Tuesday, February 13, 2018

Aloha Hotel, Pontian Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang berada sekitar Pontian dan tercari-cari hotel yang selesa, boleh consider Aloha Hotel yang terletak di Pontian Kechil Johor ini sebagai pilihan. Hotel tiga tingkat yang mengandungi 48 bilik pelbagai jenis ini sudah pasti menjadi pilihan tepat buat mereka yang mengutamakan keselesaan tapi dalam masa yang sama tidak mencederakan poket anda.


Hotel ini terletak di Pontian Kecil yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti restoran makanan segera McDonalds, Maybank, bus station dan pelbagai jenis-jenis kedai berhampiran. Pokoknya, lokasi Aloha Hotel ini sangat strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan.


Sebaik sahaja kami tiba di Pontian, kami check in ke hotel ini dan meletakkan barang-barang kami. Apa yang aku boleh kata, aku sangat berpuas hati dengan interior design bilik yang aku diami.


Bilik yang aku diami merupakan Superior King Suite. Gabungan warna merah hati, maroon dan emas menambahkan lagi seri kemewahan bilik ini. Rasa macam orang kaya pulak bila masuk sini. Tapi jangan terkejut, room rate dia berpatutan tau.


Dari segi dekorasi dalaman, aku sangat berpuas hati. Kemudahan semua lengkap. Adanya pendingin hawa, mandian air panas, peti sejuk, LCD TV, seterika bersama papan seterika, pengering rambut, telephone to intercom reception dan wifi internet. Wifi internet sangat penting ya. Alhamdulillah kelajuan wifi internet di Aloha hotel memuaskan.


Lantai marmar bilik air sangat mewah. Ia berwarna coklat keemas-emasan. Tapi sayang sekali, pintunya tiada sendal pengunci. Jadi, aku agak insecure ya bila nak pergi mandi tu. Sebab kalau ada orang tolak pintu tu time kita mandi, masyaAllah dikk. Kalau mandi gagah lagi, kalau tengah membuang ? Mohon jangan bayangkan ya 😆

Bilik yang aku diami ini lebih sesuai untuk mereka yang berbulan madu atau suami isteri kerana ia bersifat romantik. Sebab tu kot bilik air tiada sendal kunci. Nakal tau Aloha Hotel nie. Hihi


Seperti yang aku bagi tahu tadi, di Aloha Hotel nie menwarkan pelbagai jenis bilik. Dan setiap jenis bilik menawarkan harga yang berbeza. Boleh rujuk room rate harga untuk jenis-jenis bilik yang terdapat di Aloha Hotel di bawah nie.
  • Standard Room - RM 93.30 (weekday) / RM 103.90 (weekend) / RM 114.5 (season)
  • Deluxe Room - RM 125.10 (weekday) / RM 135.70 (weekend) / RM 146.30 (season)
  • Family Junior - RM 188.70 (weekday) / RM 199.30 (weekend) / RM 146.30 (season)
  • Superior Deluxe - RM 199.30 (weekday) / RM 199.90 (weekend) / RM 220.50 (season)
  • Deluxe with View - RM 146.30 (weekday) / RM 156.90 (weekend) / RM 167.50 (season)
  • Family Suite - RM 294.70 (weekday) / RM 315.90 (weekend) / RM 337.10 (season)
  • Superior King Suite - RM 252.30 (weekday) / RM 252.30 (weekend) / RM 262.90 (season)



Oleh kerana kami tiba di situ pada waktu tengahari, kami menjamu selera di kafe yang terdapat di Aloha Hotel nie. Memang meriah sungguh hidangan-hidangan yang disajikan pada tengahari itu. Sedap dan sangat mengenyangkan !


Jika korang berkesempatan berada di sekitar Pontian, jangan lupa mengambil angin di Dataran Pontian sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi tembok. Di samping itu, jangan lupa pekena jus nenas di sekitar Pontian nie.

Sangat menyegarkan !

Aku syak Pontian nie terkenal dengan nanas, sebabnya mana-mana kami pergi, ada je landmark nanas. Dekat Dataran Pontian nie pon ada satu landmark nanas. Memang terkenal dengan nanas ke Pontian nie ?


ALOHA HOTEL

11, Jalan Delima 13,
Pusat Perdagangan Pontian,
82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim

Email : alohahotel.info@gmail.com
Tel : 07-686 8866 / 07-686 1818

FB Page : Aloha Hotel

Masa untuk bertolak ke destinasi seterusnya. But first, kita sarapan dulu di Aloha Hotel


Overall, aku sangat berpuas hati menginap di Aloha Hotel nie. Kemudahan yang lengkap dan lokasi yang strategik, sudah pasti akan menjadi pilihan rakyat jelata. Servis dia pon mantop. Terima kasih Aloha Hotel for the hospitality !

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

22 comments:

  1. Love the interior. Nampak selesa and posh!

    ReplyDelete
  2. Saya pernah nginap di johor hotel dekat terminal. Insya Allah suatu hari kelak boleh nginap di Aloha. Fhank u

    ReplyDelete
  3. Aloha!!! Bestnya awak bercuti. Makanan nampak sedap. Hotel nampak selesa. Bilik bersih. Nanti nak balik Pontian bleh la booking hotel ni. Sesuai untuk bawa anak kecil kan?

    ReplyDelete
  4. Nama hotel ala ala Hawaii gitew....Hotel pun nampak bersih dan selesa.

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan jugak hotel ni..kena dengan harga dan facilities yang terdapat di sekeliling hotel..kira boleh la ni kalau tersesat ke pontian..interior pun caantik dan moden

    ReplyDelete
  6. giler luas bilik dia..deko simple tp nice kaler..kombinasi maroon and gold mmg debom..tetiba nak buat deko bilik mcm ni lah hahaha..

    ReplyDelete
  7. wah.. nampak selesa hotelnya.. suka TB tengok dekorasinya.. dalam dan luar cantik.. bangunan pun nampak lawa dari luar dan dalam.. tapi nak tanya.. yang kerusi sofa kaler merah/maroon tu memang letak kat hujung katil tu ke?

    ReplyDelete
  8. Selesa dan kemas sangat bilik tu nampaknya. Berbaloi sgt dgn harganya. Menu lunch pun menarik dan sedap. Sesuai dengan nama hotel tu-ALOHA!!

    ReplyDelete
  9. Emi selalu kalau ke mana2 memang lagi prefer hotel yang berdekatan dengan fast food. Lagi dekat lagi bagus. Sebab kadang2 dah penat berjalan tu tak selera nak makan. Then tengah2 malam baru lapar balik. Time tu la baru menapak pi mekdi, hehe

    ReplyDelete
  10. This hotel has really pretty interior and it seems pretty spacious as well! I will keep this in mind when I visit Pontian the price is so reasonable it's worth a stay.

    ReplyDelete
  11. cantik! hujung tahun ni planning nak pergi johor. bolehlah start jenguk" hotel ni,harga pun boleh tahan

    ReplyDelete
  12. Comel bangunan hotel ni, bilik pun lawa. Harga berpatutan. Next time kalau ke pontian boleh la booking kat hotel ni..

    ReplyDelete
  13. Yes, interior Hotel Aloha memamg nampak menarik. Love the purple color. Kalau singgah Pontian bolehlah menginap disini.

    ReplyDelete
  14. ALOHA, interior nampak macam gaya orang kaya, katil lepas tu sofa, nampak macam pelik sebab warna cream dan merah.. i rasa kalau warna yang sama baru nampak blendable.... hehehehehe btw hope you had fun and great experience !

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak ke johor. Tapi hotel ni nampak cantik. Bilik pon kemas dan selesa. Makanan tu... Nampak sedap ☺

    ReplyDelete
  16. betul, cantik interior design nya. kalau ke sana bolehlah tengok2 hotel ni dulu. kemudahan pun banyak kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  17. lama x pergi pontian..masakecik2 selalu pergi tiba2 rindu dengan pekanni...nanti balik johor nak singgah la huhuhu

    ReplyDelete
  18. suka tengok bilik air hotel Aloha nih
    lawa betul

    ReplyDelete
  19. Cantik jugak ya hotel ni..nampak mewah. Bolehlah savekan tempat ni..manalah tahu kot2 sampai kat sana bolehlah sis menginap kat sini

    ReplyDelete
  20. Cantik.. Pontian memang terkenal dengan nenas sebab nenas terbesar di Pontian adalah hasil yang dieksport keluar negara.. Sebab tu ada nama Pekan Nenas..

    ReplyDelete
  21. this hotel seems not bad and has been sometimes i have not visit Johor myself unless with the tourism trip. hope one day I can arrange my own to visit there again and stay at this hotel.

    Racheal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...