Sunday, January 14, 2018

Scaling dan Polishing di Dentessence Dental Clinic

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku berkesempatan datang ke Dentessence untuk buat rawatan gigi. Kehadiran aku ke Dentessence disambut mesra oleh staf front desk. Seperti biasa, aku mengisi maklumat apa yang patut sebelum mendapatkan rawatan. Sudah lama sangat aku tidak buat rawatan gigi. Ketika ditanya bila kali terakhir membuat rawatan gigi, aku terdiam. Sebabnya memang dah lama sangat aku tak buat rawatan gigi. Aku pasti, jikalau soalan ini ditujukan buat korang, korang juga akan terpinga-pinga memikirkan bila.




Serious weyh, aku rasa seperti seorang manusia yang pengotor dan ignorant bila tak tahu bila kali terakhir membuat rawatan gigi. Kalau tak silap lah, rasanya hampir 4 tahun jugak lah kali terakhir aku bertemu dengan dentist. Bayangkan dalam masa 4 tahun tu, pasti ke gigi bersih dari kuman dan karang gigi (plaque) ?

Jangan fikir kita gosok gigi setiap hari, gigi kita sudah bersih. Sebabnya, orang yang gosok gigi hari-hari pon plaque boleh terbentuk tau. Salah satu sebab ialah disebabkan menggosok gigi dengan cara yang salah. Sebab tu kita disarankan supaya bertemu dentist sekali bagi setiap 6 bulan. Kalau 6 bulan sekali malas, at least setahun sekali. Kalau setahun sekali pon malas, susah lah dikk.

Nervous weyh !

Setelah isi maklumat, aku dibawa ke bilik rawatan. Dan jururawat pergigian pon mempersiapkan alatan dan produk yang akan digunakan untuk proses scaling dan polishing ini.

Tak lama kemudian, Dr Ahbirami pon masuk ke dalam bilik rawatan dengan senyuman manis beliau. Sangat sopan santun Dr Ahbirami nie. Suara pon lembut je. Sedikit sebanyak mengurangkan rasa gementar aku untuk dapatkan rawatan. Dental appointment always gives butterfly in my stomach. Even at this stage of life. I guess it’s a lifetime feeling. Hahahaha



Tapi Alhamdulillah, menurut Dr Ahbirami, kes aku tak teruk walaupon dah beberapa tahun tak jumpa dentist. Malah dia siap puji kata gigi aku cantik lagi tau. Jangan jeles !

So selepas memeriksa keadaan gigi aku, Dr Ahbirami pon memberitahu apa masalah gigi yang aku alami dan apakah rawatan yang akan aku terima. Menurut beliau, ada sedikit karang gigi di bahagian gigi bawah aku dan yang lain semuanya okay. Aku actually agak terkejut juga tau lepas diberitahu sebegini.

Maklumlah, dah lama kot tak buat rawatan gigi. I were expecting something worse than that. Hihi

Check briefly the condition of my teeth

Menurutnya lagi, gigi bawah aku agak sedikit jarang jadi ia memberi ruang kepada plaque untuk terbentuk dengan gembiranya, kalau aku tidak memberus gigi dengan betul. Di samping membuat rawatan, beliau juga memberi tunjuk ajar bagaimana memberus gigi dengan cara yang betul.

She acknowledged the problems of my teeth

Seriously, rawatan scaling yang dijalankan ke atas aku tak sakit langsung. Cuma berasa sedikit ngilu. Itu saja. Rasa ngilu tu normal lah. Yang penting memang tak sakit langsung. Jadi tiada alasan untuk korang takut datang berjumpa dentist untuk bersihkan karang gigi.

Scaling

Sebaik proses scaling selesai, tibalah masa untuk sesi polishing. Sesi polishing nie pon sama macam scaling tadi, rasa sedikit ngilu. Tapi tetap tak menyakitkan. Bila dah polish, rasa gigi nie bersih sangat dan putih. Terus rasa sayang nak makan apa-apa lepas tu. Rasa nak biarkan je. Hahahaha

Dr Ahbirami dapat menggagak yang aku bukanlah seorang perokok kerana beliau dapat tengok daripada keadaan gusi dan gigi aku. kedua-duanya kelihatan sihat. So perokok-perokok di luar sana, berhentilah merokok kerana ia bukan sahaja membahayakan kesihatan anda, malah merosakkan gusi dan gigi anda.

Polishing

Memandangkan kes gigi aku tak teruk, jadi rawatan yang aku terima tak mengambil masa yang lama pon. Dalam 45 minit dah selesai. Rasa best je bila dah dapat rawatan scaling dan polishing nie. Nak makan apa-apa pon rasa sayang sebab baru lepas bersihkan gigi. Kalau sesiapa yang biasa buat rawatan scaling pasti tahu rasa "lain" pada bahagian gigi yang dibuang karang gigi tu. Lidah asyik nak main-main kat situ je. Hahaha

Korang-korang yang di luar sana tu, bila kali terakhir berjumpa dengan dentist dan buat scalling ? Kalau agak-agak dah melebihi setahun, adalah lebih baik korang pergi dapatkan rawatan gigi sekarang. Karang gigi jangan dibuat main-main tau. Sebabnya, menurut Dr Ahbirami, ia akan membuatkan gusi longgar dan menyebabkan gigi tercabut walaupon gigi tu sihat. Nak ke gigi korang rongak ? Mesti tak nak kan ? Maka, jom dapatkan rawatan di Dentessence nie.


DENTESSENCE DENTAL CLINIC
No 43-2, Jalan PJU 5/11, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-6140 7567

Waktu operasi : 

Monday - Friday : 9.00 am - 6.00 pm
Saturday : 9.00 am - 4.00 pm
(CLOSED on Sundays & Public Holidays)


Antara rawatan yang ada di sini ialah scaling & polishing, teeth whitening, restoration, veneers, crowns, inlays/onlays, bridges, endodontics, root canal treatment, periodontics, prosthetic, preventive dentistry, oral surgery, implants, braces dan banyak lagi. Boleh dikatakan, hampir kesemua jenis rawatan yang melibatkan gigi, ada di sini. So boleh lah datang dan bincang soal harga. Harga berbeza bagi setiap individu. Kena tengok pada kes. Untuk maklumat lanjut, boleh terus datang ke Dentessence Dental Clinic.

BERITA GEMBIRA ! 
For those yang nak dapatkan rawatan di sini, korang tunjukkan je URL blogpost aku pasal Dentessence nie, dan korang boleh mendapatkan potongan harga sebanyak 10% bagi rawatan yang korang dapatkan di sini. Yeay !

Thank you Dr. Ahbirami for the dental treatments. Now i can smile wider and confidently

Ingat, senyuman yang manis adalah satu aset yang sangat penting. Jadinya, jagalah kebersihan mulut dan gigi anda.

24 comments:

  1. Aku balik Malaysia nanti memang nak jumpa dentist. Promo code kau ni sampai bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai hujung tahun nie Farah. Sempat je untuk dapatkan discount =)

      Delete
  2. Lepas ni senyuman Zharif menawan la.....

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. GV follow blog Mr Zharif ya. Wah, cantik gigi Mr Zharif. GV teringin juga nak wat scalling tapi takut mahal. Huhu.

    ReplyDelete
  4. Alamak... Rasanya lama juga LeYa dah tak pergi jumpa Doktor Gigi.. Okay... LeYa akan pergi juga dan gunakan promo code Blog Zharif ni.. Thanks

    ReplyDelete
  5. Zaza pun suka buat ni.. Biasa buat dgn doctor tmpt zaza ni.. Tp skg pun dh lama tak buat.. Heee 😂

    ReplyDelete
  6. Sis paling takut jumpa doc gigi...seriau je perut nak jejak kaki ke klinik gigi..huhuhu. Tapi setahun sekali mmg sis gi tmpt yg sama, x pernah miss sebab setiap tahun diaorg akan remind melalui sms..hehehe

    ReplyDelete
  7. tak tahu nak scaling dulu ke nak tampal dulu. dua dua nak buattt ...

    ReplyDelete
  8. Amboih.. samapi nak makan apa-apa pun rasa sayang sebab baru buat gigi yea.. heee.. apa-apa pun syok la tu doktor puji gigi dia cantik yeA..

    ReplyDelete
  9. Saya memang tgh cari tempat nak bersihkan Gigi. Terima kasih share.

    ReplyDelete
  10. Entah tak tau berpa tahun akak tak ke dentist. Paling tak suka, naympah hahaha, always last on the list. Tatottt

    WordPress dan Blogger : Ketahui apa perbezaan nya?

    ReplyDelete
  11. Paling best bila buat scalling . .memang sangat- sangat best . Bila dh selalu buat scalling ni perasaan gugup takut pun hilang

    ReplyDelete
  12. Last scaling dan polishing gigi masa preggy. Tahun 2016..nih dh 2018 xbuat lagi

    ReplyDelete
  13. look at that gorgeous smile! OK now super shy to smile with my teeth on display d...hahahha

    ReplyDelete
  14. Tahun lepas je baru pergi dentist. Satu je tak suka mesti rasa ngilu x boleh hilang. Tapi best bial dah siap rasa gigi sihat je. hehhe


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. Teringin juga nak buat tapi takut la pula. Lepas ni mesti senyuman lebih menawan kan

    ReplyDelete
  16. Ya ampun.. akk tang scaling cam seriau sikit. Tapi suka lepas scaling givi terasa bersih gila

    ReplyDelete
  17. Rawlins pun rasa sayang nak makan selepas scaling & polishing - dah la gigi nampak lebih putih dan takde kekuningan bekas kopi. Now dah makin rajin bersihkan gigi dengan cara yang diajar oleh Dr Abhi

    ReplyDelete
  18. bestnya scaling gigi..siap polish lagi haa
    Mahal tauuu kalau kena buat n bayar sendiri kan

    ReplyDelete
  19. Teringin nak scaling tapi takut sakit. Serius ye tak sakit? Kalau betul nak g scaling juga

    ReplyDelete
  20. ah nice. this reminds me gonna visit the dentist soon

    ReplyDelete
  21. wah, lebar nau senyum tayang gigi baru cuci tu. hehe.

    ReplyDelete
  22. Kadang kita nampak remeh tapi yang remeh tu sebenarnya kena jaga. Dulu Sal gitu gak , tak amik port tp bila orang peringatkan baru tersedar penjagaan gigi ni...teruskan ya ..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...