Monday, December 14, 2015

Family Day at Cherating

Assalamualaikum and good day everyone !

Masa mid semester break haritu, my family angkat ajak bercuti sekali dengan dorang pergi ke Cherating. Ini bukan lah kali pertama aku join family day keluarga angkat aku nie.


Pagi 7 November tu, kami bertolak dari Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan, menuju ke Cherating. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kalau tak silap. Kami singgah ke Teluk Cempedak terlebih dahulu. Tak lama pon kat situ, adalah dalam setengah jam.

Lepastu kami terus menuju ke destinasi, yakni Cherating. On the way ke Cherating nie lalu jalan bauksit. Seriously tercemar gila area bauksit nie. Kalau ko baru basuh kereta, silap lah kalau ambik jalan nie. I have no idea how the government do not take any action regarding this matter and why they approved to do the project in the first place. Sigh.


Sampai je Cherating, kami terus check in. Kami checked in di sebuah resort yang diberi nama Sanctuary Resort Cherating. Dapat apartment yang mengadap laut. Terdapat 3 buah bilik dalam apartment nie. Quite besar jugak lah apartment tu. Siap ada balkoni lagi. Memang syok lah, dah lah menghadap laut.


Tapi banyak kekurangan lah resort nie. Lantai balkoni agak kotor macam melekit-lekit gitue. Rumah yang kitorang dapat nie, saluran sinki dia bau busuk akibat tersumbat. Air cond pulak tak kuat. Wifi sangat hampeh, kena turun dekat lobi baru dapat. Nak ke lobi daripada apartment kitorang pulak jauh teramat.


Lepastu hidangan breakfast lagi lah hampehh. Kami dapat free breakfast untuk 6 orang selama dua hari, tapi kami tak turun pergi breakfast pon untuk hari kedua. Breakfast dia seriously hampehh. Cuma ada nasi goreng dengan roti bakar. Itu je. Macam tu ke resort sediakan breakfast ?  Not recommended at all.


Despite all the flaws, i was still excited to go swimming. Rasa tak sabar sangat. Dah lama kot tak mandi dekat swimming pool. Tapi keluarga si Faries nie prefer mandi dekat laut. Tak lama pon mandi kolam, depa berganjak pi mandi laut.

Tu resort kami, apartment kami tingkat 1 tu

I am quite scared of the sea because pengalaman hampir lemas sewaktu bercuti di Pangkor dulu tu buat aku sedikit trauma untuk mandi di laut. Apa-apa pon, laut dekat Cherating nie tak dalam pon. Even dah jauh ke tengah masih lagi takat peha aku je. So agak selamat lah berbanding di Pulau Pangkor.

Cerita Pulau Pangkor boleh tengok dekat SINI .

Malam tu tak buat apa pon, just duduk dalam rumah. Aku dan Faries turun bawah pergi ke lobi untuk dapatkan wifi. Wifi tak sampai dalam rumah kami. Terpaksalah turun.


Besok paginya pulak, kami pergi berjalan. Antara tempat yang kami pergi ialah Pusat Peranginan dan Santuari Penyu Cherating. Pergi sini dengan harapan dapatlah merasa untuk melepaskan beberapa ekor anak penyu ke laut. Tapi malangnya tak dapat. Sebabnya bukan musim dia bertelur.




Masuk sini free je. Kalau kena bayar, aku rasa tak ada sape nak datang. Atau mungkin lepas dah masuk, dorang sumpah seranah yang jaga kaunter tu. Sebabnya, tak ada apa sangat pon dalam nie. Biasa-biasa je. So sebab tu tak kena bayaran. But it was fun. The kids totally gonna love this place. Got to see turtles secara dekat.





Dapatlah jugak tengok beberapa ekor penyu yang dipelihara dalam nie. Ada banyak jugaklah. Dari sekecil-kecil alam, sehinggalah sebesar-besar alam. Ada dua jenis penyu kalau tak silap. Nama nya pon aku dah lupa.






Tak lama lepastu, kami pon bertolak ke destinasi seterusnya, iaitu Taman Rekreasi dan Zoo Kemamam Terengganu. Terperanjat jugak bila bangun-bangun je dah sampai Kemaman Terengganu. Rupa-rupanya memang dekat sangat dah, Cherating dengan Kemaman nie. Aku baru tahu.



Nak masuk sini kena bayar. Tak ada lah mahal pon. RM 10 ringgit je untuk dewasa.



Oleh kerana masa nie dalam jam 2 petang macam tu, so memang panas gila-gila. Nak jalan pon tak larat. Kami pon naik je kenderaan yang disediakan. Malas nak berjalan.


Poor Tapir, he look exhausted 


Sorry to say, tapi memang aku tak recommend langsung korang datang sini. Sebab tak ada apa yang menarik pon. Mostly kandang-kandang haiwan tu kosong and macam tak terjaga. Ada beberapa ketul je haiwan kat sini. Sangat tak berbaloi. Tak ramai orang pon yang datang.


I was quite upset seeing this elephant. They chained it at a tree then let the elephant stayed there under a hot sun. What a cruelty. Plus the chain was so short. It doesn't allowed the elephant to move. Poor you baby elephant.


Tak lama pon kami kat situ, kami terus bertolak mencari keropok lekor. Dah sampai Terengganu nie, kalau tak borong kopok lekor memang silap lah. Kerepok lekor Terengganu memang terbaik. Rugi aku cuma beli 30 ringgit keropok lekor je. Sepatutnya aku beli lebih lagi.

Nak beli kopok lekor pon kena beratur panjang tau. Time tengah beratur tu tetibe ada kejadian tak diingini berlaku. Kakak si Faries yang nombor 4 nie tetibe menjerit-jerit dari jauh suruh panggil suami dia sambil dokong anak dia.


We were in line waiting for our turn to buy the keropok lekor. We were confused at that time. Apa benda tetibe Kak Nazrah terjerit-jerit nie. Sekali dah lama tu baru ternampak anak dia dah lembik tak bermaya. Barulah kami semua berlari pergi dekat dia. Orang-orang yang ikut beratur tu pon ikut pergi situ.

Anak dia si Zairil tengah demam panas masa nie. Tapi masa dekat zoo tadi okay je. Tak sangka pulak boleh jadi macam tu sekali. Mata hitam dia dah keatas, mulut berbuih-buih, and satu badan dah lembik tak bermaya. Terus dorang pecut bawak pi hospital berdekatan dengan bantuan tokey kedai keropok lekor tu untuk tunjuk jalan. Agak mengharukan jugak lah situasi ketika itu. Semua dok nangis-nangis. Risau gila kot.


Kami ikut cari hospital tu, but they were not there. Lepastu call dorang, dorang kata dorang dah balik ke resort and Zairil was fine.  He just had mini seizure. But we all still worried about him. Sebelum patah balik resort, kami pon sambung balik beratur nak beli keropok lekor tadi. Lepastu balik tengok si Zairil. Eh boleh pulak tersenyum-senyum sambil berlari-lari. Haishhhh buat risau je si Zairil nie. Nasib baik lah tak ada apa-apa.

Belah malam pulak kami ber-BBQ di pantai. Sadly, no pictures were taken during this BBQ thing. I was busy lighting up the BBQ place using my phone because it was very dark. No lamp at all. Blame the resort for that. Banyak benda aku tak puas hati dengan tempat kami menginap nie. Bayar dah lah mahal. Walaupon bukan aku yang bayar. Tapi rasa geram tu ada. Sabor jelah.

And the BBQ was ahhh-maaaaaazing ! It tasted beautifully. Recipe by Abang Aidil. Lepas nie boleh lah mintak recipe ayam BBQ daripada dia. Seriously sedap sangat.



Besok paginya pulak, kami buat sukaneka di pantai. Sukaneka nie merupakan salah satu aktiviti yang memang dah dirancang untuk dilakukan. Banyak lah sukaneka yang dipertandingkan. Satu family satu kumpulan. So supposedly ada 5 kumpulan. Tapi ayah and mak si Faries tak nak join pulak. So ada 4 kumpulan je.




Antara sukaneka yang dipertandingkan ialah lari ikat kaki berpasangan, baling belon berpasangan, isi botol dengan air menggunakan sponge, isi botol dengan pasir menggunakan sudu, cantumkan straw paling cepat, pass getah kepada pasangan menggunakan straw dan menyelam paling lama.





Pemenangnya ialah Keluarga Kak Azlin. Tak padan tengah mengandung kak Azlin nie. Risau je tengok dia berlari-lari time bersukan tu. Berbaloi lah dapat tempat pertama. Dapat lah pembakar roti. Yang lain pon dapat hadiah jugak. Semuanya dapat hadiah termasuklah budak-budak tu semua. Semangat bersukan yea.




Rakaman ketika acara sukaneka dipertandingkan boleh tengok video di bawah nie. Enjoy !




Dan kitorang sambung mandi laut balik lepastu. Then siap-siap untuk check out and balik rumah. Dengan itu, cerita pon tamat. Di sini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat Faries sekeluarga sebab mengajak diri ini join sekaki (sekali lagi) ke hari keluarga family mereka.


Thanks for all the treat, joy and happiness during this vacation. I feel blessed to have yall in my life whom i call family. May Allah bless this beautiful family with healthiness and endless happiness. Aminn.

Jumpa di post akan datang. See ya !

No comments:

Post a Comment

Home