lain pon. Kira burn macam tu je. Aku mintak dorang ganti lah dengan apa-apa yang sama harga or yang setaraf dengannya. Tapi staff situ cakap, tak boleh buat macam tu. So entah lah. Apa-apa pon, korang kena try Borenos nie bila datang Sabah tau. Hihi


Then kami terus bergerak pergi Jesselton Point untuk tempah island hopping kami besoknya. So korang kalau nak pergi island hopping dekat KK nie, make sure reserve sehari sebelum. Hihi


Make sure korang tempah di booth nombor satu paling kiri sekali. Booth nombor 11 dan 10 nie satu company rasanya. Sebab dorang sama je. So tak kesahlah, ikut suka hati korang nak pergi booth 11 or 10. Pergi dekat dorang nie, harga pakej dorang murah tau. Dalam pakej tu semuanya lengkap. Sebab tu kami ambik pakej dari dorang.


Pakej kami berharga RM 52.50 seorang.

-Jelajah 3 pulau dari jam 9 pagi sampai 4 petang (Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Manukan)
-Life jacket
-Alat diving (Benda sumbat dekat mulut and tutup mata tu)
-Jetty fees (Aku tak ingat apa nama benda alah nie, is it tax jeti ? Aku tak ingat, tapi kena bayar. Kalau student dapat harga murah)

Anyway, pulau pertama yang korang pergi, korang kena bayar untuk permit (Satu kepala RM 3 untuk warganegara Malaysia). Then pulau seterusnya tak perlu. Tinggal tunjuk bukti pembayaran yang pertama tu je tadi. Yang nie tak termasuk dalam pakej. Korang kena bayar sendiri masa sampai pulau pertama tu.


Chilling by the jetty


Keji tak, upload sampai dua ?


Then kami start cari tempat penginapan. Memang banyak teramat sangat hotel-hotel bajet di sekitar KK nie. Korang tinggal pilih je yang mana berkenan dekat hati korang dan wallet korang. Kami berdua menginap di The Town Inn. Ini merupakan hotel pertama yang kami singgah untuk survey harga.

Tapi kami tak straight terus check in. Kami usha harga je dulu.


Usha punya usha, akhirnya. kami akur, The Town Inn merupakan yang terbaik antara hotel-hotel yang kami survey tu. So kami pon checked in selama 2 malam di sini. Sangat puas hati.

Biasanya, pintu masuk dekat bahagian depan kedai kan ? Tapi The Town Inn hotel nie, pintu masuk dia bahagian belakang kedai, yang mana bagi aku sangat bagus sebabnya, senang nak parking kereta. Seriously, KK nie agak sesak sikit yer kawan-kawan. Jadi nak parking tu agak susah sikit. Tapi parking dekat hotel nie tiada masalah.


Bilik dia sangat selesa. Room rate satu malam untuk bilik kami nie adalah RM60. Sama harga dengan hotel kami di Tuaran. Tapi hotel nie jauh lebih selesa daripada hotel di Tuaran tu. Besides, bilik air attach okay.


Alhamdulillah, kami memang sangat berpuas hati dengan hotel pilihan kami nie. Banyak je lagi hotel yang harga bawah 60 ringgit dekat KK nie. Kalau korang rajin nak terjah satu per satu, silakan. For us, ini sudah memadai.



Lepas dah parking barang-barang, kami pon keluar semula untuk sambung menjelajah bumi KK nie. Kami pergi ke Atkinson Clock Tower berhampiran dengan hotel kami nie. Tak tahu apa sejarah menara jam nie, yang pasti ia terdapat dalam senarai tempat yang pelancong harus pergi di dalam map yang kami dapat dekat airport. Hihi


Lepastu kami singgah ke Signal Hill Observatory Tower of Kota Kinabalu. Dari atas nie boleh nampak pemandangan bandar KK. Sini jugak tempat untuk lihat sunset. Memang cantik pemandangan dari atas nie. Dik kerana terlampau lama untuk tunggu sunset, jadi kami pon beredar dari situ. Lama-lama pon nak buat apa.




Dekat KK nie banyak roundabout. Setiap roundabout, dia punya hiasan lain-lain. So memang menarik. Akibatnya, kami pon habiskan masa ambik-ambik gambar dekat sekitar KK nie selagi langit masih cerah.

 Tak tahulah ini tugu peringatan apa. 

Lepas dah membersihkan diri di hotel, pada belah malamnya kami keluar untuk makan malam di medan selera bersebelahan Pasar Filipino. Inilah detik yang ditunggu-tunggu kami di Sabah nie iaitu untuk makan seafood murah-murah.

Udang nie mahal sikit. Ambik udang biasa pon dah puas hati.


Memang banyak sangat gerai. Pilih je yang mana korang suka. Yang pasti, selidik dulu harga-harga nya. Mostly harga dia sama je, tapi jangan terus cepat pilih. Survey dulu harga kedai lain kot-kot harga dia lebih murah ke. Dekat medan selera nie konsep dia korang kena pilih bahan basah dulu, then baru decide nak suruh dorang masak apa dengan bahan basah tu.


Macam mana nak pilih gerai mana yang murah ? Nanti aku senaraikan harga-harga dia dekat bahagian bawah post nie okay. Keep on reading.

Selesai makan, kami jalan kaki ke pasar malam berdekatan untuk cari pakaian renang untuk aktiviti besok. Kami beli baju renang lengan panjang. Beli dekat gerai bundle je uols. Murah sangat. Nak bawak pi mandi je kot. Hihi

1 MAY 2017 - DAY 4

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. It was time for island hopping !

By the way kan, for those yang tak ada action cam yang boleh rendam-rendam dekat air tu, korang bolehlah beli waterproof casing handphone dekat kedai berhampiran tempat beli pakej island hopping tu. Murah-murah je uols. Iols beli harga RM 15 je.


Dengan adanya casing waterproof nie, makanya dapatlah kami bergambar di dalam air. Touch screen is working walaupon korang bubuh phone dalam nie. Lagi satu, selamat sikit ada benda nie. Sebabnya, time mandi-mandi tak ada sapa jaga tempat beg kita. So takut lah tengah leka mandi, ada orang pi curi barang-barang berharga kita. Wallet kami tak bawak pon. Cuma bawak IC dengan cash dalam 20-30 ringgit seorang. Yang lain semua tinggal dekat bilik hotel.


With my "new" baju renang. Alhamdulillah saiz ngam-ngam and menepati citarasa. Beli bundle je uols. Lepas dah tepek sunblock satu badan barulah confident berjemur tengah panas.


First pulau yang kami pergi ialah Pulau Sapi. Masa yang diberikan dekat pulau nie ialah selama 3 jam. So sukahati korang nak buat apa dekat pulau nie. Kami masa first-first tu clueless sikit. Tak tahu nak buat apa. Ada kata pergi hiking dulu and keliling pulau. Kami pon ikutlah kata-kata orang tu, Time baru nak start penjelajahan tu, kami batalkan niat and terus pergi ke pantai dia, parking barang-barang kami and start jiblon dalam air. Malas nak jelajah-jelajah bagai. Buat ponek jo.


3 jam kami kat situ. Mandi sepuas-puasnya. Air dia bersih and sangat jernih. Memang boleh nampak macam-macam spesis laut dekat sini. Air dia boleh tahan dalam jugak weyh. Walaupon tak jauh dari pantai tapi air dah start dalam. Untuk iols yang tak mahir sangat berenang nie, memang pakai life jacket 24 hours lah. Hahahaha




Seterusnya kami gerak ke Pulau Manukan. Di sini juga mereka berikan masa selama 3 jam. So seperti biasa, mandi lagi sepuas-puasnya. Mandi then makan, then mandi lagi. Dan begitulah seterusnya sampailah tamat waktu.


Dan Pulau terakhir yang kami pergi ialah Pulau Mamutik. Di sini mereka beri masa selama 2 jam. Dekat Pulau Mamutik nie lah korang boleh nampak Landak Laut atau nama english nya ialah sea urchin. Weyhh bahaya kalau kena benda nie. Benda nie ada dekat dasar laut, Kalau tak pakai life jacket, memang berpotensi untuk terpijak sea urchin nie. Sea urchin nie terletak dekat bahagian yang dalam sikit. Tempat cetek dia tak ada. So tak adalah risau sangat. But still, need to be very careful with sea urchins.



Ketiga-tiga pulau nie memang cantik-cantik. Puas berendam dalam air. Dari jam 9 pagi sampailah jam 4 petang. Dah jam 4 petang tu, kami pon pulang ke hotel and bersihkan diri. Lepas dah bersiap-siap and tunaikan apa yang patut, kami pon menuju ke Tanjung Aru.


Tarikan yang ada di Tanjung Aru ialah untuk melihat matahari terbenam. Kat sini korang akan dapat tengok ramai gila photographer-photographer bersiap sedia dengan kamera-kamera dorang untuk mengambil gambar keindahan sunset di sini. Memang cantik !


Baca blog-blog ramai jugak yang suggest makan di medan selera yang ada dekat Tanjung Aru nie, tapinya bila aku survey harga, harga dia mahal sedikit daripada medan selera sebelah pasar filipino tu. So kami pon decide untuk makan di medan selera sebelah pasar filipino je.



Seriously, memang addicted sungguh makan di sini. Puas hati sangat-sangat. Maybe sebab semua bahan mentah fresh-fresh belaka. Kali nie kami try gerai lain pulak dan ada sedikit konflik semasa membayar. Harga yang aku kira, berbeza dengan harga yang dorang kira. Teruskan membaca, nanti aku bagi tips dekat bahagian bawah post nie okay. Make sure ingat tips nie time nak makan di medan selera nie. Sangat penting !!!!!

2 MAY 2017 - DAY 5


Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Sabah. So ini lah masanya untuk menghabiskan saki-baki tempat yang kami tak lawati lagi. Pagi tu lepas check out, kami terus gerak ke destinasi pertama. Bubye The Town Inn Hotel. Sangat bersyukur dipertemukan dengan hotel nie. Sangat berpuas hati. Saya kasi 5 bintang.


Destinasi pertama kami ialah mengambil gambar di todak roundabout. Famous roundabout todak nie. Kawan iols yang berasal dari Sabah siap pesan suruh ambik gambar di sini. Depan roundabout tu ada tugu I love KK. So boleh lah jugak nak ambik gambar kat situ.


Lepastu kami terus menuju ke bangunan iconic Sabah, iaitu Menara Tun Mustapha. Sebaik sahaja kami sampai di menara nie, kami perasan something yang spoil kan mood kami pagi tu. Nak tahu apa yang buatkan mood kami spoil ?

Satu tayar depan kereta kami bocor/tiada angin langsung. Patutlah masa dalam perjalanan tu, rasa tak sedap je drive kereta tu. Tengok-tengok tayar tu dah flat habis. Kami pon tanya guard dekat situ di mana stesen minyak terdekat untuk pam tayar. Alhamdulillah tak jauh dari situ, ada satu stesen minyak Petronas. Lebih kurang 1.5 km macam tulah.


Dalam mood tengah spoil tu, sempat jugaklah bergambar dekat sini. Lepastu terus drive kereta tu menuju ke Petronas. Kami bawak super slow. Takut lah bertambah teruk jadinya. Kami tak tahu sama ada kereta tu bocor atau tak ada angin. Kami harap cuma tak ada angin jelah. Kalau bocor, naye je dibuatnya.

Sampai je dekat Petronas tu, kami terus isi angin. Alhamdulillah tayar tu okay balik. Then kami perasan, ada satu skru besar tercucuk dekat tayar tu. And disebabkan skru itulah tayar tu tak ada angin. Tapi Alhamdulillah, lepas kami isi angin, dia okay je. Kami tak cabut pon skru tu. So kami berharap, kereta tu dapat bertahan sehingga kami pulangkan kepada penyewa T__T

Kalau kita sewa kereta, then tayar tu bocor, kita kena bayar ke untuk ganti tayar yang bocor tu ? Ke, itu tanggungjawab penyewa ? Mohon pencerahan. I really need to know this answer. Thanks.


Dekat Petronas tu ada McDonalds. So kami bersarapan terlebih dahulu and patah balik ke Menara Tun Mustapha tadi untuk ambil gambar lagi. Terus melompat kau. Lulz.


Berhampiran Menara Tun Mustapha nie, ialah Universiti Malaysia Sabah. So boleh lah korang datang melawat UMS nie. Nak tengok-tengok pon tak apa. Dekat UMS nie, ada satu Akuarium & Muzium Marin, di mana pelancong boleh datang untuk melawat. Time kami sampai tu tak buka lagi. So menunggulah sekejap sementara tunggu waktu dibuka. Kami merupakan pengunjung pertama for the day. Hihi


Harga tiket masuk boleh refer kat atas nie. Kalau ada kad pelajar, boleh dapatkan harga pelajar. So make sure bawak kad matrik korang untuk dapatkan harga pelajar. Tapi aku tak bawak pon kad pelajar, but still dapat harga pelajar. Macam mana boleh dapat ? Nanti aku ajar. Teruskan membaca.



Kecik je muzium dia. Tapi banyak benda lah dorang pamerkan. Kalau rajin membaca, insyaAllah 2 jam jugak habis masa kat sini. Bhahahaha



Ikan lumba-lumba nie dijumpai pada tahun 2004 di mana ia terperangkap di dalam pukat nelayan di sekitar Tuaran. Masa ditemui tu, badan dia penuh dengan luka akibat cuba untuk melepaskan diri. Ikan lumba-lumba nie mati setelah sebulan ditemui. Lalu diawet untuk dipamerkan di sini.



Seterusnya kami tak tahu nak buat apa kat muizum nie, so enjoy the rest of the photos.



Time nak balik, kami lalu di depan masjid terapung Sabah iaitu Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Ramai gak pelancong asing datang sini untuk ambil gambar. Aku pon tak nak ketinggalan jugak. Kbai.


Seterusnya kami singgah ke Muzium Tamadun Islam Sabah. Muzium nie menceritakan bagaimana agama Islam sampai di Sabah. Oleh kerana kami malas membaca, kami tengok-tengok je.


Harga tiket untuk masuk sini boleh refer gambar atas nie. Tak perlu bayar sekiranya korang bawak kad pelajar. Again, i entered here for free of charge even though i dont bring my matric card. Hihi



Tapi memang sedih lah muzium nie. Sunyi gila namatey. Macam susah dapat pengunjung. Kalau kena bayar tadi, rasa tak berbaloi pulak walaupon cuma 2 ringgit je harga tiket masuk. Nasib baiklah dapat masuk free.


Seterusnya, kami singgah Muzium Negeri Sabah. Tak ingat berapa harga tiket nak masuk sini. As usual, tunjuk kad pelajar dapat masuk secara percuma. So kami masuk sini percuma jugak. Memang hari terakhir nie hampir semua tempat yang kami lawati memerlukan kad pelajar in order to get discounts or free entrance.


Masuk-masuk je, korang akan disajikan dengan rangka tulang ikan paus nie. Ikan paus nie dijumpai di perairan Sabah. Ikan nie kira macam tersesat lah kot. Orang ramai cuba untuk membawa ikan paus nie ke laut dalam. Bagaimanapon cubaan itu gagal as ikan paus nie mati beberapa hari kemudian. Eh ye ke ? Aku tak ingat lah pulak. Rasanya masa dijumpai tu dia sudah dalam keadaan yang lemah.


Lalu, mereka decide untuk ambik rangka tulang ikan paus nie untuk dijadikan pameran sebab bukan senang nak jumpa ikan paus di perairan negara kita. Menarik cerita bagaimana mereka nak install tulang-tulang nie and bagaimana proses dia. Boleh baca kisahnya sekiranya korang datang melawat muzium nie.


Muzium nie banyak menceritakan keunikan Sabah, tentang etnik-etnik yang ada di Sabah and latar belakangnya, alat-alat muzik tradisional Sabah and macam-macam lagi.


Tak sendu lah muzium nie, ramai jugak pengunjung yang datang.


Korang boleh tunjuk skill bermain alat muzik Sabah di sini. Tapi bab-bab alat muzik yang kena tiup-tiup tu, toksah lah. Entah dah berapa ramai tiup benda alah tu. Hahahaha

Walaupon buruk, aku tetap nak upload. Hihi

And all of sudden, ada pelancong dari luar negara tu nak tolong ambikkan gambar kami berdua. Padahal kami tak mintak pon. Lulz. Sepanjang kami bercuti di Sabah nie, kami memang tak mintak sesape pon tolong ambikkan gambar kami berdua.


Then kami singgah pula Sabah Art Gallery. Apa yang aku jatuh cinta sangat dekat sini ialah senibinanya. Seriously cantik and kreatif.


Tiket masuk berharga RM 2 untuk pelajar. Sabah Art Gallery nie pon agak sendu sikit. We were the only visitors at that time. Lulz




Cantik-cantik jugak lukisan dekat sini walaupon kebanyakkan lukisan aku tak faham motifnya dan kecantikannya. Kalau macam gambar ayam nie, gagah lah lagi. Kalau yang lukisan abstrak tu, serious tak faham. Maybe sebab bukan orang seni kot. So nampak lukisan-lukisan sebegitu rasa macam "Ini pon boleh jadi lukisan and dijual dengan harga sedemikian ?"


Ouh ya, setiap lukisan dia bubuh tanda harga. Tak pasti lah sama ada korang boleh beli ke tidak lukisan-lukisan yang dipamerkan di sini, atau ia hanya sekadar untuk makluman sahaja. Lagipon, menangis kalau tengok price tag dia.


Seterusnya kami melawat Tugu Peringatan Double Six. Tugu peringatan nie dibina sempena nahas kapal terbang yang berlaku pada 6 June 1976. Nahas ini telah meragut nyawa ketua menteri pertama Sabah iaitu Tun Fuad Stephens beserta 6 menteri lain.


Lepastu kami singgah makan tepi jalan berhampiran pasar filipino tu jugak. Medan selera yang kami selalu makan tu hanya buka waktu malam sahaja. Tak dapat nak merasa keenakkan seafood di situ lagi. Dah lah hari terakhir kami di Sabah.

Lepastu kami singgah beli cenderamata di pasar filipino. Apa lah nama datang Sabah kalau tak bawak pulang aksesori-aksesori bertatahkan mutiara, ye dakk ? So kitorang pon shopping lah dengan rakusnya dan tawar-menawar sekejinya.


Dekat nak maghrib tu, kitorang sekali lagi singgah Pantai Tanjung Aru untuk melihat sunset. Tapi malang sekali, kali nie sunset tu ditutupi awan tebal. So tak dapat nak melihat keindahannya seperti semalam.

Malam tu kami pulangkan kereta dekat airport. Alhamdulillah tayar kereta masih lagi okay, tak flat. Lepastu kitorang pon check in bagasi. Masa beli tiket rupanya kami tak beli bagasi untuk balik. Aiseymannnn. Aku ingat dia automatik kira bila kita beli bagasi masa pergi. Rupanya kena tick dua-dua, pergi dan balik. Tak memasai kena cas mahal untuk bagasi. Ini mesti balasan tuhan kepada kami akibat tidak bagi tahu abg sewa kereta tu pasal tayar kena skru. Ahaks ~

Flight kami jam 11.30 malam. Dan kami sampai jam 1 pagi di KLIA2. So itu sahaja percutian kami ke Sabah pada bulan lalu. As usual, here is the itinerary untuk hari ketiga, hari keempat dan hari kelima kami di Sabah.

Third Day

Jambatan Gantung Tamparuli - Bergerak menuju ke KK - Monsopiad Heritage Village (Tak jadi masuk) - Lok Kawi Wildlife Park - Masjid Negeri Sabah - Jesselton Point (Tempah island hopping) - Check in hotel - Atkinson Clock Tower - Signal Hill Observatory of Kota Kinabalu - Tugu Peringatan Malaysia and roundabout sekitar KK

Fourth Day 

Island Hopping (9 pagi sehingga 4 petang ) - Sunset di Tanjung Aru Beach

Fifth Day 

Check out hotel - Todak Roundabout - I love KK - Menara Tun Mustapha - Akuarium & Muzium Marin UMS - Masjid Bandaraya Kota Kinabalu - Muzium Tamadun Islam Sabah - Muzium Sabah - Balai Seni Lukis Sabah - Tugu Peringatan Double Six - Pasar Filipino (Borong cenderamata) - Sunset at Pantai Tanjung Aru - Airport

TIPS AND INFO EXTRA

Jambatan Tamparuli 
Seelok-eloknya pergi time on the way ke Kundasang. Jangan tersilap jambatan macam kami ! And kalau boleh datang awal pagi sebabnya bila dah tengahari, orang-orang dah start ramai. Jadi nak ambik gambar akan jadi spoil sikit. Hihi

Lok Kawi Wildlife Park : RM 10 tiket masuk untuk dewasa
Show binatang-binatang tu pada jam 11 pagi dan 2 petang. So plan lah kedatangan korang kalau korang nak tengok show tu. Dalam nie boleh bawak makanan. So boleh lah siap-siap bawak bekal and air banyak-banyak. Sebab panas gila. Boleh bawak payung jugak. Payung boleh sewa, RM 2 ja. Jangan beli air dekat koperasi dia, agak mahal. Beli lepas tunjuk tiket dekat abg yang jaga pintu masuk tu. Harga sama macam dekat luar.

Monsopiad Heritage Village : RM 35++
Kalau nak mendalami kehidupan suku etnik nie, boleh lah masuk. Ambik masa lebih kurang 2 jam (paling cepat) untuk sesi touring di sini. Ada lagi satu tempat macam nie, tak ingat apa nama dia. Harga dia pon boleh tahan mahal.

Island Hopping : RM 52.50 seorang (Kaunter no 11)
Harga pakej termasuk jelajah 3 pulau (Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik) dari jam 8 pagi sehingga 4 petang. Harga nie juga termasuk jaket keselamatan dan alat menyelam. Tax jetty juga abg tu dah kira sekali, bagi harga pelajar. Make sure beli sehari sebelum, aklau tak nanti kalut, Hihi

The Town Inn Hotel : RM 60 satu malam, queen size bed.
Korang guna waze jelah untuk cari hotel nie. Yang pasti hotel nie dekat dengan Maybank. Sangat recommended ! Parking senang and bilik puas hati.

Makan di Medan Selera bersebelahan Pasar Filipino
IKAN - Harga semua jenis ikan 100g RM 3. Kalau lebih dari harga nie, consider pergi gerai lain. Ada kedai, dia ikut jenis ikan. So jangan pergi gerai yang harga ikut jenis ikan.
SOTONG PUTIH - 100g RM 4. Sotong kat Sabah nie memang puas hati gila. Besar-besar sotongnya. Ada kedai jual 100g RM 5. Beli dua ekor pon dah cukup untuk kami berdua. Satu untuk masak dengan tom yam, satu lagi tu suka hatilah nak masak apa.
UDANG SEDERHANA BESAR - Udang 100g RM 4. Kebanyakkan gerai jual RM 5. So kalau dapat harga RM 4 tu, dahulukan gerai yang nie dulu. Hihi.

Harga lain x survey pulak sebab kami ambik 3 bahan nie je. Make sure, korang confirmkan harga dengan orang yang korang deal tu, then timbang and make sure korang siap-siap kira berapa harga bahan mentah korang. Sebab bila deal dengan orang tu, kita dapat sekian harga, nanti time kira, orang lain pulak yang akan kira. Nanti orang tu ikut harga "kedai" pulak. Bukan harga time kita deal tadi tu. So make sure korang tahu berapa total barang mentah yang korang ambik okay. INGAT TIPS NIE. SANGAT PENTING. Sebab ia terjadi pada kami masa hari kedua. Nasib baik aku dah siap-siap kira. Time nak bayar terover 29 ringgit dari harga yang aku kira. Ko ghase ? So kalau aku jenis tak peka, sia-sia je melayang 29 ringgit tu. So please peka okay. Orang ramai, so memang tak lah dia nak ingat satu persatu berapa harga yang dia deal. Actually dapat harga nie pon ikut nasib and macam mana korang tawar-menawar. Anggaran kasar untuk dua orang makan dalam RM 60 ringgit or less. Inipon terlebih-lebih tau. Kami tak habis. So pandai-pandai lah korang berjimat.

Island Hopping 
Make sure pakai sunblock siap-siap dari hotel. Make sure beli makanan sebanyak-banyaknya and air minuman. 8 jam kot nak island hopping. Confirm lapar. Wallet bawak IC dengan cash 30 ringgit pon dah cukup. Yang lain boleh tinggalkan dekat hotel. Unless kalau korang bercuti dengan family. Biasanya kan, mak-mak nie tak suka mandi. So dorang akan jaga tempat bag. Jangan lupa beli casing waterproof untuk phone korang. Baru syiok dapat ambik gambar dalam air. Feeling-feeling gopro gituee.

Kad matrik pelajar.
Make sure korang bawak time nak bercuti ke Sabah. Banyak tempat di Sabah nie dapat potongan harga untuk pelajar. Since aku terlupa nak bawak, aku cuma tunjuk gambar kad matrik yang aku upload dalam blog nie je. Alhamdulillah semua tempat tu terima walaupon aku cuma tunjuk gambar sahaja. Make sure gambar tu jelas lah. Walaupon aku dah habis belajar, tapi tetap jugak mengaku sebagai pelajar. Ko ghase ?

Sunset di Tanjung Aru.
Jam 6 petang, langit di Sabah dah mula gelap. So kalau nak tengok sunset, start datang sini jam 5.30 petang. Hihi.

Bagasi Air Asia
Yang noob macam aku, baru first time beli bagasi naik Air Asia, make sure beli bagasi pergi dan balik. PERGI DAN BALIK. Jangan fikir ko dah beli untuk pergi, ko akan dapat untuk balik sekali. Silap besar dikk. Tak pasal-pasal kena bayar mahal on the spot untuk bagasi time balik tu. Ini just peringatan je, aku tahu korang semua dah pakar bab-bab fly nie. Aku je yang noob.

Muzium Tamadun Islam tu tak payah pergi pon tak apa. Bosan teramat sangat. Percayalah.

So itu sahajalah percutian last minute kami selama 5 hari 4 malam di bumi Sabah. I enjoyed every seconds of it. I will come to Sabah again, definitely.

4 comments:

  1. Assalamualaikum..nice tips dik. Lama kak teringin nak ke sabah... berangan jelah dulu hehehe update lagi next entri hehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya pergi island hopping! Aku teringin juga nak pergi Sabah ni tapi belum ada rezeki. T__T

    ReplyDelete
  3. korang berdua ni adik beradik ke? cam kembar le tp sikit je irasnye..hi3

    ReplyDelete
  4. i'm enjoying reading your experience

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...