Wednesday, November 22, 2017

Aiman Tino Keluarkan Jenama Baju Sekolah Sweet Aiman Junior

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ye, korang tak salah baca. Aiman Tino memang keluarkan jenama baju sekolah sendiri yang diberi nama Sweet Aiman Junior. Aiman Tino merupakan artis pertama di Malaysia yang mengeluarkan jenama baju seragam sekolah. Memang padan lah, sebabnya nama Aiman Tino memang cukup sinonim dengan anak muda remaja zaman kini. Lagunya "Ku Rela Dibenci" menjadi siulan rakyat Malaysia tidak kira muda mahupon tua. Bahkan budak 6 tahun pon boleh hafal lagu Aiman Tino tau. Jadi, mengeluarkan jenama pakaian sekolah merupakan satu tindakan bijak dalam membawa pengaruhnya kepada bidang perniagaan.



Ini merupakan kali pertama aku bersua muka dengan Aiman Tino. Ternyata, betul lah apa yang diperkatakan oleh netizen. Aiman sangat sopan dan merendah diri. Tak lokek dengan senyuman. Sentiasa tersenyum. Tak hairanlah Aiman sangat digemari oleh orang ramai. Baik yang tua mahupon yang muda.


Majlis pelancaran Sweet Aiman Junior telah berlangsung pada Jumaat lalu, bersamaan 17 November 2017. Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah telah dipilih sebagai lokasi pelancaran kerana ia merupakan bekas sekolah Aiman Tino sendiri.


Majlis tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan. Juga turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, YB Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Bin Mydin dan Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow, Dato' Mohd Izal Bin Jamaludin.



Jenama Sweet Aiman Junior merupakan kerjasama strategik antara Sweet Aiman dan syarikat Wonder Glow Cosmetic Sdn. Bhd. Sebelum ini, Sweet Aiman mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan. Antaranya ialah 3D Cream DD mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan juga Cherry Brite HD. Manakala pada bulan Ramadhan lalu pula, Aiman Tino mengeluarkan jenama kurtanya yang dikenali sebagai Qurta by Sweet Aiman Fashion. Kini Aiman Tino mengorak langkah lagi dengan memperkenalkan seragam sekolah Sweet Aiman Junior. Cukup hebat, umur 19 tahun sudah mempunyai pelbagai produk di bawah jenama sendiri.


Musim persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Sudah pasti ibu bapa di luar sana ingin yang terbaik dalam mempersiapkan anak mereka ke sekolah. Baju sekolah Sweet Aiman Junior sangat mampu milik, ia berharga serendah RM 21. Diharapkan, dengan adanya baju sekolah Sweet Aiman Junior nie, dapat meringankan beban keluarga di luar sana yang mempunyai bilangan anak yang ramai.

Baju Sweet Aiman Junior boleh didapati di 8 rangkaian Mydin terpilih di seluruh negara.

1. Pasar Raya Besar Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor
2. Pasar Raya Besar Mydin MiTC, Ayer Keroh, Melaka
3. Pasar Raya Besar Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
4. Pasar Raya Besar Mydin Kubang Kerian, Kelantan
5. Pasar Raya Besar Mydin Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor
6. Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya, Ipoh, Perak
7. Pasar Raya Besar Mydin Gong Badak, Terengganu
8. Emporium Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur. 

Aku percaya, lepas nie adik-adik pasti lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dengan memakai baju sekolah jenama Sweet Aiman Junior nie. Boleh lah korang canang dekat kawan-kawan satu sekolah bahawasanya korang pakai baju sekolah Aiman Tino. Gitueeee !


Jom cepat-cepat serbu ke pasaraya Mydin terpilih berhampiran korang. Dengar cerita belum dikeluarkan lagi tapi permintaan baju sekolah Sweet Aiman Junior sangat memberangsangkan. Laku keras baju sekolah Aiman Tino nie uolss. Sebelum korang gigit jari tak dapat nak pergi sekolah menggayakan baju sekolah Aiman Tino nie, lebih baik cepat-cepat serbu pasaraya Mydin terpilih yang terdekat sekarang. All the best aku ucapkan pada Aiman Tino, semoga terus sukses.

4 comments:

  1. klu budak2 sekolah konpom cik en akan beli.. hahahahha

    ReplyDelete
  2. Wow... bestnya... memang ramai peminat Aiman Tino akan beli

    ReplyDelete
  3. jmput la singgah join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. pandai aiman tino nih
    alhamdulillah rezeki dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...