Saturday, June 24, 2017

Pengalaman Berpraktikal di UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum and good day everyone 

Dari dulu aku nak update pengalaman berpraktikal sebagai kaunselor pelatih muda bergetah nie tapi tiada kesempatan untuk meng-update-nya. Sekarang nie, dah free sikit, jadinya ada lah masa untuk menyusun gambar and membina ayat-ayat dramatis bagi mengimbau semula kenangan sewaktu berpraktikal di sana.



Seperti semua sudah sedia maklum, aku berpraktikal di UiTM Puncak Alam selama 16 minggu yang bermula pada 11 Julai - 28 Oktober 2016. Apa yang aku boleh katakan secara umumnya, aku sangat gembira dan bersyukur ditempatkan praktikal di sana. Walaupon berpraktikal di sini merupakan pilihan kedua aku, yang mana pilihan pertama aku ialah Kolej Matrikulasi Selangor, which nearer to where i live, unfortunately, due to some circumstances, i couldnt doing my internship there. So bila dapat tahu permohonan berpraktikal di situ kena reject, aku terus maklumkan pada pensyarah untuk mengeluarkan surat penempatan pilihan kedua. Alhamdulillah, aku hantar je ke pejabat UKK, terus diterima.


Maka bermulalah perjalanan aku sebagai kaunselor pelatih muda bergetah di Palam. Apa yang aku lakukan semasa berpraktikal di sana ? Nie yang nak habaq mai kat ampa semua. Sabar naa. Kita kupas sikit demi sedikit.

Morning Circle

Setiap hari Isnin, Unit Kerjaya dan Kaunseling (UKK) akan buat "perjumpaan" yang dipanggil Morning Circle. So memang tiap minggu setiap hari Isnin akan ada Morning Circle nie. Morning Circle nie ala-ala tanya khabar gituee, mengupas berita-berita terkini (kalau ada) dan sekaligus reflect apa yang unit kami buat sepanjang minggu lepas dan juga yang akan dilakukan untuk minggu tersebut dan akan datang. So kira macam satu peringatan untuk semua staff supaya alert what is going on with the unit. Lebih kurang macam tu. Semua staff kena update apa yang dorang telah, sedang dan akan lakukan.





And Puan Hajah Siti Aluyah (Ketua UKK) tak terima "No" sebagai jawapan. Bagi dia, kalau korang cakap "tak ada apa-apa untuk dikatakan" semasa turn korang bercakap, itu menunjukkan korang malas untuk berfikir. Takkan lah tak ada apa-apa kot kan ? Mestila ada korang buat something sepanjang minggu lalu and akan datang. So jangan lah cakap "tiada apa-apa" masa Morning Circle nie. Kena perli dengan Puan Hajah nanti, menangis dibucu katil dibuatnya. Hahaha


Benda yang aku paling takut time Morning Circle nie ialah time baca doa. Aku takut aku disuruh baca doa. Aku nie dah lah tak tahu berdoa bahasa arab. Plus, i am not a very spontaneous guy. Lagi-lagi bab-bab agama nie. Masa mula-mula praktikal tu tak rasa sangat, sebab ada En Zul dan En Sulaiman. Selalu tugas ini diberi kepada mereka berdua. So kebarangkalian untuk aku dipilih tu sangat tipis.


And towards the end of my internship, aku rasa kebarangkalian untuk mengetuai bacaan doa sangat besar, so aku dah prepare print teks doa awal-awal. Just in case, kalau dipilih suruh baca doa tu, makanya tak adalah aku baca doa makan kat situ. Ada lah jugak benda yang aku nak baca, walaupon baca teks. Hahahaha


Anddddd one fine day, bamm ! Memang aku kena baca doa pada hari tu. Nervous weyhhhh. Macam-macam rasa. Tak sedap perut dibuatnya. Haihhh macam mana lah nak jadi ketua keluarga macam nie.

Koreksi Diri

Koreksi diri nie pon lebih kurang macam Morning Circle jugak. Cumanya ia dibuat pada setiap pagi Jumaat. Koreksi Diri nie more to kerohanian di mana, berkongsi pasal-pasal benda rohani and positif lah. Macam saling ingat-mengingati. Macam tazkirah tapi bukan tazkirah. Tazkirah macam beragama sangat. It's not tazkirah tapi macam tazkirah.


So sape punya giliran untuk bagi tazkirah tu, kena prepare lah apa benda untuk dikongsikan. It could be anything. Boleh cakap pasal agama, boleh cakap pasal benda-benda motivasi, kesihatan and macam-macam lagi.


Kebiasaannya, Koreksi Diri nie kami buat di bilik mesyuarat. Kadang-kadang je buat di ruang legar macam Morning Circle tu. Tapi most of the time, di bilik mesyuarat lah.



Masa nie kebetulan lagi beberapa hari sebelum Raya Haji, so adalah jamuan sikit pada pagi tu.



And then, tiba giliran aku untuk berkongsi semasa sesi Koreksi Diri pada minggu tersebut. Mulanya buntu nak berkongsi pasal apa. Nak cakap pasal agama, rasa macam tak layak pulak. So aku berkongsi tentang 7 Cara Mencuci Hati. Ewahhh sangat kan tajuk tu. Cedok kat google je dik non.





Latihan Kompetensi Kaunselor

Latihan Kompetensi Kaunselor nie diadakan sebulan sekali. Actually tak menentu. Latihan kompetensi kaunselor nie merupakan program di mana kaunselor-kaunselor yang mempunyai lesen atau kepakaran dalam menggunakan sesuatu alat ujian atau kemahiran, untuk dikongsikan bersama kaunselor-kaunselor lain. Sangat bagus lah sebabnya tak semua kaunselor mempunyai lesen alat ujian yang sama. So dengan wujudnya program nie, semua dapat manfaatnya. Latihan kompetensi kaunselor nie biasanya kaunselor-kaunselor dari luar juga turut serta sekali. Selalunya kaunselor-kaunselor dari cawangan UiTM yang berhampiran dan UNISEL.

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)



As a psychology student, memang banyak alat ujian yang didedahkan kepada kami. Dan MBTI bagi aku merupakan alat ujian paling best dan paling sesuai digunakan untuk mengenalpasti personaliti setiap individu. Nak conduct MBTI nie kepada orang ramai kena ada lesen tau. Dan lesen MBTI nie sangat mahal tau. Sedangkan Cik Fatihah ambik lesen MBTI nie masa tu pon mencecah 12k ringgit (If i'm not mistaken), sekarang tak tahulah harga nak ambik lesen nie berapa. Mungkin makin meningkat.


MBTI di Fakulti Sains Kesihatan

Okay, program nie di bawah program E&E (Expose and Explore) sebenarnya. Program nie untuk staff-staff UiTM under Unit Psikologi. Sekali je aku join E&E nie. Itupon cuma tolong-tolong je. E&E nie crowd nya kecil sebab tu tak melibatkan ramai kaunselor. Memadai cuma seorang. Tapi disebabkan MBTI nie perlukan assistant untuk melancarkan proses nya, jadinya aku follow Cik Fatihah untuk program nie.



Bengkel Hipnosis


Hipnosis atau bahasa pasarnya ialah pukau, juga merupakan salah satu teknik dalam kaunseling. Tapi ini bukan pukau untuk benda-benda tak elok tau. Banyak guna hypnosis dalam kaunseling nie. Jangan tanya aku apa dia sebab aku dah lupa. Kbai.



Bengkel hipnosis nie diadakan pada minggu terakhir aku berkhidmat di UKK. So time bengkel nie mereka buat farewell party sekali untuk diriku. OMG malu sungguh masa nie.




TAJMA and MMPI


Sesi perkongsian dari my supervisor, En Sulaiman, berkenaan alat ujian TAJMA yang mana bagi aku agak rumit untuk dilaksanakan pada orang ramai. Masa nie juga sesi perkongsian daripada pelajar praktikal yang berpraktikal di UKK, John, tentang alat ujian yang dia bakal gunakan untuk thesis nya. So dia kongsikan lah apa yang dia tahu pasal alat ujian tu.


TAJMA at Fakulti Sains Kesihatan

Yang nie pon program under E&E kot sebab melibatkan sekumpulan kecil staf-staf UiTM. Aku pon tak pasti. Program nie merupakan salah satu program yang diadakan semasa hari terakhir aku berpraktikal dekat Palam.



Perkongsian Kepakaran

Perkongsian Kepakaran nie lebih kurang macam Latihan Kompetensi Kaunselor. Yang beza cumanya perkongsian kepakaran nie hanya melibatkan kaunselor Palam dan audience nya adalah pelajar-pelajar yang berpraktikal di UKK. Setiap kaunselor yang ada di UKK Palam nie akan berkongsi kepakaran dengan pelajar-pelajar praktikal secara bergilir-gilir mengikut kelapangan jadual masing-masing.




Pameran

Masa hari first day aku lapor diri, Puan Hajah assigned aku untuk buat pameran. Pameran nie kena buat once a month. So aku buat dua pameran. My first exhibition is about love yang bertajuk Pameran Demi Cinta.


Pameran Demi Cinta nie pasal cinta cintun remaja masa kini yang mudah hanyut ke lembah maksiat ketika bercinta. So dalam pameran nie, adalah kesan dan akibat daripada aktiviti-aktiviti tidak sihat yang dilakukan ketika sedang mabuk cinta.



Pameran kedua yang aku buat ialah Pameran Kesihatan Mental. Pameran nie menunjukkan bahayanya penyakit mental dan sekaligus menunjukkan penyakit-penyakit mental yang selama nie kita fikir "masalah biasa" yang mana ia sebenarnya bahaya dan boleh mengakibatkan kepada benda yang lebih teruk. Definisi penyakit mental bagi manusia kebanyakkan adalah gila. Penyakit lain yang related to mental tak dikira penyakit mental, dorang fikir masalah/penyakit biasa. Itu yang silap tu.



Itu yang kita kena bagi kesedaran kepada manusia-manusia di luar sana, terutama sekali, maaf mention, orang-orang yang duduk di kampung. Memang kebanyakkan tak aware lagi masalah-masalah yang berkaitan mental nie. Yang dok kat bandar tu jangan nak gelak sakan naa, korang pon sama. Banyak tak aware benda nie.



Bahan-bahan nie aku ambik dari Unit Kesihatan Negeri Selangor. Puan Hajah sendiri yang drive kan aku ke sini. Dia lah yang expose kan tempat nie pada aku. Ternyata, kalau nak buat pameran or nak flyers percuma, boleh dapatkan dekat sini. Serious aku tak pernah tahu benda nie, atau mungkin korang boleh consider aku sebagai tak ambil tahu. Kbai.


Sangat berterima kasih kat Puan Hajah sebab exposekan tempat nie, so lepas nie kalau nak dapatkan bahan pameran atau flyers, boleh dapatkan dekat Unit Kesihatan Negeri Selangor nie.


So korang yang di luar sana tu, kalau memerlukan bahan pameran dan flyers-flyers berkenaan kesihatan or anything yang related to it, boleh datang sini. Ini detail nya,

Unit Kesihatan Negeri Selangor

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Unit Promosi Kesihatan
Tingkat 2, Menara MRCB
No 2, Jalan Majlis, 14/10 Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5522 4660
Fax : 03-55224659

Contact pihak sana, then buatlah surat rasmi untuk memohon bahan pameran. Macam biasa.


Aku buat pameran nie di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Alhamdulillah sambutan memberangsangkan. Ramai gak yang singgah. Terima kasih lah student-student and staff-staff yang singgah ke pameran saya tu. Terima kasih banyak-banyak.

Puan Hajah dan my supervisor, En Sulaiman datang melawat pameran aku di PTAR

Outreach

Outreach nie ialah program di mana kaunselor datang kepada pelajar instead of pelajar datang ke kaunselor. Kan biasa pelajar yang datang jumpa kaunselor. So outreach nie diadakan untuk mendekatkan kaunselor kepada pelajar-pelajar. Di samping itu, dapat promot Unit Kerjaya dan Kaunseling kepada para pelajar kerana, kebanyakkan pelajar tidak tahu di mana UKK berada. Seriously, dorang memang tak tahu kat mana pejabat untuk berjumpa kaunselor.

Gambar semasa outreach di Kampus Alam Bina




I don't blame them. Aku sendiri pon tak tahu unit kaunseling UPSI dekat mana. Kalau pejabat pensyarah-pensyarah kos kaunseling aku tahu lah dekat mana sebabnya satu fakulti. Tapi kalau unit kaunseling yang menawarkan perkhidmatan kaunseling, serious aku tak tahu dekat mana. Mungkin ini lah masalah yang dihadapi pelajar. Kebanyakkan memang tak tahu unit kaunseling terletak di mana dalam universiti mereka. Termasuklah aku sendiri.




Anyway, Alam Bina nie kampus baru siap. Semua baru-baru belaka. Besar dan luas. Agak jauh dari pusat pelajar. Kalau korang pernah datang UiTM Puncak Alam nie, korang akan tahu betapa besar dan luasnya kawasan Palam nie. Kampus Alam Bina nie dah macam kampus sendiri-sendiri sebab agak terpisah daripada semua benda.

Gambar semasa outreach di Kafe Kolej Angsana




Program outreach nie, kami akan bawak set-set questionnaire ringkas untuk mengukur tahap stress, kemurungan, test personaliti dan macam-macam lagi. Once the students dah jawab set questionnaire pilihan dorang, para kaunselor akan explain lah daripada result yang mereka dapat tu. Dan kalau tengok result tu macam memerlukan sesi kaunseling, pelajar tersebut akan diajak untuk set temujanji buat sesi sekiranya mereka mahu. Untuk pelajar kos kaunseling yang requirement nya untuk ada certain amount of jam sesi kaunseling, dari sinilah dorang boleh dapat klien. Sangat berkesan. Nak harap pelajar volunteer datang, memang sendu dik non. Ada memang ada, tapi sendu bilangannya. Sedangkan office kaunselor pon pelajar tak tahu, apatah lagi datang nak buat sesi.

So program outreach nie memang sangat bagus !



Outreach nie kami adakan sebulan sekali. Eh ye ke ? Rasa macam kerap jugak buat outreach nie.



Aktiviti kelab PEERS

Under Unit Kaunseling, ada satu kelab yang diberi nama PEERS. Rasanya semua cawangan UiTM ada kelab PEERS. It's a UiTM thing lah. Kelab PEERS nie banyak buat aktiviti, so kalau korang student UiTM tu, boleh lah join kelab nie sebab memang banyak sangat aktiviti yang UKK buat untuk kelab PEERS. For those yang memang niat dari awal bismillah nak stay dekat kolej dari mula sampai akhir pengajian, makanya boleh join kelab nie sebab banyak kupon aktiviti disediakan. Whatever event yang UKK adakan, akan ada kupon aktiviti. So rajin-rajin lah join yerp.

Gambar semasa lawatan PEERS dari UiTM Sabah ke UiTM Puncak Alam



Kalau macam dekat UPSI, semua kejar mata MyCAT. Tapi sayangnya, selalu lambat masuk mata MyCAT nie dalam sistem. Atau lebih teruk, tak masuk langsung. Pihak penganjur hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir. Aku pon pernah menanam tebu di tepi bibir di mana program yang aku kelola, mata MyCAT tak diproses pon. Maaf ye korang semua yang terlibat dalam program aku tu. Semoga tak simpan dendam dalam hati yer. Hihi

Gambar semasa AGM Kelab PEERS





Klinik Kaunseling dan Klinik Kerjaya

Klinik Kaunseling dan Klinik Kerjaya nie diadakan seminggu sekali. Macam gilir-gilir. Contoh minggu nie adakan klinik kaunseling, nanti minggu depan klinik kerjaya pulak. And kadang dalam satu minggu tu, dua-dua sekali diadakan. So aku pon tak pasti how these two work. Secara umumnya, ia diadakan seminggu sekali.

Klinik kaunseling nie biasanya tentang personaliti diri, kerohanian and motivasi diri. Manakala klinik kerjaya pulak, ia berkaitan resume writing, how to win an interview, personal branding and anything yang berkenaan dengan kerjaya and masa depan selepas tamatnya belajar. Lebih kurang macam tu.

Klinik Kaunseling : Remaja dan Seksualiti



Klinik kaunseling nie berkisarkan tentang HIV dan Aids yang mana remaja sangat mudah terdedah dengan penyakit nie akibat seks bebas. Jadi semasa dalam program nie, student didedahkan dengan cara boleh terjangkit, cara mencegah dan supaya tidak terjerumus dalam seks bebas.




Klinik Kaunseling : Menangani Konflik


Klinik kaunseling yang nie berkisarkan tentang bagaimana kita menangani konflik. Terdapat pelbagai cara menangani konflik, melalui program nie, kita dapat tahu kita nie jenis yang macam mana bila kita berhdapan dengan konflik. Lebih kurang begitulah. Klinik kaunseling nie diadakan pada hari terakhir aku berkhidmat di UKK.



Klinik Kaunseling : Kemahiran Belajar



Klinik kaunseling yang nie pulak tentang kemahiran belajar melalui alat ujian VAK. Visual, Auditory dan Kinetics. So dari situ kita dapat tahu kita cenderung belajar melalui cara bagaimana. Lebih kurang macam tulah.



Klinik Kaunseling : Assertiveness 


Asertif nie di mana, kita boleh untuk cakap tidak untuk memastikan kepentingan kita terjaga dan supaya kita tidak ditindas. Sesetengah orang merupakan orang pasif di mana dia tidak boleh untuk cakap tidak dan hanya mengikut sahaja walaupon dirinya merana. Lebih kurang macam tulah.

Klinik Kaunseling : TAJMA



Maaf, sesungguhnya aku tak berapa nak ingat TAJMA nie macam mana. Agak complicated sikit alat ujian nie.


Klinik Kerjaya : Resume Writing


Bengkel di mana penceramah mengajar cara untuk membuat resume dan bagaimana cara yang betul untuk attach resume dalam email. Yang mana kebanyakkan kita semua tidak tahu and pakai taram je attach.



Klinik Kerjaya : Personal Branding


Bengkel yang nie tentang macam mana nak "jual" diri korang depan employer. Bukan buat strip dance depan dia, bukan. Astaghfirullah al azimm dikkkk. Bukan itu yer. Jangan lah dikau sesekali buat begitu di depan potential employer korang.




Nak "jual" kena ada cara. Pastikan mempunyai reason yang kukuh, simple and padat. And pandai-pandailah korang nak hidup. Kbai.


Klinik Kerjaya : Resume Writing And Interview Etiquette 



Diajar macam mana nak tulis resume yang tepat dan menggembirakan hati employer untuk baca dan sekaligus ajar beberapa prinsip asas untuk menghadiri temuduga.





Career Fair

Career Fair nie diadakan satu semester sekali kot. Aku pon tak pasti. Yang pasti, sepanjang career fair berlangsung, banyak aktiviti yang disediakan oleh UKK untuk student-student. Career Fair dibuat selama 2 hari. Selama 2 hari nie, memang padat sangat dengan aktiviti.

Persedian menjelang career fair





Career Fair day 1

Career fair terbahagi kepada dua bahagian. Satu Career talk and satu lagi XPD Career. Career talk merupakan program di mana pihak UKK menjemput penceramah luar untuk menyampaikan talk yang berkaitan dengan career and everything yang related to that. Lebih kurang macam program klinik kerjaya tu.




Manakala XPD Career pulak ke arah yang more to fun tapi bermakna. Kami menyediakan pelbagai permainan-permainan yang berkisarkan pasal career. So di samping bergembira tu, kita dapat input yang berguna. Echewahhh !





Career talk dibuat di tempat yang sama. Manakala XPD Career dibuat di tempat yang berbeza. Pada hari pertama, ia bertempat di ruang legar kafe utama palam. Manakala pada hari kedua pulak diadakan di fakulti bisnes kot.

Aku pon tak ingat.





Career Fair day 2







Gambar bukti di mana kaunselor-kaunselor sendiri yang kena bawak barang kehulu-kehilir demi nak buat program untuk pelajar-pelajar. Sape kata kaunselor goyang kaki kat office je tu memang nak kena cili mulutnya.


Counselling Day

Hari Kaunseling nie pon rasanya satu semester sekali. Aku pon tak pasti. UKK akan menjemput penceramah-penceramah dari luar, untuk memberi talk. It could be about anything yang related to life. Hari kaunseling nie hanya melibatkan staf-staf UiTM sahaja. Tidak melibatkan pelajar. So topik pon ke arah kekeluargaan dan keibubapaan gituee.





Penceramah pertama membicarakan soal sihir dan ilmu hitam. Banyak ilmu yang dia kongsikan kepada para tetamu yang hadir. Bukan share ilmu hitam, korang nie pon. Ilmu-ilmu macam mana nak lawan ilmu hitam. Sesungguhnya ilmu hitam itu masih relevan di era moden kita sekarang jadinya, hendaklah kita sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dengan menyediakan diri kita dengan ilmu-ilmu keagamaan supaya kita terhindar daripada disihir. Semoga kita semua dijauhkan daripada sihir dan ilmu-ilmu syirik nie. Nauzzubillah.




Perkongsian kedua diberi oleh Dr Yasmin. Dr Yasmin nie dah berumur tapi muka dia tak nampak macam yang dia dah berumur. Sungguh weyh. Seingat aku dia bagi tahu umur dia dah 60 something atau late 50s. Aku tak ingat sangat. Tapi Dr Yasmin memang nampak macam orang baru berumur 40an. Energy dia sangat luar biasa.



Yang tengah-tengah tu Dr Yasmin. Dia buat produk sendiri tau. Semua produk dia menggunakan bahan-bahan semulajadi. Pure semulajadi. Banyak produk-produk kesihatan dan penjagaan diri yang dia buat.


Financial Management


Financial management nie merupakan program baru yang En Sulaiman wujudkan di Palam nie yang memfokuskan tentang pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar. As a student, sikap boros semasa dapat duit pinjaman sangat membimbangkan. Awal-awal semester bukan main lagi berbelanja, bila dah hujung-hujung tu semua stok makan maggi je. Pengurusan kewangan student masih lagi ditahap yang sangat membimbangkan. Oleh itu, En Sulaiman terpanggil untuk mewujudkan program nie demi membantu atau menyedarkan para pelajar akan kepentingan menguruskan kewangan dengan betul.

Wahhhhhh ayat aku dah macam tulis karangan SPM tau. Confirm A+ !!





Makanan program yang lebih tak elok dibuang. So kita bagi kroni. She is my cousin guys =D

Kaunseling Konvensional


Kaunseling konvensional nie pon turut diadakan sekali satu semester rasanya. Kaunseling konvensional nie under unit psikologi kalau tak silap. Kaunseling konvensional nie pon program yang menjemput penceramah dari luar. Terdapat dua orang penceramah, satu berkenaan kesihatan mental, dan satu lagi berkenaan hal rumahtangga.




OMG !!!!!!!! Aku sangat suka Cheman nie bagi talk. Sangat sempoi dan sangat kelakar. Trust me guys, kalau korang jumpa mana-mana event yang menjemput Cheman nie sebagai penceramah, mohon korang menghadirkan diri. Sangat best !!! Tak kering gusi dibuatnya. Dia sangat kelakar dan bersahaja.


Guna powerpoint slides, tapi dia tak guna pon. Dia menyampaikan melalui penceritaan yang mana penceritaan dia sangat best dan kelakar. Seriously tak tahu nak describe betapa bestnya talk yang disampaikan oleh Cheman nie. Sepanjang aku berkhidmat di Palam, talk dari Cheman yang aku sangat suka dan paling diingati. Sumpah best !!


Kaunseling Konvensional nie pon diadakan semasa minggu terakhir perkhidmatan aku di Palam. Oleh itu. pengacara majlis iaitu my supervisor, En Sulaiman, gave me the honor to present a gift to our guest speaker, Cheman, sebagai tanda terima kasih. Aku sangat berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kepada Cheman dan juga sangat terharu. Aku nie memang mudah terharu. Mohon maaf yer.


UiTM Things and general events

Yang nie merupakan program-program yang berkaitan UiTM yang mana aku turut serta berada dalam program tersebut. So aku lampirkan semuanya kat sini. Hampir kesemuanya. Ada banyak event yang aku join lupa nak ambik gambar.

Taklimat 5S


I was the emcee for this event. Super nervous and Alhamdulillah everything went well, walaupon sangat noob menjadi emcee. Hahahaha


5S nie tentang bagaimana mengurus pejabat on how an office should look like in order to make sure all the staffs are in a safe working environment. Lebih kurang macam tulah.


Exit Policy


Exit policy nie tentang macam mana kerajaan nak menyingkirkan pekerja. Ternyata, susah tau orang kerja government nie nak kena buang kerja. Banyak prosedur dia sehingga dia layak untuk dipecat. Walaupon aku tak terlibat dalam kerja kerajaan (yet), tapi ia sesuatu info yang sangat berguna lah untuk aku.

Minggu Destini Siswa


Minggu Destini Siswa nie bersempena menyambut pelajar-pelajar degree ambilan September. Muka-muka ceria dan semangat untuk menempuh alam degree. Teringat masa mula-mula masuk UPSI dulu. Eh tapi aku tak merasa minggu orientasi. Fuhhh nasib baik. I hate orientation week. Period.



Nampak abah-abah sangat pakai baju batik

Mesyuarat Kelab Kebajikan Staf HEP UiTM


General


Majlis sambutan aidilfitri ASIS, bersebelahan Unit Kerjaya & Kaunseling. Seriously, praktikal dekat sini aku almost tidak perlu keluarkan duit untuk makan sebabnya banyak buat program dan hadiri event yang ada makan-makan. Tambahan pula masa aku start praktikal nie tengah bulan hari raya. So memang sana sini buat jamuan raya.


These are the banners yang aku tempah untuk program UKK.


Poster-poster yang ditempah oleh UKK sampai dengan jayanya. Cantik-cantik posternya.


Impromptu birthday celebration untuk Puan Azila. Dapat kek surprise dari husband dia. Menurut Pn Azila, suaminya bukan jenis yang romantik, jadinya dia terkejut bila ada orang hantar kek dekat pejabat. So dapatlah makan kek masa tu. First time jumpa kek yang dibuat daripada timbunan crepe. Seriously sangat sedap.



-----------------------------------------------------------------------------------

Itu sahaja program yang unit aku buat sepanjang aku berpraktikal di sana. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak muatlah nak sumbat semuanya. Kang bubuh semuanya, sampai krismas tahun depan korang tak habis scroll nanti.


Nie gambar masa farewell party lepas selesai bengkel Hypnosis tu. Malu nya lahai. Dah lah ada kaunselor-kaunselor dari kampus lain sekali.



Yang nie pulak masa lawatan terakhir my university supervisor ke Palam. Masa nie sesi-sesi puji diriku dari dua belah pihak. Baik dari UPSI mahupon dari Palam sendiri. Ya Allah aku kat situ rasa malu dan terharu dipuji-puji begitu. Terima kasih yer =)



Pensyarah aku dan sekaligus merangkap my university supervisor for my supervised fieldwork, Mr Mujeeb Khan

She is my field supervisor, Pn Mawaddah Fida Farid

He is also my field supervisor, En Sulaiman. Aku nie special, sebab tu ada dua field supervisor. Hihi. 

My fellow internship friends from USIM. Linda dan Huwaina.

Alhamdulillah memang semua dipermudahkan semasa berpraktikal di sini. Tempat tinggal pon dapat masa hari surat praktikal aku diterima. Sangat berterima kasih dekat Rayyan yang aku kenal di laman sosial Wechat. Aku kan dak-dak wechat. Lol. Rayyan lah yang memberi informasi pasal tempat tinggal tu. Terima kasih Rayyan for the info and terima kasih Syukri sebab bagi saya tinggal di situ for free. Yes, for free. Korang yang baca nie jangan terkejut pulak. Hihi.


Melo nie selalu aku balik kerja, dia dah tercongok depan pintu rumah. Selalu dia yang sambut kepulangan aku balik kerja. Dia nie sangat comel dan manja. Aku suka kurung dia dalam bilik aku supaya aku dapat manja-manja dengan dia. Tapi kalau aku leka sikit, dia panjat tingkap bilik aku. Dah lah tingkap bilik aku tu berlobang tak ada tingkap. Cepat-cepat turunkan dia takut dia melompat keluar. Dah lah duduk tingkat 4. Kuss semangat.

Kucing tuan rumah, Melo yang gebu gebas terbabas  

Tapi masa bulan last aku berpraktikal, aku terpaksa keluar dari rumah tu sebabnya rumah tu milik satu organisasi di Bandar Puncak Alam, aku tak boleh mention, takut kang ada masalah pulak di kemudian hari. Rumah tu sebenarnya untuk staff-staff organisasi tulah. Tapi cuma ada dua orang je stay rumah tu masa tu. Rumah tu ada 3 bilik so ada lagi satu bilik kosong, aku pon menyelit lah duduk menumpang di situ. Then masa bulan terakhir aku berpraktikal, ada kemasukan staff baru. Jadinya, bilik yang aku duduk tu, staff tu nak ambik. So terpaksalah aku keluar. Kena lah akur. Nama pon menumpang kan.

Siap mengemas dan mengosongkan bilik.

Walaubagaimanapon, aku tetap bersyukur and berterima kasih sangat-sangat sebab dapat stay situ selama 3 bulan. First time duduk "menyewa" luar tau. Selama 7 semester aku belajar, aku stay dalam kolej kediaman UPSI je. Tak pernah menyewa luar. So that was my first time experience lah kiranya.

Nasib baiklah kawan baik aku belajar dekat Palam nie. So aku tumpang bilik dia je for the rest of my internship period. Kurang sebulan lagi kot nak habis. Takkan lah gigih nak sewa bilik kan. So aku duduk dekat kolej kediaman palam je dengan kawan baik aku.

Alhamdulillah, my internship period came to an end on 28th October 2016. On the following week, aku kena pergi Tanjung Malim untuk present dekat lecturers tentang apa yang aku buat sepanjang praktikal.


My SFW report and log book were ready to be submitted. Masa nie aku dekat Palam, naik motor pagi-pagi buta menuju ke Tanjung Malim untuk present. Alhamdulillah sampai dengan jayanya sebelum majlis bermula.


And nak berterima kasih dekat 3 budak nie sebab tolong edarkan questionnaire dekat pelajar-pelajar first year untuk thesis aku. Aku kan kena buat final year project serentak dengan internship. So agak mencabar sedikit di situ. Dengan bantuan dorang, mudah sikitlah untuk aku dapatkan participants since dorang semua pelajar tahun pertama di palam nie. Alhamdulillah, everything went well. Thank you guys !

Bulan terakhir 

Overall, memang aku sangat gembira dan bersyukur berpraktikal di sini. Kaunselor-kaunselor kat UKK nie semua kelakar-kelakar. Dorang suka buat lawak. And Puan Hjh seorang ketua yang sangat baik dan considerate. Puan Hjh selalu jam 7 pagi dia dah sampai Palam. Kalau hujan, dia akan text aku supaya hati-hati bawak motor and tak perlu rush datang kerja. Pernah sekali tu, aku tetibe rasa nak demam. Dia suruh aku pergi klinik and berehat kat rumah. And kalau tak larat nak datang kerja besoknya, dia kata tak apa. Rehat je di rumah. First time dapat bos/ketua yang sangat considerate and really ambik peduli kesulitan yang dihadapi anak buahnya.


So itulah pengalaman suka tiada duka berpraktikal di Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam selama 16 minggu. Aku tamat berpraktikal dengan rasminya pada 28 Oktober 2016. Hampir setahun dah berlalu tapi seperti baru semalam ianya terjadi. Eh propa sangat. I hope all the pictures above do the justice in portraying my sweet life as a kaunselor pelatih muda bergetah.

Today is the last day of Ramadhan, so happy eid mubarak guys !

See ya !

5 comments:

  1. 'ini zharif aziz yg blogger tu kan?' haha kalau still ingatlah saya yg pernah tegur haritu

    thanks sebab anjurkan program ni kat alam bina! lps buat ujian personaliti tu baru tau saya ni jenis orang biru n sejenis yg mudah stress. dapatlah kaunseling percuma kat situ jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. i remember u very well, u made me blush at that time. hahahaha

      Thanks for taking part program yang kami anjurkan. Really appreciate it =)

      Delete
    2. omg! Mazni pernah jumpa Zharif ni ke? Untunglahhh! :D

      Delete
  2. Seronoknyalah baca pengalaman orang buat internship best macam ni. Aku tak pernah berpeluang untuk experience benda macam ni.

    By the way, kau sangat murah rezeki ya Zharif. Ramai je orang tolong :)

    ReplyDelete
  3. Saya berminat untuk intern dkt uitm palam ni. btw bole saya tahu apa dorg offer for student yg intern sini?😅

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...