Saturday, January 13, 2018

Bercuti 2H1M di Felda Residence Hot Springs, Sg Klah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie kami berada di Felda Residence Hot Spring yang terletak di Sg Klah Perak. Kedatangan kami disambut mesra dari staff-staff di sini. Dapat complimentary drink lagi. Memang kena sangat lah. Dapat air manis yang sejuk dikala matahari tegak di atas kepala. 




Kami diberi penerangan serba sedikit mengenai tempat ini dan kemudian mereka membawa kami meronda-ronda dalam kawasan Felda Residence Hot Spring nie. Sungguh besar sekali tempat ini.



Di sini sangat terkenal dengan air panas semulajadinya. Pemandu pelancong kami, Pak Said, banyak menerangkan latar belakang mengenai tempat ini beserta punca air panas yang ada di sini. Penuh informasi penerangan Pak Said.


Menurutnya, air panas di sini dipam dan disalurkan ke semua villa-villa yang terdapat di Felda Residence Hot Spring nie. Sumber air panas yang berterusan ini sangat istimewa kerana ia tidak pernah kering atau menyejuk. Kepanasannya sentiasa maintain sahaja.



Ada satu spot di sini, khas untuk merebus telur. Di situ, jangan cuba-cuba untuk rendam kaki pulak. Memang masak arr daging korang nanti. Suhu air panas di situ melebihi 100c.


Felda Residence nie sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluangkan masa bersama family. Sekiranya tidak berniat untuk menginap, anda boleh datang sini hanya untuk bermandi-manda sahaja pon boleh. Aku yakin, budak-budak pasti suka datang ke sini.




Di sekitar Felda Residence ini penuh dengan kehijauan. Ibarat taman tema dalam kebun. Memang luas sangat kawasan Felda Residence Hot Spring nie. Terdapatnya padang golf, trek untuk berjogging, dan macam-macam lagi. Satu hari pon tak habis tawaf tau tempat nie.


Di samping itu, kami berpeluang melihat villa-villa yang terdapat di sini. Untuk mereka yang nak menginap di sini, terdapat banyak jenis villa yang ditawarkan. Pilih je mengikut kehendak dan kemampuan masing-masing.

1. Villa 1 Bedroom (With Jacuzzi)
Khas untuk mereka yang nak berbulan madu




2. Villa 3 Bedroom (With Jacuzzi)
2 rooms with 2 single bed. 1 master bedroom with king-sized bed







Kami menginap di villa yang mempunyai 3 bilik selama 2 hari 1 malam. Memang selesa sangat bermalam di villa nie. Sunyi dan nyaman daripada kesibukkan kota. Satu je benda aku rasa Felda Residence Hotspring Sg Klah perlu ada ialah wifi internet untuk setiap villa. Agak susah bila nak buat kerja tanpa internet nie.

Jadi, aku rasa benda nie perlu ada pada setiap villa.

3. Deluxe Room 
1 room only. Can choose whether to have a room with 1 king-sized bed or a room with two single bed.



Kami ada bertanyakan soal internet pada pegawai di sini dan menurutnya, mereka sedang mencuba untuk meng-adakan internet di kawasan sekitar Sg Klah nie dan insyaAllah akan datang, setiap villa akan dapat akses kepada kemudahan internet. Proses untuk memasang dan menyalurkan internet ke setiap bilik mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan pihak luar untuk memasang tiang and something yang nak bagi coverage, aku pon agak kurang arif berkenaan benda nie. Jadi diharapnya, proses pemasangan internet ini dapat dipercepatkan.


Sebaik sahaja habis menjelajah villa-villa yang terdapat di sini, kami menjamu selera di cafe yang terdapat dalam Felda Residence Hotsprings Sg Klah nie, yang diberi nama Meranti Coffee House. Memang enak-enak belaka makanan yang terhidang. Tambah-tambah menu sarapan pagi. Siap ada roti canai uols !!! Memang terbaik.


Nyummm !

Keesokkan harinya, baru kami berpeluang mencuba algae semulajadi yang terbentuk di kawasan-kawasan mata air panas ini. Menurut Pak Said, algae ini sangat bersih dan tiada bau kerana ia terbentuk dari sulfur air panas yang terdapat di sini. Menurutnya, algae ini sangat bagus untuk kulit kerana ia dapat memberi keanjalan dan kulit sehalus selicin kulit bayi.



Maka kami semua tidak mahu terlepas untuk mengambil kesempatan ini untuk mengembalikan kebayian kulit wajah kami. Kebayian tau, bukan keremajaan. Ko ada ?


Dan kami juga sempat berendam di salah satu kolam air panas umum yang terdapat di kawasan sekitar algae tadi. Memang agak sedikit panas. Tapi menurut Pak Said, panas itu hanya pada permukaan, tapi di bahagian dasar tak berapa panas. Mula-mula nak masukkan badan tu memang agak rasa oh em geee sedikit, sebab agak panas. But then, korang kena tahan sedikit untuk 10 saat yang pertama. Selepas 10 saat, badan korang akan dapat adapt dengan suhu air panas itu. Dan korang akan mula rasa nyaman berendam di situ.


Kami juga tak nak ketinggalan mencuba aktiviti merebus telur. Telur boleh dibeli di kaunter yang terdapat berhampiran tempat merebus. Menurut Pak Said, rasa telur rebus yang direbus menggunakan kolam air panas di sini agak sedikit lain dan aku setuju. Somehow, rasa dia lebih enak.


Masa amat mencemburui kami, kami kena check out untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum tu, kami sempat berendam di private jacuzzi air panas belakang villa kami. Tak puas berendam katanya.



Untuk mereka yang menginap di villa atau bilik yang tidak mempunyai jacuzzi, korang boleh juga menyewa private jacuzzi di tempat sewaan jacuzzi yang disediakan. Harga pon mur-mur saja. Kami tak sewa pon sebabnya belakang villa kami sudah terdapat private jacuzzi sendiri. Huhu

Exclusive Superior tu Private Jacuzzi ber-AC manakala yg tiada AC adalah superior.

Menarik kan tempat ini ? So kalau korang perlukan maklumat lebih lanjut atau nak book villa, boleh lah mendapatkan details-nya di bawah ini,

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS SG KLAH,
35600 Sungkai, Perak Darul Redzuan.


Tel : 05-438 8801 / 05-438 8803

Harga penginapan di Felda Residence Hot Springs nie


Jom pakat-pakat bawak family datang menginap atau meluangkan masa di Felda Residence Hot Springs Sg Klah. Aku pasti, anak-anak kecil pasti suka datang ke sini. Jom !

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

15 comments:

  1. Sangat menarik.. Felda Residence Hot Spring ni belum pernah pergi lagi.. Nanti ade cuti panjang blh la honeymoon sini

    ReplyDelete
  2. prnah sampai 2x kat residence sg klah ni , tempat menarik boleh relex2

    ReplyDelete
  3. Tu diaaa... Memang nampak best betul lah! Ni kalau bawak geng2 sekepala ni mesti havoc dan happening! Nak kena cuba juga ni!

    ReplyDelete
  4. In my list already! Mmg plan nak pi ngan family tau. Tima kaseh laa share gambar lelawa tu. Soon kami sampai ye

    ReplyDelete
  5. dulu pergi masa mula-mula buka..sebelum kawin lagi..hhaa..lepas tu dah tak pernah pergi

    ReplyDelete
  6. Alahai.. tiap kali masuk blog ni mesti jeles tengok aktiviti-aktiviti macam-macam yang dia pi.. huhuhu.. nampak best je bercuti di felda residence ni.. terutama bab kolam air panas tu.. time-time sejuk sekarang mesti best berendam dengan air panas.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Pernah bercuti di sini satu masa dulu. Memang menarik tempat ni

    ReplyDelete
  8. Pasti seronok kan mcm2 bole buat isi mâsa lapang

    ReplyDelete
  9. this place looks great. will plan for family vacation there

    ReplyDelete
  10. wah menariknya villa di sini. teringin nak bawa satu family bercuti ke sini

    ReplyDelete
  11. Mmg dalam list. Cantiknya trmpat ni. Tapi x sure akan semewah tu.. Hehe. Anyway, it is in top listed

    ReplyDelete
  12. This place looks wonderful, especially for families too. Need to check it out soon.

    ReplyDelete
  13. menariknya.. siap ada private jakuzi lagi. teringinlah pula nak pergi felda residence hot spring nih

    ReplyDelete
  14. Wah tak sabar nak ke sana nanti. Plan nk book yg ada jacuzzi tu sekali full. Tgl bilik biasa je. Ok lah kan. Lama dah plan nak ke sini. Kebetulan ada kosong date yg kak ana nk tu. Cantik tempat dia zharif. Best best best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...