Wednesday, December 13, 2017

Pakej Perkahwinan Lengkap di Pameran Kahwin Jom Rewang 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila cakap pasal kahwin je, pasti semua serabut. Banyak benda nak kena fikir. Nak cari baju, nak cari barang hantaran, khemah, caterer, photographer, goodies bag dan macam-macam lagi. Jadinya memang serabut. Tambah-tambah kalau baru first time kahwin. Opsss ! Kadang tu cari merata-rata. Tapi still tak lengkap jugak. So berulang-alik cari semua benda.

Aku dah decide nak pakai satu set sanding songket yang lengkap instead of pakai tuxedo. Tuxedo dekat event mana-mana boleh pakai, tapi set persandingan melayu songket ko nak pakai kat mana ? Time kahwin jelah sesuai. Nak pakai kat event lain, takut bini kunci rumah tak kasi keluar. Hahaha

Lepas nie tak perlu serabut lagi. Sebabnya, akan datang nie ada satu event yang mana mereka kumpulkan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan untuk mempamerkan pakej dan perkhidmatan yang mereka ada. Jadi, ini merupakan satu berita gembira buat bakal mempelai dan juga vendor-vendor di luar sana.

Yer, vendor-vendor pon boleh dapat manfaatnya dengan event nie, sebabnya korang boleh sewa tapak ketika event berlangsung. Nak discuss soal harga sewa dan keluasan tapak ? Boleh hubungi saya,

Email : zharifazis93@yahoo.com
Facebook : Zharif Azis 

Jangan risau, kita bagi harga sedara-mara punya. Hihi


Nama event nie adalah Jom Rewang 2018. Aku pasti, korang semua sudah biasa mendengar perkataan "rewang" ni. Bila sebut je "rewang", korang akan menggambarkan suasana gotong-royong masyarakat dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Betul tak ?

Event nie pon lebih kurang begitu, cuma konsep sahaja berbeza. Jom Rewang 2018 ni merupakan satu event pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.

TEMPAT : PLAZA ALAM SENTRAL SHAH ALAM
TARIKH : 26 HINGGA 28 JANUARI 2018
MASA : 10 AM - 10 PM

Apa yang menarik event Jom Rewang 2018 nie ?

1) Lebih kurang 30 syarikat perkhidmatan persandingan akan membuat pameran. Perkhidmatan termasuklah melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.


2) 300 Syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan beruursan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan di sana.

3) Soal parkir pula tak perlu risau, kerana terdapat kemudahan parkir di dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral yang mudah dan murah. Kalau dah penuh sangat, korang boleh parkir dekat PKNS Shah Alam atau SACC mall. Jalan kaki 5 minit dah sampai ke tapak event. Jadi kalau nak bawak rombongan cik kiah ke sini pon tak apa. Dialu-alukan. Tapi jangan risau, insyaAllah ruang parkir cukup untuk semua orang.


Menarik kan ? Kalau begitu, jom kita ramai-ramai serbu Plaza Alam Sentral pada 26 - 28 Januari 2018 untuk melihat perkhidmatan-perkhidmatan persandingan yang ditawarkan. Kepada mereka yang nak berkahwin pada tahun 2018 dan juga tahun berikutnya, adalah sangat digalakkan untuk berkunjung ke sini. Tak perlu runsing-runsing lagi. Semua perkhidmatan korang dapat dalam satu event sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai event ini, boleh terus ke,

Instagram : Jom Rewang
Email : puspawangieventmanagement@gmail.com

Jumpa kat sana tau sebabnya aku pon rancang nak kahwin tahun depan. Oppssss ! Lariiiiiikkkkkk.

2 comments:

  1. wahhhh , zharif dah nak kawennnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. Wah dah ada perancangan nampaknya di situ. Hataran dengar cerita dah tau nak bagi apa kan (entri sebelum2 ni). Hehe.

    Tapi betul lah tu. Setakat tuxedo bila2 boleh pakai. Siapa lagi nak pakai pakaian tradisional kalau bukan kita kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...