Friday, December 8, 2017

Online Revolution : One Year With LAZADA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik dah setahun Jejakakaula menjadi affiliate partner untuk Lazada. Aku ingat lagi masa PR Lazada email aku bulan Jun tahun lepas, tawarkan untuk jadi affiliate partner. Dekat 2 minggu kot aku tak reply email dia. Sampaikan dia email aku banyak-banyak kali tanya sama ada setuju ataupon tidak. Hahahaha


Actually masa tu aku takut langgar terma dan syarat kerana aku ada juga berkolaborasi dengan satu website membeli-belah online terkemuka lain. Jadinya, takutlah kalau-kalau aku melanggar terms and condition ke apa kan. Tu yang lambat bagi confirmation tu. Plus masa tu aku busy dengan preparation untuk exam and cari tempat untuk berpraktikal.

Malas nak fikir panjang. Aku pon cakap setuju. Then dorang jemput aku untuk hadir ke workshop Lazada tak lama lepas tu. Aku pon pergilah ke Pullman Hotel Kuala Lumpur. Lazada kalau buat workshop ke apa, mesti dekat Pullman Hotel KL. Tak ada tempat lain. Hahaha

A few days before final exam took place. Adik ghase ?

Aku suka datang event yang Lazada buat sebabnya dorang jenis tak lokek. Hadiah-hadiah untuk pengunjung sangat lumayan. Dapat jawab soalan betul, dapat hadiah. Soalan bukan soalan susah pon. Soalan celah gigi je. Cuma malu tak malu je nak angkat tangan.


Setiap bulan November, akan ada sales yang dipanggil Online Revolution. So sebelum sales nie bermula, Lazada akan menjemput affiliate partners untuk datang ke workshop and briefing apa yang akan terjadi sepanjang sales Online Revolution nie berlangsung. Online Revolution is the time where affiliates push sales kaw-kaw. Sebabnya time nie lah Lazada akan ada diskaun gila-gila dan komisien pulak berganda-ganda.


Masa lepas workshop pertama tu, Lazada ada buat contest untuk blogger bersempena dengan hari raya. Aku pon join lah contest tu. Saja-saja je join. Kot-kot rezeki.


Annnnddddd bam ! Aku menang. Hahaha. Alhamdulillah. Rezeki sangat masa tu. Menang hadiah utama pulak tu. Aku menang instax mini camera. Dah lah masa collect hadiah nie aku baru beberapa hari lepas eksiden. Tapi gigih jugaklah datang ke HQ Lazada nak collect hadiah.


Macam mana aku boleh menang contest nie ? Korang boleh baca entri nie : Riang Ria Raya Lazada

Entri itulah yang telah membuat aku menang contest nie. Alhamdulillah.


Memang dari dulu aku nak sangat instax kamera nie. Alhamdulillah dapat free. Terima kasih Lazada.


Bawah nie merupakan video unboxing aku untuk instax mini camera nie.


Lepastu Lazada ada buat contest lagi untuk blogger. Kali nie hadiah yang ditawarkan adalah hardisk 1T dan 2T. And Alhamdulillah, aku menang tempat kedua. Maka dapatlah aku satu hardisk 1T jenama Adata. Terima kasih Lazada kerana memilih aku sebagai pemenang.


Macam mana aku boleh menang hardisk nie ? Boleh baca entri nie : Adata Hardisk
So bawah nie merupakan video unboxing aku untuk hardisk Adata nie.


Ada satu lagi contest Lazada aku participated. Tapi contest yang nie rezeki tak memihak pada aku. Kali nie hadiah dia merupakan handphone Huawei Honor 8. Aku berharap gila menang masa nie. Tapi tak ada rezeki lah beb. Boleh refer entri contest nie kat sini : Huawei Honor 8 Contest

Yang nie pon aku gigih buat video. Boleh tengok video tu bawah nie.


Aku memang suka join contest-contest Lazada sebabnya hadiah dia lumayan. And contest-contest nie hanya terbuka pada bloggers sahaja. So korang yang tak ada blog tu, tak reti-reti nak sign up ? Eh !


So pada 21 Oktober 2017, ada satu lagi workshop untuk sales Online Revolution. Aku pon gigih menghadiri workshop nie. Ada kejadian pelik berlaku masa register nama. The lady yang in charge kehadiran para affiliate nie, dia cam aku. She said "I know you, you won the phone contest right ?". Terus dia bagi lagi satu goodies bag from Panasonic. I felt so special at that time coz i got two goodies bags.


Dia cam aku sebab aku selalu participate contest Lazada. Tapi yang contest phone Huawei tu tak menang pon. Aku sangat gembira masa nie sebab that lady recognized me. So workshop pon bermula macam biasa.


Dan seperti biasa, akan ada sesi menyampaikan anugerah-anugerah kepada mereka yang terpilih, mengikut kategori. Aku tak expect apa-apa pon. Tup tup, nama aku dipanggil. Aku menang anugerah kategori blogger paling aktif untuk Lazada.

The Most Active Blogger for Lazada (2016-2017)

I was so shocked. Seriously memang tak sangka gila. Aku ingat lagi jeritan Umi Fuzy, rakan blogger aku, saat nama aku diumumkan. Kalau dia pon boleh terkejut sampai macam tu, apatah lagi aku si penerima anugerah. Aku rasa macam "Seriously, aku ke weyhh ?". Ya Allah, dah lah masa tu aku dress up kampung. Kalau lah aku tahu nak menang anugerah, aku dress up cantik sikit.

Thank you Lazada for this recognition. I am very humble and honored to receive this award. Thank you. 

Semoga kita akan sentiasa mencipta kenangan bersama.

Kepada mereka yang di luar sana, sales Online Revolution masih lagi berlangsung. Boleh lah terus ke website Lazada untuk membeli-belah. Tengah banyak sale nie. Diskaun kaw-kaw punya. Tak dapat harga gila macam nie dekat luar.


Lazada Malaysia

Nie yang akan datang nie bersempena 12/12/2017, dengar cerita sales lagi gila. So selamat membeli-belah.
Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye !

2 comments:

  1. Tahniah la Zharif! Memang nampak jodoh kau dengan LAZADA ni kuat :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah Zharif! Emmm... tak sempat bergambar masa Lazada Workshop 21 Oktober tuh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...