Sunday, September 17, 2017

Oh My GERD !!

Assalamualaikum and good day everyone !

Pada 20 July yang lalu, aku telah hadir satu event anjuran Nuffnang di The Zenith, Bangsar South. Event nie berkenaan kesihatan. So aku pon menghadirkan diri bersama adik perempuan aku and my best friend.




Nasib baik lah boleh seludup masuk dua orang nie dalam event tu. Hahaha. Eh no lah, i already registered their names prior coming to the event.


So biasalah, sebelum event tu dimulakan, kami menjamu sarapan yang disediakan oleh pihak penganjur. Sangat omnomnom breakfastnya.



Yang penting ada kacang pecan. Kekacang kegemaran aku tu. Memang aku ambik banyak gila masa nie. Nak beli dah lah agak mahal. Aku ambik banyak-banyak and buat stock untuk dimakan masa event tu nanti. Sambil dengar talk sambil mengunyah kudap-kudapan. Tak senonoh punya perangai village people.


So lets get down to the business. Okay, talk kali nie berkisarkan berkenaan GERD. Apa itu GERD ? Mesti tak pernah dengar kan. Okay korang pernah dengar penyakit pedih ulu hati ? I bet everyone pernah dengar penyakit nie dalam tv kan, sebab ada iklan ubat untuk meredakan sakit pedih ulu hati nie dekat tv. Pedih ulu hati nie disebabkan oleh Acid reflux yang mengakibatkan kesakitan seperti rasa terbakar di dada. So bila pedih ulu hati nie kerap terjadi dan diikuti dengan kesukaran bernafas dan menelan, ia membawa kepada penyakit yang lebih serius iaitu Gastroesophageal Reflux Disease atau nama mudahnya ialah GERD.


Panel yang membahaskan tentang GERD nie ialah Dr. Vagif Soultanov, Pakar Gastroenterologi dan Doktor Naturopati dari Melbourne; Dr. Raja Affendi Raja Ali, Perunding Perubatan dan Pakar Gastroenterologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Datin Swanee Teh, Ahli Farmasi dan Penyokong Terapi Semula Jadi.

Mengikut perkongsian daripada pakar-pakar GERD nie, kita hendaklah mengunyah makanan sehingga betul-betul hancur baru telan. Selain itu juga, jangan makan then minum then makan lagi then minum. Jangan makan bersulamkan air kerana ia tak elok juga untuk sistem penghadaman kita. Dan ubat yang terdapat di pasaran untuk melegakan sakit pedih ulu hati yang bersifat sementara, sangat tidak elok untuk diamalkan. And also, Durians worsen GERD.


GERD boleh dirawat menggunakan Bioeffective A yang diestrak dari jejarum hijau konifer pain atau nama english nya ialah pine conifer green needle extract (You may google this plant). Talk ini juga dihadiri oleh mantan perdana menteri kita Tun Dato' Sri Haji Abdullah Ahmad Badawi, yang mana beliau merupakan pengamal Bioeffective A nie. Menurut beliau, Bioeffective A nie telah membantu menguatkan daya ketahanan badan dan juga sebagai suplemen antipenuaan beliau selama hampir 10 tahun. Doktor peribadi Tun Dato' Sri Hj Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa fungsi perut, hati dan buah pinggang Tun, berada dalam keadaan baik.


Bioeffective A nie dihasilkan di Australia dan boleh didapati di farmasi-farmasi Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi divisyen Nuvaceuticals Nuvanta di talian 03-5636 3758 atau hantarkan email ke pharmacist@nuvanta.com .


So itu sahajalah mengenai event Oh My GERD anjuran Nuffnang nie. Para media and tetamu yang hadir disajikan dengan makanan-makanan yang maha lazat selepas talk tu. Gambar di bawah nie meruypakan side dish je, main course lupa nak ambil gambar. Main course aku update dekat insta story je. Tapi since event nie berlaku 2 bulan lepas, so korang lupakanlah hasrat untuk melihat insta-story ku. Memang dah tak ada lah cerita dia. Hahahaha






So itu sahaja. Sebelum aku tamatkan entri nie, meyh aku belanja dua gambar syok sendiri semasa di sana. Kbai.


Terima kasih kerana membaca, see you on my next post. See ya !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...