Saturday, November 4, 2017

Weekend Brunch Buffet at Mandarin Palace

Good day everyone !

Hujung minggu ialah masa untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan orang-orang tersayang. Yelah kan, hari biasa, kita semua sibuk dan mempunyai komitmen masing-masing. Jadinya, hari minggu sahajalah masa untuk kita meluangkan masa bersama. Selain aktiviti membeli-belah, melawat taman tema dan macam-macam lagi, kita juga boleh membawa mereka makan-makan di tempat yang istimewa.


Janganlah asyik-asyik bawak makan dekat fast food restaurant je. Sesekali nak jugak tukar angin kan. So apa kata korang bawa dorang makan di Mandarin Palace di Hotel Federal Kuala Lumpur. Baru lah kerlasssss !


Mandarin Palace berkonsepkan budaya Chinese. Tengok sahaja seni arkitek dalaman restoran ini. Berkonsepkan ala-ala istana klasik dinasti beraja negara China. Kombinasi warna emas dan merah yang melambangkan kemewahan sekaligus memberi impak wow kepada pengunjung yang menapak masuk ke restoran ini. Rasa macam betul-betul berada dalam istana klasik diraja China. Pintu masuk pon dah bagi feeling tu tau. Nie belum masuk lagi.


Mandarin Palace nie dibuka secara rasmi pada 28 August 1957 bersempena dengan hari kemerdekaan negara kita. So sekarang umurnya sudah mencecah 60 tahun sama seperti tahun kemerdekaan negara Malaysia. Mandarin Palace berada di tingkat 2 dalam Federal Hotel Kuala Lumpur. Federal Hotel merupakan hotel pertama yang dibina di Kuala Lumpur dan merupakan antara hotel tertua di Malaysia.


Dan aku difahamkan, ukiran dan seni reka dalaman restoran ini memang dari dulu sebegitu. Tidak diubah walau sedikit pon. Cuma dibaikpulih untuk mengekalkan estetikanya. Fakta menarik mengenai Mandarin Palace nie ialah terdapatnya lebih seribu ukiran naga pada tiang, dinding dan syiling di dalam restoran ini. 1189 to be exact. Amazing kan ?



Antara pencapaian Mandarin Palace ialah ia telah dianugerahkan sebagai Restoran Tercantik di Malaysia pada tahun 2007 oleh Flavours Magazine. Selain itu, Malaysia Tatler's Award telah menganugerahkan Mandarin Palace sebagai Restoran Terbaik di Malaysia bagi tahun 1997, 2002, 2003, 2004, 2005. Pada tahun 1977 pula, C.E.M Asia Award telah menganugerahkan Mandarin Palace sebagai Restoran Terbaik Malaysia. Hebat sungguh pencapaian restoran Mandarin Palace nie. Ini bukan restoran calang-calang.



Apa yang bestnya Mandarin Palace of course lah sajian-sajian yang dihidangkan dalam restoran nie. Ia menyajikan masakan-masakan Chinese yang maha sedap. Lebih daripada 60 hidangan disajikan. Memang macam-macam lah makanan, sampaikan rambang mata tak tahu nak mulakan yang mana satu dulu.

Fried Rice with Seafood

Prawns with Chinese Herb

Fried Chicken Szechuan Style

Steamed Fish with Soya Bean Paste


Dan yang paling dicari-cari oleh mereka yang menggemari makanan-makanan Chinese, pastinya Dim Sum. Dekat Mandarin Palace nie memang macam-macam jenis Dim Sum ada. Pilih je mana nak. Rasanya pastilah enak. Cuma larat tak larat je nak makan. Dan yang paling penting, semuanya fresh. Bukan yang sejuk beku punya tau. No no no.



Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama aku makan dim sum. Terus jatuh cinta weyhh. Sedap sangat !! Is it weird if i say that the taste reminds me of sushi ? Somehow, i feel that way. The taste is almost the same. Paling feveret ialah dim sum yang ada crab meat dekat gambar bawah nie. Serious sedap sangat dim sum yang tu !






Sesame ball and Deep-fried beancurd roll, salad prawn,
wanton, spring roll and otak-otak spring roll.


Cute little octopus head. Yummy !

Fresh fruit is one of the desserts offered here

And not to forget, our traditional Malay kuih

Tempting kan ? Yang paling penting, makanan di Mandarin Palace nie adalah Muslim-friendly yang mana ia adalah pork-free. So apa korang tunggu lagi. Pakat-pakat bawak keluarga, sanak saudara, kekasih dan teman ke Mandarin Palace nie untuk brunch. Here is the details,

MANDARIN PALACE RESTAURANT

Level 2, The Federal Hotel Kuala Lumpur
(Berhampiran Berjaya Times Square & Low Yat)
Waze : Federal Hotel KL

Promosi Brunch Buffet 

Dewasa : RM 78
Kanak-kanak/Warga Emas : RM 39

Hari : Sabtu dan Ahad
Jam : 10.30 am - 2.30 pm

Sebarang tembahan dan pertanyaan
03-21489166 ext 2202 atau 03-21488744


Tempahlah sekarang ! Memang berbaloi-baloi.

2 comments:

  1. Wahhh....bestnye... Boleh LeYa toplist ni... Nanti boleh buat suprise birthday utk Incik Husband mgu depan..hehehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...